Ting!
Pintu lif terbuka dan Lara segera melangkah keluar menuju ke kawasan kolam renang. Sambil berjalan hatinya membengkak seolah-olah hendak meletup.
'Tak kan lah Natasha berani nak menipu pulak kalau aku boleh verify sendiri perkara ni dengan Ashraf??' Dia makin tidak sedap hati.
Saat Lara tiba di kolam renang tersebut, dia berdiri merenung Ashraf yang sedang berenang nun di tengah sana. Kelihatan tubuh berotot itu tenggelam timbul di dalam air dengan alunan kuak kupu-kupu yang sedang dilakukannya.
Lara ketap bibir. Kata-kata Natasha sebentar tadi terngiang-ngiang...
"Kemain sungguh diorang berpeluk! Macam dah gersang sangat, entah-entah lepas tu terus check-in hotel! Semacam je I tengok betina tu!"
Jantungnya bagaikan hendak terkeluar menahan resah yang melanda dan waktu itu juga Ashraf sudah sampai di tebing kolam di hadapannya.
"Dapat tak access card?" Tanya Ashraf sambil meraup wajah yang basah.
"Dapat. I nak balik bilik." Lara menjawab dengan nada yang dingin dan dia terus berlalu.
"Eh, hun?!"
Kedengaran Ashraf memanggil. Dengan wajah yang mencuka, Lara memaling ke Ashraf.
"Kata nak temankan I swimming?!" Sengih. Tetapi apabila terlihatkan air muka Lara yang sebegitu rupa, hati Ashraf serta-merta terdetik.
"Duduklah dulu..." Sambung Ashraf. Wajah jelita itu ditenung dalam-dalam. Kelihatan seperti ada sesuatu yang tidak kena, fikirnya.
"Tak nak. I nak naik."
Tanpa berlengah, Lara terus melangkah deras manakala Ashraf pula sudah terpinga-pinga dengan wajah yang berkerut.
Nampak seperti gadis itu marah tapi pasal apa pula? Hatinya penuh dengan tanda tanya...
Ting tong!
Loceng bilik ditekan dan Ashraf menunggu Lara membuka pintu. Fikirannya berlegar-legar mengenangkan keletah Lara yang mendadak.
Klik!
Kelihatan tombol pintu dipulas tetapi Lara tidak membuka pintu itu sepenuhnya. Dia bergegas masuk ke bilik sebelah dan Ashraf hanya sempat melihat bayang tubuhnya sekilas lalu.
"Hun...?" Panggil Ashraf sambil melangkah masuk. Pintu ditutup. Hati Ashraf semakin kuat mengatakan ada sesuatu yang tidak kena apabila melihat daun pintu penghubung bilik itu tertutup rapat.
"Princess??"
Senyap.
Dia semakin tidak sedap hati.
"Princess, are you okay?" Ashraf menekup telinganya pada daun pintu, cuba mendengar kalau-kalau Lara menyahut.
Masih lagi senyap. Dia mengetap bibir. Kening mula berkerut.
Tok tok tok...!
"Princess, kenapa you tutup pintu??"
Tok, tok, tok...!
"Princess, what's wrong?? Can I come in...?"
Senyap. Lantas Ashraf pergi mendapatkan telefon bilik dan mendail ke bilik Lara.
"Hello?" Kedengaran suara Lara menjawab panggilan.
"Princess, kenapa ni?? Boleh I masuk-"
Klik!
Talian diputuskan! 'Aduh! Apa ni?!' Kali ini hati Ashraf sudah meronta lalu dia terus ke pintu penghubung tersebut dan merentap tombol pintu.
'Urgh, kunci pulak!' Ashraf menjerit dalam hati dan dia mulai resah!
"Princess, please...! Apa kena ni?? Janganlah buat macam ni...! If there's anything wrong, let's talk it out! Please honey...?!" Tombol pintu dipulas-pulas perlahan.
Dari dalam bilik Lara pula, kelihatan gadis itu sedang terbaring di atas katil. Matanya hanya merenung siling bilik. Dia dengar suara Ashraf memanggil tetapi dia tidak bersedia. Tidak bersedia untuk menghadapi pengakuan Ashraf yang bakal menghancurkan hatinya kerana dia yakin Natasha berkata benar.
Saat ini Lara hanya terfikir... Siapa sebenarnya dia di mata Ashraf?
"If you want to know the reason why do I love you, I can pick thousand of them, but I choose to love you just as you are. Seadanya. Kalau ada peluang tu nanti, I akan cintakan you bersama kelebihan dan kekurangan you, okay?" Kata-kata Ashraf sewaktu di Griffith Observatory dulu terngiang di telinga.
Dadanya sebak.
Adakah begitu juga layanan Ashraf terhadap perempuan itu? Hati terasa luluh. Jika sebentar tadi di Red Light District, Ashraf menoleh ke arah perempuan-perempuan seksi di dalam tingkap cermin itu pun dia sudah cemburu, inikan pula bila mendapat tahu bahawa ada perempuan lain yang memeluk tubuh lelaki itu. Hati Lara terasa pedih sekali. Dan adakah benar mereka ke hotel seperti yang diandaikan oleh Natasha? Perasaan Lara luluh saat membayangkan hal tersebut!
Tok, tok, tok...!
"Princess, I ada buat salah ke...? Please, tell me...! Jangan senyap macam ni...! Kita bincang elok-elok-"
Klik!
Tombol pintu dibuka lantas Ashraf segera memulas dan masuk ke dalam bilik tersebut.
"Hei...?" Tegur Ashraf. Dia lihat Lara memandangnya dengan tajam sekali, satu pandangan yang tidak pernah Ashraf lihat sebelum ini.
"Baby, what's wrong?"
Lara tidak menjawab, hanya menjeling dan kembali duduk memeluk tubuh dan bersandar di katil.Â
"Hun...?" Ashraf duduk di birai katil sebelah Lara, berhadapan sesama sendiri.
"Ashraf, boleh tak you berterus-terang dengan I??"
Kata-kata Lara itu membuatkan Ashraf terpinga-pinga. Mata mereka bertembung seketika.
"Okay." Ashraf mengangguk.
"Betul ke ada perempuan jemput you dekat Changi masa you balik daripada flight bulan lepas??"
Ashraf melarikan pandangannya sambil mengeluh kecil.
"Jawablah!" Air muka Lara makin menyinga.
Ashraf memandang Lara semula. "Ye, ada." Balasnya.
Ternyata Natasha tidak menipu atau mengada-adakan cerita, bisik Lara. Hati jadi semakin kacau.
"Korang berpeluk eh?"
Wajah Ashraf segera berubah dan mereka berpandangan lagi buat seketika.
"Siapa bagi tahu you ni?"
"Oh?!" Lara tertawa sinis! "Rahsia you dah pecah?!"
"Bukan!"
"Habis tu?!" Lara menjegilkan mata.
"Bukan berpelukan, dia yang peluk I!"
Hati Lara bagai ditoreh.
"Oh...! So you nak berlagak innocent-lah?! You don't want to be responsible on your own action?"
"Lara, bukan macam tu! I memang tak peluk dia!" Ashraf berasa berang bila dia tiba-tiba dituduh sebegitu.
"Habis tu kenapa dia peluk you?!"
"Siapa yang bagi tahu you semua ni?"
"Kenapa you nak tahu?? You nak marah orang tu?!"
"I nak tahulah sebab I yakin orang tu tak tahu perkara sebenar, lepas tu tak pasal-pasal bawak cerita dekat you!"
"Lepas berpeluk tu korang ke mana??"
"Ke mana lagi? Dia hantar I balik rumahlah, Taman Serene."
Wajah Ashraf ditenung. Nampaknya seperti perempuan itu tidak asing dengan keluarga Ashraf.
"Siapa perempuan tu?! Girlfriend you ke?!"
"Bukanlah, I mana ada girlfriend!"
"You dah berpeluk-peluk dengan dia, lepas tu you cakap itu bukan girlfriend you?! Ohh! Macam I lah, kan?! Peluk sana-sini tapi bukan girlfriend-"
Kata-kata itu menghembus api kemarahan Ashraf. "Lara! Selama ni you yang tak nak jadi girlfriend I! And I just proposed you again on the boat this morning-"
"Kenapa you proposed kalau you ada perempuan lain?! You tipu I selama ni!!"
"Itu bukan girlfriend I lah! I langsung takde perasaan dekat dia!"
"Habis tu perempuan tu siapa?! Dia peluk you, Ashraf!"
Suara mereka berbalas-balas semakin meninggi dan akhirnya terdiam. Ashraf menghela nafas panjang.
"Kenapa dia peluk you?!" Saat Lara menghamburkan ayat tersebut, dia menghamburkan sekali perasaan cemburu yang seolah-olah membaham dirinya semenjak tadi.
"Okay, listen. She's my childhood friend. Dia sebenarnya tinggal dekat Aussie sebab study dekat sana. Hari yang dia jemput I tu, I pun tak tahu bila masa dia balik Singapore!"
"Aussie?? Australia??" Tanya Lara dengan pandangan mata yang mengecil.
"Ye."
Dan kini pandangan mata Lara jadi semakin tajam. "Oh! So, dia ada sekali dengan you masa dekat Gold Coast??"
Wajah Ashraf pucat kerana dia tidak menyangka sejauh itu Lara meneka. 'Shit!' Jeritnya dalam hati. Matanya dan mata Lara agak lama bertaut.
"Jawablah!" Ujar Lara kasar.
Ashraf tertawa sinis dan meraup wajah.Â
"Ada."
Dada Lara bagai ditimpa batu. Terasa sakit dihimpit, dia memejam mata mencari kekuatan.
"Entah-entah lepas tu terus check-in hotel!" Ayat Natasha terngiang kembali.
"Dia duduk satu bilik hotel dengan you?"
"Tak...! Yang itu tak! Dia datang masa hari last I dekat Gold Coast! Tak sampai 24 jam pun-"
"Habis tu dia stay hotel dengan siapa?"
"Dia datang dengan kawan-kawan dia, I dengan kawan-kawan I. Dan hotel kitorang pun tak sama. I tak tahu dia duduk hotel mana-"
"Tak logik! Tak kan lah you tak tahu hotel mana dia duduk-"
"Sebab I pun tak tahu dia nak datang masa tu-"
"You ni semua benda you tak tahu, kan?! Tapi dia childhood friend you! Dia peluk you! You takut terkantoi benda lain ke?!"
"Eh, Lara! Apa ni?! Kantoi apa?!"
"Manalah I tahu! I tengok you berahsia sangat dengan I!"
"Tak ada rahsia! Dia tu anak kapten kawan baik my dad! Family dia dengan my mom nak satukan kitorang-"
"WHAT?!" Lara menjegil.
"Tapi I tak nak! Itulah cerita dia!"
Lara terus ketap gigi. Jadi kiranya... Perempuan itu adalah bakal isteri Ashraf JIKA Ashraf tidak menolak?
"I hate you, Ashraf."
"Why...?!"
"Sebab you ucap 'I love you' beratus kali pada I tapi you sembunyikan hal ni daripada I!"
Ashraf tersenyum sinis. Jelas sekali Lara cemburu.
"Lara, boleh tak I tanya you satu benda?"
Mata mereka bertembung. Lara tidak menjawab sepatah tapi Ashraf meneruskan saja dengan pertanyaannya.
"You sebenarnya cintakan I, kan?"
Lara menjeling. Hatinya masih panas mengenangkan perempuan yang hendak dijodohkan dengan Ashraf. Sekarang barulah dia mengerti. Patutlah perempuan itu berpeluk sakan, calon bini si Ashraf rupanya.
Hah... Anak kapten! Ya, padanlah mereka berdua. Sama-sama anak kapten, sama-sama anak orang senang. Bukan seperti dirinya yang hidup penuh ranjau duri! Duit punya pasal, terpaksa tayang badan sana-sini sampai extend semester... Perempuan itu sudah tentu tidak pernah melalui kesusahan seperti dirinya. Tambahan pula study sampai ke Australia sana! Jika hendak dibanding dengan dirinya, dia hendak habiskan diploma dulu pun macam nak terputus nyawa bergaduh dengan ayah sendiri kerana wang belanja. 'Hmmph! Pathetic sungguh hidup kau, Lara!' Bisik hatinya yang sebal.
"Answer me, Lara."
Kata-kata Ashraf mematikan lamunannya. Lara rasa sedih dan sakit hati. Siapalah dia kalau hendak dibandingkan dengan perempuan itu?
"Lara, I tanya ni! You sebenarnya cintakan I kan?!"
"Tak!" Jawab Lara spontan dek kerana sakit hati.
Kelihatan Ashraf terpempan memandangnya.
"Oh, really?! Sebab boyfriend CEO you tu? Hmm??"
Lara menjeling.
Ya. Mungkin dia lebih sesuai bersama Huzaimi. Lelaki kampung yang melalui kepayahan untuk naik ke atas, di kedudukannya sekarang ini sebagai salah seorang usahawan Melayu yang berjaya.
"Lara! Cakap terus-terang dengan I! Tak kan lah sikit pun you tak ada perasaan pada I?! Please be honest, you cintakan I, bukan?!" Nada Ashraf tidak puas hati.
Semenjak kali terakhir bergaduh di Coffee Bean Subang Parade, bermula daripada Ashraf membawa gadis itu melihat bintang di Genting Sempah sehinggalah kini sudah merata benua mereka pergi, Ashraf percaya dia dapat merasai getaran cinta Lara. Tidak mungkin ia boleh dibuat-buat. Raut wajah Lara juga sering terlihat bahagia tatkala bersamanya. Tetapi kini gadis itu menidakkan pula! Tidak. Ashraf tidak puas hati.
"Kenapa you tak nak mengaku?!" Tanya Ashraf lagi.
Kelihatan Lara tersenyum sinis menggeleng kepala. Di matanya seakan terbayang bagaimana si gadis genit itu memeluk tubuh Ashraf.
"Tell me! You cintakan I sebenarnya kan?!"
Diam.
"You jangan buat I paksa you, Lara! Cakap!"
Jeling.
"LARA!"
Suara garau itu meninggi. Tak kan lah tidak terlorek langsung perasaan cinta dalam hati gadis ini sedangkan semuanya dia telah curahkan pada Lara seorang?! Perasaan Ashraf membara dan saat mata mereka bertaut tegang, Ashraf terasa bagaikan dirasuk dengan api kemarahan yang amat dahsyat.
Dengan sepantas kilat, sebelah tangan Ashraf mencengkam pipi Lara dan dia terus mencium bibir Lara dengan sedikit kasar!
Lara sungguh terkejut dan terpaku seketika. Sekejapan juga, ciuman kasar bertukar berahi. Saat itu, Lara hendak melepaskan diri namun dalam pada masa yang sama, dia terasa seperti perasaannya dan perasaan Ashraf menjadi satu.
Cinta... Ya, itulah perasaan yang terpendam antara mereka buat sekian lama.
Lara mula membalas ciuman Ashraf dan badan direbah. Sebelah tangannya menggenggam rambut Ashraf manakala sebelah lagi mendakap erat tubuh sasa itu seolah-olah tidak mahu dilepaskan lagi. Dia menuruti rentak pautan bibir Ashraf dan membiarkan tsunami asmara ini membawanya hanyut dalam khayal. Fikiran Lara seolah-olah lumpuh dan dia merelakan saja...
Tiba-tiba, Ashraf melepaskan bibir Lara lalu terus bangkit. Nafasnya tercungap saat pandangan mata mereka bertaut.
"Ashraf..." Bisik Lara dalam desah nafasnya. Tangan Ashraf digapai dan digenggam kuat namun, pandangan mata lelaki itu dia lihat tajam umpama mata helang.
"I know you love me." Suara Ashraf dingin lantas dia segera bangun dan berlalu pergi!
Lara memandang tubuh sasa itu melepasi pintu penghubung bilik dari hujung matanya. Rasa sakit hati pula dengan kelakuan penuh ego si Ashraf. Dia masih lagi tercungap sendirian. Kalau diturutkan nafsu yang sedang memuncak ini, mahu saja dia menerkam lelaki itu dan menghabiskan apa yang tergendala! Tetapi Lara pasakkan ego dan dia juga tidak akan tunduk dengan keegoan Ashraf.
Lara meniarapkan badan ke tilam dan mukanya disembam. Perlahan-lahan, air matanya jatuh membasahi cadar putih. Kenapa keadaan harus begini?? Dia sepatutnya bersama Huzaimi tetapi kehadiran Ashraf telah memberi seribu satu rasa buatnya. Cintanya kepada Ashraf umpama roller coster, sekejap perasaan memuncak gembira dan kini jatuh terjunam dan terbenam pula. Dia buntu! Sungguh buntu!
Bam!
Kedengaran pintu hadapan bilik Ashraf ditutup. Ashraf telah keluar meninggalkannya sendirian. Tapi ke mana?? Lara tertanya-tanya sendiri.
Waktu itu juga, telefon bimbit Lara berbunyi notifikasi SMS.
'Please stay in the room. Don't go anywhere without me for the sake of safety. Please!' - My MWB
'Then where are you going?!' - Princess
'I need to wind down a bit. Dekat lounge bawah jer.' - My MWB
Wind down? Hmmph! Lara menjeling dan mencampakkan telefon bimbitnya ke tepi tetapi tidak sampai lima minit telefonnya berbunyi lagi.
'Don't get me wrong about just now. I did that because I love you.' - My MWB
"Argh!!" Lara menjerit dalam tangisannya yang tiba-tiba sahaja memuncak. Telefon Nokia itu dicampak ke lantai yang berkarpet.
"I love you too, Ashraf... I'm sorry, I sayang you sebenarnya... Tapi I still tak berdaya nak mengubah keadaan... I hope you won't give up on me... Please...!" Ratapan Lara kedengaran memenuhi di ruang bilik yang sepi. Wajah ibu dan Huzaimi silih bertukar ganti...
"You jangan buat I paksa you, Lara! Cakap!"
Share this novel