BAB 99

Romance Series 93123

MARSHA keluar dari rumah orang tua Lufya dengan senyuman bangga. Dua rancangan sekaligus. Bukankah itu, mengujakan. Dia sangat teruja. Tidak sabar menunggu hasilnya. Pasti Lufya akan jatuh terduduk lagi.
“Siap kau, Lufya!”
Marsha tidak peduli risiko yang bakal terjadi. Dia juga tidak takut pada kata-kata Ziqri. Dia yakin, Ziqri tidak akan melakukannya. Hatinya cukup yakin dan pasti, yang Ziqri masih menyayangi dia sama seperti dulu. Apa yang dia perlu lakukan, ialah menyingkirkan Lufya sebelum cinta Ziqri beralih arah sepenuhnya.
“Aku tak akan biar Lufya rampas semuanya dari aku,” getus Marsha.
Marsha memandu tenang, menghala ke arah Kuala Lumpur. Dia mengakui kesanggupannya memandu sejauh itu, demi melaksanakan rancangannya itu.
Terbayang riak wajah kedua orang tua Lufya, ketika mendengar cerita yang dia sampaikan itu. Pastilah mereka kecewa dan terkilan, kerana Lufya sudah merampas suami rakan baiknya sendiri. Siapapun yang mendengar cerita yang dia sampaikan itu, akan membenci Lufya.
Marsha tidak sabar menanti Lufya dibahan oleh manusia-manusia yang gilakan gossip semasa, di luar sana.
“Tak sabar aku. Hahaha…” kedengaran ketawa jahat, terbit dari mulut Marsha.
Telefonnya yang tidak berhenti bergetar itu diabaikan. Dia tidak berminat untuk menjawab panggilan atau mesej dari sesiapapun, selagi rancangannya belum ada kesan.
“Ziqri, Ziqri… you ingat I nak lepaskan you ke? You tu bagi I banyak kepentingan. Boleh tanggung kehidupan I lagi…” gumam Marsha dengan sengihan jahatnya.
“Arif… youpun sama bodoh. You ingat, I nak hambakan diri I dengan cinta ke? Cinta saja tak cukuplah. I memang cintakan you, tapi masa depan I lebih baik bersama Ziqri. Hidup I lebih terjamin dan lebih mewah. Dengan you?” Marsha menggeleng sinis.
“Tinggal apartmentlah jawabnya,” sambung Marsha sinis.
Marsha memandu tanpa berhenti di mana-mana perhentian, selain mengisi minyak keretanya. Rasa letih pada tubuhnya langsung tidak dihiraukan. Dia mahu segera tiba ke Kuala Lumpur. Ada lagi yang perlu dia lakukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience