Bab 2

Romance Series 93123

SELESAI menunaikan solat subuh, Lufya keluar menuju ke tingkat bawah rumah itu. Langkahnya itu dibawa ke dapur. Sesekali pandangannya melilau di sekitar rumah itu. Kalaulah orang tuanya tidak membuang dia, pasti mereka gembira dengan hasil kejayaan yang dia kecapi sekarang.
“Maafkan Lufya ibu, ayah.” Hatinya sebak mengenangkan kisah lalu. Perit bila terpaksa bergelut di negeri orang tanpa sokongan keluarganya. Ariel, Khalid dan Lila dilarang sama sekali untuk menghubunginya.
Selama lima tahun, dia bukanlah membisu ataupun menyepi dari orang kampung, tapi keadaan seakan tidak mengizinkan untuk dia kembali ke kampung halamannya. Apatah lagi, ibu dan ayahnya langsung tidak mahu mengangkat panggilan darinya.
Tubuhnya dibawa ke mesin kopi yang tersedia di dapur itu. Sempat tangannya mencapai sebiji cawan untuk membuat kopi. Tangannya lincah bergerak sehingga kopi o itu selesai. Langkahnya terhenti ketika tiba di hadapan peti sejuk. Rasanya sudah lama dia tidak makan di rumah. Pandangannya melekat pada jadual pemakanannya yang diletakkan oleh Damya.
“Huh! Ada setahun lagi,” keluh Lufya sambil meneruskan langkah menuju ke ruangan makan.
“Morning Lufya.” Damya menyapa Lufya dengan kerutan didahinya.
“Morning,” balas Lufya tanpa memandang Damya.
Melihat reaksi Lufya itu, Damya mengambil tempat di hadapan Lufya. Wajah Lufya direnung sedalamnya, namun Lufya hanya bereaksi selamba bagaikan dia tidak wujud di hadapannya.
“Bab ni aku terasa. Berani kau abaikan aku?” Serentak Damya menarik cawan yang berisi kopi o panas itu.
Lufya hanya memandang Damya tanpa memberi tindak balas.
“Luf,” panggil Damya mula risau. Kopi o Lufya yang dia tarik sebentar tadi ditolak kembali ke hadapan Lufya.
“Aku okay,” jawab Lufya sambil tersenyum hambar. Jejarinya mencapai tangkai cawan itu lalu mengangkat cawan berisi kopi o itu dan membawa ke bibirnya yang merah merekah tanpa secalitpun gincu.
“Kalau okay, kenapa buat perangai pelik?” soal Damya tidak puas hati. Dia tahu ada yang mengganggu fikiran Lufya ketika itu.
“Tak ade apalah Damya. Aku tak nak bebankan kau dengan masalah aku. Cukuplah kau penat hadap perangai aku waktu aku kerja,” kata Lufya. Pandangannya tepat ke wajah Damya.
Damya mengeluh.
“Luf, sebagai kawan, aku sudi je nak dengar semuanya. Sampai bila kau nak pendam semua tu?” kata Damya prihatin.
Lufya melorek senyuman nipis mendengar kata-kata Damya itu.
“Aku tahu lah kau tu prihatin kat aku… tapi…” Lufya berhenti berkata dan menghirup kopinya yang masih panas itu.
“Aku cuma rindukan kampung. Rindukan ibu, ayah, abang-abang aku,” kata Lufya separuh meluah. Kopi yang berada di dalam cawan itu dipandang seketika.
Damya diam. Mendengar Lufya bercerita tentang kerinduannya, buat hati Damya sedikit terkesan. Tidak pernah sekalipun dalam sehari Lufya tidak menyatakan tentang kerinduannya pada keluarganya.
Buktinya, di bilik Lufya, potret keluarganya tergantung elok di dinding bilik menunjukkan betapa sayangnya Lufya pada keluarganya itu. Apa yang Damya kesalkan, sehingga kini, keluarga Lufya masih tidak mahu menerima apa-apa penjelasan dari Lufya. Dia yang melihat sajapun terasa keperitannya, inikan pula Lufya yang melaluinya.
“Sabarlah Luf. Aku yakin sangat yang satu masa nanti, keluarga kau akan sedar juga.” Damya menyatakan pendapat diikuti harapannya sebagai sahabat.
Lufya tersenyum kelat mendengar kata-kata Damya itu.
“Entahlah Damya. Aku dah penat berharap. Dah lima tahun aku tunggu benda ni Damya,” kata Lufya meluahkan kekecewaan yang terbuku di hatinya.
“Kau juga yang cakap sabar tu separuh dari iman. Jadi, apa kata kau cuba call atau mesej abang-abang kau? Tak pun Lila. Lila kan rajin balas mesej kau,” kata Damya lagi memberi harapan.
“Tak nak lah aku. Kalau ayah aku tahu, dia yang kena marah. Kesian kat dia yang tak tahu hujung pangkalnya,” jawab Lufya sambil menghabiskan sisa kopinya yang terakhir itu.
“Kau nak tunggu sampai bila? Sampai ibu dengan ayah kau datang pujuk kau kat sini ke?” soal Damya dengan pandangan yang tajam.
Berkerut dahi Lufya menerima pandangan tajam itu.
“Tak adelah sampai macam tu. Alah… kau janganlah risau. Sampai masa nanti, aku baliklah. Itu pun kalau aku tak kena halau. Kalau aku kena halau, tak baliklah kot sampai bila-bila. Biar aku mereput kat sini sendiri,” kata Lufya sambil memainkan jarinya di bibir cawan itu.
“Mana kau tahu kena halau atau tak, kalau kau tak balik. Kalau aku jadi kau, biarlah aku kena bersusah payah, yang penting aku dapat balik keluarga aku yang dulu,” kata Damya sambil membayangkan sesuatu.
Lufya tergelak mendengar kata-kata Damya yang penuh dengan keyakinan itu.
“Kau tak kenal keluarga aku, Damya. Ayah aku tu tetap pendirian. Ibu aku pula, apa saja keputusan ayah aku, dia ikut. Abang-abang aku dengan adik akupun takut,” kata Lufya menerangkan sikap ayahnya.
Damya terdiam.
“Kalau diorang semua takut, kau pula?” tanya Damya sambil menatap wajah Lufya yang suram itu.
“Mestilah aku takut. Apa jadahnya aku tiba-tiba tak takut,” jawab Lufya sanbil merenung cawannya yang sudah kosong itu.
“Entahlah Lufya… Kadang aku terfikir juga, ibu dengan ayah kau tak sayang anak ke?” soal Damya selamba.
Terbeliak mata Lufya mendengar soalan selamba yang menluncur keluar dari mulut rakannya itu.
“Mestilah sayang. Kenapa pula tak sayang,” kata Lufya menjawab.
“Kalau sayang, mesti ibu dengan ayah kau bagi peluang untuk kau betulkan persepsi diorang. Mustahil sampai nak buang anak. At least, diorang dengar penjelasan kau. Bukan biar kau macam ni,” kata Damya lagi seakan mempertikaikan apa yang dilakukan oleh orang tua Lufya.
Lufya mengeluh perlahan. Kata-kata Damya itu ada betulnya. Kedua orang tuanya langsung tidak mahu mendengar penjelasan darinya biarpun berkali-kali dia cuba menjelaskan. Lufya sebenarnya masih tertanya-tanya siapa yang sanggup menyebarkan fitnah seteruk itu padanya. Sampai satu kampung menghina dirinya.
“Aku malas nak fikir. Kau dah siapkan barang aku ke? Jam sepuluh kita nak pergi butik Marina kan?” Lufya bangun dari kerusi itu sambil memandang Damya.
Damya mengangguk mengiakannya.
“Aku rasa macam dah fed up dengan dunia modeling ni,” luah Lufya dengan nada malas sambil melangkah menuju ke dapur.
Dahi Damya berkerut sambil bangun mengekori langkah Lufya masuk ke dalam dapur.
“Sebab?” tanya Damya.
“Penat,” balas Lufya.
“Kau yang pilih kerjaya ni. Tiada siapa yang paksa,” kata Damya lagi sambil pandangannya menyoroti tubuh Lufya yang sudah berada di sink itu.
“Itu sebelum aku ada syarikat sendiri. Lagipun, dah masuk empat tahun tahu aku kerja model ni. Aku ingat lepas habis kontrak, aku nak berhenti je. Nak tumpukan perhatian pada syarikat sendiri,” kata Lufya panjang lebar.
“Elok juga kau berhenti. Aku dah makin sakit mata tengok fesyen terbaru Marina tu. Makin hari, makin menjolok mata. Penat aku tengok badan kau jadi tontonan orang,” kata Damya menyokong kata-kata Lufya itu.
“Sakit mata erkh? Aku sakit hati!” balas Lufya dengan nada malas.
Damya tergelak lagi.
“Dah lah! Layan kau, sampai esokpun tak habis cerita. Aku nak bersiap,” kata Lufya sambil melangkah meninggalkan Damya yang sudah menjuihkan bibirnya.
“Dia yang bercerita, aku pulak terkena,” gumam Damya sendiri. Damya mencapai cawan yang berada di atas rak lalu menuju ke mesin kopi.

MEREKA tiba di butik Versetyle Fashion ketika jam sudah menginjak angka Sembilan setengah. Memandangkan masa operasi butik itu bermula pada jam sepuluh pagi, terpaksalah mereka melepak di Restoran Mutiara yang terletak di sebelah butik Marina itu.
“Awal sampai?” sapa Marina sebaik terpandang mereka berdua yang sedang minum di Restoran Mutiara itu.
Lufya dan Damya tersengih melihat Marina yang lalu di beranda itu.
“Awallah. Kan kena berurusan dengan minah cerewet.” Selamba Damya mengutuk Marina membuatkan Lufya menampar lengannya.
Mereka berdiri lalu keluar mengekori langkah Marina.
“Kutuk I nampak,” kata Marina sambil memandang ke belakangnya.
“Eh, tak lah. Kenyataan,” balas Damya selamba.
Marina mencebik bibir mendengarnya. Dia berhenti dihadapan butik, sambil membuka kunci pintu roller shutter butiknya itu.
“Bukan cerewetlah Damya. Tapi I pentingkan disiplin dan mutu kerja. Dah empat tahun dengan I pun masih tak faham-faham lagi ke,” kata Marina sambil menekan pengera pintu roller shutter itu.
Damya menyengetkan bibirnya tanda mengajuk kata-kata Marina itu.
“Dah lah tu. Kang dia nampak, gaduh pula,” tegur Lufya sambil mencuit bahu Damya.
Damya menjuihkan bibirnya. “Aku bukannya apa, Cuma aku boring dengan perangai cerewet dia tu.”
“Nak buat macam mana. Memang dia macam tu,” ujar Lufya sambil melangkah memasuki ruangan butik.
Damya mengekori langkah Lufya untuk masuk ke dalam.
“Duduklah dulu. Kejap lagi aku panggil kau untuk try design baru ni,” kata Marina sambil menghilang di sebalik pintu bilik peribadinya itu.
“I harap baju you kali ni tak lah menjolok mata sangat,” luah Damya penuh harapan sambil melabuhkan punggungnya di sofa empuk itu.
Lufya diam, namun dalam masa yang sama, dia juga mengharapkan perkara yang sama. Punggungnya dihenyak lembut ke sofa.
Bunyi deringan Iphone 6 Lufya bergema dari dalam beg berserta getarannya membuatkan perbualan mereka terganggu. Laju Lufya mengagau telefon kesayangannya itu.
“Ibu.” Berdebar hatinya melihat nama pemanggil yang tertera pada skrin telefon itu.
“Siapa?” tanya Damya kehairanan sambil menjengukkan wajahnya ke skrin telefon Lufya.
“Angkatlah. Ibu kau kan?” suruh Damya.
Dengan penuh debaran, Lufya menekan ikon berwarna hijau itu dan lambat-lambat menekapkan telefon itu ke telinganya. Pandangannya dihalakan ke wajah Damya sambil mengetap bibirnya.
“Assalamualaikum Luf,” sapa Puan Hazimah membuatkan airmata Lufya mengalir. Mendengar suara itu bagaikan satu rahmat baginya.
“Ibu…” panggil Lufya sebak.
Damya yang memahami apa yang Lufya rasakan ketika itu, bertindak menggosok belakang Lufya.
“Lufya minta maaf bu…Luf minta ampun dari hujung rambut sampai hujung kaku,” luah Lufya sayu. Dia membiarkan airmata yang berjuraian di pipinya itu.
Kedengaran esakan Puan Hazimah di seberang talian membuatkan hati Lufya di palu rasa sedih. Dia mengetap bibirnya perlahan.
“Baliklah Luf. Ibu rindukan Lufya. Sampai bila Lufya nak merajuk?” Lemah lembut suara wanita setengah abad itu memujuk Lufya membuatkan Lufya semakin sebak. Setelah sekian lama dia menanti dan mencuba, akhirnya Puan Hazimah sendiri yang menghubunginya.
“Ibu… Luf tak merajuk bu. Luf Cuma takut kalau ibu dengan ayah tak nak terima Lufya lagi,” luah Lufya sebak.
Mendengar kata-kata Lufya itu, hati Puan Hazimah bagaikan disiat-siat. Memang selama ini, merekalah yang telah menyebabkan Lufya pergi sejauh itu.
“Lufya, ibu minta maaf. Ibu tak dapat nak halang ayah kamu. Tapi Luf baliklah ye. Pujuk ayah kamu tu. Mana tahu hati ayah lembut bila tengok Lufya balik,” pujuk Puan Hazimah lagi.
“Luf takut bu…” rintih Lufya lagi.
Damya masih setia menggosok belakangnya memberi kekuatan.
“Lufya, ibu dah tua. Ibu nak juga jumpa Lufya sebelum ibu tutup mata. Lagipun minggu depan ada majlis kenduri akikah anak buah Luf. Baliklah Luf. Kami semua rindukan Luf,” kata Puan Hazimah lagi.
Lufya ketap bibir.
“InsyaAllah bu. Luf balik,” kata Lufya memberi harapan.
“Alhamdulillah. Ibu tunggu tahu.” Kata Puan Hazimah lagi membuatkan Lufya semakin sebak. Sebak dalam gembira.
Lufya tidak mampu untuk menggambarkan kegembiraannya ketika itu. hanya senyuman dalam airmata yang terpancar pada wajahnya.
“Ibu sihat? Ayah apa khabar?” tanya Lufya lembut.
“Kami semua sihat Luf. Lufya macam mana?” tanya Puan Hazimah pula memulangkan soalan.
“Luf sihat bu,” jawab Lufya lembut.
“Alhamdulillah. Ibu dapat tahu yang Luf kerja model. Betul ke?” tanya Puan Hazimah lembut.
“Betul bu. Luf dah ada perniagaan sendiri kat sini,” kata Lufya sambil tersenyum.
Gembira bila ibunya bertanya tentang perkembangan dirinya.
“Alhamdulillah. Ibu sentiasa doakan Luf,” kata Puan Hazimah dengannada gembira.
Lufya tersenyum sendiri sambil menyeka airmatanya yang masih tidak sudi untuk berhenti mengalir.
“Terima kasih ibu,” ucap Lufya tanda menghargainya.
“Ibu tak boleh cakap lama-lama. Takut ayah kamu nampak,” kata Puan Hazimah dengan nada gusar.
Sepi sejenak.
“Hmmm… Tak ape lah bu. Nanti kita jumpa,” kata Lufya pula memujuk ibunya.
“Minggu depan balik ye nak.” Sekali lagi Puan Hazimah mengutarakan kata-katanya.
“Ye bu,” balas Lufya lembut.
“Ibu letak dulu ye,” kata Puan Hazimah lagi.
“Assalamualaikum ibu,” kata Lufya memberi salam.
“Waalaikumsalam,” balas Puan Hazimah lalu mematikan talian.
Wajah Lufya bersinar kegembiraan. Wajah Damya dipandang penuh makna.
“Ibu aku suruh balik,” kata Lufya dengan nada gembira.
Damya tersenyum melihat sinar kegembiraan yang terpancar pada wajah sahabatnya itu.
“Alhamdulillah. Panjang umur ibu kau. Rasanya baru pagi tadi kita cakap pasal ni. Ibu kau macam tahu aje yang kita ada cakap pasal dia,” komen Damya.
Lufya mengangguk tanda setuju.
“Kan? Kuat sungguh firasat ibu,” kata Lufya sambil memikirkan sesuatu.
Marina muncul dari balik pintu bilik peribadinya bersama beberapa helai pakaian. Pandangannya meliar ke kiri dan kanan sambil dahinya dikerutkan.
“Tak boleh harap betullah team aku ni. Aku dah cakap jam sepuluh kena ada kat butik. Seorangpun tak sampai lagi!” dengus Marina geram.
Lufya dan Damya hanya berpandangan sambil mengangkat bahu masing-masing.
“Semalam korang balik jam berapa?” tanya Lufya sambil memandang ke arah Marina yang sedang menggantung pakaian itu di tempat penggantungan khas.
Marina berfikir sekejap sambil mengurut dagunya kemudian memandang mereka berdua.
“Lewatlah juga. Nak siapkan design barukan. Event kat Singapore tu dah tak lama dah. Tu yang kelam kabut sikit,” balas Marina perlahan.
“Lewat tu jam berapa?” tanya Damya separuh menyindir.
“Satu pagi kot,” jawab Marina lagi.
“Satu pagi?” Terbeliak mata Lufya dan Damya mendengar jawapan itu. Mereka berpandangan sesama sendiri.
“Kalau I jadi team you, dah lama kot I resign,” sambung Damya lagi.
Marina hanya menceber bibir mendengar kata-kata Damya itu.
“Sebab tu you tak maju,” tempelak Marina sambil menjeling Damya.
Damya mencebik.
“Maju kalau rehat tak cukup, badan tak terjaga buat apa. Karang dah tua sendiri menyesal,” balas Damya.
Lufya hanya tersenyum simpul melihat kedua mereka itu. “Macam anjing dengan kucingpun ada. Asyik nak berselisih pendapat saja,”
“Kalau nak maju, kena korban tenaga, dan juga badan. Cuba you tanya Lufya. Mustahil Lufya tak macam I… Kan Lufya?” Pandangan Marina singgah ke wajah Lufya.
“Maaflah, aku tak campur cerita korang,” balas Lufya menjawab sambil mengangkat tangannya.
Marina dan Damya berpandangan kemudian mencebik.
“Macam mana perniagaan you? Ada perkembangan?” tanya Marina sambil mengambil tempat di samping Lufya.
“Alhamdulillah, setakat ni penerimaan pengguna tu okay,” balas Lufya sambil tersenyum mengingatkan tentang produk kesihatan yang dikeluarkan oleh syarikatnya.
Marina mengangguk perlahan.
“Kau kena banyak promote kat fac, twitter atau instagram. Ini tak… Aku tengok muka kau je berderet kat situ. Boring!” kata Marina separuh mengutuk.
Lufya tersengih sambil memandang Damya yang sudah herot bibir mendengar kata-kata Marina itu.
“Bukan tak nak promote, tapi aku sibuklah Rina. Kau nampak sendiri macam mana aku terkejar sini sana. Sekejap kat butik kau, sekejap kat pejabat dan sekejap pergi Indonesia. Tak pun Singapore,” dalih Lufya.
Marina menceber bibir.
“Alasan je semua tu. Bukan kau tak boleh upah admin untuk page kau tu,” tempelak Marina.
“Tak pun, tu…” Marina memuncungkan mulut ke arah Damya.
Berkerut dahi Damya melihat kelakuan Marina itu.
“Apa tu…tu?” soal Damya sambil menayangkan muka menyampah.
Marina menjungkit bibir mengejek Damya.
“Apa guna you jadi personal assistant dia, kalau itupun you tak boleh nak buat? Sepatutnya benda tu you yang uruskan,” kata Marina sambil memandang Damya.
“Mula lagi minah dua ekor ni,” keluh Lufya sambil menyandarkan tubuhnya malas ke sofa itu.
“You ingat, I ni kerja asyik nak hadap telefon je ? You tak tahu lagi macam mana nak urus minah seorang ni.” Selamba Damya menunjal kepala Lufya membuatkan Lufya terjerit kecil.
“Hish! Apa pula aku. Korang nak gaduh, jangan libatkan aku,” kata Lufya seraya menggosok tempat yang ditunjal oleh Damya.
Pap! Peha Damya ditampar kuat oleh Lufya kerana geram diperlakukan begitu. Damya menayang sengihan.
“Sebab kau dah suka hati tunjal kepala aku, bulan ni gaji kau, aku potong.” Terbeliak mata Damya mendengarnya, manakala Marina sudah ketawa besar.
“Apa pulak sampai nak potong gaji. Bukannya aku sabotaj kau pun,” bantah Damya sambil ceber bibir.
“Kau ingat kepala aku ni ada jual kat kedai ke? Suka hati kau nak tunjal,” balas Lufya lagi dengan serius.
Damya terdiam. Marahkah? Dia mula risau kalau Lufya betul-betul marah.
“Ye lah cik Model. Aku minta maaf. Lain kali tak buat lagi… Puas hati?”
“Minta maaf tak ikhlas,” kata Lufya lagi sengaja mahu mendera Damya.
“Alah…babe, I’m sorry,” pinta Damya dengan nada meleret.
Risau pula nanti Lufya terlebih emosi kerana menerima panggilan dari Puan Hazimah.
“No sorry!”
“Babe…!”
Meletus ketawa Lufya mendengar nada suara Damya yang semakin meleret itu.
“Bukan main gedik kau ye,” kata Lufya dengan riak wajah yang mengejek.
Damya menjuihkan bibirnya. “Kau lah tu! Orang gurau je kot,”
“Aku gurau je lah,” kata Lufya akhirnya.
Marina hanya mengelengkan kepalanya melihat gelagat mereka berdua.
“Dah habis? Boleh kita mula sekarang?” tanya Marina sambil memandang mereka berdua. Keningnya dijongket ke atas.
“Kalau ikut betul, dari tadi lagi dah boleh mula,” kata Lufya menjawab.
“Okay, jom,” ajak Marina sambil bangun menarik tangan Lufya. Damya hanya memandang mereka berdua menghilang di sebalik bilik persalinan itu.
Damya lebih suka menungu di luar. Ini kerana, dia tidak gemarkan sikap Marina yang agak suka menyindir dan memerlinya itu. Kalau bukan disebabkan oleh Lufya, dia tidak akan membuang masa untuk ke butik itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience