Selepas melihat batu serpihan Marikh dan bulan, Lara dan Ashraf meneroka lagi di ruangan aras bawah tanah di balai cerap tersebut.
Ashraf perhatikan Lara sentiasa teruja setiap kali membaca informasi dan fakta-fakta mengenai angkasaraya. Tak sia-sialah dia membawa gadis itu ke sini, fikirnya.Â
"You ni salah ambik course-lah, hun. You should be an astronomer."Â
Lara tertawa dan hanya mengiyakan sahaja. Memang sewaktu di bangku sekolah dahulu, dia pernah bercita-cita untuk menjadi ahli astronomi, tetapi... Entah! Ayah dan ibunya hanya tahu bergaduh siang dan malam, dan dia tiada masa untuk memikirkan masa hadapannya. Waktu itu dia lebih risaukan nasib keluarganya daripada memikirkan nasib diri sendiri.Â
"I rasa kalau I ada anak nanti, I nak dedahkan dia dengan benda-benda macam ni dan I nak dia jadi astronomer." Kata Lara sambil melihat model planet-planet yang tergantung. Ya, jika suatu hari nanti dia mempunyai anak, dia tidak akan mengulangi kesilapan ibu dan ayahnya namun, asas yang perlu dia ada ialah ikatan cinta yang harmoni di antara dia dan suaminya nanti.Â
"Hmm..." Ashraf mencebik bibir. "Tapi make sure lepaskan sorang tu jadi pilot dulu. The next one baru boleh jadi astronomer."Â
Mata mereka terus bertembung.Â
"Kenapa anak I ada yang kena jadi pilot??" Wajah Lara berkerut sambil tersenyum kelat. Dia faham tetapi sengaja buat-buat tak faham.Â
"Sebab ayah dia nak dia jadi pilot."Â
Lara ketap bibir menahan tawa tetapi apabila melihat Ashraf ketawa, dia turut ketawa sama. Lara membuat jarinya seolah-olah ingin mencubit Ashraf tetapi kali ini Ashraf cepat-cepat mengelak.Â
"I harap si astronomer tu tak rebel macam ayah dialah, orang suruh jadi engineer nak jadi pilot! Nanti I suruh dia jadi astronomer, dia nak jadi pilot jugak. Macam mana??" Lara sengaja melayan. Hal Huzaimi ke, hal restu mak bapak dan keluarga semuanya dia campak ke belakang ketika ini! Bukankah dia sekarang girlfriend si Ashraf Zildan Zamani?
Ashraf dia lihat tersenyum lebar dan wajahnya merah! Lara memautkan tangannya pada lengan Ashraf. Tiada kata yang terucap oleh kedua-duanya dan mereka terus berlalu daripada ruangan pameran planet-planet di situ.
Akhirnya, Lara dan Ashraf tiba di papan informasi yang menceritakan tentang jenis-jenis buruj dan bintang di langit. Inilah masanya Lara dapat melihat dan membaca sendiri tentang buruj 'Ursa Major, The Great Bear' atau yang dikenali sebagai 'the polar bear constellation' seperti diberitahu Ashraf ketika mereka di Genting Sempah.
Seronok sungguh Ashraf dapat membuktikan kesahihan itu pada Lara dan mereka dilihat menunjuk-nunjuk ke carta buruj yang tertera di bumbung balai cerap tersebut...
"Honey...!"
Lara yang sedang membaca sesuatu pada papan informasi itu menoleh apabila dipanggil. Kelihatan Ashraf tercegat di sebuah laluan tidak jauh daripada tempat Lara berdiri dan lelaki itu juga melambaikan tangan, memanggil Lara datang kepadanya.
"Ada apa?" Tanya Lara sebaik sahaja tiba di sisi Ashraf.
Ashraf tersengih. "Hmm... Laluan ni nama dia 'The Cosmic Connection'. Kalau mat saleh yang practice all sort of these spiritually things, diorang ada banyak teorilah pasal connection between two souls and so on. But put that thing aside. Dekat Cosmic Connection yang ini, I nak tunjuk pada you sebanyak mana I cintakan you."
Kening Lara berkerut tetapi dia tersenyum lebar. "Wow, interesting. Okay... Banyak mana?"
"Tutup mata."
"Kenapa kena tutup mata? Kata you nak 'tunjuk'?? Kenalah tengok, bukak mata!" Serentak itu mereka tertawa.
"Ish, tutup je lah dulu! Astronomer memang banyak tanya, eh?" Getus Ashraf dan sekali lagi mereka tertawa! Akhirnya, Lara hanya menurut sahaja dan dia terasa Ashraf memegang tangannya.
"Okay, listen. I cintakan you daripada sini..."Â
"Aha..." Dan saat itu juga Ashraf perlahan-lahan memimpin tangannya dan mereka mula mengatur langkah. "Sampai sini.......... Dan sini......." Lara yang tidak tahu apa-apa hanya tersenyum dan langsung tidak membantah walaupun langkah kakinya teragak-agak.Â
"Sampai mana ni?" Tanya Lara.
"Sabar... You ikut je I, okay?" Tangan Lara digenggam dengan lebih erat sehinggalah tiba di penghujung laluan.Â
"Dah habis dah kita jalan??" Tanya Lara apabila mereka berhenti melangkah. "Dah, you boleh bukak mata."Â
Lara membuka mata dan menoleh ke belakang untuk melihat sejauh mana dia telah berjalan bersama Ashraf dan sebanyak mana cinta Ashraf kepadanya.
"Ha?? Banyak ni je you cintakan I??"
"Yeah, banyak ni je lah." Ujar Ashraf selamba.
"Kenapa banyak ni je? Apa maksud banyak ni je??" Sambung Lara. Dia rasa adalah tak sampai 50 meter jaraknya daripada tempat mereka bermula tadi.Â
"Ha... Come here, I'll show you." Ashraf menarik tangan Lara dan mereka kembali ke tempat permulaan tadi.
"Ni... I cintakan you daripada sini..." Jari Ashraf menunjuk ke arah papan informasi yang terlekat di dinding.Â
Kelihatan gambar itu menunjukkan gambar bebola cahaya yang seolah-olah sedang mengembang dan tertulis 'The Big Bang: Beginning of Time, 13.7 billion year ago'.
Lara tersenyum mengetap bibir sambil menjeling Ashraf dan dia lihat lelaki di sebelahnya itu tersengih.Â
"I cintakan you daripada permulaan alam semesta ni sampailah...." Ashraf menarik tangan Lara melalui papan-papan informasi yang menunjukkan fasa-fasa kejadian bumi berbilion dan berjuta tahun yang lepas sehinggalah ke gambar yang terakhir iaitu gambar tapak kaki manusia yang pertama ke bulan, Neil Armstrong. Pada gambar tersebut, tertera tanda 'milestone' yang tertulis 'Present Day' atau 'Masa Kini'.
"Sampailah ke 'Present Day' ataupun sampai ke hari ni. So, yeah... 13.7 billion tahun, I cintakan you sebanyak tu... And counting." Mata mereka bertaut dan Ashraf lihat Lara tersenyum simpul menahan malu.
"Mana you belajar ayat-ayat jiwang ni?" Tawa mereka meletus.
"Jiwang ke?? It's... Jiwang plus science, honey! I punya jiwang bukan sebarang jiwang, okay?!"Â
Lara ketawa hingga keras perutnya.Â
"I tak tahulah, hun... Button jiwang I ada pada you kot, tapi dia autopilot. Bila dengan you je dia terus switch on sendiri." Sekali lagi mereka tertawa.Â
"I nak cubit you boleh-"
"Lara! You cubit I sekali lagi... I memang buat love bite kali ni, Lara! Don't you dare! Sakit tau, dah lah pagi tadi I dah kena!" Kata-kata Ashraf kedengaran tegas dan seolah-olah dalam keadaan marah tetapi membuatkan Lara ketawa...
Downtown Los Angeles
After dinner
Ashraf dan Lara jalan berpimpin tangan keluar daripada sebuah restoran India yang menyediakan makanan halal di bandar Los Angeles. Restoran tersebut hanya terletak selang dua simpang sahaja daripada Biltmore Hotel, maka mereka hanya berjalan kaki sahaja untuk pulang ke hotel.
Lara melepaskan pegangan tangan Ashraf untuk mencari telefon bimbitnya di dalam beg tangan. Namun begitu setelah mencari untuk beberapa ketika, dia masih tidak menjumpainya.
"Alamak... Mana pulak perginya my phone ni?" Langkah terhenti dan dia terus mencari.
"Bila last you keluarkan?" Tanya Ashraf.
"Erm... Rasanya sebelum masuk Griffith tadi." Lara terus mencari dan menyambung kata, "Ash, boleh tolong call tak?"Â
Serentak itu juga, Ashraf terus mengeluarkan telefonnya daripada poket seluar dan mendail nombor Lara.Â
Tiba-tiba, Lara terasa getaran di dalam poket jaket yang dipakainya. Dia cepat-cepat menyeluk tangan untuk mengambil telefon tersebut. "Laa... Dalam poket- AH!" Telefon yang dipegangnya melungsur jatuh ke tanah!
Saat itu juga, Ashraf yang sedang mendail itu membaca namanya seperti yang tertera di skrin telefon Lara.
'My M-'Â
Tetapi belum pun sempat dia menangkap perkataan yang seterusnya, Lara sudah merenggut telefon tersebut!
"Hei. Apa you letak nama I tu?" Riak wajah Ashraf kehairanan.
"Hehe! Takde apa!" Lara buat senyum kambing dan terus menarik tangan Ashraf untuk meneruskan perjalanan mereka ke hotel.
"No. Show me." Ashraf menarik tangannya seraya berhenti melangkah. Saat ini Lara sudah ketawa terbahak-bahak.
"Ashraf! Takde apa-apalah! Jomlah kita balik hotel!"
"No, show me what is it." Ashraf menghulurkan tangan sambil tersengih.
"Tak nak!"
"Tunjuklah! You tulis apa? My-what??"Â
"Takde apalah!" Lara terus ketawa tetapi dia lihat Ashraf membuat panggilan semula dan kali ini tawa Lara semakin berdekah. "Ashraf!" Telefonnya berbunyi semula.Â
"Bagi I tengok-" Ashraf menarik tangan Lara.Â
"Tak nak!" Dan kini, mereka seolah-olah bergelut! Lara cuba mengelak daripada telefonnya dicapai Ashraf tetapi pada masa yang sama dia dan Ashraf ketawa terbahak-bahak di tepi jalan.Â
"Ash! Hahaha! Orang tengoklah, sayang! Kita dekat LA tau, bukan dekat Malaysia! Kena tangkap polis karang-"
"Yeah, then just give-"
"No! Hey, nanti orang ingat you're assaulting me! Kena tangkap karang! Hahaha!" Kata-kata Lara itu berjaya menghentikan Ashraf.
"Yeah, you're right..." Ujar Ashraf dalam sisa tawanya. Wajah Lara kelihatan girang sekali kerana 'terselamat' daripada pergelutan tersebut.Â
"It's okay... It's okay, baby..." Kata Ashraf dengan tawa yang sinis. Dia memegang kembali tangan Lara dan mereka mula mengorak langkah bersama-sama dan sambung ketawa...
"Hey..."
Lara yang duduk di bucu katil dan sedang ber-SMS dengan Khyra segera memandang ke arah suara Ashraf. Waktu itu mereka baru sahaja lepas mandi setelah pulang ke bilik.
Lara lihat Ashraf yang sedang berdiri di pintu penghubung itu memberikan satu senyuman sinis dan riak wajahnya agak berlainan sedikit. Rambutnya basah dan kusut dan dia hanya memakai seluar surfing setakat lutut.Â
"Hey..." Lara teragak-agak untuk membalas senyuman. Mengapa lain sungguh lagak si Ashraf kali ini?Â
"You owe me something, baby."Â
Lara mengerutkan kening. "Huh?" Ujarnya. Dia perhatikan ada dua tanda lebam di tubuh yang sasa itu dan semakin lama Ashraf semakin menghampirinya. Entah kenapa kali ini hati Lara berdebar-debar. Dia rasakan seperti ada sesuatu yang lain pada cara dan nada Ashraf. Kenapa??
Adakah kerana dua tanda lebam akibat cubitannya? Dia teringat kata-kata Ashraf tentang... Love bite.
"I nak call you sekarang. Dan you kena tunjuk nama I yang you saved dekat dalam telefon you tu."
Kali ini barulah Lara ketawa! "Laa... Ashraf, you tak habis-habis lagi?!"
"Tunjuklah, honey. I nak tahulah..." Suara Ashraf seakan-akan memujuk.Â
"Tak nak! I malu!"
"Malu apa?!"
"Malulah! Tak nak!"
"I tak kira! You kena tunjuk jugak dekat I!" Lalu Ashraf mendail nombor Lara. Dia lihat Lara sudah ketawa sehingga terduduk di atas lantai dan saat itu juga, telefon bimbit di tangan Lara sudah berbunyi!
"Sayang... Please... Please....! Tak naklah, sayang! I tak nak tunjuk...!"
"Lara...! You jangan buat I datang bergelut dengan you... I tak jamin apa akan jadi kalau kita bergelut dalam bilik ni... Ada katil ni!"Â
"KAH KAH!" Lara ketawa bagai nak rak! Dia lihat Ashraf jugak tergelak sakan.Â
"Baik you tunjuk skrin telefon you sekarang, Lara! I serius ni!" Kata-kata Ashraf itu seolah-olah mengugut tetapi mereka berdua terus ketawa.
Waktu itu, Lara sepantas kilat melarikan diri dan ketika Ashraf cuba menangkapnya, dia segera mengelak dan akhirnya terkepung di bucu dinding bilik! Gelak tawa mereka semakin gamat.
"It's okay... I'm coming, honey..."
"ASH!" Jerit Lara dalam tawanya. Aura suara itu kedengaran sungguh jahat dan dia lihat Ashraf semakin menghampiri bersama senyuman yang sinis. Â
"Show me..."Â Â
Walaupun Lara mempercayai Ashraf tetapi kali ini dia tidak berani mengambil risiko. Lagak Ashraf seperti harimau lapar yang akan menerkam mangsanya! Dalam tawa yang masih tersisa, dia terus menunjukkan skrin telefonnya ke arah Ashraf.Â
'Calling... My MWB'
"MWB?? Apa tu??" Kening Ashraf berkerut sambil membacanya.Â
Suara yang beraura jahat tadi terus hilang menyebabkan Lara berasa gelihati dengan perubahan drastik tersebut. Tetapi Lara lihat lelaki itu tidak ikut ketawa, malah keningnya mencerun dan renungan matanya penuh tanda tanya memandang Lara.Â
"Apa MWB tu? M for...? Man??" Soal Ashraf lagi dan dia lihat Lara tersipu-sipu malu sambil menutup muka. "Tak payah nak malu sangatlah, I cium you karang! Jawab je lah, apa MWB tu?"
"Mr Wing Badge...!" Pintas Lara
"Mr Wing B...?? Oh......" Air wajah Ashraf terpempan tatkala dia memahami maksud nama tersebut. Dia lantas tersenyum memandang Lara dan menghulurkan tangan untuk menarik Lara bangun daripada ceruk bucu dinding.
"So... I'm your Mr Wing Badge?" Ashraf memandang Lara yang sedang membetulkan rambutnya yang sedikit kusut. Kesian, dah macam orang kena dera saja gayanya!
"Hmm... Yeah. Sebab I suka tengok wing badge you tu." Lara mengangguk dan tersenyum.
"Habis tu, apa yang you malu sangat nak tunjuk nickname tu pada I? I pun suka je nama tu!"
"Macam poyo kan nickname tu?" Kata Lara manakala Ashraf pula ketawa besar.
"No, tak poyolah! Kalau poyo pun I don't mind! Setengah orang memang panggil I 'FO Poyo', I knew it. So kenalah dengan I..." Kali ini Lara pula tertawa mendengarnya.
"Mana you tahu orang panggil you 'FO Poyo'?"
"Abang I bagi tahu." Ashraf selamba menjawab dan mereka tertawa bersama.Â
"Haih... Lara, Lara... I ingatkan apalah tadi..."Â Ashraf tersenyum manis sambil memegang kedua-dua tangan Lara ke dadanya.
"Mr Wing Badge... That's a nice nickname, baby. I like it!"Â Mata mereka bertaut buat seketika tetapi selepas itu Lara melarikan pandangan.Â
"You know how much I love you, right baby?" Tanya Ashraf sambil mencium kedua-dua tangan Lara.
Lara tertawa kecil mengingatkan 13.7 billion tahun cinta Ashraf buatnya. Perlahan-lahan dia mengangguk. "Yeah, sayang."Â
"Good. That's how your MWB loves you." Mereka tertawa!
"Do you have fun today?"Â
"Yes. Thanks for that, Ash."Â
"Don't mention it, I'm the happiest man on earth." Kelihatan keduanya tersenyum dan selepas itu Ashraf menyambung, "Rest well tonight, okay. Esok hari last kita dekat sini. Malam dah kena catch flight."
Kata-kata itu menusuk bagaikan busur panah! Hati Lara terasa berat sekali mengenangkan saat-saat indah bersama Ashraf akan berakhir dalam masa 24 jam lagi.Â
Lara berdecip dan mencebik bibir...
MWB - Mr Wing Badge: Nama gelaran yg diberikan Lara kepada Ashraf Zildan setelah Lara betul-betul jatuh cinta terhadap lelaki itu... ;)
Share this novel