BAB 7

Romance Series 93123

LUFYA menilik pakaian yang dipakainya itu. Set pakaian pejabat berwarna pink peach, menjadi pilihannya di hari isnin. Pakaian itu menyerlahkan lagi kulitnya yang memang puth melepak dan juga ketinggiannya itu. Beg tangan Voir kesayangannya itu, dicapai dan satu persatu barangan peribadinya. dimasukkan ke dalam beg tangan itu.
“Mesti Damya dah membebel kat bawah tunggu aku.” Lufya berkata sendiri mengingatkan wajah masam Damya setiap kali dia lambat.
Dia memacu langkahnya pantas menuju ke pintu bilik, dan terus keluar. Satu persatu anak tangga itu dituruni sambil kepalanya dijengukkan ke bawah untuk mencari kelibat Damya. Bibirnya menguntum senyuman, sebaik sahaja pandangan matanya terkunci ke arah Damya yang sedang menggodek telefonnya.
“Morning!” Sergah Lufya.
“Ops, mak kau jatuh!” latah Damya serentak juga telefon pintar Jenama Vivo yang dipegang oleh Damya itu terpelanting ke sofa.
“Lufya!” bentak Damya geram. “Sudahlah lambat. Kejutkan orang pula,”
Lufya ketawa sambil menekup mulutnya mendengar latahan Damya.
Damya menghadiahkan jelingan tajam kepada Lufya yang sedang menekup mulutnya ketawa. “Sukalah tu!”
“Sorrylah. Aku lupa yang kau ni melatah,” kata Lufya dengan ketawa yang masih bersisa itu.
“Banyaklah kau punya lupa. Nasib baik kawan aku. Kalau tak, dah lama aku luku-luku kau,” kata Damya sambil menunjukkan sikunya.
“Amboi. Ada hati nak luku-luku aku? Kau tu pendek Cik Damya. Tak sampai siku kau kat kepala aku ni.” Lufya menayangkan riak mengejek.
Damya berdecit perlahan. “Kau ejek aku?”
“Tak lah. Kenyataan kan?” Lufya jungkit kening nakal.
“Banyaklah kau punya kenyataan!” kata Damya sambil mencapai beg tangan, ipad dan juga kunci kereta.
“Sorry,”Pinta Lufya lembut.
Rasa bersalah pula mengatakan Damya pendek. “Mesti kecil hati,”
“Nasib baik kawan,” kata Damya lagi sambil berdiri dan mula melangkah menuju ke pintu keluar.
“Aku ambil kasut aku sendiri,” tegah Lufya ketika Damya mahu membuka penutup rak kasut itu.
Berkerut dahi Damya. “Buang tabiat?”
“Ada marketing class hari ni. Kau dah inform kat group?” tanya Lufya sambil menilik satu persatu kasut yang ada di dalam rak itu.
“Semalam aku dah bagitau,” jawab Damya sambil mengenakan kasutnya. Memang tanggungjawabnya untuk memberitahu semua info mengenai aktiviti syarikat itu.
Lufya mengangguk bila mendengar jawapan itu.
Mereka bergegas keluar dan berkejar ke Beauty and Health by Luf kerana mahu mengejar kelas yang akan diajar oleh seorang guru pemasaran dalam tallian, yang Lufya upah khas untuk syarikatnya. Mungkin bayaran sebulan agak mahal, tapi Lufya tidak kisah. Dia sanggup menanggung semua bayaran termasuk untuk pekerjanya. Apa salahnya dia mengorbankan duit untuk sebuah ilmu penting seperti itu. Lagipun ianya memberikan banyak kebaikan pada yang terlibat.

“MORNING beautiful,” sapa Hakim sebaik sahaja Lufya masuk ke dalam pejabat itu.
Terangkat kening Lufya sambil berpandangan dengan Damya. Manakala pekerja lain yang berada di meja masing-masing sudah tersenyum penuh makna. Semua tahu yang Hakim ada hati dengan Lufya. Sama ada Lufya tidak tahu, atau dia sengaja tidak mahu mengambil tahu.
Hakim tersengih. Sengaja dia megenyitkan mata pada Lufya namun Lufya hanya membalas dengan ketawa kecil. Damya herot bibirnya tanda menyampah.
“Aik. Awalnya? Class start jam Sembilankan.” Lufya melayangkan pandangan curiga pada lelaki itu.
“Ada udang… di… sebalik… batu!” Meleret-leret nada Damya itu membuatkan Hakim berdehem perlahan.
Lufya menghadiahkan jelingan amaran pada Damya. “Tak baik macam tu. Hormat sikit cikgu kau!”
“Ada apa-apa ke Hakim?” tanya Lufya sambil melangkah menghampiri Hakim.
Hakim garu kepala. “Awak dah breakfast?”
“Tu die…Jumpa dah niatnye tu…” Damya selamba menuturkan ayat itu sambil melangkah ke arah tangga.
Membahang sejenak wajah Hakim mendengar kata-kata dari Damya itu.
Melongo Lufya dengan sikap selamba Damya itu. dahinya berkerut sambil memandang Damya yang sudah mahu mendaki tangga itu. “Damya!”
“Saya tak breakfast lagi ni. Awak nak belanja ke?” usik Lufya ramah.
“Yeah! why not? Dah lama kita tak breakfast sekali.” Laju Hakim menjawab usikan itu. Betapa gembiranya dia, kalau Lufya sudi melayannya sekejap untuk sarapan bersama.
“Awak nak ajak saya breakfast kat mana?” tanya Lufya sambil melangkah meninggalkan Hakim menuju ke pintu keluar.
“Bangunan sebelah, boleh? Nak pergi tempat mahal, tak buka lagi kot,” cadang Hakim ragu-ragu. Langkahnya diatur mendekati Lufya. Takut Lufya menolak cadangan itu. Orang kaya, katakan…
“Boleh je. Saya tak kisahpun kat mana, yang penting kenyang,”kata Lufya sambil memegang tangkai pintu kaca itu.
“Kalau macam tu, dipersilakan beautiful lady.” Hakim selamba memegang tangkai pintu yang ada tangan Lufya.
Bagaikan terkena renjatan elektrik, Lufya menarik laju tangannya sambil membuang pandangan ke luar. Berderau hatinya.
“Maaf,” tutur Hakim serba salah.
Lufya tersenyum janggal. “It’s okay. Next time, no more touch!”
Hakim tersenyum kelat mendengar teguran itu. Pintu kaca itu ditariknya untuk memberi laluan pada Lufya. Sebaik Lufya keluar, Hakim turut keluar. Mereka berjalan seiringan menuju ke Restoran Jamilah yang berada di sebelah bangunan pejabat Lufya. Suasana sepi menyelubungi mereka berdua. Yang kedengaran, hanyalah bunyi kenderaan yang lalu lalang.
“Awak sihat?” Serentak mereka bersuara membuatkan mereka berpandangan seketika kemudian ketawa kecil.
Lufya gigit bibir sambil membuang pandangan ke tengah jalan raya sambil hatinya menjerit. “Malu!”
Melihat gelagat Lufya itu, Hakim sungging senyum. “Cantik!”
“Sihat, dan saya lagi sihat lepas nampak muka awak yang cantik jelita tu,” jawab Hakim sambil mengusik Lufya.
Membahang wajah Lufya mendengar jawapan lelaki itu. “Awak ni ade je lah,”
“Merahnya muka awak,” usik Hakim lagi.
“Mana ada… Isk, awak ni saje nak buat saya malukan?” Lufya menjeling Hakim sambil melajukan langkahnya.
Zap! Jelingan itu bagaikan panahan petir yang memanah hati Hakim. Langkah Hakim berhenti di tepi jalan sambil memerhatikan langkah Lufya yang sudah hampir tiba di Restoran Jamilah. “ Orang kata, kalau dia malu, maknanya suka.”
Hakim memegang dadanya dengan senyuman nakal. “Mak! Hakim nak kahwin!”
“Berangan ke cik abang,” panggil Lufya membuatkan Hakim tersentak dari angan-angannya.
Hakim termalu sendiri. Lufya yang sedang memandangnya penuh tanda tanya, dipandang dengan sengihan malu. Dia melangkah menghampiri Lufya.
Lufya mengelengkan kepalanya melihat gelagat Hakim. Dia memusingkan tubunya menuju ke meja yang berada di tepi. Belumpun dia melabuhkan punggungnya, Hakim sudah tiba di meja itu.
“Maaf,” kata Hakim sambil melabuhkan duduknya di kerusi yang berdepan dengan Lufya.
“Saya okay je. Awak nak berdiri kat tepi jalan tu sampai esok pagipun, saya okay. Nak tilam, nak payung, saya sediakan,” kata Lufya memerli.
“Boleh…asalkan awak dengan saya. Amacam? Ada bran?” Hakim jongket keningnya nakal.
“Tak nak lah. Apa class tepi jalan. Daripada berdiri tepi jalan tu, baik saya pergi pantai. Lawa sikit. Boleh nampak laut,” balas Lufya lagi.
“Order Tuan, Puan?”Lufya tersenyum kelat mendengar perkataan Puan itu. Wajah pelayan itu dipandang seketika. Hakim sudah tersengih memandang Lufya.
“Baru ke?” tanya Lufya sambil memandang tepat wajah gadis muda itu.
“Er, ye pu…”
“Saya tak kahwin lagi.” Pintas Lufya sambil mengerling Hakim yang tinggal menunggu masa untuk tergelak.
“Maaf.” Pinta gadis pelayan itu.
“Okay ape. Puan? Puan muda?” Hakim mengusik Lufya lagi.
Lufya mencebik bibirnya. “Tak naklah. Tak best,”
Gadis pelayan itu tersenyum kelat mendengarnya. Sah-sah dalam hatinya, mengutuk sikap Lufya yang kelihatan mengada-ngada itu.
“Bagi saya roti kosong dengan kari, kopi o kaw satu” kata Lufya lagi sambil menghadiahkan senyuman pada gadis pelayan itu.
Gadis pelayan itu mengangguk sambil menulis pesanan Lufya.
“Tuan?” Pandangannya tertumpu pada Hakim yang agak kehairanan memandang Lufya. Mungin sedikit terkejut mendengar menu pilihan Lufya.
“Hah? Saya?” tanya Hakim laju memandang gadis pelayan itu.
“Ye,” balas gadis pelayan itu.
“Bagi saya mi goreng daging, teh susu,” kata Hakim.
Gadis pelayan itu mengangguk lalu meninggalkan meja mereka.
“Awak suka roti kosong ke?” tanya Hakim ingin tahu. Wajah Lufya dipandang penuh minat.
“Suka. Sedap tu,” jawab Lufya membalas pandangan Hakim.
Hakim angguk kepala mendengar jawapan Lufya.
“Kenapa? Pelik?” tanya Lufya sambil mengangkat keningnya.
Hakim tergelak kecil.
“Taklah pelik sangat. Awak biasa makan tempat macam ni?” tanya Hakim.
“Biasa. Saya lagi suka tempat macam ni, daripada makan kat tempat mahal,” balas Lufya dengan senyumannya.
Hakim tersenyum mendengar kata-kata balasan Lufya itu. Timbul rasa kagum dan segan pada Lufya bila mendengar jawapan itu. Oleh kerana sebelum ini, mereka selalu menjamu selera dengan disertai oleh Damya, Hakim tidak berkesempatan untuk mengetahui apa yang Lufya suka dan apa yang tidak dia sukai. Wajah Lufya yang putih bersih tanpa solekan itu direnung sejenak. Kalaulah dia boleh memiliki Lufya, betapa bertuahnya dia. Pasti dia akan dicemburui oleh ramai lelaki di luar sana. Senyuman yang terukir di bibir Lufya itu, membuatkan dirinya tidak tentu arah.
“Tak puas lagi pandang muka saya?” Suara gemersik Lufya menyentak lamunannya.
Hakim tersengih malu.
“I am very sure, siapapun lelaki yang keluar dengan awak, mesti terpanar tengok kecantikan awak. Termasuklah saya,” kata Hakim menyembunyikan rasa malu yang bertamu dihati.
Sekali lagi, wajah Lufya membahang malu. Pagi itu saja, dah berkali dia malu dengan lelaki itu. Dia menggigit bibirnya sambil membuang pandangan ke arah lain. Nasib baik pelayan datang menghantar pesanan mereka.
“Dah lah tu. Makanan dah sampai. Makan cepat,” kata Lufya membuatkan Hakim tersenyum lagi.
“Saya cakap betul…”
“Nak makan atau, nak saya balik sekarang?” Lufya memandang wajah Hakim sambil menjungkit keningnya sebelah.
“Yelah cik Lufya.” Hakim mengalah.
Lufya sembunyi senyum. Dia bukan tidak tahu yang Hakim ada perasaan padanya, cuma dia tidak mahu melayan perasaan itu. Dia tidak berminat untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki buat masa ini.
Selesai bersarapan, mereka kembali ke pejabat. Sempat Lufya memesan sarapan untuk pekerjanya, dan meminta pekerja restoran itu untuk menghantarnya ke pejabat. Hakim hanya memandang kagum pada sikap Lufya yang murah hati itu. Itulah yang membuatkan hatinya semakin terbuai dan terpaut pada Lufya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience