Bam!
Pintu kereta Kancil berwarna silver itu ditutup. Lara mengenakan tali pinggang keselamatan manakala si Zieta pula menghidupkan enjin kereta. Kelihatan peluh merembes di dahi sesudah sahaja mengangkat barang-barang mereka daripada Sri Mahligai Condominium ke Kolej Mawar yang terletak di dalam kawasan UiTM.
Akhirnya selesai juga mereka berpindah. Minggu hadapan semester baru akan bermula dan Lara pula akan memulakan latihan praktikal di Petronas!
"Okay, sekarang kita pergi makan ye? Kau nak makan apa? Aku belanja!" Kata Zieta dengan nada yang ceria.
Lara hanya tersenyum nipis. Tiba-tiba saja Zieta hendak belanja. Lara tahu, Zieta saja hendak menceriakannya.Â
"Hmm... Kau yang belanja, kau decide-lah." Ujar Lara, malas hendak berfikir. Lagipun dia langsung tak ada mood. Hati masih terasa sebal dengan kehilangan nombor telefon Ashraf.
"Ala, kau nak makan apa?"
"Hmm... Nothing specific at the moment."
Zieta merenung wajah Lara yang kelihatan redup. Pagi tadi sebaik sahaja Zieta tiba di Sri Mahligai, Lara beria menangis sambil menceritakan apa yang terjadi. Mata Lara nampak bengkak namun beransur surut.Â
"How about Secret Recipe? Nanti kau boleh makan Chocolate Indulgence sekali. Itukan comfort food kau bila kau tengah sedih."
Lara tersenyum lantas mengangguk. Kadang-kala dia bersyukur mempunyai rakan seperti Zieta. Memang benar, Zieta kaki kelab malam, mabuk dan mengambil benda-benda yang terlarang. Malah, Zieta juga bebas keluar masuk ke rumah sewa Korie. Namun begitu Zieta sentiasa ikhlas membantu. Zietalah juga rakan yang sering ada bersama Lara dalam apa jua keadaan terutama sekali ketika dilanda kesusahan. Gadis inilah yang tidak jemu-jemu menolong dan menenangkannya setiap kali dia dilanda masalah. Begitu juga dengan Khyra tetapi Zieta lebih mengambil berat.Â
Tiba-tiba Lara menekup muka dan menangis. Zieta yang baru saja hendak memandu menarik semula brek tangan kereta.
"Eh? Kenapa kau menangis ni?!" Zieta memegang bahu Lara dengan wajah yang terpinga. "Janganlah macam ni... Kau jangan bimbang, nanti kita fikir sama-sama untuk cari nombor Ash, okay?"
"No, aku menangis bukan sebab Ashraf."
"Hah, habis tu?"
"Aku fikir kalau kau takde, aku tak tahu nak buat macam mana Zie..."
"Alololorrr..." Balasan Zieta itu membuatkan mereka tertawa walaupun Lara masih dalam esakannya.Â
"Ala, kitakan memang selalu bersama. Buat kerja gila sama-sama, buat benda bodoh sama-sama." Serentak itu mereka tertawa lagi. Teringat kenangan mereka lompat pagar di Fakulti Seni Lukis & Seni Reka di tengah-tengah malam. Waktu itu Zieta masih tiada kenderaan. Semuanya gara-gara hendak keluar 'cucuk langit' punya pasal!
"Kitakan partner in crime. Khyra je susah sikit sekarang sebab dia dah terbang ke sana sini, but basically we are still together okay?" Zieta tersenyum memandang Lara. "Ala, dulu masa aku tengah problem dengan Korie, kau tolong aku. Sekarang ni akulah pulak tolong kau." Sambungnya lagi.Â
"Tapi kau tolong aku lagi banyak, Zie. Hidup aku ni tak habis-habis dilanda masalah. Kadang-kadang aku rasa macam susahkan kau je."Â
"Ish, janganlah cakap macam tu. Bukannya kita mintak problem tu datang pada kita. Aku pun banyak jugak problem, biasalah hidup..."
Kening Lara berkerut.
"Problem apa? Kenapa kau tak cerita dengan aku?" Pandangan Lara tajam menusuk ke mata Zieta. Dia lihat gadis itu tersengih bagai kerang busuk.
"Kau problem dengan Korie lagi eh?" Lara cuba serkap jarang.
"Ala, don't worry-lah. Problem sikit-sikit je."Â
"What?! Problem apa? Pasal betina dulu tu lagi ke? Zie! Korie kalau buat taik lagi dekat kau-"
"SYHH!! Dah, dah! Jomlah kita pergi makan! Aku dah laparlah!" Zieta dengan pantas memotong kata-kata Lara lalu memandu keluar daripada kolej kediaman tersebut. Lara hanya terdiam tetapi dia memandang Zieta dengan pandangan yang tidak puas hati...
*Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *
Ting tong!
Bunyi loceng di bilik hotel. Kelihatan Ashraf tercegat dan berdiri tegak. Â
"Yo. Come in." First Officer Ramzan menyapa apabila pintu dibuka.Â
Sebaik sahaja Ashraf masuk ke dalam bilik rakan sekerjanya, Ramzan membuka peti ais mini lalu membaling setin bir ke arah Ashraf.Â
"Handphone kau rosak ke?" Tanya lelaki itu. Dia lihat Ashraf membuka tin minuman tersebut sambil melabuhkan punggung di sofa.Â
"Erm... Tak. Aku cuma nak test hantar SMS guna nombor Singapore ke nombor Malaysia ni. Nak tengok lepas ke tak. Aku ada nombor Singapore sebenarnya tapi phone yang tu aku tak bawak pulak. I need to test this now."Â
Ramzan mengangguk dan waktu itu juga dia menghampiri Ashraf dan menghulurkan telefon bimbitnya. Tangan sebelah lagi memegang air minuman yang sama dengan Ashraf.Â
"Thanks, bro." Ujar Ashraf. Dia tahu ideanya itu seperti tidak masuk akal tetapi dia cuma ingin memuaskan hatinya sahaja yang saat ini sedang dilanda dengan pelbagai pertanyaan. Telefon bimbit bertukar tangan dan Ashraf segera membuka lembaran SMS, menaip sesuatu...
'Lara, this is Ash and this is my friend's number. Just checking out because I couldn't reach you since yesterday. You okay, baby?'
Jarinya laju sahaja menekan butang 'Send' tetapi gerak hatinya seakan terpalit rasa kurang enak...
*Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *
Tidak lama selepas pelayan restoran Secret Recipe itu membersihkan meja mereka, kek Chocolate Indulgence dan Blueberry Cheesecake yang dipesan Lara dan Zieta pun tiba.Â
"Okay, sekarang ni jom kita tengok... Apa chance yang kau ada." Ujar Zieta.Â
"Chance apa?" Kening Lara berkerut sambil dia menyuap kek. Untuk seketika segala masalahnya mencair bersama krim coklat dan mousse di dalam mulut!Â
"Chance untuk kau contact Ash lah."Â
Lantas Lara mengeluh. "Entahlah, Zie... Aku dah tak nampak apa-apa chance dah... Mana ada chance lagi? Aku nak cari macam mana?"Â
"Tak kan lah kau takde jot down nombor Ashraf dekat mana-mana?"Â
"Zie, kalau ada, takdelah aku beria menangis sejak malam tadi!"Â
"Manalah tahu kot-kot ada tapi kau terlupa ke... Biar aku tolong ingatkan... Dalam buku nota pink glitter kau takde?"
"Takde."
"Dekat dalam diari bulu-bulu pink kau tu?"Â
Geleng.Â
"Okay, dekat celah-celah buku teks kau dulu? Manalah tau kot-kot kau pernah nak call Ash guna public phone masa phone kau low battery, lepas tu-"
"Tak ada! Aku memang yakin, aku tak pernah tulis nombor Ash dekat mana-mana. Dari saat aku save nombor dia dulu sampailah semalam, aku tak pernah tulis langsung!"Â
Zieta terdiam.Â
"Erm... How about Khyra? Dia takde tersimpan nombor Ash?"
"Ish, buat apa pulak dia nak simpan? Kau pun takde nombor Ash."Â
"Manalah tahu masa dekat LA hari tu, kau ada text atau call Khyra guna phone Ash ke..."Â
Lara menggeleng lemah. "Tak ada...!"Â
Mereka berdua terdiam. Masing-masing melayan fikiran.
Tidak lama kemudian, notifikasi SMS berbunyi daripada telefon bimbit Lara. Selama ini jika dia terima SMS, dia pasti akan mengagak SMS Ashraf yang datang menerpa. Tetapi kini tidak lagi. Ashraf bagaikan hilang dalam hidupnya begitu saja, sekelip mata.
'Hilang sekelip mata'.
Hati terasa bersepai. Sukarnya untuk menerima hakikat ini namun dia tidak mahu berputus asa. Dia sudah mula rindukan Ashraf dan adakah Ashraf juga begini? Satu keluhan panjang kedengaran.
Butang 'Read' ditekan.
'Akak, Huzaimi cari akak. Please contact him.' - Ibu
Saat ini barulah Lara teringat yang si Huzaimi ada menyimpan nombor telefon ibunya! Argh, semak betul!
"Eii, aku rasa nak baling je telefon ni!"
"Kenapa?"
"Ibu SMS, suruh aku contact Huzaimi. Dia tengah cari aku!" Telefon dicampak perlahan ke atas meja dengan wajah yang mencuka.
"Ibu dah tau ke pasal Huz?"
"Belum."
"Bagi tahulah ibu!"
"Nanti dululah. Aku nak cakap face to face."
Zieta mengangguk.
"Aku bencilah lelaki tu, Zie...! Aku tak nak jumpa dia! Dia dah tipu aku! Aku benci dia! Aku nak Ashraf!" Lara berkata dalam esak tangis yang mula terbit. Kek Chocolate Indulgence tadi ditolak ke tepi, putus selera hendak makan!
"Dengar sini, Ra. Kalau kau dah tak nak berhubungan langsung dengan Huzaimi, kau confront-lah dia! Bagi tahu yang kau dah tahu situasi dan status dia yang sebenar! Lepas tu kalau kau nak chow, kau chow je lah!"
"Kau tak kenal Huzaimi, Zie. Dia tu degil tau tak! Bila aku cakap nanti, dia buat bodoh je! Kalau dia tak nak lepaskan aku, maknanya dia tak kan lepaskan aku! Sebab tu aku buang je nombor lama aku tu! Buang masa nak bertelagah dengan orang yang tak faham bahasa!"
"Tak, Ra! Kali ni kau kena tegas! Kau hadap muka Huzaimi tu, bagi tahu dia yang kau memang tak boleh terima segala penipuan dia selama ni. Kau bukannya perempuan jenis lembik Ra, kau boleh ajar si Huz tu! Trust me!"
Mata Zieta tajam menatap wajah Lara yang mencuka. Dalam pada melepaskan keluhan yang panjang, Lara mengangguk perlahan...
*Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *
Malam itu, Ashraf berdiri seorangan menghadap ke tingkap bilik hotel. Matanya memerhatikan bangunan-bangunan dan jalan raya yang sudah sunyi di luar sana. Namun begitu pandangannya seakan hanyut bersama persoalan-persoalan yang sedang menerjah di fikiran sekarang ini.Â
'What happened to her...?'
Bibir diketap.Â
Adakah sesuatu yang buruk telah terjadi kepada Lara?
Adakah dia kemalangan?
Atau jatuh sakit?
'Is she okay?' Bisiknya lagi. Kening lebatnya berkerut.
Atau... Ashraf terfikir juga, adakah Lara sedang marahkan dirinya? Adakah dia telah melakukan sesuatu yang membuat Lara berang seperti di Amsterdam dulu? Waktu itu Lara langsung tidak mahu bercakap dengannya. Dan jika benar, sebab apa? Di mana silapnya? Aduh, bingung sungguh dia!
Walau bagaimanapun Ashraf yakin kali ini bukan kes merajuk. Kerana, Lara kalau merajuk masih boleh berbalas mesej lagi. Macam kes dia tersalah hantar SMS hari itu.
Ashraf meraup muka lalu berjalan mendapatkan telefon bimbitnya. Dia merebahkan diri ke atas katil sambil jari membuka aplikasi SMS.
'Princess, I dah sampai London. Hari tu you tanya I pasal 'a lifetime question', kan? Sekarang I pulak nak tanya my 'lifetime question' pada you. Boleh? :)'
Begitulah bunyi SMS yang pertama sekali dalam folder Outbox tersebut. Jari Ashraf menekan pula SMS yang seterusnya...
'Baby, you dapat tak mesej I ni? I rasa macam SMS I tak lepas.'
'Hey :-*'
'Hun! Is it my line connection or yours?'
Itu SMS yang terakhir sekali dia cuba hantar. Ashraf berdecip.
Kini sudah 28 jam dia gagal menghubungi Lara. Hati jadi semakin tertanya-tanya, apa yang terjadi dan kenapa Lara tiba-tiba terus menyepi begitu saja??
Argh! Kini Ashraf benar-benar tidak sabar untuk sampai ke tanahair! Tetapi... Kalaupun dia tiba di Singapura atau di Johor Bahru nanti, bagaimana dia hendak hubungi Lara?
Bibir diketap buat kesekian kali. Fikiran berputar laju.
Hmm... Melainkan dia sendiri pergi menjejak Lara ke rumah sewanya. Tetapi Ashraf tidak tahu nombor unit kediaman gadis itu!
"Oh baby, please... Please at least text me." Bisiknya perlahan sambil memeluk bantal yang empuk.
Mata dipejam rapat. Dia cuma berharap yang dia akan menerima mesej dan khabar daripada Lara pada esok hari...
'Akak, Huzaimi cari akak. Please contact him.' - Ibu
Share this novel