"Zildan! Why the heck are you still there? Come on!" Ujar Kapten Zamani dengan suara yang tegas di pejabat penerbangan Changi Airport.
"Yes, I'm coming!"
Ashraf tergesa-gesa menutup komputer ribanya, tidak sempat pun menekan butang 'X' pada akaun Gmail itu. 'Alamak, 'commander' besar dah panggil.' Bisik hatinya.
Selepas memasukkan komputer riba ke dalam beg kerja, Ashraf tergesa-gesa menghayun langkah mengejar ayahnya yang sedang berjalan bersama krew penerbangan mereka untuk hari itu.
"Sorry pa, was checking my email just now." Ujar Ashraf sebaik sahaja tiba di sebelah ayahnya. Dia membetulkan topi pilot yang senget di kepala. Hati berasa sedikit kecewa kerana belum ada lagi balasan email daripada Lara seperti yang dia lihat di dalam inbox sebentar tadi.
"Do you always mosey around and lenggang kangkong like this? And by the way, I'm Captain Zamani for this flight, not your papa especially when you don't behave right as a pilot." Kapten Zamani mula berleter dengan suara yang perlahan supaya tidak didengari oleh krew yang lain tetapi nadanya kedengaran sungguh tegas. 'Cengey' bak kata orang utara.
Ashraf hanya tersenyum nipis.
'Aduh... Bukannya lambat pun, tertinggal dekat belakang je!' Getus Ashraf dalam hati. Sudahlah mood-nya merudum kerana tidak mendapat balasan email daripada Lara. Tetapi dia sudah sedia maklum, begitulah perangai ayahnya apabila baju seragam tersarung di tubuh mereka.
Kapten Zamani sebenarnya tidaklah segarang mana dengan rakan-rakan krew yang lain. Tetapi apabila dia terbang bekerja bersama anak-anaknya, dia akan jadi sangat tegas demi melatih Ashraf dan Azril menjadi juruterbang terbaik di syarikat penerbangan tersebut.
* * * * *
Lara termenung di atas katilnya di Kolej Mawar. Kipas yang berpusing laju diperhatikan tetapi pandangan matanya bagaikan kosong. Di atas meja belajar, terdapat ubat penahan sakit dan paracetamol yang baru dia makan. Demam dan sakit kepala. Lara diberi cuti sakit selama dua hari untuk berehat dan sejak daripada kejadian semalam, dia banyak termenung sendirian.
"...Kalau aku nak bunuh kau dekat dalam kereta ni pun takde siapa yang nampak! Takde siapa yang tahu! Kau jangan ingat aku main-main."
"Aku ada duit, Lara... Aku boleh beli semua benda dalam dunia ni. Bukan setakat kebendaan je. Respect, loyalty, support, semuanya boleh dengan... Duit!"
"...Kalau kau bocorkan tentang aku pada diorang... Aku akan 'lenyap'kan diorang dari muka bumi ni! Dan kalau kau laporkan pada polis, kau yang akan 'lenyap'! Aku serius!"
"Kita ada private investigator, hitman pun... Erm, tak seramai PI tapi ada dan kalau diorang buat 'kerja', polis pun tak dapat hidu. So welcome to my world!"
Satu demi satu, kata-kata perempuan yang mempunyai 'initial' nama SM itu terngiang-ngiang. Dada Lara sebak. Dia dan perempuan gila itu seperti mentimun dengan durian, melanggar atau dilanggar, tetap dia yang akan parah.
Air mata mengalir mengenangkan nasib diri...
Di saat dia terjerut antara hidup dan mati, tiada sosok ayah yang boleh dia tuju untuk berlindung. Sedangkan gadis-gadis di luar sana, tayar kereta pancit pun datang sang ayah yang akan menolong. Dia ada siapa? Hanya Ashraf yang telah hilang.
Tetapi... Lara terfikir lagi. Kalaupun dia dan Ashraf ditemukan sekarang, sanggupkah dia mengheret lelaki yang dia cintai masuk ke dalam kancah yang merbahaya ini?
Fikiran Lara bersimpang-siur memikirkan seribu satu perkara yang terjadi menyebabkan dada terasa berat. Dia menangis sendirian sehingga bantalnya basah dengan air mata.
Tiba-tiba kedengaran telefon bimbit berbunyi tetapi Lara biarkan saja. Malah, dia tidak melihat pun ke skrin telefon kerana dia yakin panggilan itu adalah panggilan daripada Huzaimi! Semenjak daripada pagi tadi lelaki itu cuba menghubunginya. Tidak tahu apa mahunya dan Lara tidak kuasa untuk ambil tahu. Biarlah, dia ingin berehat untuk dua-tiga hari ini dan tidak mahu sesiapa pun mengganggunya kecuali ibu dan Zieta...
* * * * *
Bunyi derap kasut but keselamatan yang dipakai oleh Syed Al-Fahd kedengaran sebaik sahaja dia melangkah ke darat meninggalkan dok kapal di Pelabuhan Kemaman. Di tubuhnya juga tersarung sut keselamatan atau 'coverall' berwarna merah.
"Hai bos! Settle dah?!" Tegur seorang lelaki yang rambut separas bahu diikat kemas ke belakang, juga memakai sut keselamatan yang sama.
"Settle! Eh, Mali... Nanti kau tolong check report kapal yang masuk tadi. Aku ada hal, nak balik cepat. Kalau ada apa-apa nanti kau SMS aku boleh?" Ujar Fahd.
"Boleh... Kapal apa yang masuk tadi?"
"Orkim Harmoni."
"Oh, okay... Boleh, boleh. No problem boss!"
Fahd menunjukkan isyarat bagus dengan ibu jarinya dan terus beredar...
Sambil memandu menuju ke Awana Kijal Golf Resort, fikiran Fahd asyik memikirkan tentang Lara. Dia tahu gadis itu tidak sihat tetapi apa yang membuatkan Fahd rasa pelik ialah ada cerita daripada budak-budak di jabatan sana bahawa Lara terus menghilang selepas waktu makan tengahari dan tidak kembali ke pejabat. Malah, beg tangan Lara di pejabat juga diambil oleh rakan baiknya petang semalam melalui Mastura, Pegawai Pemasaran yang duduk di sebelah Lara.
Apa sebenarnya yang terjadi kepada Lara? Kalaupun gadis itu tidak sihat, kenapa dia terus pulang tanpa beg tangannya? Pelik! Lara juga tidak banyak cakap di dalam balasan SMS-nya, cuma memberitahu yang dia ingin berehat buat sementara waktu.
Fahd ketap bibir dan fikirannya terus menerawang...
Dua puluh minit kemudian, Fahd akhirnya tiba di Awana Kijal Golf & Resort dan bersedia untuk mesyuaratnya bersama vendor MZ Technique Sdn Bhd, sebuah syarikat bot tunda untuk kapal tangki minyak yang mempunyai ibu pejabat di Shah Alam.
Ini satu lagi yang membuatkan dia hairan. Berkali-kali Fahd bertanyakan kepada MZ Technique apa dokumen yang perlu dia bawa. Tambahan pula, mesyuarat kali ini tidak diadakan di pejabat MZ Technique seperti biasa malah pihak vendor pula yang memilih untuk datang ke Kerteh. Tetapi dia diberitahu hari ini cuma 'discussion' biasa, tidak memerlukan sebarang dokumen.
'Discussion' apa? MZ Technique hendak menawarkan dia pekerjaankah? Kalau betul dan kena pada pakejnya, boleh saja. Jika mereka sanggup beri 40% kenaikan daripada gaji sekarang dan ditempatkan di pejabat mereka di Shah Alam, sudah tentu Fahd terima. Lagipun dekatlah dengan Lara! Eh, silap. Dekatlah dengan rumah keluarganya di Klang, fikir Fahd lagi. Bibirnya menguntumkan senyum...
"Assalamualaikum Puan Sharina. Saya ingatkan saya sampai lima belas minit awal, rupanya puan lagi awal!" Tegur Fahd dalam tawa kecilnya sebaik sahaja tiba di sebuah meja yang telah ditempah. Mereka berjumpa di Restoran Kampong Meraga Beris yang terdapat di dalam resort tersebut. Patutlah dia lihat ada sebuah Porsche Cayenne bernombor plat Kuala Lumpur di hadapan pintu masuk lobi sebentar tadi.
"Orang jauh... Memanglah dah sampai awal-awal... Sila duduk, Encik Syed." Balas Sharina sambil tersenyum, berlainan sekali wataknya ketika bersama Lara semalam.
Perkara pelik yang ketiga buat Fahd untuk hari ini; kebiasaannya jika dia menghadiri mesyuarat bersama MZ Technique, jawatan paling tinggi sekali yang pernah hadir dalam mesyuarat adalah 'General Manager - Marine Operation'. Tetapi hari ini Vice President MZ Technique sendiri yang datang berjumpa dengannya. Memang pelik!
Fahd semakin penasaran dan tidak sabar-sabar lagi untuk memulakan 'discussion' mereka...
* * * * *
"How's things, Zildan?" Tanya Kapten Zamani sebaik sahaja Ashraf mengaktifkan autopilot untuk penerbangan SQ 324 ke Amsterdam pada malam itu.
Mata mereka bertatapan.
Cara Kapten Zamani memandang Ashraf membuatkan Ashraf tertanya-tanya apakah soalan itu ada maksud tersendiri atau sekadar pertanyaan biasa. Maklumlah, walaupun Ashraf sering pulang ke Taman Serene tetapi mereka berdua sudah lama tidak berjumpa lantaran jadual penerbangan masing-masing yang sentiasa sibuk.
"Not bad..." Jawab Ashraf tetapi Kapten Zamani hanya tertawa.
"I heard someone is mad because you refused to join our trip to Melbourne."
Wajah Ashraf ketat memandang ayahnya.
"Pa, I don't even remember when was our last trip together since I joined SQ. It's been ages, so why now...?!" Nada Ashraf kedengaran agak tegas. Macamlah papanya itu tidak tahu rancangan mamanya ke Melbourne dan macamlah papanya tidak tahu tentang Lara! Itulah yang membuatkan Ashraf berasa bengang.
"Op, opp...! I come in peace! And not on her side, anyway. Just ease up on me a bit, will you?" Kapten Zamani sekali lagi tertawa melihat keletah Ashraf. Terasa kelakar pula dia sebagai kapten dimarahi oleh first officer di dalam kokpit itu! Segarang-garang dia di dalam pakaian seragam ini, tetapi apabila mencampuri urusan jodoh anak jantannya, pasti akan dilawan.
Kedengaran Ashraf mengeluh kecil. Dia rasa bersalah pula kerana naik angin tak tentu pasal.
"Yeah, okay pa. Sorry." Ujar Ashraf. Dia senyum nipis memandang wajah ayahnya.
Lelaki inilah yang mengajar Ashraf erti setia serta menghargai dan melindungi perempuan yang dia sayangi. Namun, pengajaran itu diambil daripada kesilapan ayahnya pada masa lampau, bukanlah daripada contoh yang baik.
Sejak Ashraf kecil, dia melihat sendiri penderitaan ibunya akibat kecurangan sang ayah. Mata ibunya dahulu sering merah dan bengkak akibat banyak menangis. Kadang-kala, kedengaran ibunya muntah-muntah diserang gastrik akibat stres yang melampau. Ashraf berasa kasihan tetapi waktu itu dia masih terlalu mentah untuk memahami situasi tersebut. Seringkali dia terasa ingin membantu tetapi tidak tahu bagaimana caranya.
Namun apabila menginjak remaja, Ashraf mula memahami setiap perkara yang terjadi lalu membuatkan dia memberontak terhadap Kapten Zamani. Dalam keempat-empat beradik, hanya Ashraf sahaja yang menentang dan melakukan konfrontasi secara terang-terangan. Itulah titik tolak yang menyebabkan hubungan mereka dua beranak jadi dingin.
Walaupun konflik itu berakhir dengan baik apabila Kapten Zamani kembali ke pangkuan isteri dan keluarga, namun ego seorang ayah tetap berlanjutan lamanya sehinggalah Ashraf dinobatkan sebagai kadet juruterbang terbaik yang pernah ada di Singapore Airlines! Waktu itu, Kapten Zamani bangga tidak terkira dan barulah dia mula memperbaiki hubungannya dengan Ashraf walaupun mereka tidaklah semesra mana.
"How's Lara?"
Ashraf kelihatan terpempan apabila mendengarkan soalan tersebut, tidak tahu bagaimana hendak membalas. Dia memang enggan berkongsi tentang kehidupan peribadinya dengan Kapten Zamani tetapi dalam pada masa yang sama, dia tidak boleh juga mengatakan yang segalanya baik antara dia dan Lara. Lara sudah sebulan lebih menghilang, jadi apa yang boleh dia katakan sekarang?
Ashraf tarik nafas panjang dan dia lihat Kapten Zamani masih lagi menunggu jawapan daripadanya...
* * * * *
"Sebenarnya saya datang ni memang tak prepare apa-apa, puan. Secretary puan si Anis pun beritahu tak perlu bawa dokumen, jadi saya datang ni melenggang je." Ujar Fahd sebaik sahaja pelayan yang mengambil pesanan itu berlalu. Risau pula Fahd rasa apabila datang berjumpa dengan puan Vice President melenggang kangkong! Tak pernah dibuat seumur hidup.
Sharina hanya tersenyum.
"Ye, memang tak perlukan apa-apa dokumen pun. Saya datang ni saja nak sembang-sembang... Dan nak buat offer sikit untuk awak."
Yes! Fahd tersenyum. Dia sudah agak. Sudah pasti offer kerja yang sedang menanti! 40% kenaikan gaji sudah sedia untuk dibincangkan dan kalau boleh, Fahd akan buat rayuan untuk ditempatkan di pejabat Shah Alam. Dia sudah bosan 'tercampak' di Terengganu ini sendirian setelah sekian lama.
"Offer apa tu, puan? Offer kerja ye?" Fahd masih lagi tersenyum dan berbasa-basi.
"Oh, bukan... Offer ni offer yang paling menarik dalam hidup awak, Encik Syed."
Wajah Fahd terus berkerut. "Offer apa tu?"
Kelihatan Sharina tertawa sambil tangannya mengacau air fresh orange. Fahd pula terpinga-pinga, semakin penasaran. Rasanya inilah hari yang paling pelik dalam hidupnya!
"Macam ni... Kalau Encik Syed sukakan seorang gadis dan dibayar untuk memikat gadis tu. Encik Syed mahu?"
"Hah??" Kening Fahd tambah berkerut. "Apa maksud puan? Siapa gadis tu?"
Sekali lagi Sharina tertawa. "Hai... Gadis idaman sendiri... Tak kan lah saya pulak yang kena beritahu."
Lalu mata mereka bertembung.
"Lara...?"
Senyuman Sharina makin lebar!
"Yes...! Lara Rizman, budak UiTM yang tengah buat practical training di Petronas sekarang. Encik Syed memang ada hati dengan dia, kan?"
Wajah Fahd seolah-olah tidak percaya mendengarnya. Bagaimana wanita di hadapannya tahu tentang semua ini?! Kening berkerut.
"Macam mana puan tahu? Ish, saya rasa hairan sangatlah!"
Lantas Sharina mengeluarkan sebuah sampul yang agak tebal daripada beg tangannya lalu diletakkan di atas meja, betul-betul di hadapan Fahd.
"Saya ada tawaran dan saya nak Encik Syed dengar tawaran ni baik-baik..."
Mata mereka bertembung sekali lagi. Fahd sudah rasa saspen.
"Dalam sampul ni ada lima puluh ribu ringgit sebagai permulaan. Bayaran ni bayaran untuk 'tutup mulut'. Saya tak mahu awak mempersoalkan apa-apa tentang perkara ni, termasuklah mempersoalkan semua tindakan saya."
Lima puluh ribu ringgit?! Fahd tercengang!
"Kemudian, lima puluh ribu ringgit lagi saya akan bagi sebagai upah untuk awak pikat Lara sampai dapat. Ini bermakna, awak akan dapat seratus ribu ringgit, Encik Syed..." Senyum.
Fahd telan liur.
"Menarik, kan? Tapi itu belum habis lagi..." Sharina tertawa lantas menyambung, "Saya ni sebenarnya... Sayangkan Lara. Saya takut kalau dia jatuh ke tangan lelaki yang bukan-bukan. Bukan semua lelaki baik macam awak, Encik Syed. Sebab tu, saya nak awak kahwin dengan dia."
Fahd terkedu. Mahukah Lara berkahwin dengannya? Lagipun Fahd sendiri tak nampak tanda-tanda yang Lara sukakannya.
"Yang itu saya tak yakin, puan. Sebab-"
"Apa yang susah sangat nak pikat perempuan tu? Perempuan macam Lara tu, mata duitan. Materialistik. Kalau awak tabur dia dengan segala macam benda, mesti dia cair! Sebab tu saya bagi upah yang tinggi untuk awak. Senang je! Awak bawak dia makan di restoran dan hotel yang mewah-mewah, belikan dia segala barang branded, shower her with flowers and roses... Gerenti dia cair! Saya kenallah Lara tu macam mana, Encik Syed... Awak boleh!"
Fahd terdiam sambil mengangguk kepala.
"Tawaran saya tak habis lagi! Jadi, kalau korang berdua proceed to the next stage iaitu bertunang, saya akan bagi seratus ribu ringgit sebagai perbelanjaan kahwin dan yang terakhir sekali, another hundred thousand ringgit sebagai hadiah perkahwinan. Settle."
Fahd ternganga. Gila! Semudah ini dia mendapat tiga ratus ribu ringgit?! Tapi kenapa? Ops! Dia tidak boleh mempersoalkan hal ini!
"Jadi, total kesemuanya tiga ratus ribu ringgit Malaysia. Macam mana? Encik Syed setuju?"
Gilalah kalau dia tidak setuju! Getus Fahd dalam hati.
"Tiga ratus ribu ringgit... Fuh, lumayan sungguh tu, puan..."
Sharina ketawa.
"Memanglah, Encik Syed... Zaman sekarang ni nak mengorat anak dara mata duitan macam si Lara tu mestilah kena ada modal juga, macam kita nak buat investment. Dating zaman sekarang bukannya murah! Nak-nak lagi gadis cantik dan materialistik macam si Lara tu. Best man wins, Encik Syed!"
Fahd ikut tertawa sambil menganggukkan kepala tanda setuju dengan kata-kata Sharina. Hatinya sungguh teruja, terasa seperti menang loteri!
"Jadi, macam mana? Awak sahut tak cabaran saya ni? Awak setuju?"
Dengan wajah yang bersinar-sinar, Fahd menjawab, "Ya. Saya setuju, puan!"
Sharina tersenyum puas... Hmmph! Bukankah telah dia kata yang manusia ini memang laparkan wang. Tetapi tiga ratus ribu ringgit itu tiada makna pun baginya. Dia boleh bayar jumlah wang itu dengan tutup mata saja!
Akhirnya kata sepakat dicapai dan mereka berjabat tangan, tanda persetujuan antara dua pihak...
Sedikit renungan: Ada orang makan nasi, ada orang makan duit. Ada orang suap nasi, ada orang 'makan suap' ;)
Share this novel