Bab 28

Romance Completed 159812

"So, macam mana Ashraf?" Itu ayat pertama yang keluar daripada mulut Zieta sebaik sahaja mereka duduk di meja Starbucks Bukit Bintang pada petang itu. Kelas Project Management Lara batal, lantas Zieta 'menculik' Lara melepak di KL.

Kelihatan Lara menahan tawa sambil dia menyedut air Java Chip Frappuccino sebelum meletakkannya di atas meja.

"Zie, tolonglah aku! Ini semua kau punya pasal!" Rengek Lara lalu membuatkan Zieta tertawa.

"Kenapa aku pulak...?!"

"Kaulah suruh aku jumpa dia...!" Kedua-duanya terus ketawa terbahak-bahak.

Lara mula menceritakan satu demi satu kisah dia bertemu empat mata dengan Ashraf sehinggalah bagaimana Ashraf memperolehi nombor telefonnya. Zieta mendengar dengan penuh khusyuk dan sekali-sekala mulut gadis itu melopong.

"Maknanya... Sepanjang penerbangan kita ke Tawau, Ashraf ada sekalilah dalam flight tu?!" Mata Zieta membulat.

Lara mengangguk.

"Dan dia dapat nombor telefon kau daripada kawan dia, pilot yang bawak flight kita hari tu??" Sekali lagi Lara menganggukkan kepala.

"Wow... Gilalah!" Wajah Zieta terpempan. "Huish... Nekad sungguh dia, Ra... Serius betul dia nak kenal dengan kau." Tambah Zieta lagi. Hatinya masih belum habis mengagumi tindakan Ashraf.

"Itulah pasal..." Keluh Lara.

"Handsome ke dia?" Pertanyaan itu membuatkan senyuman Lara meleret panjang sampai ke telinga!

"Hah, handsome-lah tu!" Potong Zieta dan serentak itu juga mereka ketawa lagi.

"Erm... Waktu first time aku tengok dia, aku rasa muka dia nampak unik."

"Unik?!"

"Yeah, maybe sebab macam ada model material kot."

"Ish, kau ni tak habis-habis dengan modeling kau tu!" Balas Zieta sambil tersenyum menjeling Lara.

"Zie, tolonglah aku... Aku dah tak tahu macam mana nak buat dengan si Ashraf ni..."

"Laa, kenapa...?? Kau dah falling dengan mamat tu ehh?" Zieta tersengih.

Satu keluhan panjang dilepaskan Lara. Setiap kali memikirkan perasaannya terhadap Ashraf, dada Lara pasti terasa sarat! Lantas, dia mengeluarkan satu kotak rokok daripada beg tangannya.

"Ashraf ni..." Kata Lara sambil menyalakan api rokok. "Dia lain sikitlah..." Mulutnya berasap-asap ketika dia berkata-kata.

"Lain macam mana?" Zieta mengerutkan keningnya. Dia pula mencapai kotak rokok Lara lalu diambilnya sebatang.

Lara terdiam memikirkan jawapan yang paling sesuai untuk pertanyaan Zieta itu. Zieta hanya sabar menantikan balasan Lara.

"Entahlah Zie... Susah aku nak cakap macam mana. Tapi..." Kata-kata Lara terhenti di situ. Dia menyedut rokoknya dalam-dalam lalu menghembuskan asap yang berkepul-kepul ke udara seolah-olah segala perasaannya terhadap Ashraf juga turut keluar sama...

"Dengan Ashraf ni, aku rasa teruja lain macam." Kening Lara berkerut dan air wajahnya serius.

"Wow... Dahsyat!" Zieta terpempan. "Teruja sebab apa??"

"Sebab... Entahlah. Cara dia layan aku kot..."

"Hmmph! Playboy-lah tu! Dari awal dulu lagi aku dah cakap, kan!" Zieta tertawa kecil lalu matanya dan mata Lara bertembung.

"Tak tahulah nak cakap macam mana,  Zie... Tapi contohnya kan, masa Ashraf suapkan aiskrim, tiba-tiba je aku jadi blushing gila! Padahal dia suap je!"

Zieta ketawa besar!

"Lepas tu masa dia pegang tangan aku dalam wayang hari tu, oh my God! Berderau darah aku! Aku tak tahu kenapa, Zie! Padahal Huz pun ada pegang tangan aku jugak, tapi takde pulak aku rasa berdebar macam tu!" Lara ikut ketawa sambil dia mengetuk-ngetuk batang rokok pada bekas abu rokok.

"Wei Ra! Aku dengar orang kata... Oranglah kata, tak tahulah betul ke tak... Kalau jodoh kita tu, kita ada rasa macam 'current' tau! Macam 'spark' lah kot bahasa orang putihnya. So, maybe jodoh kau kot ni!" Serentak itu juga tawa mereka pecah kedengaran dan wajah Lara tiba-tiba jadi merah padam!

"Hoi, apasal muka kau merah?!" Tanya Zieta dalam tawanya.

"Hah, itulah aku cakap! Sekarang kau percaya tak cakap aku?!" Sekali lagi tawa mereka riuh kedengaran.

"Kau dah jatuh cinta dengan Ashraf ni..."

"Hish! Janganlah, Zie... Aku nak Huz! Aku still sayang Huz tau... Dia dah janji nak kahwin dengan aku!" Ujar Lara mencebik.

"Hah, kalau macam tu kau buatlah Ash tu jadi skandal kau..." Kata Zieta.

"Eii, kau ni tak habis-habislah dengan skandal!"

"Betul apa aku cakap! Kau ni muka je cantik... Jadilah playgirl sikit!"

"Zie, kalau aku nak jadi playgirl boleh, tapi bukan dengan Ashraf."

"Kenapa pulak?? Kau ni jaga sangatlah hati si playboy tu! Nanti kalau dia yang mainkan perasaan kau dulu, masa tu kau jangan menyesal!"

Lara buat muka.

"Ala, relax-lah Ra... Kau layankan aje si Ashraf tu... Manalah tau nanti-nanti kalau si Huzaimi buat pasal, kau 'cedoklah' si Ashraf ni!" Kata-kata Zieta itu membuatkan Lara tersentak.

"Zie... Kenapa kau selalu cakap macam... Huzaimi tu akan buat taik eh?"

"Ala, kau marah ke? Janganlah marah, makcik!"

"Tak, aku tak marah...! Aku cuma hairan. Kau ada nampak sesuatu yang tak kena ke? Something yang mungkin... Aku sendiri tak nampak antara aku dengan Huz?" Soal Lara lagi.

Zieta hanya terdiam dalam senyumannya.

Melihatkan reaksi rakannya itu, Lara menyambung lagi, "Yelah kan... Macam kau katalah, aku ni kalau dah bercinta kan jadi buta!" Serentak itu, mereka berdua tertawa.

"Aku tak nampak apa-apa yang tak kena, Zie! Kalau kau nampak something, kau bagi tahulah aku!" Suara Lara meninggi.

"Taklah... Sebenarnya, takde apa yang tak kena pun. Cuma... Aku tak percaya sangatlah dengan lelaki yang stable macam Huz tu."

Dahi Lara berkerut. "Maksud kau?"

"Lelaki yang kaya-raya macam dia... Dahlah kaya, single pulak tu. Ada duit, ada segala-galanya. Takkanlah takde orang pandang! Aku rasa mesti ada perempuan lain yang 'cucuk' line dia... Kau je yang tak tahu."

Kata-kata Zieta itu bagaikan busur panah yang menusuk tepat ke hati Lara. Walaupun pedih, Lara cuba untuk rasional. Malah jauh di sudut hatinya, dia juga bersetuju dengan kata-kata Zieta.

"Tapi... Kalau aku cakap Huz tu betul-betul serius dengan aku?"

"Kalaupun dia serius dengan kau, tak menghalang jugak godaan perempuan lain pada dia... Dan kita pun tak tahu sejauh mana Huz dapat tepis semua tu."

Hati Lara terusik.

"Sebab tu aku suruh kau standby je dengan Ashraf. Aku tak sanggup tengok kau frust menonggeng macam masa kau dengan Reza dulu. Tambah lagi dengan lelaki yang promising macam si Huz ni. Mau aku bakar je office dia nanti!"

Serentak itu tawa mereka kedengaran sungguh kuat.

Lara menyedut airnya sebaik sahaja tawanya reda. Lantas, dia menyalakan pula batang rokok yang kedua.

"Sebenarnya Zie... Ada benda yang aku tak berapa berkenanlah dengan si Ashraf tu."

Kening Zieta dia lihat berkerut.

"Apa dia??" Wajah Zieta penuh tanda tanya.

"Aku tengok... Cara si Ashraf tu macam terlebih modenlah."

"Moden?? Moden macam mana pulak??"

Lara ketawa!

"Actually... Dia ada bela anjing tau..." Jawab Lara.

"Anjing?! Serius?? Dia beritahu kau ke?"

Lara segera membuka MMS yang dihantar Ashraf lantas menunjukkan gambar anak anjing itu kepada Zieta.

"Ah, okay..." Zieta menganggukkan kepala.

"So, aku rasa... Aku cuma nak berkawan je lah dengan Ash. Lagipun, aku kan dah ada Huz. Sejak aku balik daripada Taiping hari tu... Aku dah decide, aku nak hidup dengan Huz. So... Aku nak confess dekat Ashraf pasal hubungan aku dengan Huz."

"What??! Kenapa kena confess?? Perlu ke?!" Mata Zieta hampir terbeliak.

"Okay, first, aku tak nak bagi harapan palsu dekat Ash. Kau tengoklah cara dia berusaha nak dekati aku. Aku tak tahulah betul ke tak dia playboy, tapi aku tengok dia baik. Dia ikhlas... So, aku tak sampai hati nak permainkan dia. Second, sebab cara western dan moden dia tu... Aku rasa tak kenalah dengan cara aku... Aku tak naklah!"

"Tapi kau pun moden jugak apa!" Zieta memuncungkan mulutnya sambil matanya menyorot ke arah rokok di tangan Lara.

"Iyelah, tapi aku takdelah sampai nak bela anjing." Lara lihat Zieta mencebik.

"In the first place, kenapa dia bela anjing tu?" Tanya Zieta.

"Oh, anjing tu cedera dia jumpa tepi jalan. Lepas tu bila aku tanya kenapa dia kena ambik anjing tu,  dia kata... 'Princess, he needed help! If you see animals who needed help, don't abandon them. We might be their last hope.'" Lara mengajuk gaya Ashraf berkata-kata.

"Aww... He seems like a nice guy!" Ujar Zieta dengan ekspresi wajahnya.

"Yeah, nice guy tapi kalau terlebih nice pun pening jugak kepala!" Mereka berdua tertawa.

"So, kau nak confess pada Ashraflah yang kau sebenarnya dah ada boyfriend?? Kau sure ke??" Zieta memandang tepat ke wajah Lara dan perlahan-lahan, Lara mengangguk.

"Yup..." Balas Lara dengan nada yang lemah. Hatinya tiba-tiba sahaja terasa seperti dicarik hiba...

*          *          *          *         *

Grenggg!

Kedengaran bunyi gitar si Ashraf dalam telefon pada malam itu.

"So... Zeus lives in the garage now?" Tanya Lara. 

"Yups."

Grengg!

Ashraf menukar tangga nada petikan gitarnya. 

"So how's his leg?"

"Recovering well. Dah boleh lari-lari dekat halaman dah."

Greng!

Tangga nada itu semakin menurun. 

"Ah, I see..." Ujar Lara. 

Grengg grengg greng! Ting ting ting...! Ting! Ting!

Petikan gitar Ashraf beralun lembut tetapi degup jantung Lara berdetak kencang. Seperti mana yang dia bincangkan bersama Zieta petang tadi, Lara tekad untuk berterus-terang kepada Ashraf pada malam ini! 

Lara tarik nafas, cuba menenangkan perasaannya yang berdebar-debar. Hatinya bukan setakat berdebar malah memberat!

Ting ting ting..! Ting ting! Grengg! Grenggg!

Ashraf terus asyik mengalunkan irama. 

"Erm... Ash..." Lembut kedengaran suara Lara.

"Yes, princess?" Sahut Ashraf sambil terus memetik gitar. 

"Stop-lah kejap main gitar tu...!" 

Ashraf tertawa kecil lalu akur dengan permintaan Lara. 

"Ash!" 

Tiba-tiba Lara terdengar suara seorang perempuan memanggil Ashraf. Dia terus memasang telinga. 

"Yes, ma?"

"You bought another batch of kerepek?!" 

Lara terdengar Ashraf tertawa.

"That's not kerepek. That's some kind of mini popia with- I don't know, it's rendang or something they called it-"

"I know what's that! But banyak macam tu siapa nak makan?!"

"Oh, please take some. Just leave like ten packets for me; I'm gonna give it to my bandmates-" 

"I just want one, I'm on diet!" 

Lara terdengar suara perempuan itu berlalu pergi.

"Oh, okay! Then take extra for Sofie ma!" Ashraf meninggikan sedikit suara supaya ibunya dapat mendengarnya. 

Waktu itu Lara terdengar seperti wanita itu membalas sesuatu tetapi tidak jelas dan kemudian diikuti oleh tawa Ashraf. 

"Itu mak you?" Tanya Lara sebaik sahaja perhatian Ashraf sudah ditumpukan padanya.

"Yes." Ashraf tertawa kecil. 

"Wow..." 

"Haha! Kenapa wow?"

"I don't know... She just sounds like wow!" Serentak itu Lara dan Ashraf ketawa! 

"And your mom says she's on diet?"

"Ah, she's always on diet!" Sekali lagi mereka tertawa. 

"Lara, I nak mainkan lagu ni untuk you..." 

'Alamak...' Lara terkedu. Dia hendak meneruskan confession-nya tetapi mungkin Ashraf terlupa setelah perbualan mereka disampuk oleh mama Ashraf. 

"Hmm... Lagu apa?" Lara senyum tawar.

"Haa, cuba you teka!" Suara Ashraf kedengaran riang lalu dia terus memetik gitar. 

Greng greng greng greng! Greng!

"Uh oh uh ohhoho... Yeahhh yeayy hiyeahh... 

Apa saja untukmu... Tak kuhiraukan waktu...

Katakan saja, 'kan kulaksana, 

Permaisuri kau bertakhta di jiwa..."

Lantas petikan gitar dan nyanyian Ashraf terhenti.

Lara tertawa. Sudah tentu dia tahu lagu tersebut! Budak yang membesar di zaman 90an mana yang tidak tahu lagu KRU?! 

"Tahu ke??" Tanya Ashraf dengan tawa kecil.

"Mestilah tahu!" Lara gelak. 

"Hehe... Lagu apa??"

"Apa Saja by KRU..."

Serentak itu, mereka berdua tertawa. Kemudian, petikan gitar kembali kedengaran...

"Apa saja untukmu... Ke dasar lautan biru...

Bertaruh nyawa, andai kau damba mutiara... Di hari lahirmu...!" 

Lara seperti biasa tersenyum meleret tiap kali mendengar suara merdu Ashraf. Dalam pada itu, dia mengeluh panjang. Fikirannya menerawang sementara si Ashraf leka dengan nyanyian dan petikan gitarnya.

Dia akui, dia memang gembira sepanjang bersama Ashraf selama ini. Tetapi... Bukankah Huzaimi pilihan yang lebih baik untuknya?

"Kita menuju gemilang asmara, tiada cinta setanding kita... 

Kurela... Sehingga ke akhirnya, tunai segala mimpimu, 

Uhh... Ratuku!"

'Aduh...' Sedap sungguh suara Ashraf yang Lara dengar mendayu-dayu itu... Di hujung lagu tersebut kedengaran suara ditarik serak-serak basah. Lara tersenyum tawar...

Patutkah dia berterus-terang dalam telefon? Atau, mungkin lebih baik jika pengakuan itu dibuat secara face-to-face? Teringat kata-kata Ashraf satu ketika dahulu ketika mereka baru berkenalan, "Face-to-face lebih honest." Lara ketap bibir. Hatinya kini berbelah bahagi.

"Untukmu kasih, kucuba meraih oh bintang di angkasa...

Walau tak terdaya 'kan ku ikhtiar...

Untukmu kasih gembira bersedih selagi ku bernyawa...

Untukmu kasih ku korban apa saja..."

'Ya Tuhan... Siapalah yang tegar melukakan si pemilik hati yang sedang menyanyi ini?' Bisik Lara. Jauh dalam hatinya, dia tidak mahu melukakan hati Ashraf. Tapi sampai bila...?

"Apa saja untukmu... 'Kan ku ubah caraku...

Jikalau itu yang kau mahu... Apa saja demi kebahagiaanmu..."

Rangkap itu segera menarik perhatian Lara. Ya, 'cara'. Semuanya kerana cara! Cara Ashraf yang Lara fikir tidak kena dengan caranya. Tetapi... Seperti bait lagu itu, 'Apa saja untukmu, 'kan ku ubah caraku...' Sanggupkah lelaki ini mengubah caranya?

'Betulkah? Betulkah, Ash? Atau hanya sekadar nyanyian lagu di bibirmu...?'

Tiba-tiba perhatian Lara seakan diragut oleh suara dan petikan gitar Ashraf yang semakin rancak.

"Untukmu kasih, ku cuba meraih oh bintang di angkasa - yeahh, 

Walau tak terdaya 'kan ku ikhtiar - oh dikaulah segalanya ohh!!"

Lara tahu Ashraf tidak boleh mengambil korus yang kedua di rangkap terakhir itu kerana rangkap tersebut saling bertindih dengan nyanyiannya lantas, Lara segera menyambut!

"Untukmu kasih..." Nyanyi Lara.

"Oh kasih!" Dan Ashraf sudah tersenyum lebar.

"Gembira bersedih-"

"Gembira bersedih!"

"Selagi ku bernyawa..." 

"Yeah!" 

"Untukmu kasih, ku korban apa saja!" Nyanyi mereka berdua.

"Uuhhh... Untukmu kasih, ku korban aaaaa...pa saja..." 

Dan saat itu juga mereka berdua terus ketawa bersama sambil Ashraf memetik nota penutup lagu tersebut. Perasaannya bagaikan melonjak-lonjak bila si puteri idaman turut menyanyi sama.

"Wow, not bad! You can really sing!" Ashraf masih tertawa sambil meletakkan gitarnya dan menutup fungsi loudspeaker telefon.

"Haha! No-lah! Saja nak sambung part korus yang you tak dapat nyanyi tu!" 

"Elelelehhh! Saja konon!" Usik Ashraf. Dan untuk sekian kalinya, mereka ketawa lagi!

"Eh... Tadi you ada something nak cakap, kan? Did I cut you off?? So sorry, baru I teringat..." Kata Ashraf sebaik sahaja tawa mereka reda. 

Lara terkedu.

"Erm... Takde apa-apalah, Ash. Just forget it..." Balas Lara bersama senyuman nipis di bibirnya. Ashraf hanya tertawa melihat keletah Lara tanpa mengetahui hatinya hampir-hampir sahaja dihancur lumatkan oleh gadis pujaan...

"Kau dah jatuh cinta dengan Ashraf ni..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience