BAB 104

Romance Series 94798

MARSHA tersenyum riang, mendengar berita yang sampai ke pengetahuannya itu.
“Padan muka!” kutuk Marsha.
“Padan muka? Padan muka siapa?” tanya Raisha tiba-tiba.
Marsha tersentak. Boleh pula dia terlupa yang Raisha ada dengannya. Dia menghadiahkan jelingan pada Raisha. Tajam. Sakt hatinya kerana diganggu.
“Sibuk je you ni,”
Berkerut dahi Raisha, kemudian dia mencebik.
“I tanya je. Yelah… dari tadi duk sengih-sengih mengalahkan kerang busuk, apahal?” soal Raisha tidak puas hati.
Marsha tersengih.
“I gembiralah babe. Plan I semua berjalan lancar. Lufya dibenci keluarga dia. Ayah dia yang sok alim tu pula… dah meninggal dengar cerita ‘drama’ ciptaan aku. Baru dengar tahu. Belum lagi tengok I dengan Lufya berlakon,” kata Marsha seraya mengekek ketawa.
Raisha melopong sekejap. Bulu romanya berdiri bila mendengar cara Marsha ketawa.
“Apa yang you dah buat, Marsha? Sampai hati you buat kawan you macam tu,”
Marsha mencebik. Dia menjeling Raisha tajam. Ambil berat konon!
“Tak payahlah you nak ambil berat pasal Lufya. You tu kawan I. Bukan kawan Lufya. Kau khianat aku, dengan kau sekali aku kerjakan. Kau tahu?”
Raisah terdiam. Pandangannya ditujah ke wajah Marsha yang tidak menunjukkan sedikitpun rasa bersalah. Sah, Marsha ni dah gila!
“Aku bukan nak ambil berat sangat. Tapi apa yang kau buat ni dah melampau. Kau tak patut buat Lufya macam tu,” kata Raisha.
Marsha merengus kasar. Wajah Raisha dipandang tajam.
“You tahu ke apa yang I dah buat?” soal Marsha.
“You buat apa?” tanya Raisha ingin tahu.
“Adalah… bukan urusan you, tapi untuk kebaikan I,” balas Marsha.
Raisha diam.
Membayangkan wajah Lufya yang sedang menangis kesedihan dan kecewa membuatkan Marsha tertawa sinis.
“Inilah zaman kejatuhan kau, Lufya. Tak sabar nak tengok,” tutur Marsha sinis. Dia ketawa sinis.
Raisha mengetap bibirnya kuat, melihat Marsha yang sedang ketawa itu. Nampak pelik dan menyeramkan. Dia mencapai cawan kertas berisi cappuccino yang berada di hadapannya lalu berdiri.
“Aik! Nak ke mana. Kita tak mula shopping lagi kan?” soal Marsha hairan.
“Maaflah babe. Mummy I mesej, suruh I balik. Nanti kita jumpa balik ye,” kata Raisha memberi alasan.
Marsha menarik muka empat belas. “Babe…”
“Sorry, I really need to go!”kata Raisha tegas, lalu membuka langkah meninggalkan Starbuck Coffee itu.
Marsha berdecit kasar. Nampak gayanya, terpaksalah dia membeli belah bersendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience