Bab 7

Romance Completed 159812

PEK!!

"Aduh!"

Ashraf yang dari tadi sedang asyik bercerita mengenai gadis witch 22B itu terhenti. Dia memegang kepalanya yang disekeh Danny.

"Apalah lu ni, bro! Apasal pulak kau panggil dia 'witch'! Itu cupid-lah, bodoh!"

Ashraf terdiam sambil mengerutkan kening. Mukanya seperti orang tidak puas hati lantas dia berkata, "Bro... Aku ni waktu tu dah rasa macam nak termuntah, rasa seram sejuk, jantung aku ni macam nak meletup, itu kau panggil cupid? Dah macam Grim Reaper adalah, aku rasa!" Serentak itu juga tawa kedua-dua pemuda itu pecah kedengaran. Si Danny sudah gelak berguling-guling di atas katil Ashraf. Di saat telinganya menangkap perkataan 'Grim Reaper' daripada mulut Ashraf, minda artistiknya membayangkan sosok seram figura berjubah hitam muncul di pintu pesawat bersama pisau sabitnya yang besar dan panjang! Ashraf yang sedang duduk di atas kerusi pejabat yang empuk itu pula kelihatan tertunduk-tunduk dalam tawanya.

"Bro! Kau kejam bro!" Jerit Danny sambil ketawa.

"Eh, aku cakap betullah, bodoh! Dah memang aku rasa macam tu!"

Buat beberapa ketika, mereka menyambung tawa lagi sehinggakan muka masing-masing sudah kemerahan. "Okay-lah, okay-lah! Kau panggillah dia witch! Aku rasa okay sikit daripada kau panggil dia Grim Reaper! Hahaha!" Teriak Danny lagi. Keadaan kondo Azril yang sepi kini tiba-tiba gamat dengan suara gelak tawa mereka berdua. Abang si Ashraf itu baru sahaja keluar bekerja sebentar tadi. Midnight departure ke Argentina...

"Ash, Ash... Selama ni aku ingatkan semua benda kau pandai. Rupanya ada jugak benda yang kau bodoh, ek?" Ujar Danny sebaik sahaja tawa mereka reda. Dia masih lagi terbaring di atas katil tersebut. Sesak dadanya ketawa beriya tadi!

"Bro, nasib baik ni rumah Aril, bro. Kalau rumah aku ni, aku halau kau sekarang!" Kata-kata Ashraf itu mengundang tawa mereka sekali lagi. Orang lelaki kalau bergurau kasar bukannya mereka ambil hati!

"Wei, tolonglah Ash! Aku tahu kau ni memang black metal habis, drummer terulung Necromancers! Tapi kau tolonglah tone down-kan sikit metal head kau tu! Kesian aku tengok awek tu! Witch-lah, Grim Reaper-lah kau panggil dia! Bagilah panggilan yang sweet sikit kot ye pun!" Serentak itu juga mereka tertawa lagi. Ashraf menggelengkan kepalanya mengenangkan pe'el diri sendiri.

"Okay-lah, yang itu kau jangan risaulah! Tahulah aku nak tapis metal head aku tu nanti! Tapikan... Aku nak mintak tolong kau sikit boleh?"

Mendengarkan kata-kata Ashraf itu, Danny segera bangun dari pembaringan lalu duduk menghadap Ashraf.

"Boleh. Apa dia??"

Mereka berpandangan sesama sendiri.

"Kalau ada apa-apa yang aku nak tanya pasal hal-hal relationship ni dekat kau, kau jadilah penasihat aku. Kau kan 'mat bunga'!" Ashraf sengih manakala Danny pula seakan-akan terkesima.

"Kau memang serious eh kali ni?" Soal Danny. Dia lihat Ashraf mencapai gitar yang tersandar di sebelah meja belajar.

"Entahlah, Dan. Aku pun tak tahu kenapa aku jadi macam ni." Ashraf tertawa kecil. Dia tunduk memegang gitar sambil meletakkan jari-jemarinya pada posisi kekunci yang diingini. Lantas, dia memetik tali-temali tersebut secara spontan lalu mengalunkan satu susunan muzik yang indah.

"Tapi masa first time aku tengok senyuman dia... Aduh! Aku rasa macam tak jejak tanah!" Sambung Ashraf dalam tawa kecilnya.

"Tak jejak tanah??! Pergh, dahsyat tu bro!" Tiba-tiba Danny berdiri seraya merampas gitar daripada tangan Ashraf. Wajahnya kelihatan ceria memandang raut wajah Ashraf yang sudah terpinga-pinga. "Aku tengah mainlah, setan!" Desis Ashraf. Kening dan suaranya mencerun tajam.

"Bro! Aku tak sangkalah! Kawan aku dah jatuh cinta love at the first sight! Woohoo!!" Sorak Danny sambil 'menggoreng' gitar di tangannya. "Ish!!" Ashraf cuba merampas gitar tersebut tetapi ternyata Danny lebih pantas mengelak.

GRENG GRENG GRENGG!!

Bunyi gitar di tangan Danny. Dia berdehem kecil lantas segera menarik nafas...

"Milik siapakah gadis ini...?"

Danny memetik gitar dan menyanyi penuh perasaan!

"Wajah lembut bagaikan sutera..."

Ashraf mendongak memandang rakannya itu dengan muka bosan!

"Ingin hatinya kumiliki... Apakan terdaya... Adakah kan terdaya...?" Bunyi gitar terus bergema bersama alunan suara yang lunak itu.

"Bro... Tolong diam boleh? Aku nak compose lagu." Ashraf berkata dengan lembut tanpa mempedulikan gelagat rakannya itu. Dia segera mencapai sebuah buku bersama pen di atas meja tulisnya lantas mula menulis sesuatu. Danny ketawa terkekek-kekek melihat keletah Ashraf yang ignorance!

"Dengarlah wei, lagu yang paling sesuai untuk kau ni!" Dia kembali mengangkat gitar di tangannya.

"Milik siapakah hati ini...? Bagai berkurun lama kesepian... Ingin aku mencurahkan kasih, kepada yang sudi... Adakah ia sudi...?"

Ashraf tiba-tiba berhenti menulis. Dahinya berkerut dan dia mengangkat muka.

"Ini lagu siapa?" Ashraf segera memandang Danny. Sekali lagi, Ashraf lihat rakannya itu terkekek-kekek ketawa.

"Haa, see! The lyric bites kan?! Gua dah kata dah! Lagu ni memang kena dengan lu! Kah kah kah!"

Mendengarkan kata-kata Danny itu, Ashraf tersenyum dengan wajah yang sudah kemerahan! Pipinya terasa kebas! "Bukanlah sengal! Aku rasa lagu ni macam familiar tapi tak ingat siapa nyanyi." Ashraf cover malu!

"Laamaaaa.... Telah kuimpikan... Gadis sepertinya... Mengisi taman hati, dengan cahaya kasih, suciii....!"

"Ini lagu siapalah?!!" Bentak Ashraf.

"Sudirman!! Aku yang Cina ni lagi tahu daripada kau pulak ke?!"

"Kau 'Ciban'! Bukan Cina! Memanglah!" Sambut Ashraf dan serentak itu mereka ketawa berdekah.

'Ciban' sebenarnya ialah singkatan daripada 'Cina' dan 'Iban' yang sering digunakan Ashraf untuk menyakat rakannya itu. Memang benar, ibu Danny merupakan wanita berketurunan Iban manakala ayahnya pula Cina Malaysia yang menetap di Singapura. Danny juga sebenarnya boleh berbahasa Iban dan kerana itulah Ashraf suka benar menyakat rakannya itu dengan gelaran 'Ciban'.

"Sudahlah, tolong senyap boleh tak? Cuba kau main not lagu baru ni, lagi ada faedah!" Ashraf menghulurkan beberapa helai kertas yang penuh dengan nota muzik. Danny menyambut helaian kertas daripada tangan Ashraf sambil tertawa kecil.

"I get it, bro." Katanya sambil menepuk-nepuk bahu Ashraf seraya menyambung, "Orang yang tengah dilamun cinta ni memang jadi makin kreatif. Banyak idea untuk compose lagu! Bagus!"

"Ish!" Ashraf menepis tangan Danny di bahunya.

"Lagu tu aku composed sebelum pergi Sabahlah, sengal!" Kata Ashraf tanpa memandang wajah Danny. Dia cuba untuk menumpukan perhatiannya kembali pada nota-nota muzik yang sedang dicoretnya. Danny tertawa sambil melihat not-not muzik yang ditulis Ashraf.

"Oi bro! Kencangnya lagu kau ni!" Mata Danny 'membaca' coretan-coretan simbol muzik yang berbentuk seperti pokok taugeh itu. Kerjayanya sebagai jurutera bunyi di salah sebuah syarikat rakaman di Kota Singa itu membuatkan dia fasih membaca bahasa muzik dan rentaknya walau dengan sekali pandang.

"Selama ni aku memang compose lagu macam ni, kan? Apa yang kau hairannya? Aku rock star lah! Bukan komposer jiwang macam kau!" Ashraf tersengih sambil mengutuk rakannya itu.

"Alaa, bro... Kau kan tengah dalam mood love at the first sight ni. Buatlah lagu jiwang satu!"

"Eh... Takde, takde!" Potong Ashraf sambil mencoret lagi nota muzik pada buku di depannya.

Danny buat muka bosan. Dia memberikan semula kertas-kertas nota muzik kepada Ashraf. "Eh? Kenapa ni? Tak nak test ke lagu ni?" Soal Ashraf pula.

"Tak naklah. Kau bagilah dekat budak-budak Necromancers kau tu main. Aku nak balik, esok kena datang studio awal. Eh, dah lama kau tak jamming ye?" Danny bingkas bangun sambil mengeluarkan kunci kereta daripada poket seluarnya.

"Diorang ada je jamming. Aku je yang dah lama tak join. Tengah busy-lah bro. Flight aku banyak pulak bulan ni." Jawab Ashraf.

"Hmm, yelah. Kerjalah kuat-kuat, nanti tak lama lagi nak kahwin!" Danny sengih sambil menggigit hujung lidahnya. Sengaja dia menyakat Ashraf!

"Bro... Kau pun tahu,kan? Belum tentu lagi nasib aku nak cari minah tu macam mana, bro...." Kata Ashraf. Ada tawa kecil di hujung ayatnya itu. Danny turut tertawa sambil mengangguk kepala.

"Good luck on your quest!" Ujar Danny dengan bersemangat sekali. Bahu Ashraf ditepuk perlahan. Ashraf hanya tersenyum sambil menundukkan kepala.

"Aku chow dulu! Oh, by the way, cantik girlfriend baru kau tu!"

"Girlfriend??" Ashraf mengerutkan kening.

"Tuu!" Kata Danny sambil mulutnya dimuncungkan ke arah papan luncur air Ashraf yang tersandar di dinding. "Oh!!" Ashraf gelak sambil menganggukkan kepalanya. Lantas, dia mengikuti Danny keluar dari bilik dan menghantar sahabat baiknya itu hingga ke pintu rumah.

Sebaik sahaja Danny sudah menjejakkan kakinya di kaki lima kondo tersebut, pemuda itu tiba-tiba berdiri tegak menghadap Ashraf dengan raut wajah yang penuh dengan tanda tanya. Ashraf mengerutkan dahi sambil memerhatikan keletah Danny. Dia tahu, ada sesuatu yang sedang berlegar di fikiran rakannya itu.

"Aku terfikir sesuatu..." Kata Danny lantas menyambung, "Macam mana kalau awek tu dah ada boyfriend?"

Ashraf tersentak sedikit dengan pertanyaan Danny itu. Dia mengetap bibir dan tersenyum nipis...

"It's okay. One problem at a time, bro. Ini bukan in-flight emergency aku nak kena tackle semua situation serentak. Si Vikash pun takde bagi apa-apa update pasal awek tu lagi..." Walaupun nada Ashraf kedengaran tenang, tetapi hatinya ada sedikit getaran resah.

"Hmm..." Danny hanya menganggukkan kepala. Dia juga sebenarnya kenal dengan Vikash, rakan sekelasnya dahulu!

"Okay-lah, bro! Wa chow dulu! Night!"

"Night, bro!"

Perlahan-lahan, Danny mula mengatur langkah meninggalkan Ashraf sendirian di foyer unit kondo tersebut. Ashraf hanya memerhatikan sahaja rakannya itu sehinggalah bayang Danny hilang di celah-celah dinding bangunan...


*      *      *      *      *

Sebuah kereta Mercedes Benz SL320 berwarna biru tua sedang meluncur laju di Lebuhraya Persekutuan malam itu. Tidak lama kemudian, kereta itu kelihatan menukar lorong mengikut arah papan tanda yang tertera 'Pusat Bandar Shah Alam'.

"I tengok, ibu you tu macam sporting je dengan I?" Tanya Huzaimi sambil tersenyum dan memandang wajah manis Lara seimbas lalu.

Kata-kata pemuda itu menyebabkan sebuah senyuman lebar terbit di wajah Lara.

Malam ini sememangnya sangat istimewa. Bukan hanya kerana pertemuan pertama Lara dan Huzaimi selepas gadis itu pulang dari Pulau Mabul, tetapi malam ini juga adalah malam di mana Lara memperkenalkan Huzaimi secara rasmi kepada ibunya! Mereka semua makan malam bersama di rumah kediaman ibu Lara sebentar tadi dan ketika itu, Lara dapat lihat bagaimana ibunya melayan Huzaimi dengan baik sekali. Jauh dalam hati, Lara tahu yang ibunya itu merestui perhubungan dia dan kekasih hatinya. Lara berasa sungguh gembira!

"Dengan you, mestilah dia sporting!" Jawab Lara sambil menjeling manja.

"I sebenarnya dah mentally prepared je tadi kalau-kalau dapat bakal mak mertua garang!" Kata-kata Huzaimi itu mengundang tawa mereka berdua. Sebaik sahaja tiba di satu simpang di Seksyen 9 Shah Alam, Lara tiba-tiba dengan pantas menukar topik perbualan mereka.

"Sayang, jom kita pergi makan aiskrim dekat McDonald's Seksyen 3 nak tak? McDonald's tu baru je buka minggu lepas! I teringin nak makan dessert-lah!"

Mata Lara memandang raut wajah Huzaimi penuh pengharapan. Namun, hatinya berasa gusar. Bukannya dia tidak tahu dengan stail Huzaimi! Kelihatan lelaki itu mengetapkan bibir seperti orang yang sedang berfikir. Seketika kemudian, Huzaimi melirikkan mata ke arah jam tangan Rolex di tangan kirinya. Mata Lara pula cepat-cepat memandang jam digital yang tertera di dashboard kereta.

10:45PM

"Ish... Dah lewat sangat ni dear..."

Lara mencebikkan bibir!

'Hmmph! Dah agak dah! Ingatkan tengah-tengah happy macam ni dapatlah spend masa lama sikit!' Ujarnya dalam hati.

Inilah dia yang Lara katakan kepada Zieta dan Khyra tempoh hari. Kadang-kala, Lara berasa bosan dengan lifestyle Huzaimi! Tetapi dia cuba juga sedaya-upaya untuk memahami dan mengadaptasi perbezaan gaya hidup mereka berdua walaupun sekali-sekala hati Lara terasa seolah-olah ingin memberontak. Namun seperti biasa, Lara sering akur dan beralah dengan cara dan timing Huzaimi. Lara mengeluh perlahan...

"Next time I bawa you pergi makan aiskrim okay?" Huzaimi mencapai dan menggenggam tangan Lara, lalu dibawa ke bibir dan menciumnya. Mata Huzaimi masih menumpukan perhatian pada pemanduannya. Hati Lara segera cair!

"Okay, tapi janji tau..." Lara senyum sambil menjeling.

"Yes, I janji!"

Huzaimi cepat-cepat melepaskan tangan Lara dan mengangkat tangannya seperti orang yang sedang berikrar.

"Ala, you tu kadang-kadang cakap janji tapi nak tunggu janji you tu... Hilang teringin I nak makan aiskrim!" Sungutan Lara itu membuatkan Huzaimi tertawa.

"Haa, you know what...! Lepas ni you dah senang nak jumpa I. Sebenarnya dear, I kadang-kadang dekat office tu ada masa, cuma I tak ada masa nak spend on the road untuk datang ambik you dekat Shah Alam je. You tahu je lah, dari Subang Jaya nak masuk ke Shah Alam tu selalu traffic jam teruk...!" Kata Huzaimi dengan panjang lebar.

Saat itu, mereka sudahpun melepasi pintu masuk utama UiTM Shah Alam. Huzaimi mengangkat tangan kepada pak guard yang bertugas. Lara terus memasang telinga.

"Tapi, start daripada minggu depan, I dah ada driver. Kalau nak makan aiskrim nanti, dia boleh jemput you dekat sini dan bawak you ke Subang. Sementara tu, bolehlah I buat kerja dulu di office. Bila you sampai nanti, kita terus pergi ke Subang Parade. Boleh?" Huzaimi berkata sambil membelokkan stereng kereta ke kanan, untuk masuk ke kawasan kolej kediaman Teratai.

"Wah! You ada driver?!"

Teriak Lara dalam senyumannya. Walaupun dia berasa teruja tetapi ada satu persoalan yang berlegar di fikirannya... "Kenapa you tiba-tiba pakai driver ni?" Kening Lara mencerun.

"Itulah... I kan selalu outstation. Minggu lepas masa dalam perjalanan ke Kuantan, tiba-tiba I kena microsleep. Nasib baik tak accident!"

"Ya Allah, bahayanya sayang...!" Mata Lara membulat.

"Hmm, itulah sebabnya I selalu tidur awal. Letih tau jadi CEO ni, bukannya senang. Orang lain tengok memanglah nampak kita ni high class. Tapi hakikatnya... Macam ni lah. Tak mandi, tak makan, orang bukannya tau! But it's okay, next week I dah ada 'pilot' untuk bawak I ke sana-sini...!" Kata Huzaimi sambil menarik handbrake keretanya. Mereka telahpun tiba di perkarangan Kolej Teratai.

Lara hanya tersenyum sahaja bila mendengarkan celoteh Huzaimi. Lantas, dia mencapai beg sandangnya di tempat duduk belakang sambil menghadiahkan sebuah senyuman manis sebelum dia berpisah dengan kekasih hatinya itu.

"Okay-lah, sayang. I pergi dulu... Night!" Ucap Lara sambil memberikan flying kiss kepada Huzaimi.

"Good night, dear! Minggu depan driver I datang ambil you okay? Kita pergi makan aiskrim dekat Swensen's Subang Parade." Kata Huzaimi. Lara terasa seolah-olah ingin melompat sahaja bila terdengar nama 'Swensen's' itu disebut. Aiskrim 'Death by Chocolate' yang sungguh popular di restoran itu sudah terbayang-bayang di depan mata!

"Erm... Siapa nama driver you tu?"

"Pak Samad." Jawab Huzaimi pendek.

"Oh... Pak Samad."

Lara hanya senyum sambil menganggukkan kepala. Lantas, dia membuka pintu dan terus keluar daripada perut kereta mewah tersebut.

"Be careful, sayang. Bawak kereta baik-baik. Dah lewat ni, jangan microsleep pulak!" Pesan Lara sambil menutup pintu kereta.

Huzaimi senyum dan membuat isyarat 'okay' dengan jarinya. Perlahan-lahan, dia mengemudi kereta mewahya itu meninggalkan perkarangan Kolej Teratai pada malam tersebut...

"Aku terfikir sesuatu..." Kata Danny lantas menyambung, "Macam mana kalau awek tu dah ada boyfriend?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience