Bab 43

Romance Completed 159812

"Dik, kalau nak special request boleh?"

"Special request macam mana, bang?"

"I nak beli satu Oreo McFlurry, satu chocolate sundae, dengan satu strawberry sundae. Tapi chocolate dengan strawberry tu letak je dalam McFlurry. Boleh tak?"

Lara mengangakan mulutnya sambil memandang Ashraf dengan wajah yang teruja! Ashraf senyum memandang Lara.

"Ooo... Boleh, bang." Kata pekerja lelaki yang agak muda di restoran McDonald's Seksyen 9 itu. Dia mengambil duit bernot RM50 daripada tangan Ashraf lalu memulangkan baki. Selepas itu, dia terus menyediakan aiskrim seperti yang diminta Ashraf. 

"Coklat dengan strawberry ni abang nak putar sekali dengan Oreo ke? Atau abang nak topping atas je?" 

Ashraf memandang Lara untuk jawapan. 

"Erm, putarkan sekali boleh?" Kata Lara tersenyum. Budak lelaki itu mengangguk...

Sebaik sahaja Lara melabuhkan punggung di dalam kereta, dia terus mengeluarkan McFlurry Special 'ciptaan' Ashraf tadi daripada beg kertas McDonald's.

Diceduknya aiskrim yang bercampur tiga perisa itu sementara Ashraf pula baru masuk ke tempat duduk pemandu lalu menghidupkan enjin kereta.

"Hmmphh..." Lara menutup mata, menikmati aiskrim tersebut. Saat dia membuka mata kelihatan Ashraf sedang tersenyum memandangnya. 

"Sedap?" Tanya Ashraf dan membuka radio. Lagu I'm Still Loving You oleh kumpulan rock lagenda Scorpion mula berkumandang.

"Sedap gila! Oh my god! You're genius!" 

"Yeah, I know I'm genius. Tell me something new." 

"Eii, poyonya!" Ujar Lara lalu mereka berdua ketawa. Waktu itu juga Lara terus menyuapkan aiskrim tersebut ke mulut Ashraf, seolah-olah persengketaan siang tadi tidak pernah wujud di antara mereka.

"Okay, kita dah dinner, you pun dah dapat aiskrim... So, kita gerak sekarang, okay." Kata Ashraf. 

"Ash, jawablah! Kita nak ke mana?" 

"Sabarlah, princess. Nanti you tahu jugak, kan?"  

Saat itu juga kedengaran suara Lara membebel berlatarbelakangkan lagu kumpulan Scorpion tadi. Ashraf terus memecut laju keretanya menghala ke destinasi... 

Suasana langit malam agak malap. Kelihatan kereta Mazda RX8 merah itu mendaki lereng-lereng bukit yang gelap.

"Seriously you tak pernah sampai ke Genting?" Lara tersengih memandang Ashraf.

"Tak."

"Singaporean sangat you ni."

Ashraf tertawa! "Kenapa Singaporean pulak?" Wajah Lara dipandang seimbas lalu.

"Sebab mana ada Malaysian yang tak pernah naik ke Genting?!"

"Hei, you tau tak dekat atas tu ramai Cina Singaporean? Singaporeanlah suka pergi Genting."

"Oh, yeah right... Kasino..." Ujar Lara. 

Ashraf hanya tertawa kecil. Dia terus memandu kereta membelah kegelapan malam sehinggalah matanya terlihat satu kawasan kecil di tepi jalan yang digunakan sebagai 'emergency escape ramp'. Ashraf segera memberhentikan kereta membuatkan Lara berasa sedikit hairan.

"Kenapa you berhenti dekat sini?" Lara menatap wajah Ashraf tetapi dia lihat lelaki itu hanya tersenyum.

"You rasa selamat tak kalau kita park kereta dekat sini?"

"Ha? Tepi jalan ni?? You nak buat apa??"

"I nak tempat yang gelap-gelap sikit." Enjin kereta dimatikan.

"Huh? Nak buat apa??"

Mata mereka bertembung.

"I nak buat projek dengan you." Ashraf sengaja menyakat sambil tersengih. 

"Ashraf! Betul-betullah! Janganlah main-main!" Dada Lara mula berdebar dan otaknya sudah memikirkan yang bukan-bukan. Dia takut kalau-kalau Ashraf berdendam dengannya tentang isu pergaduhan pagi tadi dan cuba untuk membuat sesuatu ke atas dirinya.

Ashraf menekan satu butang dan kedengaran bunyi mekanikal bumbung kereta itu terbuka. Udara dingin di puncak Genting Sempah itu mula mencengkam. Lara hanya mendiamkan diri sambil memerhatikan gelagat Ashraf yang semenjak dari tadi cuma tersenyum memanjang.

"You selesa duduk ke baring? Kalau duduk takut lenguh tengkuk kita-"

"Apa you ni Ashraf?! You jangan takutkan I boleh tak... I jerit nanti!"

"Ish... You ni fikir apa?? Kita nak tengok bintanglah..." Serentak itu juga tawa mereka berdua pecah kedengaran! "ASHRAF ZILDANNN!!" Lara termalu sendiri dan suara jeritannya bergema di tengah-tengah kepekatan langit malam. Ashraf ketawa hingga habis nafas...

Ashraf dan Lara berbaring serentak dan saat mata mereka tertancap di dada langit, kerdipan bintang dalam suasana yang malap itu dilihat umpama berlian.

"Wahh..." Suara Lara kagum bercampur teruja.

"Cantik, kan?" Ujar Ashraf.

"Hmm..." Lara menjawab ringkas sambil mengangguk. Dalam hatinya, dia tidak lupa memuji kebesaran Tuhan yang telah menciptakan kanvas alam seindah ini.

Ashraf mula mengangkat tangan kanannya, seolah-olah mengukur sesuatu. Dia menjejaki Big Dipper dan mengajar Lara cara untuk mencari kumpulan bintang tersebut.

Selepas itu, Ashraf juga mengajarkan cara untuk mengukur jarak antara bintang dengan menggunakan jari, dan yang terakhir sekali, dia menunjukkan Little Dipper dan juga bintang Kejora atau North star/Polaris kepada Lara.

"Polaris. She's the brightest star." Ujar Ashraf sambil tersenyum memandang Lara di sebelah. "Maybe other than princess, I can call you Polaris-" 

"Eii...! Tak nak lah!" 

"Kenapa??"

"Bunyi macam polar bear!" Serentak itu mereka berdua ketawa.

"Eh, polar bear?!" Mata Ashraf bersinar memandang Lara. "How did you know?! Haha! Okay from now on, I'll call you Polaris! It's fated!" Tiba-tiba suara Ashraf kedengaran girang. 

"Tak nak lah! Polaris bunyi dia tak sweet-lah! And what do you mean 'fated'?!" Tanya Lara dalam sisa tawanya.

"Okay, cuba you dengar ni... Polaris duduk dekat ekor Little Dipper, kan?" Ujar Ashraf.

"Aha..." 

"Tadi I cakap kalau nak cari Little Dipper, kita kena cari Big Dipper dulu, kan?" 

"Aha..."

"You tahu tak, tujuh bintang Big Dipper tu duduk dalam constellation apa?" 

"Tak. Constellation apa?" Kening Lara berkerut memandang Ashraf yang sedang tersenyum memandangnya.

"'Polar bear constellation'!" Lara ternganga mendengarnya lantas mereka berdua ketawa.

"What?! No! You tipu! Mentang-mentanglah I tak tahu apa-apa!"

"Betul, sumpah! I tak tipu! 'Ursa Major a.k.a The Great Bear' atau orang panggil dia 'polar bear constellation', I'm not kidding! Kalau tak percaya, carilah sendiri!" Kata Ashraf dan serentak itu mereka ketawa lagi. 

"So I nak panggil you Polaris-lah lepas ni."

"Urgh, tak nak!! Kalau you panggil I Polaris, I panggil you polar bear!"

"Ooh yes, I like it, baby!" Pintas Ashraf. "We're meant to be together! You're Polaris and I'm the polar bear! It's written on the night sky!"

Lara tertawa tetapi dalam diam, hatinya cair mendengarkan kata-kata spontan Ashraf yang umpama puisi.

"Princess."

Lara memandang ke wajah Ashraf.

"Maknanya kalau orang nak jejak you - Polaris, diorang kena cari I dulu, Big Dipper... That means in real life, I akan jadi pelindung you, okay?" Senyum.

Lara terus senyum tersipu-sipu sambil menekup muka. Pipinya terasa kebas dibuat Ashraf Zildan! Untuk sekian kalinya, suasana malam itu dipenuhi oleh tawa mereka berdua...

Tidak lama selepas itu, keadaan menjadi sepi. Yang kedengaran hanyalah lagu kumpulan Scorpion yang di pasang perlahan bersama bunyi unggas di luar. Ashraf dan Lara melayani fikiran sendiri sambil melihat langit malam.

"Ash..."

"Hmm?" Balas Ashraf ringkas.

"I'm sorry."

Mereka menoleh dan terus bertentang mata.

"For what?" Wajah Lara Ashraf tatap dalam-dalam.

"Sebab I sakitkan hati you siang tadi..."

'Oh...' Desis hati Ashraf. Dia tertawa kecil. "You tahu hati I sakit?"

"Mestilah. Kalau bergaduh mestilah ada yang rasa sakit hati. Kalau tak sakit hati bukanlah bergaduh namanya."

Kali ini Ashraf ketawa besar. Kata Danny siang tadi, perempuan ni semuanya nak dia yang betul. Tetapi sekarang Lara mengaku pula kesalahannya. Hmm, not bad! Fikir Ashraf. Dia mengiringkan badannya menghadap Lara dan menatap wajah gadis itu dalam samar-samar malam.

Kelihatan Lara menoleh memandang Ashraf sambil tersenyum. Dia benar-benar tersentuh atas layanan baik Ashraf setelah apa yang berlaku hari ini. Lara kesal. Kata-kata Ashraf siang tadi masih terngiang-ngiang di telinganya.

"I ni memang tak pernah ada apa-apa erti dalam hidup you ke, Lara?!"

Ayat itu sebenarnya sangat menusuk jiwa. Tergambar kekecewaan Ashraf yang amat dalam. Lara terasa dirinya kejam dan sebab itulah dia mengalirkan air mata. Dia menangis bukan kerana hatinya sakit tetapi sebenarnya sedih mengenangkan Ashraf.

Dengan gelora kekesalan yang masih tersisa, Lara perlahan-lahan mencapai tangan Ashraf.

"Jom, kita gerak." Ashraf bingkas bangun sambil membetulkan tempat duduk menyebabkan Lara terpinga-pinga. Dia lihat Ashraf terkial-kial menghidupkan enjin kereta.

"Oh... You dah nak balik ke?" Lara ikut bangun dan melaraskan semula tempat duduk.

"Tak lah. Kita nak naik Genting, kan? Sikit je lagi nak sampai, tak kan nak turun balik, I belum pernah jejak Genting lagilah."

Lara buat-buat tertawa tetapi dia masih hairan, mengapa Ashraf mengelak apabila disentuh? Dua bulan menghilang, bermacam-macam benda boleh berlaku. Adakah lelaki ini sebenarnya ada perempuan lain di hatinya? Sebab itulah dia mengelak daripada disentuh kerana tidak mahu melukakan hati girlfriend-nya, bukan? Pelbagai telahan mula bercambah di fikiran Lara. Wajah Ashraf yang sedang memandu itu ditatapnya dengan hati yang penuh penasaran...

Akhirnya mereka menjejakkan kaki ke taman tema Genting walaupun hanya sekadar di indoor park memandangkan hari sudah lewat malam. Mereka berdua hanya berjalan-jalan di sekitar The Pavillion sambil melihat gelagat pengunjung yang sedang bermain roller coaster, ferris wheel dan beberapa permainan lain yang masih beroperasi. 

Setelah puas berjalan, mereka melepak dan minum kopi di kafe Starbucks yang kelihatan masih ramai pengunjung. 

"Puas hati dah dapat naik Genting?" Tanya Lara sambil menghirup air hot mocha. Sedap sungguh rasanya dapat menghirup minuman panas-panas ketika cuaca sejuk!

"Nope, tak puas. Satu hari nanti kita datang waktu siang pulak nak? Boleh naik kereta cable." Ashraf memandang ke wajah Lara yang sedang ketawa. Dia sudah tidak peduli dengan si Mr CEO. Apa yang Ashraf tahu, dia akan terus merebut cinta Lara daripada lelaki itu. Kata-kata Danny siang tadi menjadi peniup semangat buat Ashraf sehinggalah dia dapat menakluki hati Lara suatu hari nanti.

"Ash..." Kedengaran suara Lara lembut memanggil. "You masih lagi layan I baik-baik walaupun kita bergaduh siang tadi, kan?" Lara lihat Ashraf yang sedang menghirup minuman itu tersenyum. 

"Hmm, yeah... Kenapa?" Senyuman nipis di bibir Ashraf sungguh manis. Hati Lara cair sebentar melihatnya.

"Takdelah, I ingatkan you nak merajuk dengan I..." Sambung Lara.

"You nak tahu kenapa I nak berbaik-baik dengan you?"

Lara mengangguk. 

"Sebab kalau kita masih bergaduh, nanti I tak senang hati nak balik Johor. I tak nak tinggalkan you dalam keadaan you marah." 

Lara ketap bibir dan menundukkan kepala seolah-olah ada sesuatu yang bermain di fikirannya.

"Dan I buat semua ni sebab I cintakan you, Lara." Sambung Ashraf tetapi Lara dia lihat tersenyum sinis.

"Okay, I nak tanya you, for the last time! You ada girlfriend ke?"

Ashraf tertawa. Dia teringatkan nombor telefon Noree yang diberi mama tetapi masih belum terusik. Kenapa Lara seolah-olah ada gerak hati tentang perkara ini? Adakah secara metafora Lara memiliki sebahagian daripada tulang rusuknya yang menyebabkan rasa gerak hati itu?? Fikir Ashraf. Dia tersenyum simpul memandang Lara. Mungkin benar, yang di hadapannya ini adalah jodohnya.

"I tak ada girlfriend, I swear…! Well, I might not tell you everything, but I love you, princess. And I’m serious about it.”

Lara seperti terkedu sementelah mata mereka bertembung.

"Habis tu kenapa you mengelak masa I nak pegang tangan you tadi?? Sebab you ada hati perempuan lain nak kena jaga??"

Serentak itu Ashraf tertawa besar! Dia lihat pandangan mata Lara tajam memandangnya. Lantas dia menggapai tangan Lara menyebabkan Lara menjeling.

Mereka terdiam buat seketika.

"Princess, I takde pun perempuan lain yang I kena jaga tapi I ada nafsu yang I kena jaga. I'm sure you tak nak jadi apa-apa dalam gelap tu kan?" Ashraf tersengih nakal diikuti dengan tawa mereka berdua. Wajah Lara bertukar merah dan dia segera menyentap tangannya daripada genggaman Ashraf dan menekup muka. Malu!

"You jangan takutkan I boleh tak... I jerit nanti!" Ashraf menghaluskan suaranya dan memimik gaya Lara bercakap di Genting Sempah tadi dan saat itu juga mereka ketawa besar. Lara ketawa sehingga dia tercungap-cungap manakala Ashraf pula sehingga terkeluar air mata.

Inilah malam yang sungguh indah buat Ashraf Zildan. Kesabaran hatinya terhadap semua yang dia hadapi pagi tadi seolah-olah sudah terbalas. Betullah kata orang, kesabaran itu pahit tetapi buahnya manis.

Jam sudah menunjukkan hampir ke pukul 3 pagi tetapi tiada tanda-tanda yang mereka berdua ingin bergerak pulang...

So lepas ni kalau korang tengok bintang-bintang di langit, ingatlah Lara si Polaris n Ashraf the Polar Bear dekat atas sana ;) Ahaks!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience