Bab 110

Romance Completed 159812

PRANG!

Barang-barang di atas meja bertaburan di atas lantai.

"Bodoh!! Dah lama buat kerja ni pun masih bodoh ke?! Hah?!"

"Sorry-lah boss. Mana gua tau- Hwerkkhhh!" Kata-kata itu tersekat apabila tangan kasar yang bertatu mencekik leher.

"Kau kata kau tak tahuuu...?? Hah?!!"

Tangan kasar itu terus mencekik leher lelaki yang bertubuh kurus dan tinggi lampai dengan kuat sekali. Nafas si pemuda itu mula tersekat-sekat, terasa sukar untuk bernafas.

"Sekarang ni polis dah mula jejak dan hidu kegiatan kita semua, tahu tak?!! Ini semuanya sebab kebodohan kau!! Kenapa kau tak check betul-betul sebelum hantar barang?!! Hah?!!"

Lantas tangan kasar itu menolak tubuh itu ke dinding menyebabkan kepala si kurus keding terhantuk kuat lalu rebah ke lantai. Sedang dia mengaduh kesakitan, kaki lelaki bertatu itu pula memijak pipi. Tapak kasut but yang keras dan tebal menambahkan lagi kesakitan.

"Auwrkhhhh... Khhhtthh...." Tubuh kurus itu menggeletar menahan sakit.

"Boss... Waktu gua hantar itu 'barang' ke port Kerteh, tempat parking tu kawasan lapang boss... Tak sangka pulak ada CCTV- Herkhhhhh!!"

Kata-kata tidak dapat diteruskan akibat pipinya dipijak semakin kuat.

"Arghhhh!! Huarghh!!" Rahangnya seakan hendak patah!

"Kau tahu tak perbuatan kau ni dah bagi risiko pada semua orang...?" Tekanan kaki dikuatkan.

"Harrkhhhh!!"

"Kau tahu tak kecuaian kau ni boleh jadi domino effect buat semua orang termasuk 'orang atas'?!!"

"Yarkhhh!! Khhhh!!" Si kurus mengangguk perlahan dalam kesakitan.

"Kau agak-agak 'ma'am besar' boleh lepaskan kau tak kali ni...?"

Tanpa rasa belas kasihan, lelaki yang bertatu tadi terus memijak pipi si kurus.

Krak!

"ARGHHH!!!"

Tulang rahang si kurus itu patah!

"HWARGHHHH!!!" Lelaki itu terus menjerit kesakitan. Badannya menggigil dan meronta-ronta di atas lantai.

"Jay!"

Salah seorang lelaki yang berdiri di situ memandang ke arah lelaki bertatu.

"Aku nak kau 'settle'-kan budak Petronas tu sebelum polis korek lagi info daripada dia. Tapi ingat, benda ni rahsia. Jangan sampai 'ma'am besar' kita dapat tahu. Kalau tidak hancur kita semua! Jangan jadi bodoh macam si lahanat sorang ni!"

Lelaki yang dipanggil Jay serta beberapa orang di situ mengangguk kepala. Mereka semua akan bergerak sebagai satu kumpulan untuk melaksanakan 'tugas' tersebut.

Prak!

"Huphhh!..."

Senyap.

Lantas lelaki bertatu itu melepaskan kakinya dan berjalan mendapatkan kotak rokok di atas meja...

*          *          *          *          *

Prang!

Kedengaran bunyi seperti sesuatu jatuh ke lantai. Tidak pasti sama ada terjatuh atau dijatuhkan. Dibaling atau dihempas.

Daripada kejauhan, suara lelaki dan perempuan seperti tengking menengking, bergaduh di malam hari.

"Awak ni gila ke?!" Suara Rizman meninggi.

"Oh, saya gila?! Kalau saya ni gila, awak tu apa?! Lelaki bacul!!"

Telinga Rizman berdesing mendengarnya.

"Awak cakap saya bacul?! Awak tu yang bodoh! Awak tahu tak, sekarang ni diorang nak counter sue saya?! Dulu diorang jadi defendant je, tapi sekarang budak lelaki tu nak counter sue saya berdasarkan keputusan mahkamah yang lepas!!"

"Ah!! Saya peduli apa?!!"

"Sebab tu saya cakap awak bodoh! Kalau dah tahu diri tu bodoh, awak jangan nak memandai-mandai! Kalau saya tak gugurkan saman tu ke atas Lara, kita gerenti kalahlah!"

"Saya tak kira!! Saya nak awak buat jugak apa yang saya suruh! Awak mesti saman anak awak, budak perempuan tak sedar diuntung tu!!"

"Hmmph! Awak ingat awak siapa? Awak ingat awak besar ke? Awak boleh re-write undang-undang? Awak ni memang 'pior' bodohlah, Kesuma!!"

Dan selepas itu, suara jeritan dan herdikan terus kedengaran.

Dhafi yang berada di dalam bilik tidurnya menutup telinga dengan wajah berkerut. Jarak bilik tidur dengan ruang tamu rumah banglo itu agak jauh tetapi angin puting beliung yang sedang melanda di mahligai indah itu boleh didengari hampir satu rumah!

Perasaan Dhafi membungkam.

Lantas dia bangun daripada katil dan mencapai replika tanglung Arab di atas meja belajar.

Baju t-shirt hitam yang dipakainya tertera gambar bangunan bersenibina Islamik dan di bawah gambar bangunan tersebut, tertera perkataan 'Sharjah'.

Tiga bulan sudah berlalu sejak dia menerima bungkusan pos daripada ibu yang berisi baju t-shirt dan tanglung Arab.

Dalam nota kecil yang ditulis oleh Najmi, katanya tanglung Arab itu dia yang buat sendiri sewaktu menghadiri kelas pembuatan tanglung di hotel Sharjah.

Waktu itu hati Dhafi seakan terobek. Cemburu apabila mendapat tahu adik, ibu dan kakak pergi berjalan hingga ke luar negara.

Ah, kalau dia minta pada ayah, pasti ayah pun boleh membawanya. Tetapi... Ayah selalu sibuk.

Dhafi meluru ke meja komputer di sudut bilik lantas menghidupkan komputer mahal yang dibeli oleh ayah.

Setelah itu, dia membuka laman sesawang 'MySpace' dan menaip sesuatu.

Najmi Rizman

'Enter'.

Saat itu juga, muncul akaun adiknya di depan mata.

Sebenarnya sudah berkali-kali dia membuka laman sesawang MySpace milik Najmi dan sama seperti selalu, dia membawa kursor tetikus ke bahagian 'View My: Pics | Video | Playlist

Butang 'Pics' ditekan. Beberapa gambar Najmi terpacul di skrin dan kesemua gambar itu adalah gambar percutian Najmi di tanah Arab.

Di Sharjah.

Klik!

Kelihatan imej Najmi bersama seekor burung yang Dhafi lihat seperti helang bertenggek di lengannya.

Klik!

Kali ini tertera pula gambar Najmi di padang pasir memegang papan luncur. Tetapi... Bersama seorang lelaki.

Handsome. Sikit-sikit ada wajah mat saleh, getus Dhafi dalam hati. Dia tahu, itu adalah teman lelaki kakaknya.

Klik!

Ah. Inilah gambar yang paling membuatkan Dhafi cemburu!

Kelihatan dalam gambar itu Najmi berada di dalam kokpit kapal terbang dan sedang duduk di tempat duduk juruterbang bersama lelaki handsome tadi. Lelaki itu memakai sut lengkap tanpa topi pilot kerana topinya dipakai oleh Najmi dan mereka berdua tersenyum lebar memandang kamera. Kedua-dua tangan Najmi pula memegang stereng kapal terbang. Alangkah teruja Dhafi melihatnya. Dia membaca kapsyen yang ditulis oleh Najmi di bawah gambar tersebut.

'This is abang Ashraf, my sister's boyfriend. He is a pilot. He is very cool. When I grow up, I also want to be a pilot just like him'.

Hati Dhafi seakan terobek. Dia juga mahu duduk di tempat juruterbang di dalam kokpit seperti itu!

Daripada cermin depan pesawat, kelihatan perkataan 'Sharjah International Airport' tertera di bumbung lapangan terbang.

Dhafi mencebik bibir. Lantas jarinya menekan pula butang 'Vid', untuk video.

"Wo! Wow! Auch, terhantuk!"

Kedengaran suara Najmi di dalam sebuah kenderaan yang sedang meredah padang pasir dan bergerak tidak stabil seperti menaiki roller coaster.

"Arh! Hahaha! Adoi, tudung ibu senget! Oi, tudung aku nak tercabut oi!"

"Hahahaha!"

Kedengaran semua orang ketawa mendengar celoteh ibu.

Entahlah, Dhafi pun tidak pernah lihat sisi gembira ibu. Ibu yang dia kenal selama ini garang, suka membebel walaupun kadangkala ada juga lawak terselit di sebalik bebelannya.

"Alamak... Mi rasa macam nak muntahlah."

"Hah?!" Kali ini semua orang menjerit kerana terperanjat mendengarnya.

"Hey adik, kau jangan muntah dekat ibu! Cukuplah masa kecik-kecik dulu-"

"Mi! Kau ni! Janganlah muntah! Boleh tahan tak?" Sampuk Lara.

"Sir, my brother is sick. Can you stop the vehicle for awhile?"

Kali ini terdengar pula suara garau 'abang Ashraf' yang duduk di tempat duduk hadapan bersebelahan dengan pemandu berbangsa Arab.

Serentak itu juga kenderaan pacuan empat roda itu berhenti di tengah-tengah padang pasir yang luas.

Plak!

Pintu kenderaan dibuka dan rakaman video juga terus terhenti.

Dhafi tarik nafas panjang. Lantas dia menekan butang di skrin komputer untuk membuka video yang lain.

Kelihatan kamera yang dipegang Najmi berada di atas puncak bukit pasir dan kemudian Najmi meluncur turun sebelum jatuh tergolek. Sedaya-upaya Najmi cuba untuk bangun kembali tatkala pasir-pasir halus berterbangan ke udara.

"Oh yeah, tengok tu! Abang Ash in action! Yeahh!"

Mata Dhafi melihat kamera Najmi dihalakan ke arah lelaki pilot yang sedang meluncur laju dengan penuh gaya dan seketika kemudian, lelaki itu menundukkan badannya sedikit lalu mengangkat papan luncur yang dinaikinya ke udara!

Fantastic!

Bagaimana lelaki itu melakukannya? Kenapa semuanya nampak cool dengan abang Ashraf ini?

Dalam diam, Dhafi mengagumi skil yang dilakukan oleh lelaki tersebut. Padanlah Najmi tampak 'admire' sungguh pada abang Ashraf, fikir Dhafi.

Dia tersenyum nipis tapi sumbing.

Sebelum tinggal bersama ayah, dia hanya sempat kenal abang Huzaimi. Tapi kini sudah ada pula abang yang baru. Sudah tentu kakaknya sudah putus hubungan dengan abang Huzaimi dan ternyata abang yang ini lebih cool tetapi dia hanya mampu melihat dari jauh.

Dalam hati, Dhafi berasa cemburu kerana tidak dapat bersama dengan mereka semua malah perhubungannya dengan ibu apatah lagi dengan kakak sudah terasa jauh sekali seperti orang asing.

Dengan kekusutan keadaan dan pergolakan yang berlaku antara ayah dan ibu tirinya kebelakangan ini, Dhafi berasa semakin sedih dan juga kesunyian...

*          *          *          *          *

Bunyi muzik kedengaran sungguh bingit di kelab malam The Backroom yang terletak di Jalan P. Ramlee.

'Know that we'll still have each other,
You can stand under my umbrella,
You can stand under my umbrella, ella, ella, eh, eh, eh...'

Nun di tengah-tengah lantai tari, kelihatan Lara, Zieta dan Khyra sedang menari bersama-sama manakala Korie, teman lelaki Zieta sedang beraksi di atas pentas memutarkan lagu pada malam itu.

Di satu sudut pula, Ashraf sedang rancak bersembang bersama Danny, rakan baiknya yang turut serta ke Kuala Lumpur! Malam ini merupakan malam yang agak istimewa kerana mereka sedang meraikan sesuatu.

"Kay!!"

Suara Zieta tinggi dalam kebingitan itu.

"Aku rasa kawan Ash tu suka dekat kau lah!" Sambung Zieta.

"Hah?!"

Bukan setakat Khyra malah Lara juga turut terkejut!

"Kenapa pulak kau cakap macam tu?" Tanya Khyra.

"Aku tengok sejak daripada tadi dia asyik 'usha' kau je!"

"Oh! Yes! Yang itu aku pun perasan!" Sampuk Lara pula. Lantas dia dan Zieta mula mengusik Khyra sehingga pecah berderai tawa mereka semua. Ah, bukankah bagus jika kawan baik Lara berpasangan dengan kawan baik Ashraf!

Khyra hanya ketawa sambil menggeleng kepala. Malas hendak melayan kedua-dua rakannya yang 'senget' ini...

"Sayang!"

Lara yang baru sahaja habis menari datang memeluk Ashraf daripada belakang menyebabkan perbualan Ashraf bersama Danny terhenti seketika. Ashraf mencium pipi Lara sebaik sahaja gadis itu duduk di sebelahnya. Manja!

Tatkala Zieta dan Khyra duduk di sofa bersebelahan Lara, mata Lara menangkap panahan mata Danny yang sedang memandang Khyra. Lantas Lara tertawa dalam diam.

'Hmmph! Betullah tu, si Danny ni minat Khyra.' Fikir Lara. Tiba-tiba, dia terasa Zieta yang berada di sebelahnya mencuit bahu.

"Danny ni ada 'awek' ke?" Bisik Zieta. Mereka berdua berpandangan dan Lara angkat bahu. Lantas Zieta menghalakan jari telunjuknya ke arah Ashraf.

Kali ini, Lara pula berbisik ke Ashraf untuk bertanyakan soalan yang sama dan Ashraf menggeleng. Dia terus sambung bersembang bersama Danny yang tidak tahu apa-apa.

Tanpa sepatah kata, Lara dan Zieta pandang memandang dengan senyuman. Lara pasti Zieta faham dan sudah menerima jawapan melalui gelengan kepala si Ashraf.

Dalam bunyi muzik yang bingit dan rancak, tiba-tiba sahaja irama lagu bertukar harmoni dan lampu spotlight menyuluh ke tempat duduk mereka.

"As we go on, we remember,
All the times we had together,
And as our lives change, come whatever,
We will still be friends forever..."

Lagu 'Graduation' daripada penyanyi 'Vitamin C' bergema di segenap ruang kelab malam tersebut. Dalam pada masa yang sama, tiga orang pelayan bar membawa kek dan bunga api ke arah tempat duduk Lara dan rakan-rakan.

"Congratulations on your graduation, girls; Zieta and Lara!! Done with the battle and sleepless nights!!" Suara Korie bergema bersama muzik lagu. Kedengaran para pengunjung di situ bersorak dan bertepuk tangan.

"Sleepless nights still, party in the clubs though!!" Jerit Zieta dan disambut oleh gelak tawa yang lain.

Apabila muzik kembali bertukar rancak, Lara dan Zieta mula memotong kek untuk dibahagi-bahagikan kepada yang lain.

"Khyra, nah! Pass kek ni dekat Danny!" Ujar Zieta. Dia dan Lara pandang memandang dengan senyum kambing.

"Kau sengaja je, kan?" Pertanyaan Khyra itu mengundang tawa mereka bertiga.

Ketika Khyra memberikan kek tersebut kepada Danny, wajah Danny nampak berseri-seri. Danny berkata sesuatu dan mereka berdua mula bersembang.

Lara dan Zieta menyaksikan adengan itu dengan senyuman yang sumbing. Harap-harap pandailah si Danny 'masuk jarum', fikir mereka.

"Sayang...!" Lara menghulurkan pinggan kertas di tangan.

"Oh, thanks... Congratulation, baby girl!" Sambil Ashraf mengambil kek tersebut, tangannya memeluk erat pinggang Lara.

"Thanks!" Sepantas kilat, jari Lara menguis krim tebal pada kek tersebut lantas dicalitkan ke hidung Ashraf.

Lara tertawa melihat reaksi Ashraf yang terpempan. Dia bingkas mencapai sehelai tisu untuk Ashraf namun, tatkala dia menoleh ke arah Ashraf semula, lelaki itu pula bertindak mencalitkan krim ke hidung Lara.

Dengan pantas sekali Lara cuba mengelak tetapi krim itu mengenai bibirnya. Dia dan Ashraf terus ketawa.

"Sayang, stop! Tak nak main dah, karang comot!" Tawa dan jeritan Lara hampir tenggelam dek bunyi muzik.

"Come, I help you clean it!" Kata Ashraf tetapi dia tidak mengambil tisu malah mengeratkan pelukannya pada pinggang Lara dan bibir comot Lara dihisap dan dicium lembut.

Lara terasa seakan terbang di awangan seketika namun tatkala hidung mereka bersentuhan, krim kek di hidung Ashraf tadi pula mengenai hidung Lara! Sekali lagi mereka ketawa.

"Sayang! You sebenarnya nak kenakan I, kan?!"

"Nope! I nak kiss you. Kalau I nak kenakan you..." Sekali lagi Ashraf memeluk pinggang Lara dan mencium pipi Lara. Kini, pipi Lara pula tercalit dengan krim menyebabkan mereka berdua ketawa lagi bersama-sama...

Air paip mengalir laju. Lara membasahkan tisu dan perlahan-lahan mengelap sisa-sisa krim di pipi dan juga di sudut bibir. Dalam pada itu, dia tersenyum sendirian mengenangkan keletah nakal si Ashraf.

Dulu sebelum 'couple', takdelah nakal macam sekarang! Getus Lara dalam hati. Dalam waktu yang sama, Ashraf juga berada di dalam tandas lelaki di sebelah untuk mencuci muka. Kata Ashraf sebentar tadi, dia akan menunggu Lara di luar tandas sebaik sahaja selesai. Lara cepat-cepat mengeringkan pipinya dengan tisu kering.

Sebaik sahaja Lara keluar, Ashraf tiada di ruang hadapan tandas. Barangkali Ashraf masih ada di dalam, dan Lara terus menunggu.

Dia bersandar pada dinding sementara matanya merayap memerhatikan ruang belakang pentas tidak jauh daripada situ.

Hmm... Bagaimana agaknya keadaan di belakang sana? Adakah sama dengan belakang pentas peragaan? Atau ruang belakang pentas ini penuh dengan alat muzik elektronik dan wayar-wayar?

Lara sungguh penasaran lalu dia pergi menjenguk...

"Hi!"

Seorang pekerja kelab malam melintas lalu sambil menegur Lara. Lara hanya tersenyum, buat selamba.

Betul tekaannya. Ruang belakang pentas itu tidaklah semeriah belakang pentas peragaan yang penuh dengan cermin dan baju-baju bermacam fesyen dan warna. Di situ hanya terdapat beberapa buah kotak yang menyimpan alatan muzik, papan kawalan bunyian, lampu-lampu spotlight yang kelihatan terbiar dan beberapa orang pekerja sedang lalu lalang.

Entah bagaimana, Lara terlihat bayang Korie memimpin tangan seorang gadis. Kening Lara mencerun.

Teman lelaki Zieta itu kemudiannya bersandar pada dinding lalu dia dan gadis itu segera berpelukan dan berciuman! Saat ini pandangan mata Lara bertukar ke mod mata helang. Kakinya segera melangkah laju...

"Hei!!" Jerit Lara.

Korie dan gadis itu terkejut lantas melepaskan pelukan masing-masing. Kelihatan wajah gadis itu bertukar pucat.

"Kau tipu kawan aku, eh Korie?!!" Jerit Lara sekali lagi dan kali ini penuh dengan amarah.

"Kau khianat pada Zieta! Cilaka kau!!" Lara terus menyerang Korie namun tiba-tiba tangan kasar Ashraf menariknya.

"Sayang!! Lepaskan I!! Jantan cilaka ni tak sedar diuntung!! Dia memang nak kena!! Lepaskan I!!" Lara cuba meronta tetapi Ashraf terus memikul tubuh Lara ke bahu dan membawa Lara keluar daripada ruang belakang pentas tersebut!

"Sayang!! Turunkan I!!" Belakang badan Ashraf dipukul tetapi tidak terlalu kuat.

"Sayang?!! I cakap lepaskan I!! Dasar jantan tak guna binatang tu!!" Lara terus menjerit. Sehinggalah tiba di ruangan sofa mereka, barulah Ashraf menurunkan Lara tetapi pergelangan tangan Lara dipegang kemas.

"Hei, kenapa ni?!" Tanya Zieta. Sangkanya Lara dan Ashraf bergaduh.

"Zie! Aku ada benda nak bagi tahu kau! Sayang, lepas!!"

"Princess...!" Ashraf menggenggam kedua-dua tangan Lara dan mata mereka berpandangan.

"Kalau you kawan yang baik, tenangkan Zieta. Go ahead and tell her, give your emotional support to her, but! You must calm yourself down first. Jangan masuk campur hal diorang, biar Zieta uruskan dengan Korie. Okay?"

Mata mereka bertembung sambil disaksikan oleh Zieta! Khyra yang sedang bersembang bersama Danny hanya memerhatikan daripada jauh.

"Kenapa?!" Wajah gadis itu penuh penasaran lalu Lara mula menceritakan apa yang dia nampak di belakang pentas sebentar tadi.

"What?!! Tak guna!!" Mata Zieta merah, penuh dengan amarah yang meluap-luap. Lara dan Ashraf terpinga melihat perubahan wajah gadis itu dalam sekelip mata.

Zieta segera mengambil kek graduasi yang dihadiahkan Korie sebentar tadi lantas berlalu pergi dan hilang di celahan orang ramai.

"Woi! Kenapa?!" Khyra menyinggung lengan Lara sebelum Lara menceritakan segalanya kepada Khyra pula...

"Let's party and get tipsy tonight!!" Suara Korie kembali bergema setelah tamat waktu rehatnya.

Lara, Ashraf, Khyra dan Danny yang sudah tahu cerita, pandang memandang sesama sendiri. Zieta sudah entah ke mana. Adakah dia bergaduh dengan Korie di belakang pentas? Tetapi Korie tampak selamba dan biasa sahaja.

Ah, tak boleh jadi! Lara dan Khyra terus berbincang untuk mencari Zieta. Mungkin Zieta sedang patah hati dan menangis di mana-mana ceruk atau mungkin di luar kelab sambil makan kek kerana mereka tahu rakan mereka itu seorang 'emotional eater'.

Sewaktu Lara dan Khyra hendak melangkah, semua orang di situ melihat bayang Zieta naik ke atas pentas bersama kek yang baru dimakan suku oleh mereka semua sebentar tadi. Lantas gadis itu membaling kek tersebut ke muka Korie dan menolak lelaki itu sehingga jatuh terlentang!

"Hahkhh!" Lara dan Khyra terlopong!

Suara sorakan mula kedengaran. Ada yang ketawa terbahak-bahak kerana menyangkakan ini semua adalah satu gurauan. Namun, apabila Zieta duduk menghimpit dada Korie dan menyumbat kek ke mulut dan muka Korie dengan ganas, barulah semua orang tergamam!

"Oh, shit... Zie...!"

Lara terpaku dan saat ini juga, kelihatan dua orang 'bouncer' kelab terus meluru naik ke atas pentas untuk meleraikan Zieta dan Korie...

Nota: Setiap yang mula akan berakhir. Dan setiap benda yang berakhir pasti akan menjadi satu permulaan kepada yang baru. MWB akan melabuhkan tirai pada bab terakhir yang akan datang :) But this is just a temporary goodbye, nanti bila semua orang dah rindu Ash dan Lara, MWB2 akan menyusul pula yea! See you in the LAST chapter! :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience