"HEI, budak tak guna!!" Jerit satu suara di corong telefon pada tengah malam itu.
"Amboi! Sedapnya panggil orang tak guna!"
"Memang kau dasar perempuan tak guna! Kau ingat kau dah menang?? Hah?!!"
Lara gelak sinis!
"Memang aku dah menang! Mahkamah dah tetapkan semua! Yang kau tak puas hati ni kenapa?! Aku guna duit kau ke?!" Suara Lara meninggi. Dia sengaja memancing kemarahan wanita itu.
"Syhhh... Slow sikit... Nanti orang dengar, Ra..." Ujar Khyra sambil meletakkan jari telunjuknya ke bibir. Kata-katanya itu menyebabkan satu jelingan tajam daripada Lara ditusuk ke wajahnya.
"Memang bukan duit aku, tapi duit laki aku, kau tahu tak?!!" Suara wanita itu penuh dengan api kemarahan tetapi entah bagaimana, tawa Lara tiba-tiba sahaja pecah kedengaran.
"Hei, perempuan... Kau sedar sikit diri kau tu ye! Itu ayah aku! Aku ni darah daging dia! Suka hati akulah nak mintak duit daripada dia! Yang kau tu, kalau ayah aku ceraikan kau, hidup kau merempatlah tepi jalan! Dasar mata duitan!"
"Ayah kau takkan ceraikan akulah!!"
"Ah! Kalau dia tahu perangai kau macam cilaka macam ni, aku gerenti dia ceraikan kau!"
"Kau jangan main-main dengan aku!"
"Wah?! Kau nak ugut aku pulak ke?! Kau ingat kau siapa?!" Saat itu, mata Lara yang sedang membuntang itu terlihat wajah Khyra yang berkerut sambil jari telunjuknya masih lagi diletakkan di bibir.
"Hei, kau dengar sini budak tak guna!"
Lara menanti bait kata daripada ibu tirinya itu sambil menjelingkan matanya ke atas. Meluat!
"Aku takkan biarkan kau dengan semua orang di sekeliling kau hidup senang-lenang makan hasil laki aku! Kau tahu tak?!"
Lara tarik muka. Dia betul-betul berasa jijik dengan kata-kata ibu tirinya yang tidak masuk akal itu.
"Eh, sial! Apa yang kau merepek ni?? Itu duit belanja bulanan aku! Duit belanja bulanan Dhafi dengan Najmi! Semuanya cukup-cukup makanlah! Kau ingat banyak sangat ke kitorang dapat??! Satu perkara lagi, mak aku bekerja! Sekecik-kecik gaji dia, dia ada duit sendirilah! Dia tak hadap gaji ex-husband dia! Bukan macam kau! Mengangkang je dekat rumah, semua benda orang tanggung!!" Jerkah Lara. Dia sudah tidak peduli dengan kata-kata makian yang keluar daripada mulutnya. Apa nak jadi, jadilah!
"Kurang ajar!! Kau tunggulah! Kau tunggu!! Aku takkan biarkan kau menang!" Bentak wanita tersebut dan serentak itu juga, talian telefon terputus menyebabkan Lara terus tergamam sendirian.
"Urgh!" Lara menghempaskan telefon bimbitnya di katil sebelahnya. Dia terus menekup mukanya dengan telapak tangan dan serentak itu juga, tangisannya mula kedengaran di hening malam yang sepi.
Khyra yang duduk tidak jauh daripada Lara segera meninggalkan nota yang sedang dibacanya. Dia meluru ke arah Lara lantas memeluk erat tubuh rakannya itu. Si Zieta pula sudah berdengkur kecil di katil tak sedarkan dunia!
"Ya Allah, Ra. Sabar, Ra..."
Khyra cuba memujuk rakannya itu. Dia berasa sungguh kasihan tetapi apalah yang mampu dia lakukan selain daripada menjadi bahu untuk rakannya itu menangis pada saat-saat diperlukan...?
"Sorry Kay, aku kacau kau tengah study..." Kata Lara dalam esak tangisnya. Air matanya tumpah lagi.
"Eh... Janganlah cakap macam tu. Aku suruh kau slow sikit tadi sebab takut bilik sebelah dengar je..." Khyra mengerlus perlahan bahu Lara. "Kenapa dengan perempuan gila tu? Apasal dia meroyan tengah-tengah malam buta ni??" Sambung Khyra dengan wajah yang berkerut. Sebenarnya dia juga berasa geram ketika mendengar perbualan Lara bersama ibu tirinya tadi!
"Aku tak tahu!" Lara melepaskan dirinya daripada pelukan Khyra, lantas menyambung, "Entah apa yang perempuan puaka tu tak puas hati dengan aku! Dah mahkamah yang buat keputusan macam tu! Kenapa pulak dia nak marah aku? Pergilah marah mahkamah!" Ujar Lara dengan suara yang tidak puas hati.
"Ish... Lain macamlah mak tiri kau tu, Ra."
"Yelah, kan?! Aku pun rasa macam tu. Dia ni perempuan jahatlah!"
"Ayah kau tak masuk campur ke tadi?"
"Takde! Aku tak tau ayah aku ada ke tak dengan dia tadi."
Lara dan Khyra berpandangan sesama sendiri.
"Aku rasa... Kalau ayah kau ada, mestilah dia tak berani nak buat macam ni, kan?"
"Aku tak tahulah, Kay..." Lara kembali menangis teresak-esak seperti budak kecil! "Ayah aku tu sekarang dah lain sangat... Dia tak macam dulu... Huuu..." Ratapan Lara itu menyebabkan sekali lagi Khyra memeluk Lara dengan erat. Matanya mula berkaca.
"Aku rasa ayah aku dah benci pada akulah... Dia dah tak pedulikan aku...! Huu..."
"Syhh... Sabar, Ra... Sabar ye..." Terdapat getaran pada suara Khyra. Dadanya terasa ketat dalam pada dia cuba menahan tangisnya.
"Tengoklah... Hari tu pun dia sanggup tampar aku masa dekat mahkamah semata-mata sebab perempuan tu... Memanglah aku cakap kurang ajar, tapi diorang tak fikir ke, kenapa aku jadi macam tu?? Diorang tak sedar ke apa yang diorang dah buat pada aku?? Aku rasa macam aku ni dah tak ada ayah, Kay... Huuuu...." Lara terus meratap, melempiaskan segala beban yang terkumpul di jiwanya.
"Syhhh... Janganlah cakap macam tu..."
"Ayah aku dah hilang, Kay...!"
Khyra sudah tidak dapat menahan air matanya lagi. Lantas, kedua-dua sahabat itu terus menangis dan berpelukan bersama-sama...
Tidak lama selepas itu, Lara kembali tenang. Khyra tak sudah-sudah memujuk dan memberikan kata-kata semangat buat Lara. Dia lihat wajah yang masih sugul itu hanya mengangguk perlahan, penuh dengan emosi duka...
Mereka berdua kembali menghadap nota-nota ulangkaji untuk subjek Human Resource Management tersebut. Namun begitu, Lara hanya duduk termenung di mejanya sahaja. Badannya terasa sangat lemah dan letih setelah banyak menangis...
"Hhah...!" Lara mendengus.
Dia menangkupkan muka ke atas meja sambil beralaskan kedua-dua lengannya.
Matanya di tutup serapat yang boleh. Kepalanya terasa semak dan hatinya masih lagi sakit dengan pergaduhan yang terjadi sebentar tadi. Lara tarik nafas dalam-dalam lalu menghembuskan satu keluhan panjang.
Di mana agaknya ayahnya tadi?? Adakah lelaki itu mendengar segala bentakan isterinya di tengah malam? Adakah benar sangkaan Lara yang ayahnya itu sudah membenci dan memusuhi dia sebagaimana perempuan puaka itu juga membencinya?? Entahlah, tetapi itulah 'mesej' yang dapat Lara 'baca' dari tingkah-laku ayahnya sejak setahun kebelakangan ini!
Konflik ayah dan ibunya itu sebenarnya mula tercetus sejak Lara di bangku sekolah menengah lagi. Ketika itu, ibu dan ayahnya masih lagi bersama tetapi keadaan keluarga mereka saling berantakan dan kucar-kacir.
Sebagai anak sulung, Lara diberikan kepercayaan yang penuh untuk berdikari dan menguruskan hal sendiri sementara ibunya pula menumpukan lebih perhatian kepada adik-adik yang masih kecil. Ini kerana jarak umur antara mereka bertiga agak jauh, masing-masing lima tahun. Sejak itulah Lara sudah terbiasa menyendiri dan mengurus hal sendiri.
Namun kini, pengertian 'bersendirian' itu kian terasa apabila ayahnya mula menyisihkannya. Sosok yang dipanggil 'ayah' itu kini menindasnya dengan memberi pelbagai tekanan kepada dirinya. Lara rasa seperti anak terbuang!
Mata Lara mula berkaca dan air matanya terus jatuh tanpa dapat ditahan lagi dalam tangkupan kepalanya itu...
Waktu di saat beginilah, Lara rasa dia ingin lari jauh hingga ke hujung dunia. Jauh meninggalkan semua orang, tidak kiralah sama ada ibunya, Huzaimi, atau sesiapapun! Lara hanya ingin lari jauh-jauh membawa diri. Jauh dari masalah dan konflik yang melanda. Jauh dari semua orang! Tetapi apalah dayanya untuk melakukan hal yang sedemikian?? Lara tarik nafas dalam-dalam...
"Kau okay, Ra?"
Kedengaran suara Khyra mematikan lamunannya. Lara lantas mengangkat kepala dan merenung kembali ke buku teksnya itu.
"Okay." Jawab Lara pendek. Air mukanya tiada perasaan. Dia segera mengambil kertas nota di hadapannya lalu membaca semula isi-isi penting yang telah dia tulis sepanjang hari ini.
"Macam tak okay je aku tengok..." Kata Khyra sambil dia meneliti wajah Lara.
"Hmm... Entahlah, Kay. Otak aku ni fikir macam-macam. Stress-lah...!" Jawab Lara tanpa memandang Khyra. Wajahnya kian redup. Dia terus nencapai pen dan membaca notanya.
"Letak tepi dulu hal tu. Lusa dah paper ni." Mendengarkan kata-kata Khyra itu, Lara tersenyum sinis dan menganggukkan kepala.
"Kalau boleh cabut tang serabut ni letak dulu dekat tepi katil ni, senang!"
Khyra tertawa kecil mendengarnya.
"Aku tahu... Tak senang." Kata Khyra sambil matanya menatap nota.
Lara hanya mendiamkan diri dan menongkat dagu. Tangannya menconteng-conteng kertas yang sudah lunyai...
'Bawa daku pergi...'
Tulis Lara secara spontan. Hmmph! Mahu pergi ke mana?? Ke dunia yang tiada masalah? Ke planet Zuhal?? Lara segera mencampak pen di tangan. Dia menoleh ke arah Zieta yang sedang tidur terbongkang di atas katil. Jam sudah menunjukkan pukul dua pagi.
"Kau nak tidur pukul berapa, Kay?"
Mendengarkan pertanyaan Lara itu, Khyra terus menyemak nota-notanya.
"Erm... Aku ingat nak habiskan sampai chapter enam. Lagi sejam dua aku tidurlah kot." Jawab Khyra. Lara lantas bangun dari meja.
"Kalau kau nak tidur nanti, kau bangunkan aku boleh? Aku nak tidur kejap. Penatlah... Stress! Otak penat, badan pun penat!" Lara menutup buku teksnya dan menyusun nota-nota yang berterabur di atas meja.
"Okay, boleh. Nanti aku bangunkan kau." Balas Khyra.
Lara sudah berbaring di katil. Dia menebarkan selimut sambil menepuk-nepuk bantal kekabunya yang gebu.
'Seronok betul nak tidur. Padahal HRM tak habis study lagi.' Getus hati Lara. Lantaklah! Dia sebenarnya sudah penat memikirkan hal-hal kehidupan. Hal famili lagi, hal belajar lagi. Lara rasa biarlah dia tidur dan berehat sebentar bagi mengosongkan otaknya yang kusut.
"Mamat tu dah tak ada call kau ke, Ra?" Tiba-tiba sahaja Khyra bertanya.
"Mamat? Mamat SIA si Ashraf tu ke?"
"A'ah." Jawab Khyra ringkas.
"Hmmph! Tak ada pun! Dah berapa hari dah! Terus senyap! Benci betul lelaki macam tu... Betullah tu, kutu suruhan si Reza! Nanti bila dia nak tahu apa-apa pasal aku, barulah dia muncul balik kot!" Lara menjuihkan bibir. Dia tiba-tiba sahaja berasa sakit hati dengan telahan yang dibuat sendiri.
Khyra hanya mendiamkan diri sambil tersenyum sinis. Jauh dalam hatinya, dia mengakui semua kata-kata Lara.
"So kau memang tak tahulah ye siapa yang bagi nombor kau pada dia?"
"Taklah." Muka Lara kelat.
"Takpe, kau tunggu je. Aku gerenti dia mesti contact kau balik. Cepat atau lambat je..."
"Entahlah. Jangan-jangan si Ashraf tu dah tak sanggup nak bersubahat dengan si kera tu lagi!"
Tawa Khyra terhambur apabila mendengar perkataan 'kera' tersebut. Lara pula hanya tersenyum kelat apabila melihat Khyra ketawa beriya sebegitu. Namun, jauh di sudut hati Lara, dia ada menyimpan sedikit kepercayaan terhadap kata-kata Ashraf.
"But I just need to be clear to you - I've got NOTHING to do with your ex-boyfriend, okay? Trust me!"
Kata-kata Ashraf tempoh hari terngiang-ngiang di telinga Lara.
Entahlah, Lara benar-benar keliru! Lelaki itu nampak ikhlas, tetapi keadaan dan situasi sekeliling sahaja yang membuatkan Lara was-was dan percaya bahawa kemunculan Ashraf yang secara tiba-tiba itu ada kena-mengena dengan Reza!
Saat Lara menutup mata, tiba-tiba sahaja telefon bimbitnya yang dia selitkan di bawah bantal berbunyi. Lara segera mengambilnya dan menatap skrin telefon tersebut...
Calling… +
Nombor Singapura! Dia terus bangun dari pembaringannya lalu duduk bersila.
"Kay, nombor Singapore! Aku rasa si Ashraflah!" Kata Lara lantas menekan butang 'Answer'. Khyra yang berada di meja belajar tidak sempat berkata apa, hanya memerhatikan sahaja.
“Hello.” Kata Lara. Dia menanti balasan mamat bersuara garau itu.
“Hello…” Sahut suara itu. Lara tersentak. Dia tahu panggilan itu bukan daripada Ashraf!
“Sayang…”
Reza...!! Wajah Lara terus menyinga.
“Kenapa you call I ni? You nak apa lagi dari I, hah?!” Tengking Lara.
Waktu itu juga Khyra terus tarik muka. Dia sudah tahu siapa pemanggil tersebut.
“Sayang, I miss you...”
“Stop calling me sayanglah!” Suara Lara semakin meninggi langsung membuatkan Reza terdiam.
“Letak je Ra.” Sampuk Khyra dengan selamba sambil matanya membaca helaian nota di tangan.
“Lara, I tahu I banyak buat salah pada you dulu. Kalau you nak hukum I, you hukumlah! Tapi please give me one more chance...? I sedar sekarang, I betul-betul sayang pada you! I tak boleh lupakan you…”
"One more chance?!" Lara tertawa sinis.
"Reza, you dengar baik-baik yea! Lelaki yang bersama I sekarang ni, dia baik sangat sampai I tak boleh nak bandingkan kebaikan dia dengan you. Jadi tak mungkin I akan tinggalkan dia untuk you! This is my chance and I don’t wanna ruin it.”
Hati Reza terobek apabila mendengar kata-kata Lara itu.
“While your chance… Was over! So, get over it, Reza!” Sambung Lara lagi.
Reza menelan liur. Dia hanya membatukan diri.
“Oh, baru I teringat. I ada satu benda nak tanya you.” Ujar Lara bersama kerutan di dahi.
“Apa dia?”
Suasana terdiam seketika. Reza hanya sabar menanti balasan Lara di talian.
“You ada pass nombor handphone I pada budak SIA, kan??”
“Huh??" Muka Reza berkerut. "Apa you merepek ni??” Reza benar-benar tidak mengerti. Ketika itu juga dia terdengar suara Lara tertawa kecil di hujung talian.
“You tak tahu ke atau buat-buat tak tahu?? You jangan ingat I bodoh eh!”
“Apa you cakap ni?? I memang tak tahulah! Buat apa I nak pass-pass nombor you pulak! Untuk apa?? Kan I telefon ni sebab I nak berbaik-baik dengan you...” Potong Reza.
Lara tarik muka sambil menjeling ke atas. Dia tahu itu hanya lakonan Reza. Selepas berkali-kali jantan itu menipunya sewaktu mereka bercinta dulu, mengapa dia harus percaya pula dengan kata-kata lelaki itu sekarang? Lara sudah serik dengan kebodohannya dahulu!
“Okay-lah kalau you kata macam tu. Whatever-lah, Reza! Kalau you tak nak mengaku, takpe! I nak letak phone sekarang. Ingat! Jangan sekali-kali call I lagi!"
"Eh, Lara tunggu-"
"Bye!”
Talian diputuskan...
Lara dan Khyra berpandangan sesama sendiri.
“Dia tak mengaku dia yang bagi nombor kau pada budak SIA tu?” Teka Khyra.
“Ha'ah… Dia kata takkan dia nak main pass-pas nombor aku pulak…” Lara mencebikkan bibir.
“Kau percaya ke pada Reza tu?” Tanya Khyra lagi. Lara dia lihat hanya tertawa kecil.
“Memang taklah aku nak percayakan dia!” Balas Lara dengan sisa tawanya. Khyra hanya tersenyum.
"Dahlah, malas aku nak fikir! Kay, kau tak payah bangunkan akulah. Aku nak tidur sampai esok pagi. Letihlah layan perempuan gila, dengan lelaki gila ni lagi!" Lara merebahkan semula badannya ke atas tilam yang empuk itu.
"Okay, Ra. Aku pun rasanya tak lama ni. Nak tidur jugaklah. Mengantuk!"
"Okay... Takpe, jangan risau. Esok kita buat revision sama-sama tau. Night, Kay."
"Okay, night Ra."
Akhirnya, Lara perlahan-lahan terlena dalam kepenatan yang teramat sangat...
* * * * *
Hati Ashraf terasa girang. Dia bersiul-siul sendirian sambil berjalan keluar daripada Pejabat Penerbangan di dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles pada petang itu...
"One, you're like a dream come true
Two, just wanna be with you
Three, girl, it's plain to see
That you're the only one for me, and
Four, repeat steps one through three
Five, make you fall in love with me
If ever I believe my work is done
Then I'll start back at one..."
Ashraf menyanyi-nyanyi kecil lagu R. Kelly, 'Back At One' dan sambung bersiul. Lirik lagu itu umpama bisikan hatinya yang berbunga cinta. Kini Ashraf tidak sabar-sabar untuk tiba di Singapura, seolah-olah ada sesuatu atau seseorang yang sedang menunggu kepulangannya!
Ketika merentasi 'boarding tube' yang menghubungkan bangunan terminal dengan pintu pesawatnya, dari jauh lagi mata Ashraf dapat menangkap beberapa orang kru kabinnya bersama petugas lapangan terbang sedang membuat persiapan sebelum penumpang memasuki pesawat...
Ashraf tarik muka ketat apabila ternampak bayang Natasha berdiri berhampiran pintu pesawat. Dia jalan menunduk sambil menghala ke arah kokpit. Kurang dari satu jam, mereka semua akan berlepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles tersebut.
"Eh, Ash!"
Ashraf buat bodoh dan tanpa mempedulikan panggilan Natasha, dia terus melangkah masuk ke dalam kokpit dengan selamba.
Natasha dan Debbie pandang-memandang sesama sendiri.
"Aku rasa dia tak suka kau panggil dia Ash, lah..." Bisik Debbie dengan muka yang saspen. Natasha hanya menjeling rakan sekerjanya itu lantas meluru ke arah kokpit...
"Ash, I panggil you. Kenapa you buat bodoh je?" Soal Natasha. Saat itu hanya ada dia dan Ashraf sahaja di dalam kokpit tersebut.
Ashraf dia lihat sudah menanggalkan topi pilot-nya dan disangkutkan pada dinding kokpit. Kelihatan rambut Ashraf terkusut sedikit ketika topi tadi ditanggalkan daripada kepalanya. Hati Natasha terus cair! Lelaki itu tampak sangat seksi dengan rambut yang sedikit kusut begitu.
Ashraf masih buat tak tahu sambil melabuhkan punggungnya di kerusi kokpit. Tangannya mengambil laporan 'Minimum Equipment List' pesawat Boeing 747-400 yang bakal dia kemudi sebentar lagi untuk meneliti senarai semak kemaslahatan pesawat sebelum terbang ke awan biru. Dan selepas itu, dia perlu melakukan walk-around.
"Ashraf Zildan...!" Suara Natasha kedengaran tegas.
"Eh?!" Ashraf buat-buat terperanjat sambil tersenyum memandang Natasha.
"Oh, Cik Natasha Ahmad...! Ada apa you masuk dekat dalam tempat I ni? Sesat??" Ashraf pura-pura bertanya dengan nada suara yang ramah tetapi penuh sinis. Waktu itu hati Natasha bagaikan air panas yang menggelegak!
"You sengaja nak sakitkan hati I, kan??"
Mendengarkan soalan Natasha itu, Ashraf tersenyum sinis.
"Natasha, dengar sini." Suara Ashraf berubah. Laporan di tangannya itu dicampak perlahan ke tepi lalu memandang tepat pada wajah gadis yang berbaju kebaya biru pekat dan berbunga coklat.
"I nak mulai daripada hari ni, you panggil I dengan nama Ashraf. I insist. I tak suka rakan sekerja atau orang yang tak rapat dengan I, panggil I 'Ash'. And please be more professional especially when we're in our uniform. Kita dekat sini nak kerja, bukan nak 'terhoheh-hoheh'. Understand?!" Suara Ashraf kedengaran serius dan tegas. Dia sendiri tidak tahu dari mana perkataan 'terhoheh-hoheh' itu datang tetapi itulah perkataan yang Ashraf rasa paling sesuai sekali untuk menggambarkan perangai si Natasha ini! Ashraf lihat gadis itu tidak menjawab tetapi terus menjeling dan beredar daripada situ...
Ashraf buat muka.
'Blah, lah! Ayah aku pun panggil aku Zildan bila dalam uniform ni, inikan pulak kau...!' Bisik Ashraf sambil menjeling lantas mencapai laporan pesawatnya tadi...
Setengah jam kemudian, proses 'boarding' pun tamat. Kesemua penumpang untuk penerbangan SQ 37 daripada Los Angeles ke Singapura sudahpun memasuki pesawat dan pintu pesawat juga telah ditutup oleh kru kabin yang bertugas. Ashraf dan kaptennya pula sedang sibuk di dalam kokpit berkomunikasi dengan pekerja lapangan dan juga dengan menara kawalan.
"Let's ask for pushback clearance."
Kedengaran Kapten Johnson berkata kepada Ashraf. 'Pushback' adalah prosedur untuk mengundurkan pesawat tetapi ia memerlukan bantuan daripada satu kenderaan lain untuk melakukan pengunduran tersebut!
Ashraf mengangguk apabila mendengarkan arahan daripada kaptennya itu, lalu dia menghubungi seorang petugas lapangan melalui radio.
"Apron, good evening. Singapore 37 on position Charlie 15, request for pushback." Suara garau Ashraf lancar mengeluarkan arahan.
"Pushback approved, facing east." Jawab satu suara asing.
"SQ 37 pushback approved facing east." Ashraf berkata sambil jarinya pantas menekan beberapa tuil dan butang di konsol kokpit.
"Ground, we are cleared for pushback." Kapten Johnson memaklumkan kepada seorang petugas di luar sana yang bernama James. James terus memberi arahan kepada mereka untuk melepaskan tuil brek dan tidak lama selepas itu, datang sebuah lori kecil atau dipanggil sebagai 'pushback tractor' perlahan-lahan menolak pesawat berenjin empat itu keluar daripada parkir.
Ashraf melontarkan pandangannya ke luar tingkap untuk melihat James. Kelihatan pemuda tersebut sedang menggerak-gerakkan lampu beam di tangannya sebagai isyarat dan arahan kepada pushback tractor tersebut untuk terus melakukan tolakan. Sebaik sahaja James terpandangkan Ashraf, mereka berdua membuat isyarat tabik sebagai tanda 'selamat tinggal'. Ashraf hanya tersenyum. Ini adalah tahun yang ke empat dia berurusan dengan James setiap kali penerbangannya ke Los Angeles. Lelaki mat saleh itu sangat ramah dengannya dan sentiasa memberikan kerjasama yang terbaik.
Sementara itu di bahagian kabin pula, Natasha bersama anak-anak kapal yang lain sedang sibuk membuat rondaan sambil meminta penumpang mematikan alatan elektronik mereka dan mengenakan tali pinggang keselamatan...
"Engine start."
Kata Kapten Johnson sambil memicu empat tuil kecil di konsol tengah kokpit dan serentak itu juga, meter-meter digital di hadapan mereka naik secara perlahan-lahan. Bunyi enjin turbin mengaum mula kedengaran!
Mata bundar Ashraf mengamati satu demi satu meter-meter tersebut untuk memastikan kesemua enjin pesawat berada dalam keadaan normal.
"Everything's good, capt." Kata Ashraf.
Dia dan Kapten Johnson mula mengucapkan selamat tinggal kepada petugas-petugas lapangan terbang menerusi komunikasi radio.
"Safe flight, guys!" Kedengaran suara James daripada corong headset. Lelaki itu melambai-lambai dengan menggunakan lampu beam yang dipegangnya. 'Pushback tractor' yang menolak pesawat itu tadi pun telah terpisah dan hilang entah ke mana. Perlahan-lahan, pesawat mereka mula bergerak meninggalkan parkir dan melakukan 'taxiing', berjalan menuju ke landasan.
'I'm coming home, Lara!' Jerit Ashraf dalam hati. Bibirnya tersenyum nipis. Dia sebenarnya tidak sabar untuk menelefon dan mendengar suara 'Beautiful Specimen-nya' itu lagi!
"Cabin crew be seated for take-off." Ashraf berkata melalui intercom.
Natasha yang sedang duduk di bahagian 'galley' ketika itu hanya tunduk mencuka. Saat suara itu bergema ke seluruh pelusuk kabin di tingkat atas dan bawah, hatinya bergetar dengan perasaan cinta. Dan sakit hati...
Pesawat dua tingkat yang dipacu oleh Ashraf dan Kaptennya itu akhirnya berhenti di pangkal landasan. Ia kelihatan tersergam gagah, sedia untuk berlepas.
"SQ 37, wind 280 degree with five knots, runway 25R, cleared for take-off." Kedengaran suara air traffic controller atau ATC bergema menerusi corong headset.
Ashraf menghalakan pandangannya ke arah landasan yang terbentang di depan mata. "SQ 37, cleared for take-off on runway 25R." Ujarnya. Tangannya mula menolak keempat-empat pendikit enjin pesawat. Bunyi enjin turbin kian memuncak dan pesawat gergasi itu mula bergerak, semakin lama semakin deras.
"Take-off." Kata Kapten Johnson.
"Take-off power set." Sahut Ashraf. Tangannya memegang kemas stereng pesawat berkenaan.
"Eighty knots..."
"Check." Mata Ashraf menjeling ke arah meter-meter digital di hadapannya.
"Go."
"Rotate." Balas Ashraf.
Serentak itu, mereka berdua terus menarik stereng hitam di konsol masing-masing menyebabkan pesawat itu naik ke udara. Kedua-dua juruterbang itu terus mendaki ketinggian altitud di udara sambil berkomunikasi bersama ATC di menara kawalan.
Pesawat gergasi berenjin empat itu terbang semakin tinggi membelah awan...
"One, you're like a dream come true Two, just wanna be with you Three, girl, it's plain to see That you're the only one for me, and Four, repeat steps one through three Five, make you fall in love with me If ever I believe my work is done Then I'll start back at one..." - R. Kelly, 'Back At One'
Share this novel