Get the app for full experience
“MALAM ni, you pergi tak makan malam amal tu?”
Suara Marsha, menerpa ke pendengaran Ziqri, sebaik dia menekapkan telefon kesayangannya itu ke telinga. Tiada salam mahupun ucapan ‘hello’ dari Marsha. Bagaikan tidak pernah belajar dan memahami apa itu adab.Dia menggelengkan kepalaya perlahan.
“Assalamualaikum, Puan Marsha Mariam. You memang tak reti bagi salam erkh? Main terjah je…” perli Ziqri.
Marsha merengus perlahan. Bibirnya diherot ke tepi. “Sejak bila you kisah benda ni?” tanya Marsha. Menyampah! Rambutnya yang panjang berjuntai di dahi itu, dipintal kasar.
Ziqri menjongket bibirnya ke atas. Tercabar!
“Selama ni, I memang kisahpun. You je yang tak ambil kisah teguran I,” balas Ziqri. Sinis.
“I tanya sal makan malam, you pulak nak berceramah. You ingat, I berminat ke nak dengar ceramah you tu? Bosan! Tahu tak?”
“Tak nak dengar, tak payah call.”
“Ziqri! Susah sangat ke nak jawab soalan I?”
Ziqri menghembus nafas lemah. “Hmmm…”
“Hmmm… tu apa? Pergi ke tak?”
“Pergilah. Syarikat ni kan, salah satu penyumbang dana terbesar. Takkan tak faham lagi,” jawab Ziqri. Nadanya kedengaran malas.
“Baguslah. You bawa I kan?” tanya Marsha.
Dahi Ziqri berkerut. “Siapa lagi I nak bawa kalau bukan you. Dah semua orang tahu… you je isteri I,” jawab Ziqri.
Marsha mencebik bibir. “Mana tahu, you nak bawa Luf,”
Ziqri terdiam seketika. Nak bawa Lufya, memang sahlah, tak dapat. Hubungan mereka, bukannya di ketahui ramai. Ikutkan hati, memang Lufya yang dia nak ajak. Tapi keadaan tidak mengizinkan.
“Cuba you fikir logik. Kenapa I nak bawa Luf, sedangkan tak ramai yang tahu I dah kahwin dengan Luf.”
Marsha tersengih. Kepala yang tidak gatal itu digaru kasar. ‘Betul juga… tapi… argh!’
“Mana tahu, you lupa,” kata Marsha, seakan memerli.
Ziqri mencebik. “Takde maknanya I nak lupa. You je selalu lupa yang I ni suami you,” kata Ziqri, seakan memulangkan paku buah kerasnya.
Marsha mencebik. “Siapa kata?”
“I kata!”
Terbit dengusan kasar, melalui bibir Marsha. “Kalau tak sakitkan hati I, memang tak sah erkh?”
Ziqri herot bibirnya ke tepi. “Terasa erkh? Baguslah you terasa. At least, I know that you still have a feeling,”
“Not at all! It just… argh! Forget it!” Marsha mengalah. Pada amnya, kata-kata Ziqri itu memang menyakitkan hati. Tapi, dia lebih memilih untuk diam. Takut nanti, ada perkara yang terlepas dari bibirnya sendiri.
Ziqri tersenyum kemenangan. Biarpun, dia tidak tahu apa tujuannya yang sebenar, tapi dia senang hati bila Marsha terasa hati dengan kata-katanya.