BAB 78

Romance Series 92840

“NAH!” Zarina menghulurkan dua keping tiket masuk ke Program Amal pada Lufya, sambil duduk di hadapan Lufya.
Program yang dikhaskan untuk mengutip derma.Selalunya program amal seperti itu, untuk saudara seislam di Palestin dan juga Syria. Yang mana, semua derma yang dihulur itu, akan dimasukkan ke dalam satu tabung khas. Kebanyakan yang terlibat dengan program itu, ialah tokoh-tokoh korporat, Pertubuhan Ngo bukan kerajaan dan Jabatan kebajikan Masyarakat.
Lufya menghadiahkan kerutan pada dahinya, kemudian keningnya dijongket hairan.
“Kenapa bagi aku?” tanya Lufya, hairan. ”Kan majlis macam ni, aku dah lantik kau dengan Damya, untuk jadi wakil syarikat,” sambung Lufya, lagi.
Zarina diam seketika. Wajah Lufya masih lagi dipandangnya.
“Aku tak dapat nak pergi,” kata Zarina, serba salah.
“Apa masalah kau?” tanya Lufya. Pandangannya tepat ke wajah Zarina.
“Malam ni, aku ada hal dengan family aku. Urgent matter,” balas Zarina. Dia harap, Lufya akan faham.
“Damya?” tanya Lufya, ingin tahu.
“Damya okay je. Cuma… kalau aku tak pergi, sendirilah dia.” jawab Zarina lagi.
“Pukul berapa majlis ni mula?” tanya Lufya.
“Jam lapan malam. Biasanya, aku dengan Damya jumpa kat lobi je. Baru masuk sekali.”
“Penting sangat ke?” tanya Lufya.
“Pentinglah. Ini melibatkan syarikat. Nama syarikat. Kalau, kau tak pergi… sayanglah tiket ni,”
“Kau tahukan… aku tak berkenan sangat bab ni,” keluh Lufya.
Zarina berdecit. “Nak atau tak, kau kena biasakan diri. Kalau aku atau Damya dah berhenti kerja… siapa nak tolong kau,” kata Zarina, lembut.
Lufya diam. Tiket itu dicapainya dan diteliti.
“Tengoklah macam mana. Kaupun, bagitahu aku last minit. Cuba kau bagitahu aku semalam ke, minggu lepas ke…”
Zarina menyengetkan bibirnya. ‘Ingat ahli nujum ke?’
“Manalah… aku tahu malam ni aku ada urusan keluarga. Namapun, kecemasan. Kau ni…”
Lufya tersengih. Sempat dia menayang giginya yang puth bersih dan tersusun rapi.
“Tengoklah macam mana,” kata Lufya.
Dia sendiri tidak yakin untuk menghadiri majlis-majlis sebegitu. Dia bukan jenis yang suka bergaul. Apatah lagi dalam majlis seramai itu.
Masalahnya ketika itu ialah baju.
‘Nak pakai apa?’ Hatinya bertanya sendiri. Sekali lagi, tiket itu dipandang. ‘Tema Glam or glitter… nampaknya, aku kena jumpa Marina.

“BAJU apa yang kau nak?” tanya Marina. Pandangannya tepat ke wajah Lufya. Dia sedikit terperanjat, bila Lufya muncul tiba-tiba, tanpa memberitahu dia.
“Bagilah aku baju yang sopan sikit,” jawab Lufya. Kalau bukan kerana Zarina, dia tidak akan sampai ke butik Marina. Demi menjaga nama baik dan reputasi syarikat, dia akhirnya memilih untuk pergi.
Marina meninggalkan Lufya sendiri di situ, untuk mencari jenis pakaian yang diminta oleh Lufya.
“Nak beli ke, nak pinjam ni?” tanya Marina, separuh melaung dari ruangan sebelah.
“Kalau kau nak bagi aku free, aku okay je,” jawab Lufya, seraya ketawa.
Marina yang berada di ruangan sebelah, menceber bibir. Mulutnya terkumat-kamit sendiri, bila mendengar jawapan yang diberikan oleh Lufya itu. Dia tahu yang Lufya hanya sekadar bergurau padanya.
“Banyak lawa muka kau. Nak free pula?”
“Boleh ke?”
Marina membawa tiga reka bentuk gaun yang baru. Sesuai dengan tema majlis itu. “Kau tengoklah yang ni. Kalau okay, aku bagi kau pinjam,” kata Marina. Ketiga-tiga pakaian itu dihulurkan kepada Lufya.
Lufya menyambut huluran itu dengan penuh hemat. “Terima kasih.” Ucapan terima kasih meniti di bibirnya.
“Aku cuba jap,” kata Lufya. Dia bangun dan membawa ketiga-tiga pakaian itu ke dalam bilik persalinan.
Satu persatu pakaian itu dicuba, dan ketiga-tiganya menarik perhatian Lufya. Sampaikan dia tidak tahu hendak memilih yang mana satu.
“Marina,” panggil Lufya. “Sinilah kejap. Tolong aku pilih,” pinta Lufya, dari dalam bilik persalinan.
Mendengar permintaan itu, Marina terus bergerak menuju ke bilik Persalinan yang berada di bahagian belakang.
Lufya membuka pintu, untuk memberi ruang pada Marina.
“Okaylah ni. Sesuai dengan kau,” komen Marina.
Lufya menilik tubuhnya dari atas ke bawah dan menggigit bibirnya kejap. Wajah Marina dipandang dengan kerutan didahi. Ada riak kerisauan terlukis di wajah Lufya.
“Tak over sangat ke? Tak seksi?” Dua soalan bernada risau, terbit dari bibir Lufya.
Marina mendengus tawa. “Sejak bila kau cerewet ni?” tanya Marina. Hairan. “Ziqri, tak suka? Atau…” Marina membiarkan ayat terakhirnya tergantung begitu saja.
“Mana ada… tiada kaitan dengan Ziqri. Aku je risau. Takut pula ada yang fikir bukan-bukan,” dalih Lufya.
Marina ketawa. “Kau relax je. Everything’s perfect and suitable for you.” Kata Marina. Bagaikan memberi jaminan , sekaligus meyakinkan Lufya.
“Betul ke ni?” ragu-ragu.
Marina menggelengkan kepalanya. Perlahan. Matanya menilik tubuh Lufya yang dibaluti gaun itu, berkali-kali.
“Kau nak dengar pendapat aku?” tanya Marina.
Lufya hanya menjongket keningnya tanpa menjawab.
Marina kemudian tersenyum dan mengelilingi Lufya.
“Cantik. Sangat cantik. Kalau aku jadi lelaki… mesti aku usyar kau,” puji Marina.
Lufya mencebik. “Yelah tu…”
“Betullah. Kau ingat aku memain ke? Nak aku heret kau pergi tepi jalan tu. Boleh kau buat fashion show sikit…” kata Marina. Keningnya di jongket nakal.
“Banyaklah kau punya fashion show,” balas Lufya.
Marina ketawa. “Apa salahnya…” masih dengan ketawanya.
Lufya menyengetkan bibirnya menyampah. Tahulah dia, yang Marina sedang mempermainkan dia. “Malas layan!”
Marina ketawa mengekek.
Akhirnya, setelah diyakinkan berkali-kali, Lufya memilih gaun itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience