Kapten Zamani membetulkan tali leher sambil melihat pantulan imejnya di cermin bilik hotel. Selepas itu, dia menyarung blazer biru tua yang mempunyai logo lencana sayap di dada dan empat garis emas di kedua-dua pergelangan tangan. Topi kerjanya disisipkan di kepala, menutupi sebahagian rambut yang sedikit beruban.
Satu keluhan dilepaskan. Hati terasa sungguh berat sekali. Dia sebenarnya agak beremosi untuk penerbangan kali ini namun segala bebanan perasaan dia bendung dengan rapi.
Blazer pada badan dibetulkan. Air wajahnya terlihat tenang seperti hari-hari kebiasaan dan tugasnya hari ini akan tetap berjalan seperti biasa.
Tok, tok, tok!
Pandangan dihalakan ke pintu.
Saat daun pintu dikuak, kelihatan wajah Ashraf tersenyum memandangnya.
"You ready?" Soal Ashraf.
"Yeah."
Lantas Kapten Zamani meninggalkan Ashraf sebentar di muka pintu untuk mengambil barang-barangnya...
Tap!
Daun pintu ditutup rapat. Kedua-dua beranak itu berdiri menghadap satu sama lain dengan senyuman nipis di bibir.
"This is a special trip back to SIN." Ujar Kapten Zamani lalu membuatkan Ashraf tertawa kecil dan mengangguk.
"Yeah, pa. Let's treasure it."
Dalam pada kepayahan, Kapten Zamani mengukirkan senyuman di bibir dan mereka memulakan langkah menuju ke lobi lif.
"Too bad Aril is not with us."
"Yeah, but it's okay. I've got a chance flying with him last week." Balas Ashraf.
Kelihatan kening Kapten Zamani terangkat sambil dia mengangguk mendengarkan kata-kata itu...
*Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *
"Zie...?"
Lara menjenguk kepala di sebalik daun pintu bilik Zieta.
"Hmm...?"
Kelihatan Zieta sedang terbaring di atas katil menjawab acuh tidak acuh sambil mata menatap skrin komputer riba di hadapannya.
"Can I come in?" Senyum.
"Sure."
Lantas senyuman Lara makin lebar. Dia melangkah masuk dengan kedua-dua tangannya berada di belakang badan.
Sewaktu Lara duduk di sebelah Zieta, dia lihat beberapa keping VCD terdampar di atas katil dan sarung VCD tersebut tertulis perkataan 'Winter Sonata' berserta gambar sepasang kekasih yang sedang berpelukan di dalam salji yang memutih.
"Wah... Tengah layan 'Winter Sonata' rupanya! Famous gila cerita ni sekarang sampai ada lagu translation 'Sonata Musim Salju'." Ujar Lara. Dia lihat Zieta hanya tersenyum nipis dan tumpuannya masih melekat pada skrin komputer riba.
"Sejak bila kau layan cerita Jepun ni?"
Kali ini barulah Zieta memandang Lara tetapi dengan wajah yang berkerut.
"Jepun? Ini cerita Korealah!"
Lantas mereka berdua ketawa.
"Manalah aku tahu! Aku tengok muka diorang macam sama je!" Balas Lara pula. Dia menonton sebentar babak romantis antara Jun-san Kang dan Yoo-jin Jung yang sedang berjalan meredah salji di tengah kota.
"Zie... Aku bawakan kau hadiah. Kau makanlah sambil-sambil tengok cerita ni..."
Suara Lara memecah kesunyian. Zieta segera menoleh dan waktu itu juga dia lihat di tangan Lara terdapat bekas besar setengah gelen aiskrim Baskin Robbins kegemarannya!
"Oh my God, Ra!" Zieta bingkas bangun dan duduk bersila. "Aiskrim mahal ni! Best-nya!" Sambungnya lagi dengan wajah yang sungguh ceria.
Bekas aiskrim bertukar tangan dan Zieta terus membuka penutup berwarna merah jambu tersebut.
"Wah, Rockin Road my favourite! Yeah!!"
"Ye, aku belikan untuk kau sebab aku tengok kau macam sedih je sejak kau putus dengan si kera tu."
Mereka ketawa. Jika dulu Zieta menggelar bekas teman lelaki Lara sebagai 'kera', kini giliran Lara pula yang gelarkan bekas teman lelaki Zieta dengan panggilan yang sama.
"Itu bukan kera, itu babi!"
Keadaan di bilik Zieta riuh dengan gelak tawa mereka. Lara menghulurkan sudu kepada Zieta lantas mereka memakan aiskrim dengan penuh asyik. Drama Winter Sonata tadi sudah dihentikan buat seketika.
"Kau okay tak ni? Aku tengok kau asyik moody je." Tanya Lara dan dia lihat rakannya itu mengangguk perlahan.
"Aku rasa aku kena okay-kan jugak diri aku, Ra. Aku jadikan kau sebagai contoh. Kalau kau boleh kuat, aku pun mesti jadi kuat jugak macam kau."
Air wajah Lara jadi redup bersama senyuman di bibir.
Meskipun Zieta tidak tahu tentang peristiwa hitam itu tetapi itu bukanlah satu-satunya konflik yang melanda hidup Lara. Bermacam-macam lagi cabaran lain yang telah dia saksikan sepanjang berkawan dengan Lara.
"Zie... Lepas ni walau apa pun yang jadi, kita jangan mengalah. And we will always have and take care each other, okay?"
"Yes! Girl power!" Sambut Zieta. Dia meletakkan bekas aiskrim ke tepi dan mereka berpelukan sesama sendiri. Waktu itu juga airmata tiba-tiba merembes keluar bersama perasaan yang hiba.
"Thanks, Zie...! Lepas ni kita dah start kerja dan bawa haluan masing-masing. Terima kasih sebab jadi kawan yang paling baik sejak diploma sampailah kita habis degree..."
Terasa Zieta mengangguk dan tangisannya mula kedengaran.
"Aku pun sama, Ra... Aku sayang sangat pada kau-"
"Aku pun! Aku tak tahu macam mana hidup aku kalau takde kau! Huhu..." Dan mereka menangis lagi.
"Ra, macam-macam kita dah tempuh sepanjang kita belajar dekat Shah Alam ni... Suka, duka, senang, susah... Semua kita dah rasa sama-sama. Kaulah sahabat aku dunia akhirat, Ra..."
Pelukan dilepaskan dan masing-masing menyeka airmata.
"Erm... Sahabat dunia akhirat sebab aku selalu bawak makanan untuk kau ke?" Dalam pada esak tangis, sempat lagi Lara bergurau.
"Ish! Bodohlah kau ni!"
Zieta memukul bahu Lara dan suasana hiba tadi terus digantikan dengan suara gelak tawa mereka berdua...
*Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *
Daripada kejauhan, kelihatan pesawat gergasi empat enjin sedang mendarat dengan lancar sekali di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Changi.
Sebaik sahaja tayar pesawat bergeser dengan batu-batu tar, zarah-zarah yang mengandungi lembapan bertebaran ke udara sebelum terus menghilang.
"Singapore 31, right turn off. Contact apron 121.75."
"Singapore 31, right turn off, 121.75. I'll see you next time!" Ujar Ashraf kepada menara kawalan.
"All the best!"
Kedengaran pula lelaki dalam radio itu menyambut.
Ashraf tersenyum dan menjawab, "Thank you, tower!"
Kapten Zamani di sebelah hanya mendiamkan diri tanpa mempamerkan sebarang riak di wajah. Serius seperti biasa.
Mereka terus memacu pesawat tersebut masuk ke petak parkir seperti yang diarahkan oleh petugas lapangan.
"I'm kind of fast today." Ucap Ashraf sambil memandang Kapten Zamani. Sengaja hendak berbual dengan ayahnya yang semenjak tadi hanya membatukan diri.
Kelihatan Kapten Zamani hanya tersenyum nipis serta mengangguk. Sebentar tadi, hatinya seolah-olah terkoyak setelah Ashraf menyempurnakan pendaratan yang sungguh cantik seperti biasa.
"Apron, Singapore 31 request taxi clearance." Ashraf terus berkomunikasi bersama para petugas yang sudah kelihatan di bawah sana di saat pesawat gergasi itu sedang perlahan-lahan masuk ke ruang parkir.
"One and four. Engine off." Kapten Zamani menarik tuil kecil di konsol tengah pesawat bagi mematikan enjin manakala Ashraf pula sibuk menekan-nekan butang yang bersepah di konsol atas kepala. Hampir kesemuanya ditekan menjadi posisi 'Off' menandakan penerbangan mereka hari ini sudah sampai ke penghujung.
"That's the final act." Kapten Zamani tersenyum memandang Ashraf. "It is done!" Sambungnya lagi.
"Almost, capt... Parking checklist, please."
Lantas kedua-duanya tertawa. Masih ada lagi tugas yang terakhir sebelum mereka 'signing off'!
"External lights?"
"Off." Jawab Ashraf.
"Parking break?"
"All."
"Parking checklist completed." Kapten Zamani berkata sambil membuka tali pinggang keselamatan di tempat duduk.
Sewaktu Ashraf hendak bangun, ayahnya menghulurkan tangan untuk bersalaman lantas Ashraf menyambutnya dengan senyuman yang hiba.
"Thank you so much. It was nice working with you, First Officer Zildan."
Tangan mereka digoncang perlahan.
"Same here, capt. I used to like those Munich trips." Senyum.
"Oh yeah, those are the best." Sambut Kapten Zamani. Pandangan menunduk tetapi sungguh dalam seolah-olah sedang mengingati kenangan 'layover' mereka ketika berada di Munich, Jerman.
Mereka berdua bertukar senyuman sebelum membuka pintu kokpit.
"Hello gentlemen!" Tegur Kapten Siew bersama First Officer Ramzan.
"Hey, yeah. Thanks for this flight. Very honoured to have you all with me today." Jawab Ashraf lantas bersalam dengan kedua-dua lelaki tersebut.
Para penumpang sudah keluar. Tatkala Ashraf muncul di muka pintu pesawat, dia tergamam seketika.
Segerombolan rakan-rakan juruterbang sedang beratur di kiri dan kanan sambil memberi tabik hormat di sepanjang 'boarding bridge' tersebut!
Ashraf tercengang dan memandang kaku ke arah mereka semua. Nun di hujung sana, kelihatan abangnya Azril sedang berjalan menuju ke arahnya sambil membawa sesuatu...
*Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *
"Bismillah..."
Lara berbisik dalam hati sambil dia melangkah satu tapak lagi menuju ke pentas Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam. Kedengaran bunyi tepukan bergema daripada para hadirin dalam suasana yang sungguh meriah.
Di tubuh Lara tersarung jubah graduasi berwarna biru tua dan bersulam benang emas.
Kelihatan di tengah-tengah pentas yang luas, Naib Canselor bersama beberapa orang profesor sedang berdiri menyampaikan skrol kepada graduan yang naik ke atas pentas.
Lara berasa gementar kerana sesi graduasi kali ini sungguh istimewa berbanding sewaktu diploma dahulu. Ini kerana selain daripada ibu dan Najmi, Ashraf juga ada turut serta bersama mereka pada hari bersejarah ini.
Pandangan Lara dihalakan ke arah ribuan para tetamu di ruangan hadirin. Entah di manalah agaknya ibu, Ashraf dan Najmi duduk, fikir Lara.
Selepas itu, Lara menoleh pula ke belakang; mencari bayang Zieta yang sama-sama beratur dan menantikan giliran untuk dipanggil mengambil skrol. Ketika mata mereka bertembung, kedua-duanya melambai tangan sambil tersenyum gembira.
"Penerima Anugerah Naib Canselor, Lara binti Rizman!"
Ketika namanya dipanggil, bunyi tepukan dan alunan muzik terus tenggelam di telinga Lara.
Dia melangkah maju ke hadapan dengan penuh tertib bersama senyuman di bibir. Segala kenangan sepanjang dia bergelut untuk menghabiskan pengajian ini seakan terulang semula di depan mata. Penat, lelah dan jerih.
"Thank you, Datuk! Thank you, Prof!" Lara tersenyum bersama linangan airmata lantas kotak silinder berwarna hitam bertukar tangan.
Nun di satu sudut, Ashraf tersenyum bangga sambil bertepuk tangan. Saat pengumuman penerima Anugerah Naib Canselor diumumkan dengan penuh semangat oleh emcee yang bertugas, terasa darah menderu naik ke kepala. Dia berasa sungguh bangga! Walaupun bergelut dengan pelbagai konflik yang hampir meragut nyawa, tetapi cinta hatinya ini masih boleh menjadi pelajar cemerlang! Ashraf rasa dialah lelaki yang paling bangga di dalam dewan tersebut.
Ashraf memandang Zuraidah di sebelahnya. Dia dapat lihat linangan airmata gembira seorang ibu pada saat ini...
"Ibu...!"
Lara memanggil Zuraidah di tengah-tengah kesesakan orang ramai. Waktu itu sidang graduasi baru sahaja berakhir dan kini kesemua graduan boleh bersama dengan keluarga masing-masing.
Dia lihat ibu tersenyum memandangnya bersama Ashraf di sebelah. Di tangan Ashraf terdapat sejambak besar bunga ros merah yang sungguh indah.
"Bu!" Lara menerkam dan memeluk Zuraidah. "Thanks for everything bu...!" Ucap Lara lantas kedua-dua beranak itu menangis.
"Akak... Ibu bangga sangat dengan akak... Akaklah anak ibu yang baik sekali..." Dan tangisan terus kedengaran.
Najmi dan Ashraf berpandangan tetapi Ashraf mengukirkan senyum. Najmi buat isyarat seperti hendak berbisik.
"Kenapa diorang menangis padahal tengah happy?" Tanya Najmi dan kali ini mulut Ashraf pula disuakan ke telinga Najmi.
"It's a woman's thing."
Entah! Itu sahaja yang dapat Ashraf fikirkan. Kelihatan Najmi mengangguk dan Ashraf tertawa kecil melihat keletah si Najmi.
"Sayang...!"
Lara tersenyum memandang Ashraf sebaik sahaja dia melepaskan pelukan bersama ibu.
"Sayang, thanks for always being there for me." Ucap Lara sambil memegang lengan Ashraf.
"Sure, I will always do... Congrats, princess. I am so proud of you."
Waktu ini bukan setakat senyuman tetapi jambangan bunga juga bertukar tangan...
"One... Two... Three!"
Klik!
Mereka berempat mengambil gambar di salah sebuah reruai yang mempunyai mini studio di dataran Menara UiTM.
Pada mulanya Lara diapit oleh Zuraidah, Ashraf dan Najmi tetapi selepas itu Lara membuka jubah dan topi mortar board yang dipakainya lalu diberikan kepada Zuraidah.
Mereka mengambil gambar sekali lagi tetapi kali ini Zuraidah pula diapit oleh anak-anak dan bakal menantunya. Sebuah senyuman gembira terukir di wajah wanita itu. Dia tidak pernah berpeluang untuk belajar di universiti tetapi kejayaan anaknya hari ini membolehkan dia merasa jubah graduasi itu tersarung di tubuhnya.
Selepas itu, Lara bergambar berdua pula dengan Zuraidah dan kemudian bersama Ashraf.
"Sayang, I rasa special sangat sebab graduation kali ni dapat bergambar dengan you." Bisik Lara sewaktu jurugambar sedang melaraskan kamera. Ashraf tersengih apabila mendengarnya.
"Dapat tangkap gambar dengan bakal husband, kan?"
Mereka terus ketawa dengan kata-kata selamba si Ashraf dan saat itu juga jurukamera terus merakamkan saat kandid mereka berdua...
Jam sudah menunjukkan pukul empat petang.
Upacara graduasi Lara telahpun tamat. Kini, mereka semua sedang berjalan menuju ke kereta Mazda RX-8 Ashraf untuk pulang ke rumah. Yang paling teruja sekali mestilah si Najmi. Pagi tadi sebelum bertolak ke Shah Alam, sudah berapa kali Najmi suruh si Ashraf mengambil gambarnya yang bergaya dengan kereta sport itu. Kata Najmi dia hendak letak di ruangan MySpace.
"Princess."
Lara yang sedang menggendong jambangan bunga ros memandang Ashraf. Ibu dan Najmi sudah berjalan jauh di hadapan meninggalkan mereka berdua di belakang.
"Hehe! I ada surprise untuk you." Sengih, dan Lara ketawa.
"Surprise apa?!" Suara gadis itu sungguh girang.
Perlahan-lahan, Ashraf mengeluarkan sekeping sampul surat panjang lalu dihulurkan pada Lara.
"Wow. Sampul surat...!" Teriak Lara. "Macam tahu je trick ni. Mesti flight ticket, kan..? Macam masa birthday I dulu."
Ashraf tertawa diikuti dengan Lara.
"Tengoklah apa isi dekat dalam tu." Ujar Ashraf.
Langkah terhenti dan Lara menyuruh Ashraf memegang jambangan bunga. Sampul surat putih itupun dibuka.
Kelihatan sekeping kertas berlipat kemas. Mata Lara mengecil, memandang Ashraf sambil tersenyum.
"Surat? Surat cinta ke?"
Tetapi kali ini Ashraf tidak menjawab malah membiarkan saja Lara dengan gelagatnya. Kertas putih itu ditarik dan dibuka. Wajah Lara kelihatan berkerut apabila mata melihat baris-baris perkataan yang bertaip kemas...
Dear Ashraf Zildan,
Subject: Letter of appointment
We are pleased to confirm our offer of employment to you for a position as First Officer at Malaysia Airlines.
Bola mata Lara bagai hendak terkeluar dan mulutnya ternganga!
"Sayang?!"
Ashraf ketawa besar melihat reaksi Lara.
"You join Malaysia Airlines?!"
Dan Ashraf mengangguk dalam tawanya.
"Oh my god! So nanti you ada dekat sini?!"
"Yes, I'll be here. Dekatlah dengan you."
"Oh my god! Rasa macam tak percaya je! You sekarang MAS pilot!" Lara memegang tangan Ashraf kuat-kuat.
"That's my first preparation sebelum kahwin. Heh!" Ashraf tersengih dan kenyit mata, buat hati Lara mencair.
"Ibu!" Lara segera memandang Zuraidah nun jauh di hadapan, sudah berdiri di tepi kereta. Ashraf segera mengeluarkan kunci kereta daripada poket seluar lantas menekan butang kawalan jauh untuk membuka kunci pintu kereta.
"I nak bagi tahu ibu!" Lara terus meninggalkan Ashraf dan berlari anak mendapatkan Zuraidah.
Ketika Ashraf menyambung langkahnya semula, dia lihat reaksi wajah Zuraidah dan Najmi agak terkejut bercampur gembira apabila mendengar berita yang disampaikan oleh Lara.
Bibir Ashraf tidak lekang dek senyuman.
Dia membayangkan inilah keluarga kecil yang akan menjadi sebahagian daripada hidupnya saat akad cinta termeterai antara dia dan Lara nanti.
Wajah ceria Lara yang sedang bercerita dipandang dengan penuh rasa cinta.
Sebelum ini, Ashraf rasakan dia tidaklah terlalu mencari cinta. Tetapi pada akhirnya, inilah gadis yang berjaya mengisi hati dan jiwanya yang lompong dan kosong.
"Ashraf!"
Panggilan Zuraidah saat Ashraf semakin menghampiri kereta mematikan lamunan. Dia segera memandang wanita itu.
"Congrats!"
Ashraf tersenyum lebar. "Yeah, thanks aunty."
"Jadi, kalau kahwin nanti tak payahlah Lara cari kerja di JB atau Singapura ye?"
"Yups. Kerja KL je, senang."
Saat ini Ashraf sudahpun tiba di sisi Lara. Dia memandang bakal permaisuri hatinya dengan penuh rasa kasih.
Pintu kereta dibuka untuk Zuraidah dan Najmi manakala Lara pula duduk di tempat duduk penumpang hadapan bersebelahan Ashraf.
Ashraf menghidupkan enjin kereta lalu kereta sport merah itu memecut laju menyebabkan daun-daun kering bertebaran di tempat parkir universiti itu...
'Malaysia Airlines.' Bisik hati Ashraf.
Salah satu nama yang gah dalam dunia penerbangan dan sering menjadi saingan sengit kepada Singapore Airlines, syarikat penerbangan yang sungguh dekat dihatinya. Disitulah tempat dia bermula malah, hampir seluruh ahli keluarganya memulakan karier di situ.
Namun Ashraf tetap berasa bangga untuk menyertai Malaysia Airlines, syarikat penerbangan kebanggan rakyat Malaysia. National pride!
Hati berbunga-bunga, tidak sabar untuk memulakan tugas di sana dan membuka lembaran baru hidupnya bersama Lara...
'Malaysia Airlines, here I come ready or not!'
TAMAT.
Terima kasih miss ucapkan kpd semua pembaca atas segala sumbangan coins dan sokongan kalian buat MWB :) Miss akan publish sedikit sepatah dua kata dalam masa terdekat nanti. Jumpa nanti, okay! ;)
Share this novel