BAB 77

Romance Series 93123

BERSENDIRIAN di apartment itu, membuatkan Lufya termenung panjang. Satu persatu perkara bertandang dalam fikirannya.
Yang paling utama, ialah Ziqri. Perlahan tangannya mendarat di perutnya yang masih kempis. Belum ada sesiapapun yang tahu dia sedang megandungkan anak Ziqri. Ketika berita itu sampai ke telinganya, dia mula takut. Takut kehilangan. Pada masa yang sama, rasa cinta dan sayang pada Ziqri semakin mekar.
Lufya mengeluh perlahan. Kenapa dia perlu meletakkan dirinya dalam keadaan sesukar itu. Untuk mempertahankan bayi itu, bermakna dia memungkiri janji. Untuk berpisah dengan Ziqri, dia bagaikan membunuh dirinya sendiri.
Perasaan yang dia rasakan pada Ziqri, jauh lebih dalam daripada perasaannya pada Riezman satu ketika dahulu. Dengan Riezman, dia juga pernah takut kehilangan. Malahan sampai mahu membunuh diri. Tapi dengan Ziqri, terasa nama lelaki itu bagaikan sudah terpahat indah dalam hatinya. Senyuman, keprihatinan, kebaikannya, semua bersatu menjadi satu di dalam hatinya. Ditambahkan pula dengan kehadiran zuriatnya yang semakin membesar dalam rahimnya.
Dia mula buntu dengan kemahuan dirinya sendiri. Kalau boleh, dia mahu meneruskan saja hubungan antara dia dan Ziqri, tapi macam mana dengan Marsha. Marsha, tidak mungkin akan melepaskan dia begitu sahaja.
Teringat kembali kejutan hari jadi yang dibuat oleh Ziqri untuknya. Lufya memejamkan matanya. Ketika itu, betapa indahnya. Hanya mereka berdua, ditemani malam sepi, tanpa sebarang gangguan. Makan malam di tepi pantai, menyerlahkan lagi sifat romantik, Ziqri. Ziqri berjaya menghiburkan hatinya setiap kali dia memerlukannya. Ziqri membelai jiwanya dengan perlakuan romantis dan juga kata-kata romantisnya.
Keadaan mereka, yang selalu berjauhan, menambahkan lagi kerinduan dan menyemarakkan lagi perasaan cinta di hati masing-masing, saat bersua muka. Keadaan itu, mengajar mereka berdua untuk saling menghargai. Dan menyedarkan Lufya tentang adanya nama Ziqri di dalam hatinya.
Dia sudah tidak boleh menafikan lagi perasaan yang satu itu. Kasih sayang yang diberikan oleh Ziqri padanya, menyemarakkan lagi warna hidupnya, sekaligus membawa dia mengharungi semuanya dengan semangat yang berkobar-kobar. Dia ternanti-nanti apakah yang akan terjadi hari esok.
“Luf, sayangkan abang,” kata Lufya sendirian. Perutnya di usap lembut.
Dia akhirnya terlena dalam angannya sendiri. Angan-angan yang dia sendiri tidak tahu sama ada akan tercapai ataupun tidak. Dalam angan-angan itu, wujudnya satu persoalan. Sampai bila dia akan hidup seperti itu.
Semoga ada kemanisan harapan, satu masa nanti untuk dirinya sendiri, seperti mana yang diharapkan oleh insan lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience