Caling... Ashraf SIA
Darah Lara berderau melihatkan nama itu muncul di skrin telefon dan dalam pada masa yang sama dia terasa seperti ingin melonjak.
"Hello, Ash...!"
"Princess!" Kedengaran suara Ashraf girang. Begitu juga dengan Lara. Terasa semua beban rindu terhadap Ashraf lepas dari dada!
"How are you...?" Lara senyum, betul-betul senyum.
"I'm fine but I'm missing you..." Lara boleh dengar suara Ashraf berkata dalam senyumannya. "How about you?" Tanya Ashraf pula.
"I'm good..."
Jawapan Lara itu membuatkan Ashraf tertawa. "Princess, I'm not asking whether you're good or not, I'm asking whether you missed me either."
Lara hanya ketawa. Dia berasa teragak-agak untuk menjawab.
"Hmm... I'm so happy to hear your voice." Jawapan selamat.
"Itu je? You rindu I ke tak?"
Terasa serba salah untuk menjawab, Lara terdiam sebentar mengumpul kekuatan...
"Yeah... Rindu." Jawabannya itu terus disambut dengan tawa oleh si Ashraf.
"Me too... I miss you so much, princess. Tapi... I dah tak boleh nak contact you lagi lepas ni."
Kening Lara mencerun. "Ha? Kenapa?"
"I dah ada girlfriend... Kitorang dah nak kahwin."
Mata Lara membulat. Wajahnya terkejut dan hati terasa hancur lumat!
"Oh... Really?" Lara cepat-cepat menyembunyikan perasaan kecewanya di balik suara yang tegar.
"Yeah... I cintakan sangat perempuan tu... You know what, dia special sangat. Masa I jumpa dia tu, kitorang dekat parking shopping mall, dia takde duit kecik nak bayar-"
Cukup, Lara enggan mendengarnya lagi! Dia menjauhkan telefon bimbit daripada telinganya. Perasaan kecewa dan juga cemburu terhadap perempuan yang berjaya menakluk hati Ashraf hadir umpama ombak besar dan ganas. Umpama tsunami, ombak besar itu menenggelamkannya dengan perasaan kecewa.
Sungguh Lara tidak menyangka. Senang sungguh Ashraf membuka pintu hatinya untuk perempuan lain sedangkan Lara sendiri masih lagi merangkak-rangkak untuk melupakan lelaki itu. Dasar playboy!
Lara pejam mata kuat-kuat, dunianya terus terasa gelap. Suara Ashraf sudah tidak kedengaran lagi. Lara cuba menahan diri daripada menangis tetapi air matanya tetap mengalir keluar daripada celah kelopak mata...
Saat dia membuka mata, keadaan di sekeliling malap.
"Ya Allah..." Lara menyeka air mata. Dia cepat-cepat bangun dan mencari telefonnya di bawah bantal.
4.25AM
Lara tarik nafas lega. Rupanya dia hanya bermimpi! Dia mengeluh perlahan sambil meraup wajahnya dengan telapak tangan. Perlahan-lahan, Lara tarik selimut dan berbaring semula dengan wajah yang muram.
"Kitorang dah nak kahwin."
Kata-kata itu terngiang di telinga. Fikirannya terus terbayangkan Ashraf dalam busana baju melayu pengantin berwarna putih. Dia membayangkan lagi lelaki itu melafazkan akad nikah dan menyarungkan cincin buat perempuan lain. Hatinya jadi sakit.
Mimpi itu telah menyedarkan Lara tentang satu hakikat... Yang dia sebenarnya takut akan kehilangan Ashraf ke tangan perempuan lain.
*Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *
Grengg!Â
Malam itu merupakan malam terakhir Ashraf dan rakan-rakannya di pulau Hawaii. Kulit masing-masing sudah terbakar setelah dua minggu berjemur di bawah matahari terik. Ashraf duduk bersandar pada sebuah tunggul kayu yang terdampar di pantai sambil tangannya memetik gitar dan melayan perasaan sendiri.
Grengg! Kord F dipetik.
Sejak dia menjauhi Lara, inilah pertama kali Ashraf memegang gitar. Terkenang kembali saat pertama kali dia memainkan alunan lagu untuk Lara.
Grengg! E minor tujuh.
Seumur hidupnya, kini barulah dia merasakan kuasa cinta. Ternyata cinta itu gila. Cinta mampu meruntuhkan kekuatan hati seorang lelaki yang berpendirian teguh seperti dirinya. Ya, selama ini dialah lelaki yang tidak pernah tergoyah saat hati sudah memutuskan hitam atau putih keputusan. Tetapi kini Ashraf sedar yang dia bukanlah sekuat dan seteguh yang dia sangka.Â
Grenggg! Kord A tujuh.
Mata Ashraf dihalakan ke langit malam yang gelap... Inilah waktu dan ketikanya semua memori datang berarak mencengkam jiwa. Segalanya terasa sepi setelah ketiadaan Lara, umpama dirinya terperangkap di dalam satu kapsul masa yang kedap. Tersangat sunyi.
Grengg! Grengg! Grengg!
"Yesterday... Love was such an easy game to play...Â
Now I need a place to hide away, oh I believe in yesterday...
Hmm hmm hmmm hmm hmm hmm hmmm...."Â
Nyanyian lagu Yesterday daripada kumpulan The Beatles itu spontan sahaja keluar daripada mulut Ashraf. Barulah dia tahu sekarang, hati yang disapa oleh angin cinta itu memang sentiasa berlagu tetapi terpulanglah sama ada berlagu girang atau berlagu sendu.
Ashraf lihat ketiga-tiga rakannya itu memandangnya. Tyresse buat wajah meluat dengan kelembutan suara Ashraf sebentar tadi.
"Damn! This song is sick!"Â Kata Steve.
"Hah!" Ashraf tertawa sinis lantas menyambung, "Perhaps you should have listened to more songs."
Tyresse buat muka ketat. Rasa menyampah dia mendengarnya. Sudah tentu dia dan Steve telah mendengar semua lagu-lagu 'legend'. "Hmmph! I know The Beatles are British, but both of us are Americans, man! We produce all kind of songs! Listen to what song? Who are you talking with, man?!" Kata Tyresse berlagak, lantas membuat 'high five' bersama Steve.
Ashraf dan Bobby berpandangan sesama sendiri dan tersenyum.
"Lo ajarin bentar sama ini orang, bro."
"Yeahh! Right on, Bob! Kita ajarin!!" Lantas mereka berdua ketawa! Ashraf mula memetik alunan pembuka sebuah lagu. Iramanya lembut dan sungguh mengasyikkan sehingga mereka semua terdiam mendengarnya. Perasaan seperti dibuai-buai.
"Ini lagu apaan sih, Ash?" Suara Bobby memecah kesunyian.Â
"Ella... Sepi sekuntum mawar merah."
"Wah, keren banget, bro!! Ella is Malaysia's rock queen, guys!" Bobby lihat Tyresse mencebik.
"Berulang kali ku mencuba, memujuk hati, lupakan semua... Kenangan..."
Tiba-tiba sahaja Bobby ketawa sakan! "Bro! You sing your heart out, eh-"
"Shut the hell up, Bob!" Steve segera mencantas. 'Potong stim' betul orang tengah mendengar, fikir Steve.
Lantas Ashraf terus menyambung.
"Namun mimpi bertemu lagi di saat engkau tiada di sisi..."
"What does it says?" Sampuk Tyresse pula dengan muka yang seolah-olah memperlekehkan lagu dan nyanyian Ashraf.Â
Belum sempat Ashraf menjawab, Bobby mencelah, "I tried over and over again to convince my heart, to forget those memories... But then again I keep dreaming of you while you are nowhere to be seen..."
Kelihatan Tyresse dan Steve pandang memandang.
"Ku berpegang pada janji... Tercipta... Antara kita dulu...Â
Hilangmu tiada berganti, biarlah begini... Ku belayar-"
"What does it says?"Â
"Just shut up and let him finish first!" Sekali Steve memotong dengan wajah yang bengang. "Just listen to it and don't ruin the fun, you pooper!" Sambungnya lagi.
Ashraf lihat wajah Steve ketat.
"Ku belayar di lautan tidak bertepian, sesekali disedarkan ombak yang mendatang...Â
Aku seperti... Hilang... Punca arah dan... Tujuan..."Â
Saat ini, Ashraf terbayangkan momen dia dan Lara berdakapan di Zouk hampir dua bulan yang lalu. Sosok tubuh gadis itu masih lagi terasa-rasa di dalam dakapannya.
"Aku puisikan namamu, bersama-"
"Isk... Isk... Isk..."
Nyanyian dan petikan gitar Ashraf terhenti dan semua mata tertumpu ke arah bunyi esakan tersebut. Kelihatan wajah Tyresse sudah berkerut-kerut sambil menyeka air mata.Â
"Damn y'all! This shit just got real, man!" Katanya dengan wajah yang mencebik.
Ashraf terlopong memandang Bobby dan Steve.
"Lanjutin aja... Lanjut, lanjut..." Kata Bobby sambil tangannya dihayun-hayun ke arah Ashraf. "Yeah man, just keep goin'." Ujar Steve pula seolah-olah memahami kata-kata Bobby. Mereka semua hendak tergelak sebenarnya tetapi melihatkan airmata Tyresse yang meleleh-leleh itu mereka semua tidak sampai hati!
'Muka bercalar, tapi hati tisu!' Bisik Ashraf sebelum menyambung nyanyiannya.
"Aku puisikan namamu, bersama rindu di dalam sendu...
Ku berpegang pada janji... Tercipta, antara kita dulu...
Hilangmu tiada berganti, biarlah begini...
Ku belayar di lautan tidak bertepian, sesekali disedarkan ombak yang mendatang...
Aku seperti... Hilang... Punca arah dan... Tujuan..."
Sretttt!!
"Urghh!" Mereka bertiga berkata serentak apabila mendengar Tyresse menghembuskan hingus di tisu. Kelihatan wajah lelaki itu sungguh pilu mendengarkan lagu tersebut walaupun tidak memahami akan maksudnya!
"Aku puisikan namamu, bersama rindu di dalam sendu...
Di dalam sendu... Di dalam sendu..."
Grengg grengg greng...!!
Ashraf tersenyum dan menundukkan kepala menandakan persembahan telah tamat. Bobby dan Steve bertepuk tangan dan bersorak sakan tetapi Tyresse masih lagi dilihat terkial-kial menenyeh tisu di hidung.
"That's totally sick, man! It gives a little shiver down my spine! Wow! But what does the song says?" Tanya Steve.
Lantas Ashraf 'menggoreng' kembali gitarnya sambil berkata-kata seolah membaca puisi.
"I tried over and over again to convince my heart, to forget those memories... But then again I keep dreaming of you while you are nowhere to be seen..."
Greng!! Grengg! Grengg!
"I keep our promises we've made, you'll never be replaced... It's okay, let it be this way...
I'm sailing through the wide ocean, sometimes gettin' beaten by the wave,Â
Feeling lost of myself... And-"Â
"Hey, wait!" Kedengaran Steve menyampuk. "I know this song relates much about you and her, right?"
Ashraf tertawa dan menggeleng. Tidak tahu bagaimana hendak menjawab dan dia berasa malu untuk mengiyakan.
"Gettin' beaten by the wave and lost yourself? That's what the song says but you're a pro surfer, man! Waves are just your game. I know like Bobby said, you were singin' your heart out. But in the real situation, you got this man! You might be beaten by the wave she gave ya. But ya can handle it because it's your game! This is NOT her game, man! This is yours!" Â
Kening Ashraf berkerut sambil cuba memahami maksud Steve.Â
"What do you mean?" Ashraf tidak mengerti. Sebelum ini semua rakan-rakannya menyuruh dia melupakan Lara. Tetapi kata-kata Steve malam ini seolah-olah berlawanan pula!
"Ash... Lo sepertinya cinta banget ama cewek itu lho. Yes, we can see it now. So don't make yourself suffer while you surrender. If you think it worth the fight, just fight for it, bro." Tangan Bobby mendarat di bahu Ashraf.
"Why don't you try to win her back with your ghetto self, man!" Tyresse pula menyampuk setelah reda menangis. Kelihatan ketiga-tiga rakannya itu melagakan penumbuk sesama mereka tanda bersetuju.
Ashraf semakin kehairanan. "What happen to all of you?? And why are you going totally the opposite way this time?" Pertanyaan Ashraf itu membuatkan semua orang ketawa.
"You tell him, Bob!"
Lantas Bobby berkata dalam sisa tawanya. "Ash, Ash... Emangnya kita semua udah muak mendengar lo mengigau memanggil nama cewek itu dalam tidur...! Itu membuat kita semua sadar yang lo masih mengarepkan dia! You've been talking in your sleep! Now go and chase her back and make the talking stop!" Serentak itu juga, tawa Bobby, Steve dan Tyresse meletus. Air muka Ashraf berubah! Dia mengigau?!!
"You guys are fucking clowning! I don't believe it-"
"Lara!" Potong Steve. "Her name is Lara, right?"
"Hahh! Shit!!" Saat itu, Ashraf rasa teramat malu seperti hendak terjun ke laut! Sememangnya dia tidak pernah memberitahu nama Lara kepada mereka semua!
"What did I say in my sleep??" Tanya Ashraf.
"Better don't ask. You ought to be ashamed of yourself!"
"Fuck! Damn it!!" Suara Ashraf meninggi dan dia rasa wajah sudah kebas ketika ini.
Suasana di pantai itu semakin riuh dengan ejekan dan gelak tawa mereka semua...
*Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *
Pintu bilik Ashraf di rumah banglo itu dikuak luas lantas Zelda melangkah masuk bersama pembersih habuk bulu ayam di tangan. Dia ingin membersihkan bilik itu sebelum kepulangan anak lelakinya. Ashraf sememangnya sangat sensitif dengan habuk sehinggakan pernah suatu ketika wajahnya bengkak dan mata serta hidungnya gatal dan berair.
Ketika Zelda menyapu habuk di meja belajar Ashraf, tiba-tiba sahaja dua keping kertas kecil yang terselit di celah-celah buku jatuh ke lantai. Zelda terus mengutip kertas tersebut dan keningnya berkerut membaca perkataan yang sudah sedikit pudar.
'GSC Bukit Raja? Tiket wayang...??' Dia kehairanan.
Bukit Raja di mana?? Yang dia tahu Parit Raja di Batu Pahat. Dan dua keping tiket wayang ini... Adakah Ashraf menonton wayang dengan seseorang? Perempuankah? Teman wanita atau kawan biasa? Zelda mengetap bibir. Tak mungkin kawan biasa... Dia kenal sungguh dengan perangai si Ashraf. Anaknya itu mana pernah keluar dengan rakan-rakan perempuan apatah lagi untuk menonton wayang. Zelda yakin waktu ini Ashraf keluar berdating tetapi... Kenapa dia tidak tahu tentang perkara ini? Kenapa Ashraf tidak berkongsi cerita seperti selalu?
Zelda berasa sungguh pelik...
Dan siapakah budak perempuan itu??
"Hah, dekat sini rupanya you..."
Lamunan Zelda terhenti apabila mendengar suara Kapten Zamani yang muncul di muka pintu.
"Tolong buat air dan sediakan kuih-muih sikit. Kita ada tetamu." Kata-kata suaminya itu membuatkan kening Zelda mencerun.
"Tetamu? Siapa?"
"Bakal besan." Jawab Kapten Zamani dalam senyuman yang lebar. Lelaki itu terus beredar manakala Zelda pula sudah ternganga besar!
Zelda muncul di ruang tamu bersama sedulang air minuman dan kuih karipap yang baru digoreng. Kelihatan suaminya sedang rancak berbual bersama 'bakal besan' mereka.
"How are you, Eid?" Tegur Zelda dalam senyuman. Dulang diletakkan di atas coffee table lantas Zelda menuangkan air teh ke dalam cawan buat Kapten Idris dan juga buat suaminya.
"I'm doing great, as usual." Jawab Kapten Idris juga dalam senyuman.
Lama sungguh Zelda tidak mendengar suara lelaki itu. Kapten Idris mempunyai suara yang sungguh sedap seperti suara penyampai radio. Tona suaranya sangat menenangkan. Teringat Zelda ketika mereka bekerja dalam satu penerbangan dahulu, kru-kru kabin serta penumpang sangat suka mendengar suara lelaki itu membuat pengumuman di dalam pesawat. Malah, Zelda pernah menyampaikan kepada Kapten Idris sehelai serviette yang tertera mesej daripada seorang penumpang memuji kelunakan suara lelaki itu.
"Zam bagi tahu I tadi, katanya ada orang nak berbesan." Lantas mereka semua tertawa.
"Kami ni ada tiga ekor kumbang. Yang mana satu menjadi hajat di hati?" Sekali lagi mereka semua tertawa melihat Zelda berbasa-basi.
"Hmm... Kalau I ni pilot, mestilah I nak kumbang yang boleh terbang."
Mereka ketawa lagi.
"Hah, yang itu, we've got two. You have to be more specific." Kata Kapten Zamani pula dalam keriuhan tawa mereka.
"Ashraf." Jawab Kapten Idris pendek. Keadaan terdiam seketika!
"Oh, I really thought it was Azril because he's older!" Zelda mencelah dengan sedikit rasa terkejut.
"Yeah, can't really choose actually. All of the three boys have grown up to become such fine young men. I pun dah anggap diorang macam anak-anak I. Maklumlah, I takde anak lelaki." Kata-kata Kapten Idris terhenti di situ lalu menghirup air teh di hadapannya. "Tapi si Ashraf ni, special case sikit..." Sambungnya. "I sebenarnya kagum dengan dia. He's awesome! He's a great pilot! Cara kerja dia tip top! Tambahan pula pasal kes Taipei tower itu hari, you tahukan Zam? He has the leadership in him which I admire! I bet he's gonna kick every single FO's ass when he become a captain someday!"
Kelihatan Kapten Zamani tertawa dan mengangguk kecil. Bersungguh betul dia lihat rakannya itu memuji Ashraf. Hati Kapten Zamani terasa sungguh bangga dengan si Ashraf Zildan walaupun perang dingin di antara mereka dua beranak masih berlanjutan buat sekian lama.
"Dari situlah timbulnya hajat I nak bermenantukan dia... I suka dia. Kalau boleh I nak ada bond yang lebih rapat lagi dengan dia. And I hope both of you will agree before we approach him."
Kata-kata itu membuatkan Zelda tersenyum tetapi fikirannya terus menerawang, teringatkan tiket wayang yang dia jumpa di dalam bilik Ashraf sebentar tadi...
Tribute to one of the B747/A380 captain, 1961 - 2021. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah swt. Al-fatihah.
Share this novel