Bab 78

Romance Completed 159812

Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup lembut di kota 'syurga dunia' bagi sesetengah manusia.

Amsterdam.

Dengan suhu serendah 12 darjah Celcius, keadaan petang itu sungguh sibuk disamping langit yang cerah dan ceria. Jalanraya penuh sesak bukan sahaja dengan kenderaan bermotor tetapi juga dibanjiri dengan penunggang basikal, salah satu kaedah pengangkutan yang popular di sana. Beratus buah basikal boleh dilihat tersadai di bahu jalan dan di ceruk lorong.

Sebuah bas pengantara berwarna biru putih milik Sheraton Hotel berhenti di hadapan Amsterdam Centraal Station, hub pengangkutan awam yang mirip KL Sentral jika di Malaysia.

Ashraf bersama rakan-rakan sekerja turun daripada bas tersebut namun bayang Kapten Zamani tidak kelihatan. Kalau bersama Lara dulu, ke ceruk mana pun sanggup dia berjalan kaki sambil berpegangan tangan. Setiap langkah dinikmati dengan suasana panorama kota, sungguh bahagia. Tetapi tanpa Lara, semua itu mati.

Kepulan asap nipis keluar daripada mulut Ashraf apabila kaki menjejak tanah. Dia segera memasukkan kedua-dua tangan ke dalam poket hoodie sweater yang dipakainya. Sejuk!

Mata Ashraf melihat sekeliling... Hatinya terkoyak. Kali terakhir di sini, dia bersama Lara. Kini sosok itu entah ke mana, entah apa khabarnya. Perasaan sugul menyelubungi raut wajah Ashraf yang selamba. Tiada seorang pun tahu gelora perasaan yang sedang membaham dirinya.

"It's quite windy today!"

Kedengaran Kapten Tan bersuara sebaik sahaja kesemua krew Singapore Airlines turun daripada bas. Perut masing-masing sudah berkeroncong setelah tujuh jam berehat di bilik masing-masing. Tetapi Kapten Zamani masih lagi tidur di hotel.

"Are you guys going to McDonald's?" Tanya Ashraf kepada Kapten Tan dan rakan-rakan krew yang lain.

"Yeah, that's already 'by default' and feasible option." Lelaki yang berumur pertengahan 40-an itu tersengih memandang Ashraf.

"Are you in?" Tanya salah seorang pramugari dalam kumpulan mereka.

"Nah, I'm going to the 'Halal Food' shop." Jawab Ashraf.

"Halal food shop??"

Kata-kata Ashraf itu menarik perhatian Faliq, seorang juruterbang junior yang baru sahaja tamat daripada latihan kadet. Oleh kerana Faliq juga berbangsa Melayu, perkataan 'halal food shop' di tengah-tengah bandaraya asing itu sangat menarik perhatiannya.

"Yups, kebab and fries. You wanna join?"

"Yeah, for sure!" Mata Faliq kelihatan bersinar-sinar memandang Ashraf.

"Okay, but I'll be going back to the hotel after churros. So... If you wanna wander around later, we'll have to go separate ways..."

"Yeah, that's totally fine for me. Maybe I can catch up with you guys later?" Tanya Faliq pula kepada krew-krew yang lain. Mereka semua mengiyakan saja.

Lantas mereka menyeberangi jalanraya yang penuh sesak dan tiba di hadapan Park Plaza Victoria Hotel, bangunan tertua di Netherlands yang kini dijadikan hotel lima bintang.

Bangunan berwarna putih dan berseni bina Victoria itu tersergam sungguh indah, pernah menarik perhatian Lara.

"Sayang...! Cantiknya building ni! I nak rumah macam ni! Boleh tak sayang...??"

Teringat suara Lara yang manja dan lunak ketika mereka lalu di sini dahulu.

"Mana ada rumah macam ni dekat Malaysia?" Jawab Ashraf, senyum memandang Lara yang sedang memeluk lengannya.

"Kalau takde, kita buatlah..."

"Kalau I tak mampu?"

"Kalau you tak mampu, takpe. Kita beli rumah semi D yang simple, lepas tu kita buat design macam ni. I bukannya nak besar macam ni! I nak design dia je..."

"Kalau I tak mampu beli rumah semi D?"

"Kita belilah rumah teres! Tapi lepas tu buat design macam ni tau!"

"Kalau I tak mampu beli rumah teres?"

Lara segera mengangkat kepala di bahu Ashraf dan memandangnya dengan pandangan yang tidak puas hati.

"You tipu! You pilot tak kan lah tak mampu beli rumah teres!"

Ashraf ketawa geli hati!

"Kalau! Kalau! Kalau I tak mampu macam mana?"

Ashraf masih ingat jelingan mata Lara.

"Kalau you tak mampu, biar I belilah...! Tapi kita renovate macam ni, you bayar duit renovation!"

Suara Lara kedengaran seakan merajuk tetapi selepas itu mereka tertawa bersama...

"Hhah..." Ashraf melepaskan satu keluahan yang panjang diikuti dengan kepulan asap. Rindu!

Sebaik sahaja kesemua kru Singapore Airlines itu tiba di restoran McDonald's, mereka melambai tangan kepada Ashraf dan Faliq lalu berpecah di situ.

"Apa nama restoran halal food tu?" Faliq bertanya kepada Ashraf sambil mereka jalan beriringan. Langkah mereka deras dan pantas.

"Nama restoran tu memang 'Halal Food' because that's what been displayed at the entrance signboard." Nada suara Ashraf tertawa kecil manakala Faliq hanya menganggukkan kepala.

Entah bagaimana, ketika melalui deretan kedai di situ mata mereka menangkap satu perkataan yang agak kontroversi...

'Venustempel'. Sex Museum.

"Wow. Sex museum!" Faliq teruja sambil ketawa. 'Muzium' tersebut merupakan sebuah lot kedai berdinding hitam dengan pintu papan yang terbuka luas.

"First time here?"

"Yups! My first flight to AMS bro." Faliq ketawa sambil matanya melilau melihat sebuah patung wanita berbogel yang terletak di ruangan lobi. Selebihnya tidak sempat dilihat dek kerana langkah mereka yang deras. Ashraf tertawa kecil. Sesiapa yang pertama kali menjejakkan kaki ke sini memang akan jadi kejutan budaya sedikit!

"Berapa entrance fee dia?" Faliq memandang ke wajah Ashraf.

"Can't remember... I went in many years ago, tapi rasanya tak sampai 10 Euro kot." Jawab Ashraf. Dia benar-benar tidak ingat. Sewaktu jalan-jalan dengan Lara dahulu pun mereka tidak masuk ke tempat itu.

"Kenapa ada 'sex museum' ni?" Masih jelas terbayang lagi wajah Lara yang berkerut di kotak ingatan Ashraf. Walaupun berkerut masih jelita.

"Entahlah, hun... Pendidikan seks untuk orang dewasa kot." Lantas mereka berdua ketawa.

"Yeah, dekat muzium belajar teori, lepas habis teori boleh buat praktikal pulak dengan perempuan-perempuan dalam red windows tu-"

"Wah, wah... Bijak nampak?" Potong Ashraf dengan nada menyakat dan waktu itu juga wajah Lara merah dengan senyuman tersipu malu!

Ashraf tersenyum sendirian mengenangkan memori indah dia dan Lara. Sesungguhnya setiap ceruk yang pernah dijelajahi dahulu semuanya menggamit kenangan.

'Baby, where are you...?' Bisik hati Ashraf...

* * * * *

"Eh, abang...!"

Huzaimi yang sedang mendukung Dahnia, anaknya yang berusia satu tahun setengah memandang ke arah Sharina yang baru sahaja terpacul di ruang tamu rumah banglo tersebut.

Saat itu juga, pengasuh yang menjaga Dahnia cepat-cepat mengambil kanak-kanak itu daripada Huzaimi untuk dibawa masuk ke kamar tidur. Hari sudah malam. Takut pula kalau dia ditempik oleh Sharina kerana belum lagi menidurkan Dahnia.

"Bila abang sampai?"

Sharina segera meletakkan beg tangan Chanel ke atas sofa lantas menerpa ke arah Huzaimi. Dicapainya tangan suaminya dan dicium sambil menangis teresak-esak.

"Abang... Ayang banyak buat silap dengan abang selama ni... I am so sorry, I rasa menyesal sangat..."

Huzaimi terpempan. Tidak sangka yang Sharina menitiskan air mata meminta maaf. Buat pertama kali sepanjang perkahwinan ini dia terasa dihormati sebagai suami.

Sharina kemudian mengangkat wajahnya lalu mata mereka saling bertatapan. Dia sedaya upaya memaksa air mata untuk keluar supaya lakonannya nampak lebih hidup!

"Sepanjang abang tak ada dekat rumah ni, ayang banyak reflect balik kekurangan diri ayang... Siang malam asyik salahkan diri sendiri je. Sedih sangat... Mungkin betul kata mak abang, selama ni ayang terlalu pentingkan diri. Jadi sekarang abang cakap je apa kehendak abang, semua ayang akan turutkan... Kalau abang nak kahwin dengan budak perempuan yang abang beritahu hari tu pun, I will agree. Kalau dia nak bolot semua saham syarikat pun, biarlah! I dah redha, bang. I nak buktikan pada abang yang ayang betul-betul dah berubah... Ayang nak jadi isteri yang baik buat abang. Abang percaya tak?"

Huzaimi tersenyum sambil menganggukkan kepala.

"You jangan risau, budak perempuan tu tak kan bolot apa-apa pun... Takpe, nanti-nantilah kita bincang hal tu. I baru je sampai rumah, kan." Ujar Huzaimi.

Sharina buat-buat senyum manis namun dalam hatinya terasa ingin ditoreh-toreh saja muka si Lara Rizman tatkala mendengar suaminya menyebelahi perempuan tersebut!

'Perempuan celaka! Jangan nanti disebabkan laki aku asyik menyebelahkan kau, kau mati katak, Lara Rizman! Aku makin benci pada kau, perempuan sundal!' Getusnya dalam hati...

* * * * *

Pagi itu, keadaan pejabat di jabatan Pembangunan Perniagaan agak tenang dan sunyi. Lara sampai awal. Dia duduk termenung sendirian di pantri bertemankan segelas air Nescafe yang masih berasap. Mata bundar Lara menangkap panorama pagi bandaraya Kuala Lumpur yang sungguh cantik daripada tingkat 58 menara berkembar itu.

Sungguhpun panorama indah, hati terasa sayu. Ada sedikit kerutan yang terpancar di wajah apabila teringatkan mimpi tentang Ashraf malam tadi...

Dia dan Ashraf duduk berdua di sebuah padang dan Ashraf seperti biasa bermain gitar dan menyanyikan lagu buatnya. Tetapi lagu itu tidak jelas dalam mimpi tersebut. Yang Lara ingat mereka bergurau mesra sambil ketawa seperti selalu dan kemudian Lara mengajak Ashraf berjalan-jalan.

Ketika itulah, Lara menarik tangan Ashraf sambil menyelusuri lorong yang seakan mirip kota Amsterdam. Namun sekejapan kemudian, tangan Lara yang menarik dan menggenggam tangan Ashraf tadi terasa kosong dan apabila Lara toleh ke belakang, Ashraf telah hilang. Lara terus tersedar daripada mimpi dengan perasaan yang memberat di hati.

Tanpa disedari, airmata jatuh ke pipi Lara di pantri tersebut. Kesedihan dalam hatinya kini seolah-olah terburai, tidak dapat dibendung lagi. Lara menangis teresak-esak namun dia menahan suara raungannya sehingga bahu bergoncang. Nasib baiklah tiada sesiapa di situ.

"Ash... I rindu you... Tapi patut ke I cari you...? Keadaan tengah bahaya sekarang, sayang... I tak nak you terlibat sama tapi I rindu sangat pada you, Ash..." Bisiknya sambil memejam mata dan mengetap bibir kuat-kuat. Air mata terus mengalir...

Sebaik sahaja Lara meninggalkan pantri, dia lihat beberapa orang pekerja sudah tiba di pejabat. Wajah dibuat-buat ceria, bibir dilorekkan senyuman yang paling manis lantas Lara menegur dan mengucapkan selamat pagi.

"Pagi, Lara! Jom breakfast dekat pantri!" Kata Yeop.

"Oh, I baru je habis breakfast kejap ni." Lara masih tersenyum dan berlalu ke mejanya.

Apabila tiba di meja, darah Lara tersirap. Nafasnya tersentak sehinggakan didengari oleh Yeop yang tidak jauh daripada situ.

"Ha, kenapa tu? Ada cicak eh atas meja?"

Wajah Lara pucat memandang Yeop.

"Err... Yea..."

Yeop dan beberapa orang staf lagi ketawa!

"I dah agak dah. Itu memang jadi masalah sikit dekat sini... Takpe, nanti kalau nampak akak cleaner, bagi tahu dia suruh panggil pest control. Dah lama diorang tak sembur dekat sini."

"Oh... Bba- Baik, abang Yeop..." Ujar Lara. Dia melihat lelaki itu bersama staf yang lain berjalan ke pantri.

"Abang Yeop! Err... Abang Yeop ada nampak sesiapa tak letak apa-apa dekat atas meja saya?"

Kelihatan dahi Yeop berkerut. "Ha? Letak apa?" Dia memandang Lara.

"Err... Dokumen..."

"Dokumen? Siapa yang nak bagi dokumen pagi-pagi? Orang semua baru sampai office. Relax dulu... 'Soru'lah dulu... Haha!"

Lelaki itu berkata sambil berlalu dan Lara pula buat senyum paksa.

"Check dulu dokumen tu, Lara. Kot-kot surat peminat ke..."

Lara buat-buat tertawa walaupun mukanya sudah pucat. Matanya menyorot bayang Yeop dan yang lain masuk ke pantri dan selepas itu memandang semula ke arah 'benda' yang terletak di atas mejanya...

Pisau 'Rambo' berukuran enam inci dengan secalit darah yang sudah kering!

Tangan Lara menggeletar dan dadanya berombak. Siapa yang meletakkan pisau ini di atas mejanya? Adakah ini bermakna ada seseorang akan datang membunuhnya? Adakah hari ini dia akan mati? Atau dicederakan? Argh, apa makna pisau ini?!

Lara cepat-cepat menyorokkan pisau tersebut ke dalam laci meja, bimbang dilihat orang dan selepas itu dia terus berlari ke tandas...

Bam!

Pintu tandas di tutup kuat sambil Lara tersandar di situ. Nafas terasa sesak, turun naik seakan hendak mati. Tangan masih menggeletar, tapak tangan sudah basah berpeluh dan dia berasa seram sejuk.

Patutkah dia memberitahu pihak pengurusan tentang perkara ini? Tidak, bukan? Nanti pasti jadi kecoh. Pasti pihak keselamatan akan memantau CCTV dan melaporkan kepada polis... Polis?! Oh, tidak! Nanti dia akan diburu oleh pembunuh upahan perempuan gila itu!

Lara rasa seram. Seluruh badan menggeletar dan oksigen di sekelilingnya seolah-olah tidak sampai ke tekak. Air mata tidak mahu keluar. Lara tidak tahu apa yang sedang terjadi pada dirinya ketika ini. Akhirnya, dia terduduk di lantai tandas dengan nafas yang masih tercungap-cungap umpama ikan yang terdampar di atas tanah...

* * * * *

Kring kring!

Kring kring!

Ashraf berhenti menaip di komputer ribanya. Kalau dia terbang bekerja bersama bapanya, telefon di bilik hotel memang akan selalu berdering.

"Hello." Ujar Ashraf.

"What you had for lunch?"

"Kebab and fries... And churros."

"What should I get for my lunch?" Suara Kapten Zamani kedengaran masih mamai.

"Ermm... I don't know. Fish and chips, maybe. Oh by the way, it's almost early dinner. It's 6pm now, pa."

"Hmm..." Kapten Zamani seakan sedang berfikir. "Fish and chips to go with beer, sounds nice eh?"

"Hmm." Jawab Ashraf tetapi sebenarnya dia malas hendak keluar semula. Dia baru sahaja balik!

"Then we go for stroopwafel-"

"Ah, no! That's a long walk!"

"Who's gonna walk? We go by tram!"

"No, I don't want stroopwafel-"

"It's not for you, it's for me!"

"How about churros?" Potong Ashraf.

"Who's the captain here, First Officer Ashraf Zildan?" Suara Kapten Zamani bagaikan tersengih menggunakan kuasa vetonya.

"Pa, you're just too much."

Kapten Zamani ketawa! "Come on! Just be a good company to your old man! See you at lobby 1830 hours!"

Klik! Telefon diletak.

Ashraf berdecip dan mengherotkan mulut. Bukan dia tidak mahu menemankan ayahnya tetapi dia tidak mahu ke kedai stroopwafel yang dia pergi bersama Lara dahulu. Tempat itu penuh kenangan dan buat masa ini dia tidak mahu 'menyentuh' lagi kenangan itu.

Ashraf kembali ke komputer ribanya dan menyambung semula apa yang sedang dia taip di lembaran email sebentar tadi...

'Princess,

Wherever you are right now, I hope you're well and happy but please be missing me as much as I miss you ;) because I miss you like crazy! Macam lagu The Moffats. Do you know that boy band? Haha! That's not my jam okay but I learned that from Sofie, she used to be a huge fan of that band! LOL!

'I miss you like crazy
Even more than words can say,
I miss you like crazy
Every minute of every day,
Girl I'm so down when your love's not around,
I miss you, miss you, miss you...
I miss you like crazy...'

Shoot. I think I must search the lyrics for you. LMAO! Hang on...'

Ashraf tertawa sendirian lalu membuka halaman Google dan mencari lirik lagu tersebut. Senang sahaja zaman sekarang, apa-apa semua cari daripada laman sesawang Google. Sepuluh tahun dulu, lirik-lirik lagu semua kena cari daripada majalah hiburan!

Setelah menjumpainya, dia menyalin lirik itu ke dalam lembaran email buat Lara.

'Miss You Like Crazy'

'I used to call you my girl
I used to call you my friend
I used to call you the love
The love that I never had

When I think of you
I don't know what to do
When will I see you again?

[Chorus:]
I miss you like crazy
Even More than words can say
I miss you like crazy
Every minute of every day
Girl I'm so down when your love's not around...
I miss you, miss you, miss you
I miss you like crazy...

You are all that I want
You are all that I need
Can't you see how I feel
Can't you see that my pain's so real

When I think of you
I don't know what to do
When will I see you again...?'
-----

And you know what, princess, dulu Sofie kept playing this song until Azril, Haris and I rasa fedup, so kitorang sorok kaset dia selama seminggu! Haha :))

Princess, I janji kalau kita jumpa nanti I akan nyanyi lagu ni untuk you okay? ;) I'll find the chords for guitar!

Got to go, princess. Nak teman papa pergi makan. I'll write to you again and I hope you'll check this email. But I think this is not your active account...

Take care, baby. I love you. I miss you like crazy ;)

Ash.

Lalu jari Ashraf menekan butang 'Send' di halaman Gmail tersebut....

Sedikit renungan: Kadang-kala ada hikmah di sebalik perpisahan :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience