BAB 130

Romance Series 93123

“ALHAMDULILLAH!” ucap Tuan Hafiz.
Mendengar cerita Ziqri, mengundang rasa tenang dan gembira di hatinya. Kebahagiaan mereka terpancar di wajah masing-masing. Itulah yang dia mahukan dalam hidup anak-anaknya.
“Mana Marsha sekarang?” tanya Puan Kirana memandang wajah Ziqri dan Lufya silih berganti.
Ziqri angkat bahu, namun laju Lufya menyiku Ziqri.
“Apa ni yang… memang abang tak tahu mana Mar,” rungut Ziqri sambil menggosok tempat yang disiku oleh Lufya.
“Abang kenalah tanya dia. Dia kat mana. Kesian kat dia tahu,” bebel Lufya.
Puan Kirana dan Tuan Hafiz berpandangan sambil mengerutkan dahinya.
“Lepas apa dia dah buat pada sayang?” soal Ziqri dengan pandangan tidak percaya.
“Apa yang dia buat dengan sayang, tu bukan urusan abang. Itu antara sayang dengan Marsha je. Lagipun, sayang dah maafkan dia,”
“Assalamualaikum,”
Suara gemersik memberi salam, mengalihkan tumpuan mereka berempat ke pintu masuk. Masing-masing terkejut.
Marsha sedang berdiri di tepi pintu dengan riak wajah yang sayu dan sedih.
Ziqri perlahan mencapai jejari Lufya, lalu menggenggam erat. Lufya membalas genggaman itu.
Tuan Hafiz dan Puan Kirana berpandangan seketika. Panjang umur.
“Aku minta maaf, Luf,” pinta Marsha.
Lufya menarik nafas seketika dan menghembusnya lembut. Dia mengerling Ziqri sambil meleraikan tautan jejari mereka.
Ziqri membulatkan matanya, tanda memberi amaran. Lufya tidak mengendahkan amaran itu.
“Aku dah maafkan kau,” ujar Lufya lembut sambil membuka langkahnya.
Ziqri mula risau, bila Lufya mahu menghampiri Marsha. Dia takut, kalau Marsha melakukan sesuatu yang berada di luar dugaan mereka.
“Ziq, I tahu, you tak percayakan I. I takkan dekat dengan Lufya. I datang ni pun… sebab nak minta maaf kat umi, abah,” kata Marsha sambil memandang Tuan Hafiz dan Puan Kirana. “ Mar minta maaf, abah, umi. Mar tahu, yang Mar dah banyak sakitkan hati abah dengan umi,” katanya lagi.
Langkah Lufya terhenti di tengah rumah. Pandangannya masih pada wajah Marsha.
Puan Kirana dan bangun diikuti Tuan Hafiz.
“Duduklah Marsha,” pelawa Tuan Hafiz.
Marsha menggelengkan kepalanya perlahan.
“Ziqri, halalkan makan minum I selama I jadi isteri you. Ampunkan dosa I selama I jadi isteri you. I tahu… I tak layak untuk you,” ucap Marsha.
Ziqri mengetap bibirnya kuat. Perasaannya berbelah bagi. Hatinya terusik.
“Luf, terima kasih atas persahabatan yang kau bagi. Selama ini, aku banyak lukakan hati kau. Aku gunakan kau untuk kepentingan aku. Aku ambil kesempatan atas kebaikan kau. Aku cemburukan kau, Luf. Aku cemburu bila ramai yang sayangkan kau. Ramai lelaki yang terkejar-kejarkan kau. Aku cemburu, bila Abang Riez nak kau seorang je, tapi aku…” Marsha mengeluh sambil menyeka air matanya. “Aku ni bodoh! Terlalu ikut perasaan. Kalau boleh, aku nak aku je yang diberi kelebihan. Aku nak bahagia seorang-seorang. Kalau boleh nak dapatkan semua. Sampai aku lupa nak bersyukur. Aku lupa nak berterima kasih pada orang sekeliling aku,”
Lufya mengetap bibirnya. Air matanya terbit lagi. Dia menghampiri Marsha, lalu menarik Marsha dalam pelukannya.
Marsha teresak menangis.
“Mar, aku dah maafkan kau. Apa yang dah jadi ni, kita jadikan pengajaran. Aku sayangkan kau, Mar. Sama macam dulu. Waktu zaman sekolah lagi. Sebab tu aku sanggup lepaskan kebahagiaan aku untuk kau,”
Marsha mengongoi menangis seperti anak kecil yang mencari ibunya.
“Kau terlalu baik Luf. Aku tak layak jadi kawan kau,” tangis Marsha.
“Mar… janganlah cakap macam tu. Aku masih anggap kau kawan aku. Sampai bila-bila,” janji Lufya.
Marsha mengetap bibirnya kuat.
“Mungkin lepas ni, kita tak jumpa lagi, Lufya. Aku nak berhijrah jauh. Aku nak perbaiki diri aku. Aku nak lupakan semua kenangan gelap aku,” luah Marsha mengejutkan semua yang berada di situ.
“You nak ke mana Mar?” Ziqri menyampuk sambil menghampiri mereka.
Lufya meleraikan pelukannya, dan menatap wajah Marsha yang sembab.
“Satu tempat yang akan beri ketenangan pada I. I minta maaf banyak-banyak. I ni banyak menyusahkan hidup kamu semua,” ujar Marsha lagi.
Dia meninggalkan Ziqri dan Lufya menuju ke hadapan kedua orang tua Ziqri.
“Abah, umi…” Marsha melutut dihadapan mereka berdua.
“Ya Allah! Mar, apa ni? Janganlah macam ni,” tegah Puan Kirana sambil memaut tubuh Marsha yang lemah di situ.
“Marsha, tak perlu sampai macam ni,” larang Tuan Hafiz.
Marsha mendongak ke wajah mereka berdua.
“Ampunkan Mar, umi. Abah. Mar bukan menantu yang baik untuk abah dengan umi. Maafkan Mar sebab dah kecewakan hati abah dengan umi,”
“Sudahlah tu Mar. Abah dengan umi dah lama maafkan kamu. Anggap je semua ni dah berlalu,” pujuk Puan Kirana. Dia membantu Marsha untuk bangun.
“Betul kata umi tu. Semua yang jadi ni, ada hikmahnya. Belajarlah menghargai orang, Mar,” pesan Tuan Hafiz pula.
“Insya’Allah, abah. Umi,” balas Marsha.
“Jemput makan tengahari kat sini?” tanya Puan Kirana.
“Tak lah umi. Mar dah nak pergi. Ada rezeki… kita jumpa lagi. Abah, Ziq, Luf,” bantah Marsha. Mengelak. Dia tidak rela menghadap mereka semua yang telah dia lukakan. Dia malu atas perbuatan dirinya sendiri. Terlalu Tamak.
“Kami doakan kau bahagia, Mar,” ucap Lufya penuh harapan.
“Terima kasih, Lufya,” balas Marsha.
“I doakan you bahagia dengan Arif,” ucap Ziqri pula sambil tangannya melingkari pinggang Lufya.
Marsha mengangguk dengan senyuman kelat di bibir. Melihat Lufya yang dipeluk oleh Ziqri, hatinya tercuit. Rasa cemburu menikam hati, tapi dia sudah terlambat untuk menyesali segalanya.
“Assalamualaikum,”
“Waalaikumsalam,”
Lufya dan Ziqri memandang Marsha sehingga hilang dari pandangan.
“Alhamdulillah!” Sekali lagi ucapan syukur kedengaran dari bibir masing-masing.
Tuan Hafiz dan Puan Kirana mengukir senyuman masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience