Bab 107

Romance Completed 159812

'Hey baby :-*' - Sayang MWB

'Hi sayang :-*' - Princess

'Everyone asleep?' - Sayang MWB

'Yups. Kenapa you tak tidur lagi?' - Princess

'Can't sleep. Missing you.' - Sayang MWB

'Me too, sayang :">' - Princess

'Can we always be together like this?" Sayang MWB

'What do you mean? We're always together, kan?' - Princess

'I mean... Princess, janji dengan I, you akan selalu sayang dan cintakan I?' - Sayang MWB

Lara terkedu. Lalu dia sambung menaip.

'Kenapa you tanya macam ni?? I love you with all my life and soul, Ashraf Zildan.' - Princess

Ashraf senyum. Tiba-tiba masuk lagi SMS kedua Lara dalam telefonnya.

'Ashraf, sejak I jatuh cinta pada you, I dah tak nampak masa depan I dengan lelaki lain. Not sure if I'm blinded by love, but I guess I'm not. You're truly a wonderful man, sayang. Orang selalu kata 'satu dalam sejuta', tapi you bukan. You're one in a lifetime and I just want to spend my lifetime with you.' - Princess

ARGH! Senyum Ashraf makin lebar lalu dia membalas.

'Me too, princess. Sejak kali pertama I nampak you di KLIA, hati I dah takde ruang untuk perempuan lain. In fact, I tak pernah rasa macam ni dalam relationship sebelum ni. You're my first love and love at the first sight. I know you're the one, hun.' - Sayang MWB

Terasa kebas pipi Lara akibat lonjakan adrenalin ketika membacanya. Dia tersipu-sipu senyum seorangan.

'I love you, Ashraf Zildan.' - Princess

'Love you more, Lara Rizman ;)' - Sayang MWB

'Sayang, jom kita tidur. I dah mengantuk.' - Princess

'Okay :) Jumpa I dalam mimpi nak?' - Sayang MWB

'Nak! I will find you soon! :D' - Princess

'Okay, I tunggu tau. Night princess. Kiss me?' - Sayang MWB

'Night, sayang. Mmuah! :-*' - Princess

'You kiss dekat mana?' - Sayang MWB

Lara tekup mulut, tahan gelak. Nakalnya! Zuraidah yang sedang tidur di sebelahnya kelihatan sudah nyenyak.

'You rasa I kiss you dekat mana? ;P' - Princess

'I tak rasalah, princess... Boleh bagi I rasa betul-betul? ;)' - Sayang MWB

'Eii, notty nya dia! LOL!' - Princess

'Heh :D Suka sangat dapat notty dengan you. Love you, Lara. Sweet dreams :-*' - Sayang MWB

'Love you too, Zildan. Sleep tight :-*' - Princess

Lalu kedua-duanya meletakkan telefon ke tepi dan memejam mata dengan senyuman di bibir. Sungguh indah perasaan ini...

Ashraf memejam mata dengan harapan dapat mimpikan tuan puteri idaman hati namun, lain pula hal yang terjadi kepada Lara.

Senyuman di bibir mungil gadis itu hanya seketika. Dalam pejaman mata, dadanya berombak diikuti dengan aliran airmata yang gugur membasahi bantal.

Fikirannya mula memainkan semula peristiwa hitam yang terjadi di Tanjong Jara Resort lantas membuatkan airmatanya luruh semakin deras.

Lara menekup muka dengan bantal dengan harapan semua bayangan itu segera hilang. Namun ia semakin berselang-seli dengan raut wajah Syed Al-Fahd.

Segera Lara bangun menuju ke bilik mandi. Pili air pancuran dibuka sederasnya lalu dia duduk di lantai sambil memeluk lutut dan menangis. Baju tidurnya mula lencun.

Badannya menggigil kesejukan tetapi dia tidak peduli. Jika boleh dia ingin membasuh kotak ingatannya agar peristiwa itu luntur dari fikiran.

Beginilah keadaan dirinya yang sebenar. Keadaan yang tidak diketahui oleh orang lain hatta si Ashraf Zildan sekalipun.

Lara mungkin dilihat semakin ceria pada kacamata orang sekeliling, tetapi dalam diam dia masih lagi bergelut dengan perasaan trauma. Namun dia tahu, dia harus kuat dan dia harus lawan! Walaupun lelah...

Airmata terus mengalir.

Alangkah bagusnya jika hidup ini ada butang atau cara untuk mengundurkan waktu. Lara ingin mengundurkan semula saat Ashraf menyatakan rasa cinta buatnya. Dia ingin terus meninggalkan Huzaimi pada saat itu dan mencintai Ashraf sejak dari mula. Dan yang paling penting, dia ingin memadam peristiwa hitam itu daripada likuan hidupnya.

Mampukah Ashraf menerimanya jika lelaki itu tahu perkara sebenar?

Persoalan itu menerjah fikiran untuk ke ratusan kali.

Dalam senyap, Lara menangis sepuas hati di dalam bilik air yang berlantaikan batu marmar putih pada tengah malam itu...

* * * * *

Ting tong!

Najmi segera berlari membuka pintu bilik hotel pada tengahari itu.

"Hai abang Ash...! Masuklah."

Ashraf membalas sapaan Najmi lalu melangkah masuk ke dalam bilik suite yang mempunyai dua bilik tidur berserta ruang tamu dan pantri.

"Ha, Ash. Masuklah, aunty ada buat air sikit ni."

"Oh, thanks aunty. Wah... Cantik betul bilik korang! Siap ada balkoni mengadap laut lagi!" Ujar Ashraf sambil meninjau-ninjau.

"Bilik Ash tak nampak laut ke?"

"Hehe, takde pun. Bilik kitorang semua mengadap jalan dengan mengadap pantai, tapi tak nampak laut. Bilik company bagi, aunty. Cukup-cukup untuk rasa selesa nak berehat je."

"Ala, okay-lah tu. Tak nampak laut pun, tapi company bagi hotel lima bintang." Zuraidah menyuakan secawan teh panas tatkala Ashraf melabuhkan punggung di sofa yang empuk.

"Eh, lambatnya si Lara ni bersiap... Akak!" Jerit Zuraidah. "Anak aunty sorang ni, macam ni lah. Kalau mandi dan nak bersiap tu lambat sangat! Entah apa yang dia buat dalam bilik air tu... Akak! Ash dah tunggu ni!"

Waktu itu juga kedengaran suara Lara sayup-sayup menyahut di sebalik daun pintu yang tertutup rapat. Entah apa yang dikatakannya, mereka semua di ruang tamu tidak dapat dengar.

"Pagi tadi masa nak turun sarapan pun, setengah jam dok tunggu dia bersiap je. Geram betul!"

Ashraf tertawa mendengar suara Zuraidah yang menahan marah. Dia faham kerana kakaknya si Sofie Zahirah dahulu juga begitu!

"Erm, aunty... Hari ni I ingat I nak bawak Lara dulu pergi tour dekat padang pasir. Sampai malam sebab tour tu sekali dengan dinner. Esok baru kita semua pergi ke sana pulak ye? Lagipun esok malam terakhir I dekat Sharjah, so kita dinner special sikit dekat padang pasir."

"Dinner dekat padang pasir?!" Najmi dan Zuraidah tercengang dan nada suara seakan tidak percaya.

"Wah, tak pernah terfikir pun boleh dinner dekat padang pasir!" Ujar Najmi yang kelihatan teruja sekali. Ashraf tertawa.

"Ye, kalau untuk ramai-ramai ada BBQ dinner. Petang sebelum dinner tu kita boleh main sand boarding, dune bashing dengan main ATV. Ibu pulak boleh naik unta. Tapi kejap lagi abang akan find out apa lagi aktiviti yang ibu boleh buat sebab masa kita dune bashing dan main sand boarding tu, agak lama jugak ibu kena tunggu. So hari ni bagi abang dengan akak recce dulu tempat tu, okay?" Sambung Ashraf.

'Recce' konon. Padahal hendak cari masa untuk dating berdua. Sambil menyelam minum air!

Sekali lagi Najmi senyum dan mengangguk dengan kata-kata Ashraf.

"Aunty punya cooking class hari ni pukul berapa?"

"Pukul tiga petang dekat Family Fun Centre bawah ni. Hari ni aunty nak duduk hotel je, tak nak rushing berjalan-jalan. Penat semalam pun belum habis lagi. Lagipun hotel ni cantik dan selesa sangat! Rugi rasanya kalau asyik berjalan je." Kata Zuraidah dan mereka berdua tertawa.

"Pukul dua karang Mi pulak ada lantern class. Belajar buat Arabian lantern. Cantik tau, abang Ash! Mi dah tengok sample dah masa register pagi tadi."

"Wah, belajar buat lantern?! Pergh, nanti balik Malaysia bolehlah buat bisnes lantern!" Gurau Ashraf lantas mereka bertiga tertawa.

"Itulah, pagi tadi masa kitorang tengah daftar untuk kelas-kelas ni, rupanya untuk kanak-kanak pun ada kelas melukis dan mewarna. Meriah betullah hotel ni. Seronok!"

"Yups, dekat sini macam-macam kelas ada untuk hotel guests. Tapi baguslah aunty pilih cooking class tu sebab aunty pun memang 'terror' memasak."

"Ha, hari ni diorang nak ajar masak manakeesh dengan ummali. Bolehlah aunty buat bila balik Malaysia nanti. Kalau Ash datang rumah, nanti boleh rasa."

Ashraf segera mengiyakan ditambah pula dengan riuh suara Najmi yang menyampuk tentang 'lantern' atau tanglungnya.

Tiba-tiba pintu bilik tidur dipulas dan Lara meluru keluar, sudah siap dengan berpakaian cantik.

"Hai sayang!" Sapa Lara.

"Hi princess!" Ashraf tersenyum memandang gadis yang dicintainya.

"Hmmph... Princess..." Najmi mula mencebik dan menjeling Lara. Cari gaduh.

"Eh, suka hatilah orang panggil princess ke, apa ke..." Kali ini Lara pula menjeling.

"Princess of lateness." Ejek Najmi lantas mereka berdua bertikam lidah sehinggalah Zuraidah masuk campur dan berleter meleraikan mereka berdua.

Ashraf tertawa dan menggeleng perlahan. Tak mahu masuk campur dan tak mahu menyebelahkan sesiapa!

Kem Sonara

Ketika Ashraf dan Lara turun daripada kenderaan mewah yang menjemput mereka di hotel tadi, matahari sudah condong sedikit.

Lara berjalan sambil menggapai tangan kasar Ashraf tetapi Ashraf mengelak dan menarik tangan.

Wajah Lara berubah. Dia memandang Ashraf dengan pandangan tajam manakala lelaki itu hanya tersengih seperti kerang busuk.

"Princess, dekat sini tak boleh pegang tangan tau. Silap haribulan boleh kena jail nanti."

Lara tercengang mendengarnya! "What?! Sampai kena jail?!"

Ashraf mengangguk dan menyambung, "Yups, PDA or public display affection is not allowed in UAE. Diorang ada penal code untuk tu. Yang dah kahwin pun tak digalakkan untuk pegang tangan dekat tempat awam."

Wajah Lara terpinga.

"Tapi I rindu you, macam mana?" Pertanyaan itu membuatkan Ashraf tertawa.

"I kan dekat depan mata you, princess..."

"Tak nak, tak puas kalau tengok je. I nak peluk!" Sengaja Lara buat mengada.

Mereka tertawa dan hampir saja Lara hendak memaut tangannya pada lengan Ashraf namun kali ini, dia sendiri cepat-cepat menarik tangannya semula. Tak pasal-pasal pula kena penalti nanti!

Kedatangan mereka disambut oleh kru Kem Sonara dan wanita itu memberikan sedikit taklimat ringkas untuk aktiviti mereka pada hari ini. Sambil mendengar taklimat, Ashraf dan Lara dihidangkan dengan kopi 'Qahwa' yang berwarna kehijauan.

Lara dan Ashraf berasa sungguh teruja hendak memulakan ekspidisi padang pasir ini tetapi bagi Lara pula, acara yang paling dia nanti-nantikan adalah 'fine dining' yang romantik pada waktu malam nanti...

Bintang bertaburan apabila tirai malam berlabuh di padang pasir tersebut. Lara dan Ashraf berada di khemah utama Kem Sonara bersama pengunjung lain. Masing-masing membuat aktiviti sendiri sebelum acara makan malam bermula.

Keadaan di khemah utama itu agak meriah. Ada antara mereka yang sedang mencuba pakaian tradisional Arab dan ada juga yang sedang beratur untuk memegang burung falcon dan mengambil gambar.

Lara dan Ashraf duduk di satu sudut sementara seorang pekerja wanita Arab sedang melukis inai di belakang tapak tangan Lara. Agak ralit juga mereka melihatnya. Kulit masing-masing sudah 'sunburn' akibat bermain di bawah pancaran matahari seharian suntuk.

Mujurlah Ashraf tidak memasukkan Zuraidah dalam pakej 'dune bashing' atau pengembaraan padang pasir dengan kenderaan pacuan empat roda esok. Dia tidak fikir wanita itu hatta mamanya sekalipun akan menggemari aktiviti lasak seperti itu. Malah Ashraf setuju dengan kata-kata Lara; aktiviti tersebut lebih kurang seperti bermain roller coaster di atas pasir! Kadangkala rasa pening juga akibat kenderaan terhoyong-hayang dan terhentak-hentak.

"Sayang." Panggil Lara lalu membuat isyarat untuk berbisik. Ashraf pantas mendekatkan telinga.

"You nampak seksi bila sunburn macam ni. Very masculine." Bisik Lara dan serta-merta juga Ashraf senyum sampai ke telinga!

"Sekarang you dah tahu kenapa I suka tanned girls, kan?" Ashraf membalas tapi Lara hanya tersenyum sumbing sambil menjeling.

Gatal! Fikir Lara tetapi dia tahu, apa kurangnya dia. Dalam hati dia tertawa sendirian.

Siap sahaja lukisan inai itu, Lara dan Ashraf dibawa ke tempat makan malam yang tidak jauh daripada khemah utama.

"Wah, cantiknya sayang...!" Ujar Lara apabila matanya menangkap suasana tempat makan mereka dari kejauhan.

Terdapat hamparan permaidani berwarna merah putih yang sederhana besar di atas pasir. Oleh kerana mereka akan duduk bersila, terdapat kusyen-kusyen tebal dan empuk memenuhi ruangan makan tersebut bersama sebuah meja kayu yang agak rendah.

Keadaan sekeliling dihiasi dengan cahaya lampu-lampu malap. Ada juga lampu seperti tanglung digantung dan diletakkan di atas pasir mengelilingi tempat makan mereka. Sungguh indah sekali! Pendek kata, inilah makan malam yang paling romantik sambil dipayungi oleh taburan bintang-bintang di langit.

Ashraf dan Lara memandang sesama sendiri dan bertukar senyuman.

Tatkala mereka melabuhkan punggung, muzik tradisional Arab mula beralun perlahan sebagai halwa telinga dan tanpa melengahkan masa, seorang pelayan wanita datang memberi menu kepada mereka. Wanita itu menerangkan setiap satu makanan yang akan dihidang sebentar nanti. Ashraf dan Lara tidak banyak karenah kerana kebanyakan menu tersebut sudah tidak asing lagi di Malaysia.

"Princess." Panggil Ashraf sebaik sahaja pelayan itu berlalu. Lara tersenyum memandang Ashraf.

"Are you happy today?"

Soalan itu membuatkan Lara tertawa.

"I sentiasa happy sejak trip ni tapi sekarang, I tengah extra happy."

Lantas kedua-duanya tersenyum. Ashraf menggapai tangan Lara.

"Hei! Kata tak boleh pegang tangan!" Nada suara Lara tegas.

"Ala, mana ada orang dekat sini...?!" Ujar Ashraf sambil menarik perlahan tangan Lara merentasi meja tersebut.

"Tu... Dekat sana tu, diorang boleh nampak kita-"

"Takdelah! Diorang pun tak nak kacau waktu orang tengah makanlah!" Potong Ashraf lalu mereka berdua tertawa. Ashraf mencium tangan kanan Lara yang tidak berinai. Terasa Lara menggenggam tangannya dengan lebih erat.

"Princess, I know I've been saying this for too many times but I wanted to say it again. Again and again! I sayang sangat pada you, Lara. Serius, tak main-main."

Mata mereka bertembung lantas Lara senyum dan mengangguk. "Me too, Ashraf."

"I happy sangat dapat dinner dengan you dekat sini, princess." Sambung Ashraf.

Sekali lagi Lara senyum dan mengangguk. "Thanks sayang sebab bawak I makan dekat sini. I tak tahu pun tempat macam ni wujud. Lain sangat daripada yang lain! This is fine dining the next level!" Lara berkata sambil matanya memerhatikan keadaan sekeliling yang cukup indah.

"Tengok, sayang! Bintang banyak sangat! Big Dipper...! Where are you...?!" Kata Lara dengan nada yang girang dan waktu itu juga, hidangan entrée mereka sudah tiba.

"Kita makan dulu, lepas tu kita tengok bintang, okay?" Ujar Ashraf lalu disambut dengan anggukan ceria oleh Lara...

Lara bersandar pada kusyen yang sedikit tinggi dan lebar ketika pelayan kem itu sedang membersihkan meja usai makan malam mereka. Sebentar lagi pencuci mulut pula akan dihidangkan.

Ashraf datang lalu duduk di sebelah Lara.

Letih dan kekenyangan!

"Sayang, I rasa macam nak tidur je dekat sini-"

"Sama!" Potong Ashraf lantas mereka tertawa.

Keadaan terdiam seketika sambil mereka memerhatikan bintang-bintang yang bertaburan di kaki langit. Alunan muzik tradisional Arab masih sayup-sayup kedengaran lembut.

Sungguh tenang.

"Sayang..."

"Hmm?"

"Apa kenangan kita berdua yang paling you suka sekali?"

Soalan Lara itu membuatkan Ashraf tersenyum dan cepat-cepat menoleh memandang ke wajah Lara.

"Hmmm..." Ashraf seolah berfikir panjang. "Masa pertama kali nampak you dekat airport."

"Ala, tak naklah yang tu! Masa tu kita tak kenal lagi..." Ujar Lara. Sekali lagi Ashraf berfikir.

"Banyaklah, princess."

"Okay, pilih satu je. Yang paling you suka!"

Ashraf senyum dan bersandar di kusyen, memandang langit.

"Hmm... Masa kita pertama kali jumpa dekat KLCC." Jawab Ashraf lalu dia dan Lara berpandangan.

"Itu yang you paling suka?"

Angguk.

"Kenapa?"

Dan kali ini Ashraf tertawa pula.

"Hun... Lima bulan kita ber-SMS dan bergayut di telefon, masa tu I tak tahu pun, sama ada gadis yang I SMS tiap-tiap hari ni adalah gadis yang sama dengan 'girl seat 22B'. Bak kata si Danny, boleh jadi you tukar tempat duduk dengan kawan-kawan you."

Lara tersenyum.

"Dan dalam pada masa yang sama jugak, I dah rindu nak tengok gadis yang I nampak dekat KLIA dulu. I rindukan senyuman you macam yang I lihat dekat check-in counter MAS."

Senyuman Lara semakin meleret. Pipinya rasa meluap dan kebas!

"Jadi... Bila I tengok you sampai dekat meja Dome pada hari yang kita jumpa tu, I rasa macam on top of the world... Itulah hari yang paling gembira dan bersejarah bagi I. I know my prayer has been answered."

Ashraf memandang Lara yang sedang tersenyum dengan mata yang tertutup. Merasai nikmat cinta ini dengan hati.

Bagi Lara, memori itu sudah cukup indah buatnya tetapi apabila ia diucapkan dari perspektif si Ashraf, Lara dapat rasakan keindahan itu daripada sudut yang lain; daripada sudut hati seorang lelaki.

"Can we kiss now?" Lara buka mata dan tersenyum memandang Ashraf.

"No, tak boleh. Kalau nak sangat, you cium je tangan I ni. Nah! Kalau diorang tanya nanti kita jawab, it's our culture bila salam cium tangan."

Serentak itu juga mereka tertawa. Lara segera mengambil tangan Ashraf lalu menggigit kuat!

"Argh-!" Suara garau Ashraf meninggi tetapi cepat-cepat dia menahan menyebabkan mereka berasa gelihati lalu tawa berdekah. Ashraf menolak sedikit bahu Lara lalu menyebabkan gadis itu tertumus ke tepi.

Saat itu juga, pelayan yang membawa pencuci mulut hanya tersenyum lebar melihat keletah mereka berdua...

'You're one in a lifetime...' ;-)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience