BAB 52

Romance Series 93123

PERTAMA kali Lufya menjejakkan kakinya, ke tempat kerja Ziqri. Semuanya kerana perasaan bersalah yang tidak hilang sejak semalam. Tindakan Ziqri meninggalkannya di bilik hotel seawal enam pagi, meyakinkan lagi dirinya yang lelaki itu berkecil hati.
“Excuse me miss,” tegur Lufya membuatkan gadis yang leka menaip itu memandangnya. Lufya mengukir senyuman janggal.
Gadis yang mengenakan baju kurung itu berkerut memandangnya. “Ada apa ye?” tanyanya.
“Saya nak jumpa Encik Ziqri Amsyar,” kata Lufya lembut.
Gadis itu mengangguk perlahan kemudian tersenyum. “Atas urusan apa ye, cik…,” lembut. Sesuai dengan penampilannya.
“Lufya. Panggil saya Lufya,” kata Lufya lagi.
“Cik Lufya,” Lufya mengangguk.
“Sekarang ni, Tuan Ziqri, ada meeting. Lagi sejam baru habis. Cik Lufya nak jumpa dia atas urusan apa? Boleh saya sampaikan pada dia,”
Lufya diam. Takkan dia nak bagitahu yang dia isteri Ziqri. Sah-sah gadis tu kata dia gila. Rasanya, semua pekerja di situ tahu yang Ziqri berkahwin dengan Marsha dan kewujudannya sebagai isteri kedua, tidak mungkin diketahui.
“Takpelah kalau macam tu,” kata Lufya sambil mahu memusingkan tubuhnya.
Sebaik memusingkan tubuhnya ke belakang, Lufya kaku melihat Marsha sedang berdiri dibelakangnya. Jangan Marsha fikir yang bukan-bukan, sudah.
“What a pleasant surprise, Lufya Adelia?” Marsha menjongket keningnya seketika.
“Mar,”
“Yes! Terkejut? Tak payah nak terkejut sangat. Inikan pejabat laki aku,” Marsha sengaja menekan perkataan ‘laki aku’, membuatkan Lufya kehilangan kata-katanya.
“Maaflah. Aku balik dulu…” Lufya tanpa menunggu balasan Dari Marsha, terus sahaja melangkah meninggalkan pejabat itu.
‘Buat apa datang sini? Kan dah jumpa Mar,’
Lufya bergegas ke keretanya. Dia mula risau, kalau Marsha memikirkan perkara yang bukan-bukan terhadapnya. Kehadiranya di situ hanya untuk meminta maaf.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience