Sewaktu Lara membuka pintu kereta Mazda RX-8 pada tengahari itu, dia lihat Ashraf di tempat duduk pemandu sedang mencapai sesuatu di tempat duduk belakang.
"Hai, sayang!"
Ujar Lara lalu masuk dan menutup pintu kereta.
Tiba-tiba Ashraf meletakkan senaskah majalah di atas riba Lara dan terus memandu kereta.
"Apa ni?" Lara tersenyum sambil membaca.
ROTTW
Dan seketika kemudian,
"Hharkh?!" Lara terkejut dan matanya membulat! Dia menatap gambar sekumpulan band metal dan salah seorang daripada anggotanya adalah Ashraf!
"Is this you?!" Mata Lara bergilir-gilir memandang Ashraf di sebelahnya dengan imej Ashraf yang terpampang di muka hadapan majalah tersebut.
Ashraf yang sedang memandu hanya tertawa melihatkan reaksi Lara. "What do you think?" Balasnya.
"I think you look so hot in here!" Jawab Lara sambil ikut tertawa.
"Sayang, ini Battle of The Bands yang you pernah bagi tahu I dulu? So it means, I missed it?! I missed the tournament?! Ala sayang, I wanna watch you perform!" Suara Lara kedengaran bagai merajuk. "So maknanya sekarang you dah famous ke sayang?"
Bertubi-tubi soalan keluar daripada mulut Lara membuatkan Ashraf sekali lagi tertawa!
"Not that famous. This is underground band-lah princess. Kalau famous pun di kalangan budak-budak underground je lah kot. Tapi nanti pihak organizer nak keluarkan music CD untuk BOTB Live in Singapore. Nanti I bagi CD tu dekat you, okay?"
Lara tersenyum sambil mencebik. "I nak tengok you perform live."
"Okay, kalau ada gig lagi, I bawak you."
Mereka berdua bertukar pandangan dan senyuman lantas Lara mencium pipi Ashraf...
Ketika kereta Ashraf masuk ke kotak parkir berhadapan dengan sebuah restoran mamak, mata Lara membaca papan tanda restoran yang tertera.
RESTORAN HABIB
Waktu itu Ashraf terus mendail nombor seseorang dan memberitahu bahawa mereka telah sampai di situ dan setelah dia memutuskan panggilan, Ashraf mengajak Lara menunggu rakan-rakannya di restoran mamak tersebut.
"Dekat mana jamming studio korang?" Tanya Lara.
"Atas ni je. Kita minum-minum dulu, lepas tu baru kita naik okay?"
Lara senyum dan mengangguk...
Tidak sampai lima minit selepas Lara duduk di restoran mamak bersama Ashraf, dia lihat sekumpulan pemuda melangkah masuk sambil bersembang dan ketawa. Ada di antara mereka yang berbisik-bisik dan tersengih memandang Ashraf seakan mengejek.
"Hello...!" Salah seorang daripada mereka menyapa sebaik sahaja tiba di sisi Ashraf. Masing-masing memberi 'high five' kepada Ashraf dan kemudian menegur Lara dengan ramah sekali.
"Wah, ada orang bawak 'matair' hari ni siot!" Ujar Eddie yang duduk bersebelahan Ashraf. Ashraf hanya tertawa sambil memperkenalkan ahli Necromancers kepada Lara.
"Haa, yang ini special! Dia bukan Necromancers tapi dia tulang belakang Necromancers." Ujar Ashraf lalu dipersetujui dengan yang lain. "Inilah Danny yang I selalu cerita pada you tu... Kawan I sejak sekolah menengah. Kitorang panggil dia Danny 'ciban' sebab dia Cina campur Iban." Serentak itu mereka tertawa.
Tiba-tiba dalam suasana yang agak meriah itu terdengar salah seorang daripada mereka berkata,
"Haa, kali ni barulah kita jumpa Lara yang betul!"
Semua orang terdiam memandang Jijoy. Danny memijak kaki Jijoy sebagai tanda isyarat lalu menyebabkan wajah Jijoy berubah. Dia tahu dia sudah terlepas kata!
"Oh... Jadi sebelum ni korang ada jumpa Lara yang tak betul ke?" Lara tersenyum dan bertanya dengan wajah yang selamba.
"Eh... Tak...Tak... So far semua orang yang nama Lara ni waras-"
Pek!
Danny melibas tapak tangannya ke kepala Jijoy dan waktu itu juga Jijoy lihat Ashraf sudah memandangnya sambil mengherotkan mulut.
"Err, bukan... Maksud I... Hehe..."
"My childhood friend." Sampuk Ashraf, menatap wajah Lara lalu menyambung, "She came during the tournament."
"Oh...!" Lara paksa diri untuk tertawa namun Ashraf lebih faham dengan sikap cemburu si buah hati.
"Tapi sebenarnya takde sesiapa pun yang ajak dia datang, kan? Tahu-tahu je dia dah ada dekat Hard Rock, kan? Betul tak?" Jijoy memandang semua orang di sekelilingnya, sedaya upaya memperbetulkan keadaan.
"Ha'ah, betul. I ada dengan Haris waktu tu. Tiba-tiba je Haris dapat call, bagi tahu dia dah sampai Hard Rock!" Sampuk Danny pula.
"Oh, I see..." Lara mengangguk. "Hmm, okay!" Sebuah senyuman lebar terbit di bibir melegakan hati-hati sang lelaki di situ kecuali Ashraf. Namun, Ashraf hanya tersenyum melihat bagaimana Lara cuba mengawal panas hatinya.
Mereka mula bercerita dengan penuh semangat kepada Lara tentang pertandingan tersebut. Bagaimana hebatnya peserta-peserta dan band lain yang telah mereka kalahkan, bagaimana perasaan mereka dan riak spontan penonton ketika Necromancers memulakan persembahan di pentas dan juga saat mereka diumumkan sebagai pemenang. Namun tiada siapapun yang berani membuka mulut tentang bagaimana Ashraf digilai oleh peminat-peminat perempuan! Cukuplah si Jijoy 'mengkantoikan' si Ashraf sebentar tadi.
Lara mendengar cerita dengan penuh keterujaan. Jauh di sudut hati, dia berasa kecewa kerana tidak dapat melihat sendiri persembahan dan kemenangan Necromancers pada hari yang bersejarah buat Ashraf dan rakan-rakan. Bukan setakat itu sahaja, malah perempuan gedik itu pula yang dapat merasai pengalaman itu! Entah bagaimana, perasaan panas hatinya membara semula. Urgh, benci!
"Okay, apa kata.."
Tiba-tiba Ashraf bersuara menyebabkan semua orang terdiam memandangnya.
"Kejap lagi masa kita 'jam', kita buat betul-betul macam masa battle dulu? Lara mesti teringin nak tengok kita perform."
Seakan tahu apa yang bermain difikirkan Lara, kata-kata Ashraf itu disambut baik oleh semua orang.
"Okay Dan, kau berlakon jadi peminat. Kau buat jerit-jerit sikit macam awek-awek dekat bawah pentas tu hari!" Ejam sengaja buat lawak lalu disambut dengan gelak tawa semua.
Dalam pada mereka sedang seronok menokok tambah peranan Danny, Lara memandang Ashraf sepintas lalu bersama sebuah senyuman. Tetapi tatkala mata mereka berdua bertembung, dia 'menghadiahkan' satu jelingan yang tajam menusuk buat Ashraf dan sudah tentu si Ashraf tahu maksud jelingan tersebut!
Tidak lama kemudian, Lara terasa telefon bimbitnya bergetar lantas mengeluarkannya daripada poket seluar.
1 New Message
Open.
'I know you're mad about that girl. But I admire how you appear to be calm on the surface and still 'layan-ing' my friends. Really appreciate it, hun :-* If you want to talk it out, we'll do it later at the airport. Love you.' - MWB
Lara senyum sambil menjeling Ashraf. Api yang membara dalam hati terus terpadam seolah-olah disimbah air. Dia mengambil tangan Ashraf, membawanya ke pangkuan dan menggenggam seerat-eratnya tangan kasar itu..
Tepat pukul 9 malam, Ashraf dan Lara sudah tiba di Lapangan Terbang Senai, Johor Bahru.
"You lapar? Kalau nak makan sempat lagi. Gate belum buka." Ujar Ashraf sebaik sahaja Lara usai mendaftar masuk tetapi dia lihat Lara hanya menggelengkan kepala.
Lalu Ashraf memaut tangannya pada pinggang Lara. "Hei... Marah lagi pasal my childhood friend tu?" Pipi Lara dicium lembut namun Lara hanya buat bodoh.
"Kejap, siapa nama dia?"
Ashraf ketap bibir dan tersenyum memandang Lara. Dia tidak kisah untuk memberitahu tetapi sudah pasti nama itu akan mencalarkan hati Lara yang sudah sedia terluka.
"Noree." Jawabnya ringkas.
"Noree?"
"Yes."
"Oh... Okay."
"Kenapa you tanya?"
Mata mereka bertembung.
"Saja nak tahu nama perempuan yang I benci selepas my stepmom."
Ashraf tertawa! Ayat Lara itu kedengaran serius tapi menggelikan hati.
"Dia tahu tak pasal I?" Tanya Lara lagi.
"Tahu."
"Oh...?" Lara terkedu seketika. "Tapi dia tak kisah?"
"Hmm... Dia tak peduli."
"Oh... Okay." Balas Lara. Kurang asam! Makin lama makin sakit pula rasa hati ini, fikir Lara.
"Katakanlah kalau Jijoy tak terlepas cakap tadi... You bagi tahu I tak pasal perkara ni?"
Perasaan Ashraf bagai direntap. Alamak... Ini sudah kedengaran serius, fikir Ashraf. Namun dia hanya tersenyum sambil memandang wajah Lara yang... Serius. Seserius soalan yang diaju. "Which one do you prefer?"
"No sayang, don't ask me. I wanted to know, what you gonna do first."
Ashraf ketap bibir dan mata bertembung mata.
"Well... I won't tell."
Hati Lara seakan tertusuk dengan jawapan tersebut. "Sebab?"
"Sebab nanti you akan sakit hati, dan benda tu pulak bukannya ada apa-apa pun-"
"No! Janganlah macam tu, Ashraf! I rela lagi sakit hati daripada I tak tahu apa-apa!"
Mereka terdiam seketika dan kemudian Ashraf mengangguk perlahan tanda faham.
"So now, tell me... How did she come to Hard Rock? You ada jemput dia ke?"
"What?! Kan diorang kata tadi, dia yang datang sendiri-"
"Macam mana dia tahu kalau bukan ada orang yang ajak?"
"I tak tahu!"
"You tak tahu ke atau you pura-pura buat tak tahu supaya I tak sakit hati?"
"Huh??" Wajah Ashraf berkerut! "Hun, I might be hiding the truth but I'd never lie!"
"Ashraf...!" Lara pejam mata kuat-kuat dan kemudian terus menekup muka. Menangis!
"Please-lah! The fact that you are hiding the truth, sounds absolutely scary to me! I really hate that and please... Janganlah sembunyikan apa-apa daripada I, boleh tak...? I nak tahu setiap apa yang terjadi antara kita! Please!" Kemudian dia menangis lagi. Terasa tangan kasar Ashraf mengusap kepalanya sambil memujuk.
Sebenarnya, Lara sendiri berasa paranoid setelah apa yang menimpa ke atas dirinya. Dan sebenarnya, dia sedar bahawa dialah yang menyembunyikan sebuah kebenaran daripada pengetahuan si Ashraf.
"Okay, princess... Okay... Next time, walau apa pun jadi, I akan share dengan you okay? I janji. Dah, dah... Jangan nangis."
Ashraf memegang bahu Lara sambil menatap wajah yang kemerahan. Air mata yang membasahi pipi Lara diseka. Sesungguhnya, dia tidak mahu melihat gadis itu terus menangis walaupun hati Ashraf sarat dengan persoalan tentang status hubungan Lara dan Mr CEO!
Ini kerana Ashraf terfikir, gadis ini datang dari jauh menyeberangi Selat Tebrau dengan hanya menaiki bas semata-mata untuk sampai ke Changi Airport dan bersua dengannya. Sudah tentu Ashraf tidak mahu pertemuan hari ini berakhir dengan suasana yang tegang. Ya, benar... Sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk dia dan Lara membicarakan soal itu. Buat masa ini (dan seperti yang lepas-lepas!), Ashraf fikir biarlah dia telan dahulu segalanya, sendirian...
"Ash..."
Lamunan Ashraf menghilang bagaikan buih sabun yang letus di udara. Mata mereka bertaut.
Gulp... Lara telan liur yang seakan tersangkut di tekak. Agak lama juga dia merenung wajah Ashraf, mencari-cari sebuah kepastian.
Patutkah dia menerangkan perkara yang sebenar? Perutnya terasa kecut!
Bagaimana agaknya reaksi Ashraf jika Lara menceritakan tentang pertunangannya bersama Syed Al-Fahd? Lantas dadanya berombak. Dia lihat Ashraf masih memandangnya.
"Hmm?" Ujar lelaki itu.
Lara rasa seram sejuk! Beritahu? Tak beritahu? Beritahu...? Atau tidak? Sekali lagi air liur ditelan.
Ah, bukankah Ashraf sangat mencintai dirinya? Sudah pasti Ashraf boleh terima dan bersabar. Tak mungkin Ashraf akan meninggalkan dirinya, bukan?
Oh? Bersabar...?
Huh, yakin sungguh kau, Lara! Mana kau tahu Ashraf boleh terima dan bersabar?! Sedangkan berita kau dengan Huzaimi dulu pun dia pergi membawa diri! Hei! Dia ada Noree, lah! Perempuan yang sudah lama memburunya! Engkau? Kau ada siapa selain Ashraf? Fahd? Tunang kau yang teramat 'baik' tu?! Haha! Lara, Lara...
Suara dan gerak hati itu bagai menenggelamkan Lara dengan suasana sekeliling. Tapak tangannya mula berpeluh. Nafas turun naik dan tangannya menggigil. Lara tidak pasti sama ada ini adalah serangan panik yang pernah dia alami dahulu atau dia saja yang terlebih reaksi.
"Baby? Are you okay?"
Sebaik sahaja dia dikejutkan dengan suara Ashraf, Lara terus menangis sekuat hati sambil memeluk tubuh Ashraf. Keadaan itu membuatkan Ashraf jadi kaget!
"Ash...! I takut! Huuu huu...! I takut...! Please...!"
Wajah Ashraf berkerut dan penuh tanda tanya.
"Baby...? What's the matter...? Hey...? Look at me...!"
Tetapi Lara tidak mahu memandang malah terus memeluk dengan lebih kuat. Saat ini Ashraf tahu, pasti ada sesuatu yang tidak kena!
"Okay, listen here baby... I'm not gonna send you off for this flight. You tak boleh pergi macam ni. Takpe, I hantar you balik Shah Alam-"
"No, no, no! Takpe, I boleh balik sorang-sorang."
"You are shaking, baby! I takut nak lepaskan you!"
"No, it will go away in awhile, trust me... I datang ni bukan nak susahkan you-"
"Ini bukan pasal susah atau tak!"
"But I don't feel good doing this to you-"
"Lara, listen carefully. Kalau I lepaskan you dalam keadaan macam ni naik kapal terbang, lagi I susah hati. This is no joke, you're sweating and shaking and I've never seen you like this before! Let me send you back to Shah Alam. Kalau I penat macam biasalah, kita rest dekat R&R, okay?"
Lara terdiam bersama sedu-sedan dan kemudian perlahan-lahan mengangguk lemah.
"I rasa you kena MC jugaklah esok, princess. Esok sebelum I balik sini, I datang Shah Alam, bawak you pergi klinik, okay?"
Hati Lara berasa tidak enak tetapi dia terus teringatkan Fahd yang berada di Terengganu sekarang ini. Ah, selamat!
Lantas, sekali lagi Lara mengangguk.
Ketika panggilan untuk penerbangan Johor Bahru ke Subang bergema di dalam lapangan terbang tersebut, Lara dan Ashraf telahpun melangkah keluar menuju ke kereta. Namun di sepanjang langkah kaki Ashraf, fikirannya berputar tanpa henti.
Sejak pertemuannya dengan Lara selepas lama mereka terpisah, Ashraf terperasankan sesuatu... Bahawa Lara sering mengatakan yang dia berasa takut. Mengapa? Takutkan apa? Apa yang terjadi di sepanjang tempoh perpisahan ini? Wajah Ashraf berkerut, penuh tanda tanya.
Jauh di sudut hati, Ashraf yakin ada sesuatu yang tidak kena pada Lara... Ada sesuatu yang terjadi ketika mereka terpisah. Tetapi... Apakah agaknya?
Ashraf membuka pintu kereta lalu memberi Lara duduk. Sempat lagi dia membelai dan mencium kepala Lara sebelum menutup pintu.
Selang beberapa minit kemudian, kereta Mazda RX-8 merah itu membelah kegelapan malam keluar daripada lapangan terbang dan terus menuju ke arah laluan Lebuhraya PLUS...
Sedikit renungan: Kadang kala realiti hidup ini terlampau susah untuk kita hadapi... <3
Share this novel