Hari panas terik. Matahari tegak atas kepala.
Bunyi kenderaan lalu-lalang kedengaran bingit terutama jika lori atau bas yang melintas di situ, sungguh kuat menerpa ke gegendang telinga!
Isk... Isk...
Air mata diseka. Pipi dan kepala terasa sakit membengkak. Lara berjalan seorangan di bahu jalan Lebuhraya Persekutuan. Dia sedang mencari perhentian bas yang terdekat tetapi jalanraya itu seolah-olah tiada penghujung! Sesekali tangan menyeka lagi butir air yang luruh di pipi.
Kereta Bentley hitam telahpun pergi. Kejadian sebentar tadi masih segar terbayang...
Saat Lara terhenyak masuk ke dalam perut kereta mewah itu, pipinya terus dicengkam kuat oleh seorang wanita. Lara terkejut dan kaget. Degup jantungnya berdetak laju.
"Lara Rizman." Wanita yang memakai business suit bersama skarf Versace di kepala tersenyum sinis sambil mengetap gigi. Kuku dibenam lebih dalam di pipi Lara.
"Argh, sakit!" Lara cuba meronta namun cengkaman semakin kuat menyebabkan dia tidak jadi melawan.
"Tahu sakit?! Hati aku ni lebih sakit daripada ni tau tak?!!" Tengking wanita itu. "Wan, window shield please." Katanya kepada si pemandu pula. Lelaki jaket hitam yang duduk di sebelah pemandu hanya mendiamkan diri.
Selepas pemuda yang dipanggil 'Wan' itu menekan sesuatu pada panel dashboard kereta, kedengaran bunyi mekanikal diikuti dengan selapis penghadang titanium turun di belakang keempat-empat tingkap kaca. Pemandangan di luar sudah tidak kelihatan lagi, jantung Lara semakin berdebar. Dia tahu dia tidak boleh berbuat apa-apa, jika tidak mungkin buruk padahnya.
Kereta terasa bergerak laju setelah meninggalkan perkarangan bangunan KLCC, menuju entah ke mana.
"Hei, perempuan jalang! Kau mesti tahu siapa aku kan?!" Mata dijegil dengan tangan yang masih mencengkam wajah Lara.
"Mana aku tahu! Kau siapa?! Kau nak apa?!"
"Jangan buat-buat tak tahu, Lara Rizman! Kau ingat aku datang cari kau ni sebab nak kidnap engkau?! Perempuan murah macam kau ni tak ada nilai tahu?!! Jalang!!!" Perkataan 'jalang' itu ditempik bagai hendak terkeluar anak tekak.
Sebenarnya Lara dapat mengagak bahawa wanita ini adalah isteri Huzaimi. Cuma dia tidak sangka wanita seagresif ini adalah pendamping hidup lelaki itu...
Plak!
Lamunan terhenti apabila kaki Lara terpelecok akibat tumit kanan kasut tingginya terpatah. Dia mengaduh dan ketika membongkokkan badan untuk mengambil kasut, titis air mata jatuh lagi, meresap ke jalan tar yang memanas. Lara cuba mencabut kedua-dua belah tumit kasut lalu dibuangnya ke dalam semak di tepi bahu jalan.
'Aduh, panasnya...' Kepala terasa berbahang. Matanya mengecil untuk melihat kalau-kalau ada bayang perhentian bas di depan sana tetapi hanya besi pembahagi jalan, longkang dan semak samun saja yang kelihatan. Malah, tidak ada tempat pun yang boleh dia berteduh buat seketika. Lara meneruskan langkah...
"Dengar sini, perempuan jalang... Aku nak tanya engkau sekali lagi... Engkau tahu tak aku ni siapa? Hah?!! Engkau tahu tak?!!" Tangan yang mencengkam pipi Lara digoncang kasar menyebabkan kepala Lara terhoyong-hayang.
Lara cepat-cepat mengangguk dalam ketakutan. Perempuan di sebelahnya ini memang macam orang gila!
"Haa, tahu yea?! Siapa?! Hah?! Cakap, aku ni siapa?!!" Selepas menggoncang kepala Lara beberapa kali, wanita itu melepaskan tangannya menyebabkan kepala Lara terhantuk pada dinding kereta.
"Ouch!" Lara mengaduh, darahnya menggelegak namun ditahannya perasaan marah itu. Dia tidak mahu bertindak melulu. Keadaan di dalam kereta mewah itu dirasakan tidak selamat.Â
"Tell me who I am!!"
"Isteri Huzaimi!" Suara Lara turut meninggi.
"Aku suruh kau sebut nama aku!"Â
"Mana aku tahu!"Â
Wanita itu tiba-tiba tertawa sinis. "Oh... Tak tahu ye? Nama bakal madu sendiri pun tak tahu?" Pandangan mata mereka bertembung.Â
Beginikah isteri Huzaimi Ariffin? Perempuan psiko! Fikir Lara.Â
"Tempat dekat luar ni kau tahu?"Â
Serentak itu juga, penghadang titanium tadi terbuka. Lara terus menyorotkan pandangannya ke luar dan dia berasa sungguh terkejut melihat rumah kuarters kerajaan yang didiami ibunya! Rumah itu kelihatan sepi kerana pada waktu ini ibunya dan Najmi ada di sekolah.Â
"Kenapa kau bawak aku dekat sini?" Nada suara Lara tegas tetapi isteri Huzaimi ketawa.Â
"Saja!" Katanya dengan wajah yang ceria sambil mengangkat bahu lalu menyambung, "Nak bawak perempuan desperate nak jadi kaya macam kau ni naik Bentley. Kereta laki aku tu Mercedes je... Berlambak-lambak atas jalanraya. Kereta ni kalau kau nak tahu kalis peluru tau, custom-made. Kedap, mampat! Kau nampak window shield tadi, kan? Kalau aku nak bunuh kau dekat dalam kereta ni pun takde siapa yang nampak! Takde siapa yang tahu! Kau jangan ingat aku main-main."
Pandangan mata Lara tajam umpama helang menyembunyikan ketakutannya. Waktu itu, dia terpandang beg tangan Birkin yang berharga ratusan ribu ringgit dengan huruf 'initial' SM di 'key holder' beg tersebut. Pasti 'initial' nama perempuan gila ini, fikir Lara.Â
"Wan, next destination please."Â
"Baik, puan."Â
Perlahan-lahan kereta super mewah itu mula bergerak.Â
"Tapi aku tak bodohlah nak bunuh kau dalam kereta mahal ni... Mulia sangat untuk perempuan murahan macam kau mati dalam Bentley!"
"Stop talking nonsense-lah! Aku tak desperate pun nak kaya sebab tu aku tolak offer Huzaimi untuk jadi pengarah dalam syarikat dia! Dan pasal hubungan kami ni pun kau dah salah faham. Huzaimi yang tipu aku selama ni! Aku yang putuskan hubungan selepas aku tahu yang dia tu dah kahwin! Kau tak boleh salahkan aku dalam hal ni!"
"Oh!" Wanita itu buat-buat terperanjat. "Baiknya kau ni... Tak padan dengan status jalang." Ujarnya lembut. "But sadly, that is not how I calculate. Pada aku, sesiapa saja yang menyakitkan hati aku, secara sengaja atau tak sengaja, sedar atau tak sedar, orang tu kena tanggung akibatnya. Sebabnya... Hati aku dah sakit... Jadi, aku nak orang rasa apa yang aku rasa. Malah, kalau boleh aku nak orang tu merana lebih lagi, sampai puas hati aku..." Senyum.
"Apa kau cakap ni?!" Kening Lara berkerut dan wajahnya penuh tanda tanya.Â
Saat itu juga, kereta Bentley itu tiba di sekolah ibunya yang terletak tidak jauh daripada kuarters kerajaan tadi.Â
"Mak kau kerja dekat sini, kan? Adik kau pun sekolah dekat sini, kan?"Â
"Kenapa?! Kau nak buat apa dengan diorang?! Kau jangan libatkan keluarga aku, diorang takde kena-mengena! Ini antara kau, aku dengan Huzaimi!"Â
"Oh, takde kena-mengena?! Anak aku sekarang yang dah sebulan tak jumpa bapa dia disebabkan kau! Kami bergaduh besar disebabkan kau dan sebulan laki aku tak balik ke rumah disebabkan kau!! Apa kena-mengena dengan anak aku?! Tapi dia tetap jadi mangsa keadaan kan?!!"
"Itu sebab Huzaimi sendiri yang bodoh-"Â
"Dia jadi bodoh sebab perempuan jalang macam kau!!"Â
"Apa masalah kau ni?!! Aku bukan nak rampas laki kaulah, sial!!" Amarah Lara sudah tidak tertahan lagi tetapi ketika itu juga;
Pang!
Pipi terasa pedih dan telinga Lara berdengung.Â
"Berani kau panggil aku sial?!! Hah betina?!! BERANI KAU?!!!"Â
Rambut Lara ditarik sehingga Lara mengaduh kuat.Â
"Kau siapa nak panggil aku sial?!! Aku anak Tan Sri Mansoor!! Kau tu siapaaa?!! Hah?!! Hah?! Hah?!!" Muka Lara ditampar kuat berkali-kali dan Lara cuba menghalang dengan tangannya.
"Baik!! Sial ye?! Okay, kita tengok siapa nanti yang dapat sial! Kau tunggu!!" Lalu kepala Lara dilepaskan dengan kasar sehingga terhantuk sekali lagi pada dinding kereta. "Wan, final destination please!"Â
Kereta mula bergerak, semakin lama semakin laju. Kali ini Lara mula berasa kecut perut. Adakah dia akan mati pada hari ini? Degup jantung bagaikan hendak pecah.
"Dengar sini, Lara Rizman. Ini amaran yang tersangat keras daripada aku untuk kau!"
Lara menatap wajah yang menyinga di hadapannya. Rambutnya sudah kusut masai.
"Aku tahu SEGALA BENDA tentang kau dan orang-orang sekeliling kau, termasuklah boyfriend Petronas kau tu! Kalau kau bocorkan tentang aku pada diorang... Aku akan 'lenyap'kan diorang dari muka bumi ni! Dan kalau kau laporkan pada polis, kau yang akan 'lenyap'! Aku serius!"
Lara telan liur dan ketap gigi kuat-kuat. Geram! Keadaan terdiam buat seketika.
"Hmmph... Kau tak kenal aku siapa, Lara... Ops, silap. Kau tak kenal 'dunia' aku macam mana. Aku ni... Erm... Tak pernah kalah sebab aku tak suka kalah."Â
Lara hanya terdiam dan terus memasang telinga.Â
"Dan kalau aku hampir kalah, aku akan cantas orang tu dalam apa cara sekalipun... Termasuklah kalau perlu 'melenyapkan' mereka."
Suara itu kedengaran perlahan tetapi diucap dalam nada ugutan.
"Aku ada duit, Lara... Aku boleh beli semua benda dalam dunia ni. Bukan setakat kebendaan je. Respect, loyalty, support, semuanya boleh dengan..." Dia menggeserkan ibu jari dan jari telunjuknya. "Duit!"
Waktu ini Lara terasa jijik dengan sosok ini! Bagaimana Huzaimi boleh berkahwin dengan perempuan seperti ini?!
"Well... Itulah hakikat dunia, manusia memang sentiasa laparkan wang. Dan kau jangan ingat polis boleh bantu kau sebab dekat Malaysia ni, semua benda boleh settle dengan duit. Kita ada private investigator, hitman pun... Erm, tak seramai PI tapi ada dan kalau diorang buat kerja, polis pun tak dapat hidu. So welcome to my world!" Senyum.Â
Psiko! Patutlah Huzaimi cari lain, fikir Lara.
"Dengar sini baik-baik, aku nak buat perhitungan dengan kau. Aku akan cakap pada Huzaimi yang aku benarkan dia berkahwin dengan kau. Sebabnya... Mudah! Nama aku ni memang dah busuk dalam family Huzaimi. Jadi kali ni, aku nak jadi 'isteri mithali' di mata Huzaimi dan family yang lain. Tapi kalau kau setuju atau termakan dengan pujukan dia untuk bermadu dengan aku..."Â
Kata-kata itu terhenti di situ dan Lara lihat wanita itu membuat isyarat 'potong leher'.Â
"Wan, berhentikan kereta dekat tepi ni..." Kata wanita itu lantas pemandu itu terus menurut.Â
"Kau boleh keluar sekarang daripada kereta aku! Erm... Ingatkan nak hantar kau sampai ke Kolej Mawar, tapi aku terfikir pulak... Kau kan ada kawan yang sanggup susah senang bersama. Kau telefonlah kawan baik kau si Zieta tu, suruh dia ambik kau dekat tepi jalan ni. Kalau tak, kau cubalah telefon si Khyra kot-kot dia tak fly hari ni..."Â
Air wajah Lara berubah. Sampai begitu sekali perempuan psiko ini 'korek' segala macam tentang dirinya!Â
"Eh, nanti!"Â
Lara yang baru saja hendak membuka pintu kereta, terhenti.Â
"Ingat ye, Lara. Kita tak akan berjumpa buat kali kedua. Never! Kalau kau buat benda bodoh, orang aku yang akan cari kau. They will do the 'cleaning'. So, don't be stupid or do anything stupid."Â
Kelihatan Lara mengetap bibir. "Sebelum aku keluar, aku nak tahu satu perkara." Suara bergetar akibat menahan amarah yang membara.Â
"Hmm, okay! Apa dia?"
"Sampai bila aku terikat dengan keadaan macam ni? Aku sebenarnya tak nak terpalit langsung dengan kau, laki kau dan 'dunia' kau ni, tahu tak?!" Lara lihat bukan sahaja perempuan psiko itu ketawa, malah si jaket hitam itupun ikut ketawa sama.Â
"Oh, senang je... Sampai lakonan 'isteri mithali' aku ni menjadi pada Huzaimi, keluarga mentua dan ipar duai aku... Dan jugak bila Huzaimi berhenti mengaruk gilakan kau, aku akan lepaskan kau. Pendek kata, aku nak suami aku yang dulu. Yang boleh aku control dengan duit, macam sebelum dia tergila-gilakan kau! Tapi ingat, kalau kau beritahu dia pasal pertemuan kita hari ni... Sama ada kau, ibu, Najmi, Dhafi... Atau Fahd! Tak kan terselamat daripada aku."Â
Saat ini Lara berasa sangat bersyukur kerana sekurang-kurangnya Ashraf tidak terbabit dalam situasi ini!
Lara mengangguk dan melangkah keluar daripada kereta mewah tersebut bersama gelora perasaan yang menghempas dada bagaikan tsunami......Â
"Wan, saya tak jadi ke office Shah Alam. Patah balik ke Sri Damansara."
"Baik, puan."
Wan segera mengangguk dan waktu itu juga, wanita itu membuat satu panggilan menerusi rangkaian satelit Bentley. Bunyi telefon di hujung talian kedengaran bertalu-talu di dalam kereta tersebut.
"Hello Puan Sharina." Jawab satu suara.
"Anis, you dapat tak email yang I hantar pagi tadi? Yang ada alamat email tu?"
"Oh, ada puan."
"Okay. Tolong arrange appointment dengan client tu. Outside ye, bukan dekat office. Erm, I'm okay to follow his suggestions, anywhere. Luar KL pun takpe."
"Oh, okay puan. Noted."
"Thanks."
Lantas Sharina mematikan talian dan mencapai telefon bimbitnya pula. Dia membuka lembaran SMS dan menaip sesuatu.Â
'Bang... Semalaman ayang tak tidur... Ayang dah fikir habis-habis... Kalau betullah takdir ayang terpaksa bermadu... Ayang redha... Ayang minta maaf kalau ayang banyak berkasar dengan abang selama ni... Mungkin itulah kelemahan ayang yang membuatkan cinta abang beralih arah... Tapi ayang tak boleh hidup tanpa abang, apatah lagi anak kita... Ayang akan terima perempuan tu seikhlas hati ayang. Ayang janji.. Biarlah kali ni ayang berkorban perasaan dan ayang lakukan ni semuanya untuk abang demi untuk menebus kesilapan ayang... Abang baliklah rumah, dah lama abang tak balik... Kita boleh discuss elok-elok dan capai kata sepakat. Ayang tunggu abang, ya...'
Jarinya menekan butang 'Send' dan selepas itu, telefon bimbit itu dibaling kuat ke dinding kereta sehingga pecah berderai!
'Celaka!!!!' Dada Sharina turun naik menahan amarah yang meluap-luap. Belum pernah lagi dia tunduk dengan suaminya. Kali ini terpaksa juga dia korbankan segala ego demi memastikan kemenangan berpihak padanya...
*Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *
From:
To:
Subject: PRINCESS, I MISS YOU! :D
Hi princess,
I miss you so much!! MWAH!!! :-* LOL!
Where have you been? Handphone you hilang ye? Feel like I've been searching for you for the longest time ever! Call or SMS me yeah 012 2274 7400
Tapi esok I kerja tau. Flight to AMS, kena fly dengan papa! Hoho! :o) You SMS ajelah, sampai AMS I will call you, okay.
Jari Ashraf berhenti menaip. Entah kenapa hatinya tiba-tiba berasa gusar. Perasaan tidak enak. Kenapa? Dia sambung menaip.
How are you, princess? You know what, the first 24 hours without you was like hell for me. I risau, asyik fikir terjadi apa-apa pada you. But then Haris said maybe you lost your handphone and using a new number. Bijak jugak dia tu :) Ini pun nasib baik I terjumpa balik kertas yang simpan details you masa pergi Tawau dulu :))
I rindu sangat pada you. Feel like giving you my polar bear hug, a real one when we meet! ;) So hit me back, k baby? Rindu sangat, sumpah! :-*
Love you. I'll wait for your reply.
Ash.
Ashraf tekan butang 'Send' yang tertera di skrin komputer ribanya dan sekelip mata, lembaran rindu buat Lara telahpun dihantar.
Ashraf benar-benar berharap agar email tersebut akan dibaca Lara dengan segera tetapi entah kenapa dia berasa tidak sedap hati bagaikan ada sesuatu yang tidak kena...
* * * * *
Mata Lara menangkap papan tanda kecil di tepi penghadang jalan yang menunjukkan terdapat stesen minyak Petronas satu kilometer di hadapan. Dia berasa lega sedikit. Sekurang-kurangnya dapatlah dia berteduh dan membeli minuman. Cuaca sungguh panas sehinggakan kepalanya berasa pening.
Entah bagaimana, tiba-tiba sahaja sebuah kereta berhenti ke tepi. Pemandunya yang merupakan seorang wanita pertengahan umur menurunkan tingkap kereta lalu menegur Lara.
"Cik! Cik nak pergi mana? Kalau cik cari bus stop, saya boleh tum-"
"Tak nak!! Pergi! Pergi!! Jangan...!!" Jeritan dan tangisan Lara tenggelam timbul bersama bunyi kenderaan lalu-lalang. Dia menggeleng sambil memegang kepala yang sakit. Kejadian sebentar tadi membuatkan dia berasa sungguh trauma untuk menerima pelawaan tersebut!
Melihatkan keadaan Lara begitu, pemandu wanita itu mengangkat tangan tanda minta maaf dan segera beredar.
"Ashhh!!!"
Lara meraung sekuat hati, melepaskan segala beban yang terbuku semenjak tadi. Dia akhirnya melutut ke tanah sambil menekup muka, menangis teresak-esak.
"Huuu.... Ash, I takut... Huuuu....."
Tangisan kedengaran sungguh sayu...
Sedikit renungan: Kita memang selalu nak kan yg indah2 dlm hidup, tp hakikatnya ujian akan tetap dtg... :) Watak Lara adalah watak 'punching bag' kehidupan dan dia selalu 'dibelasah' teruk. Namun sbg manusia yg kerdil, apalah daya. Harus hadap dan terima. Mungkin drpd situlah timbulnya redha. Lelaki itu cuma gagah pd fizikal, tp kecekalan hati seorang perempuan kadang-kala melebihi tanggungan seorang lelaki ;) Itulah mesej yg terselit di sini :)
Share this novel
tqvm author