Beberapa minggu berlalu...
'Hey sorry, this is not Ashraf number.' - 012 2470 7074
Lara mengeluh panjang membaca balasan itu. Yup, dia sudah biasa mendapat jawapan seperti itu. Pencarian nombor telefon Ashraf ini kadang-kala membuatkan perasaan Lara turun naik seperti rollercoaster. Ada harinya, dia sungguh bersemangat dan yakin bahawa nombor yang bakal dihantar SMS itu adalah nombor Ashraf. Tetapi ada juga hari-hari yang Lara rasa tiada harapan langsung!Â
Buku merah jambu dibuka lalu Lara mengambil sebatang pen di dalam laci mejanya di jabatan Pembangunan Perniagaan itu.Â
012 2470 7074 X
Untuk sekian kali, tanda pangkah dilorekkan ke atas helaian muka surat tersebut.
Mata Lara meneliti senarai nombor-nombor telefon lain yang sudah berpalang. Terdapat hampir dua puluh nombor telefon namun masih belum juga ketemu dengan nombor telefon si Ashraf Zildan.Â
Perasaan Lara memberat. Sedih! Kadang-kala dia hampir putus asa mencari Ashraf tetapi dia tidak mahu lelaki lain dalam hidupnya. Tiada siapapun yang dapat menggantikan tempat Ashraf malah Lara rasa tunang sendiripun tidak mencintai dirinya sebagaimana Ashraf!
Air mata mula bergenang. Dia menyelak helaian kertas buku merah jambu yang terdapat gambar Ashraf. Diusapnya pipi Ashraf dengan penuh rasa kasih dan sayang.
'Ash, I rindu...' Bisiknya dalam hati. Jauh sungguh perjalanan ini untuk menjejaki cintanya, fikir Lara. Banyak perkara yang telah dia tempuhi tanpa Ashraf dan banyak juga cabaran untuk mencari Ashraf. Kalaulah sosok rohani ini boleh dilihat dengan mata kasar, sudah pasti sosoknya sudah lunyai... Pisau tertikam di setiap bahagian badan, kaki luka penuh duri dan mungkin jalannya pun sudah tempang. Tiada tongkat... Kerana Ashraf Zildan Zamani itulah satu-satunya tongkat dalam hidup yang telah hilang.Â
Dengan pen di tangan, Lara menulis sesuatu di mukasurat buku tersebut...
Cerita Kehidupan
Umpama air tasik, di atasnya kotor berkeladak tetapi masih lagi tenang.
Umpama air laut, cantik membiru tetapi ombak memukul bagai menggila.
Umpama air sungai, lancar ia mengalir tetapi perjalanan bersimpang-siur.
Umpama air hujan, terkumpul dikendong awan tetapi akhirnya jatuh menitis jua...
-LRÂ
Itulah 'two sides of the same coin' dalam kehidupan. Apa yang orang nampak pada dasarnya dan apa yang kita sendiri lalui. Dan dalam kehidupan juga adakalanya tenang, tetapi selalunya menggila. Penuh simpang-siur dan terkadang kekuatan perasaan yang dikumpul hingga memberat dada akhirnya akan jatuh juga dalam titisan air mata... Seperti hujan. Lara menghela nafas panjang.Â
Kini keutamaannya hanya satu: Mencari Ashraf. Tetapi entah bagaimana sejak dari malam tadi fikiran sendiri seolah-olah mensabotaj niat di hati dengan menerbitkan rasa ragu-ragu. Adakah Ashraf sudah melupakan dirinya setelah sekian lama? Bagaimana jika dia dapat mencari Ashraf tetapi Ashraf sudah ada kekasih lain?Â
Entah-entah... Dek kerana lama terpisah, Ashraf akhirnya setuju untuk disatukan dengan perempuan pilihan mamanya dan jika perkara itu benar-benar berlaku, maka gelaplah dunia nanti. Dan jika Ashraf sudah ada perempuan lain, terpaksalah Lara terima Fahd seikhlas hati. Seram! Namun dia harus bersedia menerima sebarang kemungkinan...Â
Tiba-tiba, bunyi SMS masuk kedengaran daripada telefon bimbit. Lara menekan butang 'Read'.
'You ada teringin nak makan apa-apa tak untuk lunch ni? Kalau takde, kita makan dekat Chili's nak? I tiba-tiba teringin steak pulak.' - Fahd YM
Lara tekan butang 'Reply'.
'Nope, takde teringin apa-apa. Bolehlah kita makan dekat Chili's. Memang tempat favourite I... Hehe!'
Telefon diletak ke tepi.Â
Lara membuka laman sesawang Gmail. Ada email daripada agensi peragaannya tentang tawaran peragaan pakaian mandi dan bikini untuk Speedo, jenama pakaian renang terkemuka daripada Australia. Jika terpilih, dia akan dibayar dalam matawang Australia Dollar. Banyak juga tu. Harap-harap dapat menampung sebahagian daripada kos guaman nanti...
Lara menaip alamat email pada kotak yang tertera...
Inilah email yang dia guna selepas . Sejak aktif dalam bidang peragaan, dia membuat alamat email yang formal sedikit kerana 'pinkyrara' itu kedengaran seperti kebudak-budakan! Mana tidaknya, email itu dia buat ketika di bangku sekolah dan merupakan email pertamanya.Â
Selepas memasukkan kata laluan, Lara tekan butang 'Enter' lalu terteralah beberapa email daripada TMC Model Management. Semuanya berkenaan dengan kontrak peragaan pakaian mandi yang bakal dia sertai.Â
Buku merah jambu tadi diselak hingga ke muka surat paling belakang lalu Lara menulis tarikh-tarikh penting untuk dia berjumpa dengan agensi dan pihak klien. Sedang dia mencatit, tiba-tiba sahaja telefon pejabat berbunyi. Kelihatan nama bosnya tertera.
"Hello, Encik Romie." Sapa Lara.Â
"Lara, masuk bilik saya kejap. Saya nak go through vendor list ni dengan awak lepas tu nak suruh awak update details diorang."
"Oh okay, coming!"
Telefon diletak lalu Lara meninggalkan mejanya dan berjalan ke arah pejabat Encik Romie tidak jauh daripada kubikelnya...
Lama juga Lara berada di dalam pejabat bosnya. Semakin lama semakin ramai pekerja-pekerja di jabatan itu keluar makan tengahari namun perbincangan Lara dan Encik Romie masih belum tamat.Â
12.30 tengahari
Fahd melangkah masuk ke dalam jabatan Pembangunan Perniagaan yang sudah sunyi lalu menuju ke kubikel Lara. Dia lihat tempat itu kosong dan oleh kerana keadaan pejabat itu sudah menjadi sunyi, Fahd dapat mendengar suara Ketua Jabatan itu berselang-seli dengan suara Lara. Dia menjenguk daripada jauh dan mengambil keputusan untuk menunggu sahaja di kubikel Lara sehingga perbincangan mereka tamat.
Fahd melabuhkan punggung di kerusi dan saat itu juga dia ternampak inbox akaun Gmail Lara yang masih terbuka.
Matanya melihat satu demi satu baris subjek email yang tertera. Kening Fahd berkerut seribu.
Sejurus selepas itu, matanya menangkap pula buku comel yang berwarna merah jambu milik Lara, juga terbuka luas di atas meja tersebut...Â
"Okay, takpe. Buat masa ni you update je ikut apa yang kita dah discuss, nanti you share file tu dengan I. Kalau ada apa-apa tambahan, I akan bagi tahu kemudian."Â
"Baik, boleh Encik Romie..."Â
Lara segera bangun dan melangkah keluar daripada bilik pejabat bosnya. Perut sudah berbunyi tetapi dia masih belum melihat bayang Fahd. Apabila tiba di kubikelnya, buku merah jambu itu sudah tertutup.Â
"Ish, mana mamat ni..." Ujar Lara sambil melihat jam di telefon bimbit dan waktu itu juga Lara dapati ada SMS tertera di skrin telefon. Pasti daripada Fahd.Â
'I tunggu you dalam kereta.' - Fahd YM
'Aik?? Dalam kereta? Nak pergi mana? Bukan ke tadi kata nak makan di Chilli's?' Pelbagai persoalan bermain di fikirannya namun disebabkan hendak cepat, Lara hanya menurut sahaja. Dia mengambil dompet daripada beg tangannya lalu terus meninggalkan jabatan itu...Â
