Bab 34

Romance Completed 159812

The two most powerful warriors are patience and time. – Leo Tolstoy, War and Peace.

Hari berganti hari, ayat itu terus melekat di fikiran Ashraf. Sepanjang dia di Shangri-La's Rasa Sentosa Resort tempoh hari, novel War and Peace yang dia beli sewaktu penerbangannya ke Moscow tahun lalu kini sudah habis dibaca. Hari ini dia kembali menyarung pakaian seragamnya ke tubuh dan lencana sayap yang menjadi simbol kemegahannya tersisip rapi di dada kiri, menahan kaca-kaca hati yang retak di sebalik dinding dada yang bidang...

Ashraf tercegat di ruangan galley pesawat dengan tangan yang tercalit sedikit minyak hitam ketika dia membuat 'walk around' di bawah sebentar tadi. Matanya melilau mencari tisu. Ada beberapa orang kru kabin di situ tetapi mereka semua sedang sibuk membuat persediaan sebelum berlepas.

"Hi Ashraf!" 

Ashraf menghalakan pandangan ke arah suara yang menegurnya. 

"Hey... Tokey jamu!" Tegur Ashraf lantas gadis yang dipanggil 'tokey jamu' itu menjegilkan mata sambil bercekak pinggang. Kelihatan tanda namanya tertulis 'Fara'.

"Kau ni memang kurang asam, kan?! Tak habis-habis panggil aku tokey jamu! Sekali aku 'spike' air minum kau, kau pulak yang cirit-birit nanti!" Lantas, kedua-dua mereka ketawa. 

Semenjak 'insiden' Azril terkena cirit-birit pada perayaan Aidilfitri tahun lalu, Ashraf memanggil gadis itu dengan gelaran 'tokey jamu'.

"Kau kalau nak 'spike' air aku memang tak dapatlah. Aku selalu ambik mineral je. Memang aku tak percaya kalau budak-budak kru buat air." Kata-kata Ashraf itu mendapat dua reaksi daripada kru kabin di sekelilingnya. Ada yang tertawa dan ada juga yang mencebik tersinggung tetapi Fara yang tak makan saman itu terus ketawa terbahak-bahak.

Suasana gamat itu telah menarik perhatian Natasha yang sedang membuat persediaan kabin di ruang hadapan. Dia bergegas ke galley apabila terdengar suara Ashraf bergelak ketawa dengan kru kabin, satu situasi yang jarang-jarang berlaku!

"Kau nak apa datang menyibuk dekat tempat kitorang ni??" Tanya Fara.

"Tissue." Ashraf menjawab sambil menunjuk tangannya yang kotor. Ketika itu Natasha sudahpun tercegat di lorong galley tersebut. 

"Hi Ash! It's been a long time!" 

Telinga Ashraf berdesing bila mendengarkan suara itu masih lagi memanggilnya 'Ash' walaupun telah ditegur berkali-kali. Sudahlah mood-nya merudum semenjak peristiwa dia dan Lara. Cari pasal sungguh!

"Hey, I know." Jawab Ashraf sambil mengelap tangannya lantas menyambung, "And I'd love to keep it that way." Beberapa orang kru di situ hendak tergelak mendengarkan sindiran Ashraf.

"Oh, that's very nice of you starting the first sector of this flight. Thank you." Natasha pula menyindir dengan senyuman sinisnya. Dia melihat Ashraf membuang tisu yang telah diguna ke dalam tong sampah. Di raut wajah tampan yang digilainya itu terdapat satu senyuman nipis, sungguh bersahaja. 

Ketika Ashraf ingin berlalu pergi, Natasha sengaja tidak berganjak daripada lorong tersebut menyebabkan laluan Ashraf terhalang. Sedikit pun Natasha tidak peduli walaupun supervisor-nya ada di situ iaitu Fara! Wajah Ashraf tiada perasaan memandang Natasha sambil menunggu gadis itu berganjak, tetapi Natasha hanya buat bodoh dan tarik muka masam. 

"Oh, by the way." Ujar Ashraf setelah memandang wajah Natasha buat beberapa ketika. "Your eyebrows are not on fleek, bro." Sengaja Ashraf menggelarkan gadis itu dengan panggilan 'bro' sebagai signal 'friendzone' daripadanya. Kelihatan kru-kru yang lain sudah pandang-memandang.

Teguran Ashraf membuatkan gadis itu berasa tidak selesa lantas berganjak. "Like you think your comment is relevant?" Natasha mengomel sambil buat muka.

"Well, I'm sure my comment is more relevant than your existence." Ujar Ashraf selamba dan terus berlalu.

Kru yang lain mendengar terus terlopong tetapi Fara tersenyum sinis puas hati! Dia memang menyampah dengan Natasha. Sebagai Ketua Pramugari, dia ada terdengar pelbagai cerita tentang masalah displin dan perangai gedik gadis itu daripada mereka yang pernah bekerja sekumpulan dengan Natasha. Malah, ada juga khabar angin yang mengatakan bahawa Natasha pernah tidur dengan kru-kru kabin sebelum ini sewaktu 'stopover'. Fara tidak pasti sama ada Ashraf berkongsi sentimen yang sama dengannya tetapi cara Ashraf itu Fara rasakan seperti buku bertemu ruas buat gadis gedik seperti Natasha. Fara betul-betul teringin hendak bersembang dengan Ashraf tentang perkara ini apabila mereka tiba di Los Angeles nanti!

Pesawat gergasi itu membelah awan malam dengan lancar sekali. Keadaan cuaca di luar sungguh tenang dan Ashraf serta kaptennya telah pun mengaktifkan mod 'cruising'. Kini masing-masing boleh membuat hal sendiri sebelum mereka masuk ke ruang udara Taipei sebentar nanti. Mereka juga akan singgah sebentar di lapangan terbang Taipei sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi akhir iaitu Los Angeles. 

Ashraf lihat Kapten Idris di sebelahnya sedang tekun menghadap komputer riba. Rakan baik ayahnya di Singapore Airlines. Ini bermakna kali pertama dia berjumpa dengan lelaki tersebut adalah ketika dia di bangku sekolah rendah! Kapten Idris ataupun yang dia panggil sebagai 'Uncle Eid' apabila uniform tidak tersarung di badan, seringkali hadir ke majlis keramaian keluarga Ashraf jika ada peluang dan begitu juga sebaliknya. 

"How's dad, Ashraf?" Tanya lelaki itu. 

"Really kickin' ass, capt." Kelihatan kaptennya itu tertawa kecil dengan jawapan Ashraf yang membawa maksud 'sangat bagus'. 

"Bet he loves his colleagues up there." 

Kali ini Ashraf turut tertawa. Ini kerana ayahnya, Kapten Zamani kini adalah Pengarah Operasi Penerbangan yang tergolong dalam kumpulan pengurusan tertinggi syarikat. Yang menariknya, kebiasaannya kumpulan pengurusan tertinggi ini sering tidak bersepakat dengan juruterbang syarikat dalam banyak hal dan keadaan. 

"Well, it seems like he is." Jawapan Ashraf itu lantas membuatkan mereka sekali lagi tertawa.  

Selepas itu mereka kembali leka membuat hal masing-masing. Ashraf sekali-sekala memeriksa keadaan perjalanan pesawat di skrin panel kokpit. Melalui pembacaannya, ada lebih kurang 47 minit lagi untuk pesawat mereka masuk ke ruang udara Taipei. Ini bermakna jika cuaca terus mengizinkan dan tiada apa-apa arahan daripada menara kawalan, dia dan kaptennya itu boleh bebas bersantai lebih kurang 35 minit lagi sebelum menghubungi menara kawalan Taipei.

Sewaktu Ashraf memeriksa radar, matanya sepintas lalu terpandangkan bintang-bintang yang bersinar di langit luar. Hatinya remuk redam! Rasa rindu terhadap Lara datang membuak-buak. Gadis itu masih lagi menghantar SMS kepadanya setiap hari tanpa jemu seolah-olah ingin memujuk Ashraf untuk berkomunikasi dengannya. Tetapi Ashraf tidak pernah balas. Ego? Mungkin ya, mungkin tidak. Namun apa yang pasti, walaupun gadis pujaannya mencintai lelaki lain tetapi perasaan Ashraf buat gadis itu masih lagi utuh. Dia marah tetapi amarah itu sedikit pun tidak dapat melunturkan rasa cintanya terhadap Lara. 

Ashraf menghela nafas sambil matanya mencari kedudukan 'Big Dipper'. Dia ingin melepaskan rasa rindunya melalui bintang itu. Tetapi entah bagaimana tiba-tiba sahaja dia terpandang satu jaluran cahaya melintas di hadapan matanya! 

'Shooting star!' 

Hati Ashraf seolah-olah meletup umpama belon yang telah sarat ditiup dengan rasa rindu, cinta, marah dan kecewa yang bercampur baur. Tuhan sahaja yang tahu betapa dia ingin kongsi momen ini bersama Lara! Dia ingin bercerita kepada Lara yang dia ternampak 'shooting star' di dalam kokpit dan dia teringin mendengar suara bebelan Lara seperti malam mereka melihat bintang tempoh hari. Dia rindu dengan saat indah itu.

Ashraf telan liur... Tidak. Dia tidak akan sekali-kali menghubungi gadis itu lagi. Biarlah dia merawat hatinya sendiri.

Sebenarnya fenomena shooting star itu adalah perkara biasa sahaja buat semua juruterbang. Malah Ashraf sudah melihatnya beberapa kali termasuklah 'meteor shower' dan selama ini dia tidak pernah ambil kisah. Tetapi kini keterujaannya terhadap bintang-bintang hanyalah kerana seorang gadis yang bernama Lara Rizman...

Ashraf mengeluh perlahan. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dengan hati yang berat. Aplikasi 'Notes' dibuka lalu jari-jemarinya lancar menaip, melempiaskan rasa yang terbuku di hati sejak hari pertama dia berpisah dengan Lara. Empat hari yang sengsara di Shangri-La's Rasa Sentosa Resort terbayang-bayang di fikiran Ashraf. Jarinya terus menaip laju...

'Lying on my bed, couldn't close my eyes, 

I couldn't stand this pain, I couldn't hold these lies, 

Since I saw you in every corner of my eyes, 

Swallow all my pride and ego, yes I miss you...

Walking to my door, try to walk out from this pain, 

Staring at the moon with the feelings remain, 

Yet still I see you everywhere, still unchangeable, 

Eternity, infinity, till I leave this world...

Ahh... Lord, let her forever be by my side, 

Then I look up to the sky with my hands holding tight, 

Still I feel alone in this glimmering night, 

But all my pain gone when the star shining so bright,

As I stand here, as I wish upon a star, 

I close my eyes wishing you were here, 

Even you are still so far...

- AZ

Noktah. 

Ashraf tarik nafas dalam-dalam lantas menghembus perlahan. Hidupnya hampir seminggu kebelakangan ini dirasakan sungguh berat sekali... 

Satu jam selepas itu, pesawat SQ006 yang dikendalikan oleh Ashraf dan kaptennya sudah pun memasuki ruang udara Taipei dan mereka baru sahaja mendapat pelepasan daripada menara kawalan. Semuanya berjalan mengikut pelan penerbangan dan pengawal trafik udara juga telah meletakkan SQ006 itu dalam 'barisan' bersama dengan pesawat-pesawat yang lain. Masing-masing bergerak dalam titik koordinat dan altitud yang tersendiri. 

Entah bagaimana, tiba-tiba sahaja Ashraf dan Kapten Idris mendengar komunikasi radio pesawat China Airlines meminta kepada menara kawalan agar mereka diletakkan pada titik dan laluan yang sama dengan pesawat Ashraf.

Kening Ashraf berkerut. Sudahlah mood-nya kebelakangan ini tidak baik. Sengaja cari pasal!

Dia dan Kapten Idris saling pandang-memandang dan selang beberapa saat kemudian pengawal trafik udara Taipei telah mengubah hala tuju SQ006 dengan memberikan satu altitud yang baru untuk memberi laluan kepada pesawat China Airlines tadi.

Telinga Ashraf berdesing! Secara amnya boleh diumpamakan seperti pesawat China Airlines itu memotong barisan lalu menyebabkan lencongan kepada pesawat Ashraf!

"Taipei tower..!" Kata Ashraf dengan hati yang panas lantas menyambung, "Have you re-routed me seventy miles north at this late stage with extra penalty of fuel that will cost me - because YOU have cleared Dynasty 703 that has an ETA after me to the same point?!" Nada Ashraf tegas.

'Dynasty' adalah 'call sign' untuk pesawat China Airlines. Kapten Idris yang mendengar bentakan Ashraf itu memandang Ashraf dengan pandangan yang tidak percaya!

Tiba-tiba kedengaran satu suara menyambut daripada menara kawalan, "Err.. Singaporean 6, sorry... Say again?"

"Taipei tower, I say again... Why am I being re-routed and not Dynasty 703?! I am ahead of that aircraft, I have priority and I am unhappy with your instructions unless you can give me a solid reason to spend my company's money on the extra time and fuel on the re-route! Now, what is it?!" Suara Ashraf semakin tegas.

Suasana terdiam seketika dan setelah itu terdengar satu suara pengawal trafik udara yang lain mengambil alih, "Singaporean 6, you are cleared back to FL240, speed 310 knots or higher... Erm, Dynasty 703 ready to copy re-route?" 

Ashraf dan kaptennya pandang memandang dengan wajah Kapten Idris yang ceria dan sungguh kagum!

"Well, well! That was interesting! Well-done-Zil-dan!!" Kata lelaki separuh abad itu. Mereka terus memasukkan data yang diberi tadi ke dalam sistem untuk pesawat mereka kembali ke lokasi asal.

Ashraf tersenyum nipis mendengarkan ayat 'well-done-Zil-dan' itu. Hanya orang yang terapat sahaja mengetahui istilah tersebut. 

"Sorry, capt. I just feel a little bit grumpy lately." 

"Well then SQ must always want you to be grumpy all the time!" Serentak itu gelak tawa mereka meletus di dalam kokpit tersebut. 

"I'm very well trained." Kata Ashraf sedikit bangga. 

"You fucking are. You are going to be a great and kick ass captain someday, son!" Satu senyuman lebar terukir di wajah Kapten Idris. Sudah pasti perkara itu akan dia ceritakan kepada Kapten Zamani nanti! Siapa yang tidak kenal dengan 'The Z's Trio' apatah lagi dengan kehebatan First Officer Ashraf Zildan, kadet juruterbang terbaik satu ketika dahulu. The best of the best! 

Pesawat gergasi itu terus terbang dengan gagahnya merentasi awan pada malam itu... 

Kepada sesiapa yang belum tahu kisah tokey jamu tu, jemputlah baca Cerpen Raya MWB ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience