Get the app for full experience
“APAHAL nak jumpa aku ni? Aku ada urusan dengan kau ke? Sejak bila kita berurusan?” soal Marsha kasar. Dengan kasar dia menarik kerusi dihadapan Damya lalu duduk. Tidak ikhlas!
Pandangannya mencerlung ke wajah Damya. Geram sangat. Mahunya tak geram. Damya mengganggunya ketika dia sedang enak dibuai mimpi. Mimpi berkasih dengan Ziqri pula tu.
Damya memandang Marsha dengan pandangan menyampah. Ikut hati, mahu saja dia cepuk Marsha. Nasib baik iman di hatinya masih kukuh. Lagipun, dia tidak mahu memburukkan lagi keadaan mereka.
“Nah!” Damya melemparkan akhbar Harian Metro itu tepat ke hadapan Marsha. “Ini semua kerja kau kan?” soal Damya kasar.
Pandangan mereka berlaga.
Berubah riak wajah Marsha ketika melihat Harian Metro di hadapannya itu. Walaubagaimanapun, dia masih berusaha mengawal riak wajahnya agar tidak ketara.
Damya menjongket bibirnya menyampah.
“Tak payahlah kau nak pura-pura dengan aku. Macam aku tak tahu yang ni semua kerja kau. Dasar attention seeker!” selar Damya.
Menyirap darah Marsha mendengar kata-kata Damya itu.
“Hey! Kau siapa nak tuduh-tuduh aku?” soal Marsha, meninggi.
Damya tertawa sinis.
“Aku siapa?” soal Damya sambil menuding ibu jarinya kepada dirinya sendiri.
Marsha menghadiahkan jelingan tajam. Menyampah dan benci.
“Busy body!” selar Marsha, separuh berbisik.
Terbeliak mata Damya mendengar kata-kata itu.
“Memangpun aku busy body. Tambah-tambah lagi hal Lufya. Aku ni jenis sayang kawan. Bukan macam kau!” bentak Damya, sambil menjeling Marsha tanda meluat. “Kawan konon! Kawan makan kawan kut,” sambung Damya dengan nada berbisik.
Marsha mendengus. Pandangannya tajam menikam wajah Damya.
“Yang kau nak sibuk hal dia kenapa? Diapun tak kecohlah! Kau pulak yang lebih!”
“Hey, Marsha! Kau ingat aku ni jenis kawan macam kau ke? Sanggup nak pergunakan kawan sendiri. Mentang-mentang selama ni, Lufya baik dengan kau. Kau ambil kesempatan atas kebaikan dia. kawan jenis apa kau ni? Hah?” Damya merenung wajah Marsha yang tidak beriak. “Nampak sangat kau tak ikhlas berkawan dengan dia selama ni. Baik kau mengaku yang kau sengaja nak buat ni macam ni kan?”
Marsha ketawa mengekek tanda mengejek.
“Hebatnya kau,” puji Marsha sinis. Bibirnya diherot ke tepi. “Betullah tu. Aku memang tak pernah ikhlaspun berkawan dengan dia. Dia je yang beria nak anggap aku ni kawan baik dia. Pandai kau teka. Aku salute dengan kau,” ejek Marsha.
Damya menggenggam penumbuk tanda geram dan sakit hati. Telahannya selama ini benar. Marsha adalah manusia talam dua muka.
“Kalau kau nak cerita kat Lufya, aku yakin sangat yang dia takkan percaya apa yang kau cakap. Antara kita berdua, dia lebih lama berkawan dengan aku daripada kau,” sambung Marsha sinis.
“Apa yang kau tak puas hati sangat dengan dia hah? Dia tak buat salahpun kat kau. Menyampah pulak aku kat kau,”
Marsha ketawa lagi. Senang hatinya melihat Damya yang sedang menahan marah.
“Menyampah? Aku lagi menyampah!” balas Marsha. “Kau nak tahu sangat?” Marsha menjongket keningnya pada Damya. Sinis.
Damya mengetap bibirnya kuat, menanti kata-kata seterusnya dari Lufya.
“Memang aku bencikan Lufya. Semua yang aku buat untuk tarik perhatian dia… hanya lakonan. Hebatkan lakonan aku? Boleh jadi pelakon drama tak?” Marsha ketawa lagi. “Aku benci bila dia disenangi semua orang. Jadi kegilaan lelaki di zaman sekolah. Bila aku berkawan dengan dia, baru orang nampak kewujudan aku. Aku benci perhatian yang dia dapat. Sebab tu, aku buat apa sahaja untuk jatuhkan dia,”
“Kau memang busuk hati, Marsha,” tuduh Damya.
Marsha mendengus tawa.
“Baru kau tahu? Kesiannya kau. Untuk pengetahuan kau, aku boleh buat apa saja aku nak. Anytime… dan yang bestnya… nama Lufya akhirnya rosak sepenuhnya. Puas hati aku!”
“Kau betul-betul…”
“Sorrylah ye. Aku dah tak berminat nak dengar apa-apa dari mulut kau. Dari layan sampah macam kau ni, baik aku pergi shopping kat Prada. Ada sale tahu,” pintas Marsha. “Kau nak join? Opss… lupa pulak. Kau tu pekerja biasa je. Kalau Lufya, yelah mampu. Kalau kau ni… mampu tengok je kut,” sindir Marsha sinis.
Marsha bangun dari duduknya untuk meninggalkan Damya di situ.
Damya merengus kasar. “Aku akan pastikan kau menyesal buat Lufya macam tu.
Marsha memandangnya sambil menjongket keningnya sinis.
“Kau ingat aku hairan? Takpun!” balas Marsha, sambil membuka langkah meninggalkan Damya di situ sendirian.
Damya memandang pemergiaan Marsha dengan hati yang geram.