"Hai yang! Sorry, I ada discussion dengan Encik Romie tadi! Habis lambat pulak..." Lara terus berkata sebaik sahaja membuka pintu kereta dan duduk di sebelah Fahd.Â
"Kita nak pergi makan mana ni? Tadi you kata nak makan Chilli's?" Tambah Lara sambil mengenakan tali pinggang keselamatan namun Fahd di sebelahnya seakan membekukan diri. Lara terus memandang lelaki itu dengan senyuman yang masih tersisa tetapi... Air wajah Fahd seakan keruh.Â
"Penipu."Â
Lara terpinga!Â
"Hah...? Kenapa?" Wajah Fahd diteliti.Â
"Siapa Ashraf?"Â
Saat ini jantung Lara seolah-olah gugur!Â
"Err... Kenapa you tiba-tiba tanya-"
"Aku tanya siapa Ashraf?!!" Fahd menempik sehingga terangkat bahu Lara akibat terkejut. Namun Lara hanya mematungkan diri dan wajahnya pucat lesi!Â
"Kau tipu aku ye?!! Oh, tak mahu kena cium, tak nak kena peluk!! Tunggu lepas kahwin!! Mati-mati aku ingatkan kau nak jaga kesucian diri kau tapi rupanya sebab kau ada hati lagi dengan lelaki jahanam tu, kan?!!"Â
Sekali lagi jantung Lara seakan gugur. Dia tidak tahu apa yang harus dia katakan. Rasa hendak terputus nyawa!Â
"Jawab soalan aku ni, siapa Ashraf tu?!! Bawak aku jumpa dia!! Biar aku ajar sikit jantan tak guna macam tu!!"Â
"No! Dia... Dia dah takde!"Â
"Apa maksud kau dah takde?!! Dah mampus?!! Kalau dah mampus bawak aku pergi kubur dia!"Â
"No, Fahd! Maksud I, dia dah tak ada dalam hidup I dan I dah tak berhubungan dengan dia lagi!"Â
"Tapi kau masih ada hati lagi dengan dia kan?!"Â
Lidah Lara seolah-olah tersimpul! Dia hanya menggelengkan kepala untuk menamatkan pergaduhan ini.Â
"Apa geleng?!! Kau tulis poem macam-macam untuk dia dalam buku tu! Apa yang kau geleng?! Kenapa kau tulis poem untuk dia?!! Bagi tahu aku, Lara!!!"Â
Itu suara pekikan Fahd yang paling kuat. Lara kaget, tidak tahu bagaimana untuk menjawab lagi.
"*Love that is not madness is not love... Amboi! Kau gilakan sangat lelaki tu kan?!! Habis tu aku ni apa Lara?!! Aku ni tunang kaulah, babi!!"Â
Saat ini pandangan mata Lara tajam menusuk!
"You panggil I apa?!"Â
"Aku panggil kau babi! Anak haram! Cilaka!! Penipu!! Kau tu tunang aku tapi kau meluahkan perasaan kau tentang anak haram sorang tu! Kenapa?!!"Â
Lara sudah tidak mahu layan dengan segala pertanyaan Fahd tentang Ashraf. Dia lebih menumpukan kata celaan yang dilemparkan kepadanya. Kurang ajar!Â
"Lagi satu aku nak tanya kau ni..."Â
Mata tajam mereka bertembung saat Lara mendengar kata-kata Fahd itu. Aduh, apa lagi?!Â
"Kau jual dan tayang badan kau rupanya selama ni ye?"Â
Darah Lara mendidih!Â
"Fahd, you cakap baik-baik sikit ye-"Â
"Betulkan?!! Kau tayang badan kau pakai bikini macam perempuan murahan lepas tu kau dapat bayarankan?! Apa yang tak betul dengan ayat aku ni?!"Â
"I bukan jual badan! I am a model!!"Â
"Wah, bangga nampak?! What's the difference?! None!"Â
"You tak tahu apa difference dia?! You cakap I jual badan, you ingat I ni pelacur ke?!"Â
"Lebih kurang je lah! Tayang bontot, tayang buah dada kasi semua orang tengok! Lepas tu dengan aku, kau cakap tak nak kena sentuh! Jijik! Kenapa kau tak terus-terang je daripada awal pasal pekerjaan kau ni?! Hah?!!"
"Bukan pekerjaan! I buat tu part-time aje! Sebab apa?! You tahukan I kena ambik lawyer untuk saman ayah I tu?!"
"Oh jadi kau bayar kes tu dengan duit haramlah?! Aku harap kau melingkup dengan kes tu sebab guna duit tak berkat!! Duit kotor-"
"Then kalau duit kotor, you nak bayar untuk I ke?! Jawablah!!"Â
"Kalau aku jadi kau, aku tak kan lawan! Memang dah salah sendiri, pergi buat kecoh dekat rumah orang sampai mencederakan salah seorang daripada isi rumah tu! Memanglah-"
"YOU MEMANG TAK FAHAM I, FAHD!! YOU TAK FAHAM APA YANG I LALUI SELAMA NI!!"Â
Dan serentak itu juga Lara meratap seperti orang gila! Dia menghamburkan segala kekecewaan keluar daripada dirinya. Buat beberapa ketika, keadaan di dalam kereta itu hanya dipenuhi oleh suara ratapan Lara. Â
"Jadi si Ashraf tu faham sangatlah dengan kau? Hmmph!" Fahd memerli.Â
Aduh. Telinga Lara bagaikan tersiat mendengarnya.Â
'Ya Allah... Betapa sakitnya hati ini... Hancur lumat semuanya, ya Allah...' Rintih Lara dalam hati. Dia terus menangis dan meratap, mengharapkan ehsan daripada Yang Maha Esa untuk diberikan secebis kekuatan dan kesabaran pada saat ini... Â
* * * * *
Putra Residence Condominium
09.30 malam
"I hate him!!!" Jerit Khyra sambil memukul-mukul bantal empat segi dalam pelukannya.Â
"Jantan tak guna!! Kot ye pun marah tak payahlah nak maki-maki orang!! Sialan punya jantan!! Aku bersumpah mulai daripada hari ni, aku dah tak ada perasaan respect lagi dah dekat dia! Sebelah mata pun aku dah tak pandang, Ra! Benci!!!" Jerit si Zieta pula.Â
Itulah reaksi mereka saat Lara habis bercerita. Kelihatan Lara sudah terjelepuk di sofa dengan mata yang membengkak. Di tangannya terdapat segumpal tisu yang sudah hampir lerai akibat basah dengan air mata.Â
Lara masih lagi menangis tanpa henti. Setiap kali mengenangkan kata-kata cacian Fahd, dadanya berasa sungguh berat dan perasaannya sudah tidak boleh tertahan-tahan lagi.Â
"Isk... Isk... Huu.... Huhuu...."Â
Zieta dan Khyra berpandangan sesama sendiri.Â
"Ra... Aku sedihlah tengok kau nangis macam ni..." Serentak itu juga air mata Khyra turut sama mengalir. Berbanding Zieta yang hatinya lebih kental namun wajah Zieta juga turut muram.Â
"Aku tak tahu kenapa nasib aku macam ni, korang... Ada ayah, ayah buang aku... Ada Ash, jadi macam ni, lepas tu dapat tunang pulak, sikit pun tak reti nak hormatkan aku! Aku ni hina sangat ke, korang? Kot ye pun dia tak suka aku jadi model, janganlah hina aku... Aku buat tu pun bukannya suka-suka... Aku terpaksa! Kalau betul aku nak jual badan dan tak fikir pasal dosa, lebih baik aku pasang sugar daddy je! Mengangkang je, tak payah nak lari sana sini kejar show! Hujung bulan, duit beribu-ribu masuk! Ada condo, ada kereta semua... Tapi aku tak nak jadi macam tu! Uuu.. Huu...."Â
Khyra terus memeluk Lara dan menggosok perlahan di belakang badan rakannya itu.Â
"Syhh... Aku tahu, Ra..."Â
"Uuu... Huu.... Ash... Aku nak Ash..."Â
Pelukan Khyra makin erat apabila nama itu dipanggil Lara dan ditambah dengan pelukan Zieta.Â
"Dia... Isk, isk! Dia je yang faham aku... Aku ingatkan bila Fahd selamatkan aku daripada perogol dulu, itu tandanya dia boleh gantikan tempat Ash... Tapi rupanya... Isk isk! Ash memang tak terganti, korang... Huu... Huuu..."Â
"Kadang-kadang aku hampir buntu cari Ash! Tapi aku tak boleh give up sebab aku tak cintakan sesiapa melainkan dia! Dialah lelaki yang paling baik pernah aku jumpa! Korang pun tahukan macam mana layanan baik Ashraf pada aku...! Sekarang aku... Aku tekad... Aku.. Isk, isk! Aku cuma... Nak dia je!" Suara Lara tersekat-sekat dengan esak tangisnya.Â
"Ra, kitorang akan tolong kau. Kau jangan sedih-sedih, okay? Kalau boleh masuk dalam berita Buletin Utama tu untuk buat pengumuman cari Ashraf Zildan, aku sanggup tayang muka aku dalam tu, Ra... Tapi tak boleh!"Â
Dalam pada Lara menangis, tersembur juga tawanya mendengar kata-kata Zieta itu.Â
"Betul, Ra... Aku pun sebenarnya setiap kali fly, kalau terserempak dengan mana-mana kru SQ aku mesti jenguk-jenguk pilot dia! Serata dunia aku fly, asalkan nampak je budak-budak kebaya SQ dekat airport, aku mesti tunggu pilot dia! Tapi tu lah... Tak pernah lagi nampak Ash!"
"Kenapa kau tak tegur je, tanya kenal tak Ashraf Zildan?!"Â
Mata Zieta dan Khyra bertembung.Â
"Ish... Tak nak lah! Kau tahu tak, kru-kru SQ memang 'kerek' gila babi, siol! Dari cabin crew sampailah ke pilot! Eii, menyampah aku!"
Zieta tertawa manakala Lara pula hanya tersenyum tawar. Dia segera teringatkan Ashraf, ayah dan abangnya, Fara dan Natasha... Serta beberapa lagi kru Singapore Airlines yang dia kenal.Â
"'Kerek'? Kenapa?" Tanya Zieta.Â
"Entah! Perasan bagus kot?! Aku pun tak faham tapi diorang punya berlagak tu macamlah airlines tu bapak diorang punya! Jalan mendongak, tak pandang orang wei!"Â
Zieta hanya tertawa dan waktu itu keadaan menjadi sepi seketika.Â
"Kay... Boleh tak kau tolong aku untuk satu perkara?"Â
"Boleh. Apa dia?"Â
Mata Khyra dan Zieta memandang Lara.Â
"Lepas apa yang Fahd cakap pada aku hari ni..." Lara menangis semula. Khyra cepat-cepat menghulurkan kotak tisu dan Lara menarik beberapa helai sebelum ditekapkan ke mata.Â
"Hati aku hancurlah dengan kata-kata Fahd tu... Dan sekarang ni aku rindu yang teramat sangat pada Ashraf!" Ujar Lara lantas menyambung, "Aku ingat, aku nak bawak diri sekejap..."Â
"Bawak diri? Pergi mana?" Khyra dan Zieta bertanya serentak tetapi Lara hanya menggeleng.Â
"Aku tak tahu nak decide... Tapi kalau kau ada flight ke Amsterdam atau LAX dalam masa terdekat ni, aku nak ikut kau boleh? Aku nak pergi ke tempat kenangan manis aku dengan Ash dulu... Dengan cara tu je aku boleh rasa dekat dengan dia... Huuu..."Â
Wajah Khyra berkerut sedih mendengar permintaan Lara itu tetapi dia mengangguk kepala.Â
"Boleh... Nanti aku check balik flight roster aku."Â
"Okay, thanks Kay... Aku takde duit sangat nak pergi sendiri-sendiri... Sebab... Korang tahulah kan, macam mana aku tengah cari duit untuk kes saman ayah aku tu... Dulu masa aku ikut Ash, dia tanggung everything! Satu sen pun dia tak nak aku bayar! Tapi sekarang ni... Aku cuma mampu beli flight ticket je, Kay... Aku nak tumpang bilik kau, boleh?"Â
Sekali lagi Khyra mengangguk dengan cepat lalu berkata, "Boleh je, Ra... Tapi kita tak stay lamalah sebab kalau MAS biasanya dalam dua-tiga hari layover je. Kalau SQ tu, aku tak tahulah berapa lama."Â
"Takpe, dua-tiga hari pun okay... Aku rindu sangat dekat Ash..." Suara Lara bergetar dan pecah dalam tangisannya. Lantas Zieta dan Khyra memeluk dan menenangkan sahabat mereka itu. Suasana malam terus suram diselangi dengan suara tangisan Lara...Â
*Quote by Pedro Calderon de la Barca
Tadaa! :D Miss update cepat Bab 88 nie tp miss akan busy kerja starting esok. Jadi Bab 89 akan update Isnin depan yea. TQ sbb sabar menunggu :) Muax!
Share this novel