Bab 23

Romance Completed 159812

"You nak dessert?"

Ashraf tiba-tiba bertanya ketika mereka berdua sedang rancak berkongsi cerita tentang diri masing-masing sambil bergelak ketawa.

"No, thanks. I kenyang makan lasagna tadi. I cuma nak plain water je."

Lantas Ashraf memanggil pelayan restoran yang ada berhampiran dengan mereka.

"Miss, two Evians please. And... Umm, one hot latte. You want any drinks, Lara?"

"Nope, I'm good." Lara senyum.

"Yeah, two Evians and a hot latte. Thanks."

"Okay. You're welcome, sir." 

Pelayan itu terus berlalu.

Tiba-tiba telefon bimbit Lara berbunyi.  Ada satu SMS menerjah masuk, Lara lantas membukanya. 

'Dear, I kena pergi Kuantan. Urgent meeting. So Pak Samad tak dapat ambik you petang ni di stesen tau. Kami nak gerak sekarang.' – Abg Huzaimi

Jari-jemari Lara mula menaip laju.

Ashraf memerhatikan sahaja wajah Lara yang sedang leka dengan telefonnya. Hatinya terasa lapang. Selepas pertemuan pertama di KLIA, hari ini dia telahpun jatuh cinta sekali lagi pada gadis di hadapannya ini...

"So..." Lara meletakkan telefon bimbitnya ke tepi. Dia menangkap renungan mata Ashraf lantas tersenyum.

"Back to your story just now... Erm, tiga orang pilot dalam family korang??" Wajah Lara seakan terkesima. Ashraf terus tertawa!

"Yeah! Actually my parents disapproved me because we already have two pilots in the house... But I always wanted to be a pilot since I was a kid. They kinda discouraged me at first! My mom said kuota pilot dalam famili kita dah cukup." Dia dan Lara tertawa bersama.

"Dia selalu bising sebab kitorang bertiga selalu tak ada masa raya. Tapi raya tahun lepas yang paling dia emosi... Adoi...!" Ada sedikit tawa kecil di hujung ayat dan selepas itu Ashraf menyambung, "Abang I sampai terpaksa sakit sebab nak dapat MC on the first day raya! My dad dapat swap flight dengan kawan dia, I pulak sampai Changi tengahari raya, tapi mamat tu flight dia sepatutnya malam raya! At last, terpaksalah dia korbankan diri! Sengal! Kelakar betul!"

"Korbankan diri macam mana?" Lara mengerutkan keningnya.

"Dia ada best friend budak cabin crew. Budak tu bagi dia minum teh kurus. Cirit-birit sampai lembiklah mamat tu! Tu yang dapat MC tu!"

Serentak itu juga mereka ketawa berdekah! Lara menggelengkan kepala. 'Nama je pilot tapi boleh tahan 'sengal' bak kata Ashraf tadi!' Lara tertawa lagi. Seronok sungguh dia mendengarkan cerita tentang famili si Ashraf.

Jauh di sudut hati, Lara berasakan yang hidup Ashraf ini serba lengkap dan sempurna. Jauh sekali jika hendak dibandingkan dengan dirinya. Lara terasa kerdil. Latar belakang dan perjalanan hidup mereka jauh sekali berbeza umpama langit dan bumi.

"Well, umm... Speaking about your family tadi, I'm sorry to hear about your parents divorce. It must be hard for you, kan?" Ashraf berkata lagi.

Lara tersenyum lebar bagi menyembunyikan duka. Lehernya menelan keras air liur supaya dapat menghalang mata daripada berkaca.

"Yeah... Sort of." Ujarnya pendek, sekali lagi cuba menyembunyikan kisah badai yang sedang melanda keluarganya. Dia lihat Ashraf tertunduk sambil mengangguk perlahan dan mengetap bibir. Dan waktu itu juga, minuman mereka sampai...

Sedang mereka berdua rancak bersembang, tiba-tiba suara azan Asar sayup-sayup kedengaran daripada Masjid KLCC. 

"Wah, dah pukul empat setengah?!" Lara sedikit terkejut.

"Yeah... Tak sedar masa, seronok sangat bercerita dengan you." Kata Ashraf lalu meneguk air latte yang telah sejuk. "You rushing ke?"

"Oh, tak. Biasa je." Lara senyum.

"Okay. Lepas habis minuman ni, kita gerak okay?" Sebenarnya Ashraf masih belum mahu mengakhiri pertemuan mereka. Tetapi... Sampai bila mereka hendak duduk di situ? Takkan sampai malam? Fikir Ashraf. Hatinya terasa berat...

Sebaik sahaja Ashraf membuat pembayaran di kaunter, dia dan Lara berjalan keluar daripada restoran tersebut.

"Thanks for the meals and everything, Ash... I nak bayar fifty-fifty you tak nak."

"Hish! Mengarutlah you ni nak fifty-fifty. No worries, my pleasure." Jawab Ashraf sambil mereka berdua jalan beriringan.

"Eh, you ni tinggilah, Ash! Berapa tinggi you?" Lara memandang Ashraf di sebelahnya. Jarang sekali dia jumpa lelaki yang betul-betul tinggi selain daripada budak-budak modeling!

Ashraf tersenyum lebar. Hatinya terasa bangga sedikit, seolah-olah kata-kata Lara itu satu pujian. "186cm." Jawabnya pendek.

"What?! 186cm?? Six-foot two! You ni Grim Reaper ke apa!"

Kedengaran tawa Lara seakan mengejek tetapi langkah Ashraf waktu itu serta-merta terkaku! Dia seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dia dengar!

GRIM REAPER?!

"Apa you cakap??" Pandangan matanya menusuk ke dalam anak mata Lara.

"Err..." Wajah Lara bertukar pucat! "Grim Reaper... I'm sorry...! You marah ke I panggil you Grim Reaper??"

Dan tawa Ashraf terus terhambur!

"No, princess! I tak marah langsung! I suka!" Hati Ashraf bergelojak sakan bila mengingatkan yang dia pernah memanggil gadis seat 22B itu sebagai Grim Reaper di hadapan Danny dahulu! Dan hari ini, gadis itu pula yang memanggilnya dengan gelaran tersebut! 'Arhh! Ini maknanya soulmate ke apa ni?! Oh, God!' Ashraf menjerit girang dalam hati. Dia lantas memandang ke wajah Lara dan mata mereka bertaut.

"So... Tinggi you berapa?" Tanya Ashraf, senyum dan mengangkat sebelah keningnya.

"Erm... 172cm. Kenapa??" 

Ashraf tersenyum lagi.

"You tahu tak..." Ashraf merapatkan badannya ke arah Lara menyebabkan gadis itu terdongak sedikit menatap matanya. "Kalau I ni setinggi Grim Reaper, so kalau Grim Reaper tu ada better half, I'm sure perempuan tu tinggi you." 

"Huh??" Kening Lara berkerut menyebabkan Ashraf tertawa kecil dan terus mengorak langkah.

Ashraf tahu mungkin sentimen romantiknya itu tidak sampai kepada Lara tetapi kalaulah Danny dan budak-budak Necromancers tahu hal ini, mau tujuh hari tujuh malam Ashraf kena sakat! Ashraf tersengih sendirian.

"You balik macam mana? Are you driving?" Ashraf mula menukar topik.

"Tak, I naik train."

"Oh!" Wajah Ashraf ceria. "So biar I hantar you-lah kalau macam tu."

"Eh, takpe! Tak payah susah-susah..."

"Alaa... Kenapa? You takut I kidnap you ke?" Mereka berdua tertawa. 

"Bukanlah...!"

"Habis tu? Biarlah I hantar." 

"Jauhlah you nak ke Shah Alam sana... Biar I naik train jelah!"

"Sebab jauhlah I kena hantar..." Ashraf terus memujuk Lara. 

Kelihatan Lara seperti serba-salah.

"Bagi I hantar jelah, senang! Jom ikut I pergi ke kereta." 

Lara sudah tidak kuasa untuk membantah. Dia terus sahaja membuntuti Ashraf ke tempat parkir kereta... 

"Ini bukan kereta I tau, kereta abang I. Kereta I kecik je." Kata Ashraf apabila mereka semakin hampir dengan kereta pacuan empat roda Audi Q7 tersebut. 

"Oh, abang you yang you cerita minum teh kurus tadi!"  

"A'ah, si penyangak tu." Mendengarkan kata-kata Ashraf itu Lara ketawa besar.

"Kenapa penyangak pulak?!" Tanya Lara dalam tawanya. Waktu itu Ashraf sudahpun membuka pintu kereta untuk Lara.

"Dia suka ambik barang-barang I." Ashraf tersengih lebar memandang Lara sebelum Lara masuk ke dalam perut kereta.

Selepas menghidupkan enjin, Ashraf perlahan-lahan mengemudi kereta mewah itu lalu bergerak meninggalkan bangunan KLCC tersebut... 

Tiga puluh minit perjalanan mereka berlalu dengan pantas. Mata Ashraf sudah dapat menangkap papan tanda menghala keluar ke Shah Alam daripada Lebuhraya Persekutuan itu. Lantas, Ashraf menyalakan lampu isyarat sebelah kiri untuk masuk ke pusat bandaraya. Hatinya mula terasa berat. Lara di sebelah pula masih lagi riang berceloteh tentang trip Tawaunya. 

"You nak cerita lagi ke? You nak pergi minum somewhere?"

Pertanyaan Ashraf itu membuatkan Lara terdiam sebentar. Jam sudah menunjukkan hampir ke pukul enam petang. Terasa ingin bersama Ashraf lagi tetapi Lara tidak mahu Ashraf pulang lewat ke rumah kerana dirinya.

"Erm... Up to you-lah." Lara buat muka 'blur'.

"Kalau nak, you suggest-lah somewhere."

Lara terus tersenyum lebar!

"Nak tak kalau kita pergi makan aiskrim?" Tanya Lara.

"Whoa, good idea! Dekat mana?"

"McD."

"What?!" Muka Ashraf berkerut dan serentak itu mereka terus ketawa.

"Kenapa you buat muka macam tu?!" Lara menjeling Ashraf dalam tawanya. 

"Princess, I ingatkan you nak ajak I pergi kedai aiskrim Haagen Dasz ke, Baskin Robbin ke. Ini... McD...?!"

"You ni very demanding-lah!"

"No, I'm not!"

"Yes, you are...! Aiskrim nak Haagen Dasz, Baskin Robbin.. Plain water nak Evian!" Lara buat intonasi dan wajah mengejek dan serentak itu juga tawa Ashraf kuat kedengaran. 

"Fancy sangat you ni, kalah I yang perempuan ni. Kita bukannya dekat KLCC lagi nak fancy-fancy tau..." Sambung Lara sambil menjeling manja ke wajah Ashraf. 

"Fancy?? Laa, kenapa? Shah Alam takde kedai aiskrim ke? You, dekat Batu Pahat, dekat Muar, dengan entah celah mana lagi tempat dekat Johor tu pun ada kedai Baskin Robbin you!"

Lara terus tertawa mendengarkan kata-kata Ashraf itu. 

"Adalah, Baskin Robbin dekat Plaza Masalam tu! Tapi actually I dah lama teringin nak makan aiskrim Oreo McFlurry... Sebab tu I suggest McD..." Lara buat suara sedih. 

"Oh, teringin rupanya... Okay-lah... You tunjuk jalan nak pergi ke kedai aiskrim McD you tu." Kata Ashraf dalam nada memujuk.

"You perli I eh?! It's a McD restaurant-lah, mana ada kedai aiskrim McD...!" Lara terus memukul perlahan bahu Ashraf dan serentak itu, tawa mereka berdua kedengaran lagi...

Keadaan di restoran McDonald's Seksyen 3 pada petang itu agak meriah dengan kebanyakan pengunjungnya terdiri daripada pelajar-pelajar setempat. Ada yang sedang makan dan tak kurang juga yang mengadakan perbincangan berkumpulan. Lara rasa rata-rata pelajar di situ adalah pelajar UiTM dan sebahagiannya pula mungkin pelajar-pelajar daripada Kolej INSPENS atau Politeknik Shah Alam. 

Lara mengambil tempat duduk sambil menunggu Ashraf membeli aiskrim. Kurang daripada sepuluh minit kemudian, Ashraf muncul bersama dulang di tangannya lalu duduk di sudut meja sebelah kanan Lara. Sengaja dia duduk di situ kerana jaraknya lebih dekat daripada berhadapan dengan Lara.

"Nah... Oreo McFlurry you..." Ujar Ashraf. Manakala untuk dirinya pula, Ashraf membeli aiskrim strawberry sundae yang dia fikir sudah bertahun-tahun dia tidak makan.

Sebaik sahaja aiskrim Oreo McFlurry itu berada di tangan Lara, Ashraf lihat satu senyuman ceria mula terbit daripada bibir mungil gadis itu.

"You suka strawberry?" Tanya Ashraf.

"Suka. Suka sangat!" Jawapan Lara itu menyebabkan Ashraf tersenyum. Dia terus mencedok ketulan strawberry dalam aiskrimnya dan kemudian mencedok pula aiskrim Oreo Lara. Lantas, gabungan aiskrim Oreo strawberry itu Ashraf suakan ke Lara. 

Lara terpempan sebentar sebelum bertentang mata dengan Ashraf. Kelihatan senyuman lelaki itu nipis tetapi sungguh manis memandangnya. Perlahan-lahan, Lara memakan aiskrim tersebut.

"Kenapa muka you merah? I suap you, bukannya I kiss you." 

Lara terus tertawa mendengarkan kata-kata Ashraf dengan wajahnya yang semakin merah! Tetapi Ashraf dia lihat selamba sahaja, mula mencedok suapan pertama masuk ke dalam mulut.

"Hmmph...!" Kata Ashraf sambil matanya tertutup. "Sedapnya aiskrim McD ni..." Saat dia membuka mata, dia lihat Lara buat muka bengang sambil tersenyum menjelingnya.

"You ejek I kan? Sebab you nak Baskin Robbin kan??"

"Eh, taklah. Memang betul sedaplah." Kening Ashraf mencerun lantas tersenyum lebar, "Sebab ada bekas lips you tadi..."

Saat itu juga jari runcing Lara sepantas kilat mencengkam kuat di lengan Ashraf!

"Gatalll...!!" Cubitannya dikuatkan lagi!

"Ouchh!!" Wajah Ashraf merah padam menahan suaranya daripada menjerit kuat. Namun selepas Lara melepaskan lengan Ashraf, mereka berdua tertawa sambil Ashraf mengomel panjang.

Dari kejauhan, kelihatan seperti Lara memujuk dan meminta maaf kepada Ashraf sambil tangannya mengerlus-ngerlus pada tempat yang dia cubit. Dan waktu itu juga, mungkin sebagai tanda minta maaf, Lara menyuakan pula aiskrim di sudunya ke mulut Ashraf.

Bunyi-bunyi burung pulang ke sarang semakin riuh kedengaran bersama warna senja yang melimpah di kaki langit...

"Kenapa muka you merah? I suap you, bukannya I kiss you." 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience