Fahd mematikan enjin kereta. Hari sudah larut malam apabila dia tiba di rumahnya di Rantau Abang.
Badan tersandar lemah, penat memandu hampir enam jam daripada KLCC tadi. Mata Fahd terpejam dan dalam kegelapan itu, wajah Lara muncul dalam fikiran.
Gadis itu akan sampai ke Malaysia esok petang. Serta-merta perasaannya bercampur baur.Â
Terasa sukar.
Dia tercari-cari apakah perasaan sebenar terhadap tunangnya sekarang.
Sewaktu berhubung melalui Yahoo Messenger dahulu, Fahd rasakan ada sesuatu yang menarik tentang gadis ini. Riang dan betah. Juga peramah. Itulah tanggapan pertamanya terhadap Lara.
Semakin lama perasaan itu tumbuh semakin mekar setelah dia melihat gambaran sebenar diri Lara melalui gambar pasport yang tertancap pada resume Lara. Masya Allah... Cantiknya kejadian seorang manusia! Dan selepas pertemuan pertama di Hotel Concorde Shah Alam, Fahd telah jatuh cinta pada gadis itu.
Namun kini... Rahsia Lara telah terbongkar. Rupa-rupanya di sebalik kecantikan itu, Lara adalah seorang model bikini dan yang paling dia tidak dapat terima adalah tentang Ashraf Zildan!
Keparat! Kedua-duanya sekali keparat!
Kejadian itu membuatkan Fahd kurang pasti apakah perasaannya terhadap Lara. Dia cuba menyelongkar kotak hati dan perasaannya dan apa yang dia ditemui saat ini adalah;
Kecewa.
Tertipu.
Marah.
Dipermainkan.
Dan jauh di sudut hati, dia berasa rendah diri.
Lihatlah raut wajah si Ashraf Zildan seperti yang tertancap pada buku catatan Lara. Memang tampan, malah dia sebagai lelaki pun mengakui ketampanan lelaki keparat itu. Jika dipadankan dengan tunangnya bagai cincin dengan permata.
Lalu Fahd tertanya-tanya siapakah dia di hati Lara?! Kenapa Lara masih mendambakan lelaki keparat itu?! Fahd makin panas hati!
Kini segala perasaan dan rasa sakit hati bercampur menjadi satu: Dendam.
Namun adakah dendam sahaja yang ada dalam hatinya?
Fahd buka mata dan termenung.
Tidak... Bukan semata dendam. Jauh di sudut hati, masih ada lagi rasa sayang yang tersisa. Dia masih inginkan Lara, tetapi Lara seperti yang dia sangkakan dahulu. Lara yang dia sangkakan naif, Lara yang bukan model bikini, Lara yang tidak terdapat nama Ashraf Zildan dalam hati gadis itu...
Lelaki itulah yang menyebabkan dia sering memaki hamun Lara tatkala api kemarahannya bertiup. Dia cemburu dengan kedudukan istimewa Ashraf Zildan di hati Lara. Dia mahu Lara menginginkan dirinya seperti mana gadis itu menginginkan Ashraf. Apa yang Lara tergila-gilakan sangat dengan lelaki keparat itu?! Adakah semata-mata kerana rupa? Huh, cilaka!
Tetapi tak mengapa. Fahd masih ada sesuatu yang membuatkan dia masih bertahan; iaitu habuan wang RM300,000 daripada Sharina.
Dan jumlah ini masih ada berbaki seratus ribu ringgit lagi menjelang perkahwinannya dengan Lara nanti.
Fahd tersenyum.
Itulah pengubat sakit hatinya selama ini... Duit yang sangat banyak!
* * * * *
Suasana di Changi Airport bergema dengan pengumuman dan panggilan masuk penerbangan.
Natasha sedang melangkah laju bersama beg bagasi tiba-tiba sahaja terhenti apabila matanya terlihat dua sosok tubuh daripada kejauhan.
'Eh...?! Itu macam... Noree?! Dengan mak Ashraf?!'
Kening Natasha mencerun tajam.
Kelihatan mereka berdua sedang bercakap-cakap tetapi emak Ashraf seperti mendahului perbualan. Sesekali, kelihatan wanita itu memegang bahu Noree dan menggosok lembut seolah memujuk dan keletah si Noree pula Natasha lihat masih tidak berubah sejak dahulu, tergedik-gedik dan mengada-ngada!
Emak Ashraf... Zelda-Jean Mahmood. 'Singapore Girls' (panggilan pramugari Singapore Airlines) mana yang tidak kenal dengan wanita itu? Salah seorang pramugari yang terkenal kerana 'timeless beauty', dan masih diperkatakan daripada dahulu hingga sekarang.
Noree? Hmmph! Ya, Natasha kenal akan gadis itu. Noree Idris adalah rakan sekelasnya sewaktu di sekolah menengah dahulu atau lebih tepat lagi... Musuh ketat Natasha!
Noree dahulu terkenal sebagai salah seorang anak orang kaya dan rakan-rakan sekumpulan Noree semua yang setaraf dengannya. Oleh kerana itu, mereka suka memperlekehkan pelajar-pelajar lain terutama sekali mereka yang tinggal di rumah pangsa. Maklumlah, di Singapura ini orang kebanyakan hanya mampu tinggal di rumah seperti sarang burung merpati.
Kerana Noree jugalah Natasha memasang cita-cita untuk menjadi pramugari. Gadis genit itu pernah mengejeknya kerana satu-satunya destinasi 'luar negara' buat Natasha setiap kali cuti sekolah adalah Malaysia.
Nak pergi ke tempat sejuk? Cameron Highland. Tetapi Noree pergi ke Switzerland.
Nak pergi ke taman tema? Ayahnya membawa dia dan adik-adik ke taman tema Genting tetapi Noree dengan bangga mengatakan bahawa ayahnya membawa dia ke Disneyland Florida.
Membeli-belah di Kuala Lumpur? Oh, keluarga Noree membeli-belah di London, Paris atau Milan.
Oleh kerana itu, Natasha teringin untuk merasa terbang ke seluruh dunia.
Namun itu semua bukanlah kemuncak kebencian Natasha pada Noree. Noree pernah mempelawanya menyertai kumpulan mereka dan pada waktu itu Natasha rasa teruja. Fikir Natasha, mungkin dia ada aura anak orang kaya melalui gaya dan percakapannya. Namun tanggapannya salah. Dia masuk ke dalam kumpulan Noree hanya untuk dilayan seperti badut. Diperlekehkan, ditertawakan, dan diperkecilkan oleh mereka semua!
Permusuhan Natasha dan Noree terjadi apabila gadis itu memperlekehkan ayah Natasha. Sewaktu hari perjumpaan ibubapa, Noree dengan nada yang sungguh sinis menggelar ayah Natasha sebagai 'your poor oldman' dan ibunya berpakaian 'out of fashion' hanya kerana memakai baju kurung dan bertudung selempang belakang.
Apa yang terjadi selepas itu? Natasha dan Noree bertikam lidah hingga bertarik rambut. Akhirnya mereka dibawa berjumpa pengetua sekolah dan seminggu selepas kejadian itu, Noree bertukar sekolah. Dengar cerita, gadis itu ke sekolah antarabangsa, tempat yang lebih 'cocok' buatnya.
Natasha tahu siapa bapa Noree. Malah kini, dia juga pernah bekerja dalam satu kumpulan dengan Kapten Idris tetapi tidak seperti Noree, lelaki itu sungguh menyenangkan hati. Mungkin kerana Kapten Idris terlalu manjakan Noree menyebabkan perempuan itu jadi biol, fikir Natasha.
Tetapi kini, hati Natasha tertanya-tanya, apakah hubungan Noree dengan ibu Ashraf? Dia sungguh penasaran...
"Hello? Tolong tarik beg saya boleh?"
Kedengaran suara itu di ruangan kabin perniagaan yang semakin lama semakin dipenuhi para penumpang.
Mata Natasha dan Noree bertembung.
Aduh! Bagaimanalah perempuan gedik ini boleh menaiki penerbangannya ke Melbourne?! Natasha menjerit dalam hati.
"Oh, sorry... We are never allowed to deal with passenger's luggage." Natasha senyum tetapi dia sudah rasa menyampah. Penumpang VIP pun selama ini boleh tarik dan bawa bagasi mereka sendiri!
"Eh? Hi! Natasha?"
"Yes." Senyum.
"Natasha! Long time no see! You kerja ini sekarang? Why?!" Wajah Noree seakan tidak mengerti.
"Huh? Why? What do you mean? I'm happy with my job!" Senyum lagi.
"Oh... I ingatkan you macam I... Study dekat luar negara, can enjoy summer break once in a year, jadi oversea graduate... Tapi, look at you! You lebih suka jadi waitress in the sky je?"
Natasha tersenyum nipis dengan hati yang membara.
"Eh, you janganlah ambik hati dengan kata-kata I... I tak berniat pun nak memperlekehkan kerja you sebab bakal mak mentua I pun ex-stewardess sini jugak."
Natasha terpegun! Bakal mak mertua?! Mak Ashraf?! Oh, tunggu! Mungkin si gedik ini teman wanita Azril kerana Ashrafkan bercinta dengan Lara?!
"Oh, she's ex-stewardess?" Natasha pura-pura tidak tahu siapa gerangannya.
"Yes! Suami dengan anak-anak dia pun sama, staff SQ. Ashraf Zildan? You kenal?"
Mata Natasha menangkap pandangan Noree dan hatinya bagaikan terkoyak!
"Erm... Yeah, I pernah dengar... Dengan abang dia Azril, kan?"
"Yes! Betul!" Wajah Noree terlihat ceria.
"So... You... Dengan Ashraf ke Azril?"
"Dengan Ashraflah! Dia tu bakal tunang I!" Balas Noree sambil tertawa.
Saat ini barulah Natasha teringat bahawa perempuan yang memeluk Ashraf seperti dia lihat dan ceritakan kepada Lara satu masa dahulu adalah Noree! Shit!
"Oh I see..." Dalam pada sakit hati, fikiran Natasha berputar laju.
"Ehem. I dah lama dekat sini. I'm supposed to have my welcome drink, Tash. I'm in business class."
"Oh." Kata-kata Noree itu seakan mematikan lamunannya. "Actually I'm not in charge of business cabin, but I will get my colleague to get it for you."
"So that means you're not good enough to serve people in business?" Sindir Noree tatkala Natasha ingin beredar. Langkah terhenti dan ketika itu, Natasha lihat satu senyuman sinis terukir di bibir Noree.
"It's not like that. We're assigned based on our seniority." Natasha memalsukan senyuman dan terus berlalu dengan hati yang panas.
Sebaik sahaja berlalu senyumannya semakin pudar, diganti dengan wajah yang menyinga!
WHAT. THE. FUCK!
Musuhnya sendiri akan bertunang dengan lelaki yang menjadi dambaannya selama ini?! Tidak! TIDAK! Natasha tidak akan beralah!
Persetankan Lara sekarang ini. Dia sudah tidak kisah siapa Lara di tengah-tengah cerita antara Noree dan Ashraf, mungkin hanya skandal murahan si Ashraf. Tetapi apa yang pasti, Natasha tidak akan berdiam diri. Dia harus berbuat sesuatu... Sesuatu... Sesuatu... 'Sesuatu' yang boleh membalas dendam dan memuaskan hatinya!
Fikirannya berpusing laju memikirkan apakah 'sesuatu' itu...
* * * * *
Changi Airport
Sehari selepas itu...
Sebaik sahaja Ashraf keluar daripada pesawat gergasi atau yang Lara gelarkan sebagai 'The Beast' itu, dia menghidupkan telefon bimbit.
Jari menaip laju...
'Hun!! I'm back!! :-*'
Lalu pesanan ringkas itu dihantar. Namun hanya beberapa minit selepas itu, Ashraf mendapat balasan.
'Yay! I miss you, sayang!' - My Princess
'Me too. Lain rasanya bila I touchdown waktu you ada dengan waktu you takde dulu...' - MWB
'Ha... Lain macam mana?' - My Princess
'Kalau you ada, I rasa excited nak touchdown. Macam ada orang tunggu kepulangan I. Kalau you takde, runway tu I rasa macam kosong :( ' - MWB
'Aww... I love you, sayang :) Mmuah!' - My Princess
'Mwah! Love you more, sweetheart.' - MWB
Sebaik sahaja menghantar SMS itu, Ashraf telahpun tiba di pintu ketibaan antarabangsa. Dia menyimpan telefon bimbit ke dalam poket dan seperti biasa, tiap kali melangkah keluar daripada pintu ini beratus pasang mata akan memandangnya.
Ashraf terus melangkah.
Namun terdapat sepasang mata yang memerhatikan Ashraf tanpa henti. Setiap langkah kaki Ashraf diperhatikan dan kemudian diikuti daripada belakang.
Sehinggalah Ashraf berhenti untuk menunggu lif, tiba-tiba sahaja dia terasa ada seseorang memeluk pinggangnya daripada belakang. Dia sungguh terkejut dan berasa kaget!
"Sayang...!"
Ashraf terus menoleh ke belakang dan terasa pinggangnya dilepaskan. Kelihatan Lara tersengih di hadapan mata.
"Princess?!"
Dan Lara terus menerkam Ashraf semula! Mereka berpelukan buat erat dengan tawa yang riang!
"What are you doing here?" Tanya Ashraf tanpa melepaskan Lara.
"Meeting my machoman."
Ashraf tertawa lagi!
"Don't worry, I tak nak kacau you. I datang ni sekejap je-"
Pelukan dilepaskan dan mata mereka bertembung.
"What do you mean 'sekejap'? No, tak kacau! Habis flight selalunya I balik rumah rehat je."
"Sebab tu I tak nak kacau you rehat-"
"Oh, come on princess! You know you never bother me right?"
Lara menatap senyuman di wajah Ashraf. Wajah itu seakan bersinar, gembira dengan kedatangannya.
"So what's your plan?" Tanya Ashraf.
Lara terkedu kerana dia tidak mempunyai apa-apa perancangan selepas ini. Dia hanya datang ke sini semata-mata hendak berjumpa Ashraf sahaja.
"Err... My real plan is to go back to JB now and loiter around at JB City Square maybe, until 5pm... Lepas tu I kena gerak ke Larkin to catch my 6pm bus, back to KL."
"What? You tak tidur sini?"
"Cannot, esok I kerja! Hari ni pun I boleh terlepas sebab sepatutnya I kena submit report ke fakulti. Tapi sebab I dah submit awal-awal, so I lari sekejap datang sini. But my boss fikir I dekat UiTM hari ni." Serentak itu mereka tertawa.
"I ingatkan you ambik MC."
"No...!"
"Ha, macam ni. You tidur sini, esok you ambik MC."
Tawa Lara makin kuat. "Cannot, Ashraf! Nanti my MC slip klinik dekat Johor pulak!"
"Oh, ye tak ye jugak." Ashraf tersengih dan sekali lagi mereka tertawa.
"Okay, takpe kalau you tak nak MC. Tapi untuk hari ni, I ada plan."
Lara lihat satu senyuman lebar terukir di bibir Ashraf...
Kereta Range Rover hitam itu memasuki ke halaman rumah banglo dan seketika kemudian enjin di matikan.
Dari kejauhan, kelihatan Zeus terkedek-kedek berlari anak mendapatkan Ashraf yang sedang tergesa-gesa mengeluarkan beg bagasi.
'Auwf! Auwf!' Tegur Zeus.
"Hey, buddy!" Ashraf mengusap kepala Zeus sebentar dan kemudian terkocoh-kocoh masuk ke dalam rumah.
Zeus terus menyalak tetapi Ashraf tidak ada masa untuk melayan karenah Zeus!
"Ma, I'm home!" Jerit Ashraf. "But I'll be off very soon." Ucapnya perlahan.
Dia terus berlari naik ke bilik untuk menukar baju...
Sementara itu di Starbucks JB City Square pula, kelihatan Lara duduk seorangan bersama komputer riba Ashraf dan... Kad kredit Ashraf!
Di skrin komputer pula terdapat tiga laman sesawang syarikat penerbangan Malaysia Airlines, AirAsia dan juga Fireflyz. Ashraf menyuruh Lara mencari tiket penerbangan ke Kuala Lumpur malam ini supaya mereka dapat meluangkan masa lebih lama.
'Hmm... JHB - SZB 10.35PM via Fireflyz... Bagus jugak, Subang Airport dekat dengan Shah Alam. Senang nak balik...' Bisik Lara sendirian. Lalu dia klik pada beberapa kotak kosong di laman sesawang tersebut sehinggalah tertera jumlah keseluruhan tambang tiket penerbangan.
'Ash, lagi 10 minit you standby dengan bank authorisation yea... I'm filling up the form now.'
SMS itu dihantar.
Lara memandang kad kredit Ashraf yang berwarna silver di tangan...
Standard Chartered Platinum
5402 XXXX XXXX XXXX
ASHRAF Z ZAMANI
Lara tersenyum. Inilah pertama kali dia menggunakan kad kredit dan apa yang menarik sekali, ia adalah kad kredit Ashraf! Lara berdebar-debar untuk menggunakannya walaupun jumlah yang tertera di skrin komputer hanyalah RM350.
Itulah rancangan mereka. Tugas Lara adalah untuk mencari tiket penerbangan ke Kuala Lumpur pada malam ini sementara Ashraf pula harus pulang sebentar ke rumah untuk menukar baju dan sebagainya. Selepas ini, Ashraf akan datang semula mengambil Lara dan mereka semua akan ke studio jamming untuk bertemu dengan Necromancers dan Danny!
Lara tersedar daripada lamunannya apabila SMS Ashraf menerjah masuk.
'Yes, go ahead honey.' - MWB
'Thanks... I rasa macam I buat kerja illegal, pakai kad kredit orang! LOL!' My Princess
'Haha! Nay! I wish I could afford the whole world for you.' - MWB
"Hei, Ashraf!"
Ashraf yang baru hendak bergegas keluar terhenti. Dia menoleh ke arah mamanya.
"Hi, ma." Sengih.
Kening Zelda mencerun.
"You nak pergi mana ni?"
"Oh. Orang-"
"You bukan baru balik ke?"
"Yes! But I gotta go." Ujar Ashraf.
"Hah?! Semalam you kata you nak makan dekat rumah, kan? I dah masak dah, tunggu you nak makan sama-sama."
'Alamak!' Getus hati Ashraf.
"Err..."
"Zildan, it's all there! Where you wanna go?"
Pandangan mata mereka bertembung.
"Okay, come. Kita makan, but I will be reeeeeally fast..." Ashraf segera menarik tangan ibunya ke ruang makan.
"Hei! Kenapa you kelam-kabut ni?" Wajah Zelda terpinga-pinga memandang anak bujangnya.
"Someone is waiting for me and I have to go, meeting my bandmates." Ashraf tarik kerusi dan memberi ibunya duduk. Tetapi Zelda faham, semenjak anaknya memenangi 'Battle of The Bands', jadual aktiviti Ashraf kadang-kala agak sibuk sedikit.
Ashraf segera mencedok nasi dan lauk-pauk untuk ibunya dan juga untuk dirinya sendiri.
"Masya Allah, Ashraf?! You makan macam ular sawa!"
"No... No... I'm chewing... Just a little bit faster-" Mulut Ashraf penuh!
"Mind your manners, Zildan! Jangan tergesa-gesa depan rezeki!"
Dan bermacam-macam lagi leteran Zelda terhadap Ashraf kedengaran di ruang makan itu...
Nota: Setiap orang ada kisah tersendiri :)
Share this novel