Get the app for full experience
TELEFONNYA yang berada di atas katil, direnung oleh Lufya. Mesej yang dihantar kepada Ziqri, satupun tidak berbalas. Berderet ucapan maaf yang dia hantar tapi sepi. Panggilannya juga dibiarkan tanpa jawapan.
Kali ini, Lufya betul-betul pasti yang dia tidak sukakan situasi sebegitu. Semua kerjanya tertangguh hanya kerana perkara itu. rasa bersalah yang mengganggu hatinya sekaligus menghilangkan semangatnya yang satu itu.
Dia tiba-tiba diulit rasa rindu untuk mendengar suara lelaki itu. Kata-kata lelaki itu, yang penuh dengan perasaan prihatin. Lufya berdecit perlahan.
“Tak boleh jadi ni,” kata Lufya sendiri.
“Apa yang tak boleh jadi?” soal Damya hairan.
Lufya menepuk dahinya kerana terkejut. Serentak pandangannya juga beralih pada Damya yang sudah duduk di birai katil. Bila pula Damya wujud di dalam biliknya.
“Bila kau masuk?” soal Lufya dengan nada terkejut. Tangan Damya yang memegang buku dan pen itu ditilik dengan kerutan yang berlapis-lapis di dahinya.
“Hah? Kau berangan ke Luf?” Wajah Damya kelihatan keliru memandang Lufya. Soalan yang tidak masuk akal. Bukankah, Lufya sendiri yang mengajak dia ke biliknya. Pelik,pelik…
Mengingatkan sesuatu, Lufya tersengih memandang Damya. “Sorry,”
Damya merenung wajah Lufya. Sengihan Lufya tidak menarik minatnya, tapi sikap yang barusan ditunjukkan oleh dia.
“Kau fikir apa, Luf?” tanya Damya hairan.
Lufya diam. Tidak menjawab, tapi pandangannya tepat pada wajah Damya. Takkan dia nak bagitahu, yang dia sedang fikir pasal Ziqri. Sah-sah cari bala. Tak naklah!
“Lufya!” sergah Damya.
Lufya tersentak seketika. Selamba keningnya dinaikkan.
Damya mengeluh. Parah, parah! Nampak sangat sedang mengelamun.
“Kau dah kenapa, Luf?” soal Damya lagi. Dia tidak berputus asa di situ sahaja. Dia akan pastikan, Lufya akan berterus terang tentang perkara sebenar.
“Taka de apa,” balas Lufya. Matanya kembali pada telefonnya.
Melihat reaksi Lufya, Damya turut memandang telefon Lufya yang terletak di tepi mereka berdua. Terangkat keningnya. Dia dapat meneka, apa yang rakannya itu sedang fikirkan.
“Ziqri tak telefon ke?”
Lufya angguk perlahan kemudian berhenti sejenak dan mengeleng lagi.
Berkerut dahi Damya melihat reaksi Lufya
“Apa kena dengan kau ni, Luf. Cuba bagitahu elok-elok. Penat je aku tunggu kau kat sini, kalau duk sibuk nak berkhayal,” rungut Damya mula bosan.
“Takde apa,” dalih Lufya perlahan.
“Pergilah balik bilik kau. Aku takde mood nak bincang,” sambung Lufya lagi.
“Hmmm….” Jawab Damya ringkas sekali pakej jelingan tajam buat Lufya. Lufya tidak menghiraukannya.
Damya bangun dan meninggalkan Lufya di situ sendiri. Langkah Damya diekori dengan pandangan melalui ekor mata.
‘Apa kena dengan aku ni?’ Lufya tertanya sendiri.
Telefon itu dicapai dan tanpa teragak-agak, dia mendail nombor Ziqri. Dia mesti bercakap dengan lelaki itu sebelum dia melenakan dirinya. Kalau tidak, pasti dia akan terganggu.
‘Padah membantah suami. Dia juga layak untuk bahagia seperti suami yang lain,’
KALI ketiga Lufya mendail, barulah panggilannya itu di angkat, tapi…
“Kau nak apa malam-malam ni, Luf?” Suara Marsha yang kedengaran di hujung talian.
Lufya tergamam. “Er…” kata Lufya gagap.
“Kalau nak cari Ziq, dia dah tidur,” kata Marsha lagi. Dingin nada suaranya.
“Er… maaf ganggu,” pinta Lufya lembut.
Marsha mengeluh kasar sambil mengingatkan Lufya tentang salah satu syarat yang dia berikan dulu. “Kan ke, aku dah bagitahu… jangan ganggu Ziq, kalau dia ada dengan aku?” tegas.
Lufya mengetap bibirnya. Mindanya berputar mencari alasan untuk diberikan pada Marsha. “Aku minta maaf,” Dengan nada lembut.
“Kau nak minta tolong aku sampaikan apa-apa ke?” tanya Marsha dengan nada mendatar.
“Tak kot. Terima kasih,” kata Lufya lalu mematikan talian terlebih dahulu.
Lufya mengeluh perlahan. Hampa hatinya, bila orang itu bukan Ziqri.
Dia menghempas tubuhnya ke atas tilam dan cuba untuk memejamkan matanya, tapi wajah muram Ziqri muncul menghiasi mindanya. Lufya mencelikkan matanya, lalu bangun dan menegakkan tubu