Bab 20

Romance Completed 159812

Ashraf gembira bukan kepalang.

Sebaik sahaja kapal terbangnya masuk ke parkir Changi Airport sebentar tadi, entah kenapa dia tergerak hati untuk mengaktifkan telefon bimbitnya dengan segera. Rupa-rupanya, ada sesuatu yang sedang menanti. Ashraf membaca mesej tersebut sekali lagi dengan senyuman lebar di bibir. Rasa seperti tidak percaya.

'Hi Ash... You know what... Let's meet up? :)' - Beautiful specimen

Walaupun mesej itu pendek dan ringkas, tetapi impaknya sangat besar buat diri Ashraf. Hatinya berasa sungguh teruja! Waktu yang tertera pada SMS itu ialah 22:37, bermakna mesej tersebut dihantar pada pukul 10.37 malam tadi waktu tempatan. Ketika itu, Ashraf sedang berada di atas awan!

Selesai sahaja menandatangani laporan penerbangan SQ 323 daripada Amsterdam ke Singapura, Ashraf berjalan keluar daripada perut pesawat gergasi Boeing 747-400 terbabit. Cuaca tengahari yang panas terik dan haba dari luar boarding tube berkenaan terasa mencengkam kulit, tetapi sedikit pun tidak Ashraf endahkan. Dia terasa dirinya diawang-awangan sambil jari-jemarinya sibuk menaip sesuatu...

'Oh wow! You surprised me. Pick a date then, princess ;)'

Butang 'Send' ditekan.

Wajah Ashraf berseri-seri walaupun dalam kepenatan yang amat sangat. Setelah hampir enam bulan mengenali gadis 'seat 22B' itu menerusi telefon, akhirnya dia dan Lara bakal bersua muka! Ashraf berasa sangat teruja tetapi dalam pada masa yang sama, rasa gugup mula mencengkam sedikit di hatinya.

Tidak lama kemudian, terasa telefon bimbitnya bergetar.

'Hi you :) Baru sampai ye? You suruh I pick a date? Erm... I tak tau macam mana jadual kerja you. So, I tak tau macam mana nak pick a date.' - Beautiful specimen

Ashraf tersenyum lagi sambil jarinya mula membalas...

'Yes, I baru touch down. Going home now. You just choose any date that suit with your timing, princess. I will try to accommodate that.'

Selesai sahaja menaip balasan untuk Lara, Ashraf membuka satu lembaran SMS yang baru.

'Yo brah! Guess wut... She's asking me out. I'm goin' KL to meet her soon. I'm stoked! :))'

'Message sent'.

Ashraf tersenyum sendirian bila membayangkan riak wajah ceria Danny apabila lelaki itu membaca SMS-nya nanti.

Dia terus berjalan menghala ke laluan penerimaan bagasi buat kru-kru penerbangan di Terminal 3 tersebut. Apabila matanya menangkap beg bagasi Samsonite miliknya yang berwarna hitam, Ashraf segera menarik beg tersebut sambil berjalan dengan langkah yang kemas. Kelihatan sekeping tag kertas yang tertera tulisan 'Crew' tersangkut di tempat pemegang.

"Hi, Ashraf! Signing off for the day?" Tegur salah seorang juruterbang yang turut berada di tempat penerimaan bagasi kru tersebut. Entahkan dari ceruk dunia mana mereka tiba, semuanya bertumpu di situ untuk mengambil beg bagasi masing-masing.

"Hi, capt! Yeah, until the next one. Carpe diem, capt!" Ashraf mengangkat topi pilot-nya sedikit lantas berlalu daripada situ.

"Yeah, catch ya around, man!" Balas kapten mat saleh tersebut.

Waktu itu juga, telefon bimbit Ashraf sekali lagi menerima notifikasi SMS masuk. Mungkin balasan SMS daripada Danny ataupun Lara. Ashraf menyeluk poket seluarnya...

'Okay. Kalau ikutkan, I prefer hari Sabtu atau Ahad sebab I takde kelas. So, you decide-lah weekend mana yang sesuai dengan schedule you. Kot-kot weekend yang you takde flight ke...' - Beautiful specimen

'Weekend yang tak ada flight??' Getus Ashraf. Senyumnya makin lebar dan dia rasa ingin melompat sahaja!

Ashraf berjalan menuju ke arah deretan teksi selepas membayar kupon teksi di kaunter. Hari ini tiada satu pun kereta di tempat letak kereta mereka bertiga. Ayah dan abangnya sedang offday manakala Ashraf pula dihantar oleh Haris yang kebelakangan ini kerap pula pulang ke Taman Serene pada hujung minggu. Dan setiap kali berpeluang menghantar Ashraf bekerja, adiknya itu pasti akan memandu kereta sport-nya. Ini bermakna kereta Mazda RX8 Ashraf sekarang berada di Taman Serene!

'Hmm... Kalau pergi KL, bolehlah test drive for long distance kereta aku tu nanti.' Getus Ashraf dalam hati. Tangannya membuka pintu teksi di hadapannya.

"Uncle, Aquarius By The Park, please. Thank you." Kata Ashraf kepada pemandu teksi yang berbangsa Cina itu. Lelaki tua itu mengangguk sambil perlahan-lahan meninggalkan kawasan lapangan terbang tersebut. Jari-jemari Ashraf terus membalas mesej Lara sebentar tadi dengan senyuman yang tidak putus-putus dari bibirnya...

Setiba sahaja Ashraf di kondominium abangnya, dia membuka pintu sambil memberi salam. Kelihatan rumah itu sunyi sepi. Ashraf melangkah masuk sambil mengheret beg bagasinya.

Mata Ashraf mengamati ke setiap ruang rumah namun, bayang abangnya Azril tidak kelihatan.

"Ril..." Panggil Ashraf.

Dia menghampiri meja konsol lalu meletakkan topi pilot-nya bersebelahan dengan topi pilot milik abangnya.

"Ril...?!" Panggil Ashraf sekali lagi. Kali ini suaranya dikuatkan, namun masih tiada jawapan.

Ashraf terus berjalan ke arah bilik tidur Azril seraya mengetuk pintu beberapa kali.

"Come in!"

Suara Azril sayup-sayup menyahut dari dalam.

Apabila daun pintu dikuak, Ashraf lihat abangnya itu sedang duduk di meja belajar sambil menatap sebuah buku. Perlahan-lahan dia menghampiri Azril sambil menanggalkan epaulet di bahu. Matanya mengamati buku yang berada di hadapan Azril.

"Kau ada base check ke?" Tanya Ashraf.

"A'ah." Azril hanya menjawab pendek.

'Base check' adalah ujian yang harus diduduki oleh juruterbang untuk setiap enam bulan. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu 'computer base training' di mana mereka harus menjawab soalan-soalan seperti dalam peperiksaan dan satu lagi bahagian dipanggil 'flight simulation' atau simulasi penerbangan. Semasa simulasi itulah juruterbang akan diuji skil mereka untuk menerbangkan pesawat dalam keadaan-keadaan tertentu seperti ribut dan angin lintang ataupun dalam situasi kecemasan seperti kegagalan fungsi enjin dan sebagainya.

Namun bagi Ashraf, ujian tersebut tidak pernah membuatkan dia risau kerana semua selok-belok dalam buku manual kapal terbang itu dia sudah khatam berkali-kali selain daripada mempunyai skil dan kecekapan yang baik untuk mengendalikan simulasi.

"Ooo, ada base check rupanya... Patutlah rajin semacam je study." Ashraf tersenyum mengejek manakala Azril pula buat bodoh. Dia melabuhkan punggungnya di birai katil Azril.

"Bila base check kau ni?"

"Erm... Lusa." Azril menjawab tanpa memandang wajah Ashraf.

"I see... Heh! Dah dekat dua bulan aku tak pegang manual ni." Ashraf tersengih memandang buku yang ditatap Azril. Mana tidaknya, kini waktu Ashraf sudah dibelah bahagi dengan waktu bergayutnya bersama Lara. Jika tidak, salah satu aktivitinya ketika hari offday adalah membelek manual!

"Hah, nerdy! Aku pulak, dah dekat setengah tahun tak pegang manual ni!" Ejek Azril lalu membuatkan Ashraf tertawa sendiri.

Bagi Ashraf, segala benda yang tertulis di dalam manual kapal terbang itu umpama satu kisah pengembaraan yang tidak jemu dia baca berulang kali. Dan kerana itulah Ashraf sudah dapat menghafal dan memahami dengan baik setiap inci maklumat yang tertulis dalam buku tersebut. Biarlah kalau orang hendak memanggilnya budak 'nerd', so what??

Suasana sepi seketika...

"How was your flight? Dari mana ni?" Azril mengamati wajah dan pakaian seragam Ashraf.

"AMS. Kena go-around masa nak landing tadi." Jawab Ashraf sambil menekup muka dan mengusap tapak tangannya ke rambut yang hitam berkilat. Jelas wajahnya keletihan. Kedengaran Azril pula ketawa.

"Kenapa go-around?" Tanya Azril dalam senyumannya. Matanya dipandang tepat ke wajah Ashraf.

"Weather teruk hari ni... Crosswind."

"Whoo..." Azril senyum sambil buat muka mengejek. Ashraf terus merebahkan separuh badannya di atas katil manakala kakinya pula masih mencecah lantai.

Mendaratkan pesawat sewaktu keadaan angin lintang bukanlah satu perkara yang mudah. Jika tersilap langkah, kadang-kala ia boleh menyebabkan kemalangan ketika pendaratan. Tetapi... Siapa yang tidak kenal dengan First Officer Ashraf Zildan dan skil pendaratannya yang terhebat?

"Ril, malam ni jom ikut aku balik rumah?" Ashraf terus melompat bangun menghadap abangnya yang sedang menelaah. Muka Azril berkerut seribu memandang tajam ke wajah Ashraf.

"Aku tengah study-lah, gila!" Kata-kata abangnya itu membuatkan Ashraf tertawa.

"Alaa, kau tengah study yang mana? Kita discuss dalam kereta jelah malam ni. Kau nak tau pasal apa? Aku brief dekat kau pasal EFATO, FORDEC decision making dengan semua emergency procedures! Boleh??" Ashraf cuba pancing.

"Kau ni macam ace je kan?"

"Aku the best cadet-lah, sohai!" Potong Ashraf. Serentak itu, kedua-dua beradik itu tertawa.

Azril menggeleng kepala dalam tawanya. Begitulah adik-beradik. Bila di belakang Ashraf dan di depan juruterbang lain, kemain menggunung dia memuji Ashraf dengan mengatakan adiknya itu seperti tahap 'al-hafiz' boleh menghafal manual pesawat dan sebagainya. Tetapi bila di depan Ashraf, dia akan memperlekeh dan mengutuk Ashraf habis-habisan. Namun begitu jauh di sudut hati, Azril akui yang adiknya itu memang salah seorang daripada juruterbang terbaik dan mempunyai prestasi yang cemerlang di Singapore Airlines walaupun pada asalnya ayah mereka tidak membenarkan Ashraf untuk menjadi juruterbang!

"Yang kau nak balik rumah ni apasal?"

"Aku nak ambik kereta aku."

"Kenapa kereta kau dekat sana?"

"Aku pergi kerja hari tu dari rumah. Haris yang hantar aku."

"Patutlah aku balik kerja hari tu takde kereta langsung dekat parking airport! Siot betul!" Rungut Azril.

"Iye, aku balik tadi pun naik teksi."

"Eh, kejap. Kereta kau kereta baru kan?"

"A'ah, kira barulah jugak. Jomlah hantar aku balik rumah... Awek baru aku tu. Rindu!" Ashraf sengih.

"Okay, boleh. Tapi masa balik ke sini semula, kau kena bagi aku test drive kereta kau. Kau bawak kereta aku."

"Eh, tak boleh!"

"Apasal tak boleh pulak?"

"Esok aku nak pergi KL."

"Hah?? Pergi KL??" Mulut Azril ternganga manakala si Ashraf pula sudah tersenyum lebar sambil mengangkat kening!

*          *          *          *          *

Lara berdiri di hadapan sebuah mesin ATM Maybank di pusat membeli-belah Subang Parade itu. Tangan kirinya sarat memegang beberapa buah beg kertas berisi baju blouse, dress dan kasut stiletto yang dibelinya sebentar tadi. Mana tidaknya dia ber-shopping sakan, sewaktu makan tengahari bersama Huzaimi tadi, lelaki itu memberi wang sebanyak dua ratus ringgit sebagai tambahan buat Lara shopping. Lara tersenyum sendirian mengenangkan keletah Huzaimi sambil dia menekan butang 'Pertanyaan baki' di mesin ATM tersebut...

Baki: RM438.75

Hati Lara melonjak girang apabila melihat baki akaunnya. Ternyata ayahnya sudah mula memasukkan wang belanja bulanan sebaik sahaja semester dibuka. Tetapi Lara gembira bukan kerana dia ingin menggunakan wang tersebut.

Jari runcing Lara menekan butang 'Pindahan' dan selepas itu, dia menekan pula angka dua ratus untuk dipindahkan ke dalam akaun bank ibunya.

Duit belanja buat adik-adik. Tetapi Lara tidak akan beritahu kepada ibunya. Biarlah wanita itu tersedar sendiri. Kalau ditanya, baru Lara akan jawab.

Kalau turutkan hati dia hendak pindahkan kesemua wang belanjanya itu tetapi Lara tidak mahu ibunya mengesyaki apa-apa. Sekurang-kurangnya, jika wanita itu bertanya dari mana dia dapat lebihan duit, Lara akan katakan saja daripada Huzaimi.

Setelah transaksi pindahan di akaun Maybank itu berjaya, Lara masukkan pula kad ATM RHB-nya lalu mengeluarkan wang sebanyak tiga ratus ringgit daripada akaun tersebut.

Ketika menunggu slip transaksi keluar, tangan Lara mendail nombor Pak Samad, pemandu peribadi Huzaimi...

"Hello Pak Samad... Pak Samad boleh tolong ambik saya sekarang? Ye, saya dah habis shopping, nak balik UiTM." Ada sedikit tawa kecil di hujung ayat Lara. "Encik Huz dalam meeting lagi kan? Okay, saya tunggu dekat entrance Pak Samad ambik Encik Huz tengahari tadilah, boleh? Baik, thanks Pak Samad..."

Ketika dia memutuskan talian, slip kertas sudahpun dimuntahkan keluar daripada mesin tersebut. Matanya membaca tulisan yang tertera.

Balance: RM7,290.34

Hasil daripada dua photoshoot bikininya dua bulan yang lalu. Kini hal-hal perbelanjaannya di UiTM sudah tidak menjadi hal buat Lara. Jika selama ini dia memerlukan RM400-RM500 sebulan, kini wang yang dia ada sudah lebih daripada cukup untuk menampung perbelanjaannya sehingga tamat belajar! Namun begitu hal ini akan tetap menjadi top secret dalam hidup Lara. Malah, Zieta dan Khyra juga tidak mengetahuinya!

Lara mengonyokkan kertas itu dan membuangnya ke dalam tong sampah. Dia terus mengorak langkah menuju ke pintu masuk utama pusat beli-belah tersebut untuk menunggu Pak Samad tiba...

"Kau ni macam ace je kan?" "Aku the best cadet-lah, sohai!" Potong Ashraf. Serentak itu, kedua-dua beradik itu tertawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience