BAB 25

Romance Series 93123

“YOU dari mana? Tengah malam, baru ingat nak balik?” Ziqri melontarkan pandangannya diikuti dengan pertanyaan berbaur curiga,
Marsha tergelak kecil. Ingatkan, bila semakin dekat dengan majlis perkahwinan, Ziqri sudah tidak kisah akan dirinya. Ternyata Marsha silap. Ziqri tetap mengambil tahu arahnya.
“You patutnya bersyukur Ziq. I dah hantar dan jemput bakal madu I untuk kursus kahwin dan juga…,” kata-katanya tidak habis kerana dipintas oleh Ziqri.
“I tak minta you buat semua ni,” pintas Ziqri tegas.
Marsha merengus perlahan. Beg tangan yang dipegangnya itu dicampakkan ke sofa berangkai tiga. Dia melangkah, menghampiri Ziqri yang tegak berdiri sambil merenung dirinya di tepi sofa yang berhampiran dengan tangga itu.
“Ziqri, Ziqri…I love you, Ziq. Why not, kita luangkan masa bersama sebelum you jadi suami Lufya sepenuhnya. Lepas you kahwin, mesti you sibuk nak layan Lufya kan…” Marsha jongket kening, kemudian kenyit mata ke arah Ziqri. “Besides… I know you miss me? Right?” Marsha sengaja mempermainkan Ziqri dengan mengusap dada Ziqri.
Ziqri mengetap bibirnya. Tindakan Marsha itu mencabar kesabaran dirinya sebagai lelaki. Naluri lelakinya terusik. Lengan kanannya memaut pinggang ramping Marsha itu dan menarik rapat ke tubuhnya membuatkan wajah Marsha berubah pucat. Tindakan Marsha untuk menolak Ziqri itu membuatkan Ziqri mengeratkan lagi pautan. Bibirnya diherot sinis sambil pandangannya menelanjangi wajah Marsha.
“Ziq…”
“Kenapa? Takut? You’re mine, Mar! Dan I ada hak untuk itu!”
“Let me go!” Marsha menolak kasar tubuh Ziqri.
Ziqri mendengus tawa. Tubuh Marsha itu dilepaskannya perlahan dan menjauh dari Marsha. Hanya pandangan penuh makna tersirat, yang menikam wajah Marsha.
Dia bukan seorang lelaki yang suka memaksa. Tidak kisahlah, itu hak dia atau tidak, tapi mengemis sesuatu yang tidak direlai itu menampakkan betapa terdesaknya dia sebagai seorang suami. Dia masih berpegang pada prinsipnya sendiri.
“You should thanking me, Mar…” Ziqri memandang tepat ke wajah Marsha sebelum meneruskan ayatnya. “I tak pernah paksa you, biarpun I tahu yang I berhak sepenuhnya atas you,” sambung Ziqri lalu membawa dirinya ke tingkat atas, meninggalkan Marsha yang terkulat-kulat di situ.
Marsha mencebik bibir. Langkah suaminya itu, diekori dengan pandangan yang bercampur aduk. Ya! Sudah lama dia tidak melayan kehendak Ziqri. Rasanya sudah lebih setahun lamanya. Setiap kali lelaki itu menuntut haknya, dia akan berdalih dan berusaha mengelak.
‘Kau tak kasihan ke? Itu hak dia,’ tanya hati Marsha. ‘Kasihan… tapi, aku lebih kasihankan badan aku yang lawa ni,’ jawab hatinya lagi. ‘Kau hak dia!’ tegas hatinya lagi. ‘Tapi bukan pemuas nafsu dia!’ kata hati Marsha.
Bagi Marsha, perkahwinan yang terbina antara mereka itu mungkin atas dasar cinta tapi bukan untuk nafsu. Dia tahu, lambat laun Ziqri akan berubah hati padanya. Sebab itu dia memilih untuk meminta Ziqri mengawini Lufya. Kerana Lufya tidak akan pernah menyakiti dia dan tidak akan mengkhianati kepercayaan yang dia berikan.
‘Kau yakin? Sangat yakin!’
‘Kenapa?’
‘Kerana, aku kenal Lufya!’
Marsha menundukkan tubuhnya untuk mncapai beg tangannya lalu naik menuju ke bilik mereka. Masih ada perkara yang perlu dia katakana pada Ziqri. Cerita mereka tidak akan habis di situ. Masih ada adegan menarik yang dia belum keluarkan.
“I nak you bawa Luf ke butik esok. I dah tolong tempah baju nikah kamu berdua,” kata Marsha sebaik masuk ke dalam bilik itu.
Ziqri berkerut dan pandangannya yang tadi khusyuk pada telefon itu diarahkan pada Marsha yang menuju ke meja solek. “Baiknya you,”
Marsha menjeling Ziqri sambil menghenyak punggungnya di depan meja solek kegemarannya. “ Dah tu, you nak I serang Luf ke?”
Ziqri ketawa lagi. “Mar, Mar…” Ziqri memandang wajah Marsha di dalam cermin dengan senyuman sinis. “You nak serang Lufya? Ini semua rancangan you. Kenapa nak serang Lufya,”
Marsha diam. Betul kata suaminya. Semua itu rancangannya.
“I dah buat temujanji dengan butik tu, pasal ni,” kata Marsha lagi.
Untuk kali ini, dia malas untuk berbalah dan bertekak dengan lelaki itu.
Ziqri angkat bahu. “Tengoklah macam mana.” Tumpuannya kembali pada telefon pintarnya.
Marsha merengus sendiri bila Ziqri memilih untuk memberi perhatian pada telefonnya. Jejari mencapai botol makeup remover jenama Maybeline itu dan secubit kapas putih.
“Penting sangat ke telefon tu?” soal Marsha dengan nada tinggi.
“Sebagaimana kawan you lagi penting dari I, begitu jugalah telefon ni,” balas Ziqri selamba.
Marsha ketap bibir. Namun dia tidak menoleh. Kapas yang sudah diletakkan cecair penanggal solekan itu dijalarkan ke seluruh kulit wajahnya.
“You jangan nak main-main Ziq. I izinkan you kahwin dengan Luf, bukan bermakna you boleh buat suka hati you pada I. I masih tanggungjawab you,”
Ziqri mendengus tawa. Perhatiannya kembali terarah pada isterinya yang sibuk menanggalkan solekannya. “Bukan izinkan Mar, tapi you yang kahwinkan kami.”
“Sebelum you nak cakap soal tanggungjawab, I nak tanya you. Selama ni you jalankan tanggungjawab you ke? Takkan?” soal Ziqri.
Telefonnya itu diletakkan di meja yang berada di tepi katil dan tubuhnya di betulkan.
Tindak tanduknya itu diperhatikan oleh Marsha melalui biasan cermin.
“So, you nak…”
“Good night!”
Marsha merengus perlahan. Kapas yang berada di jarinya itu dicampakkan ke dalam tong sampah. Tubuhnya dipusingkan menghadap Ziqri, namun Ziqri lebih laju mengiringkan tubuhnya membelakangi Marsha.
“How dare you!”
“Yes I am!”
Marsha bangkit dari duduknya lalu menuju ke ruangan almari sambil menghentak kakinya kasar.
Ziqri membiarkannya. Dia sudah tidak peduli tentang Marsha.
Kisah mereka sentiasa berakhir dengan perselisihan faham. Kadangkala dimulai dengan pertengkaran dan tetap berakhir dengan pertengkaran. Adakah cinta mereka akan terus begitu atau bagaimana. Keduanya tidak memiliki jawapan itu. Namun apa yang pasti, itu adalah sebahagian dari takdir hidup mereka. Bukan itu yang mereka mahukan, tapi itu jugalah yang memenuhi setiap ruangan kehidupan mereka berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience