Bab 65

Romance Completed 159812

'Kenapa awak susah sangat nak balas SMS saya sekarang??' - Nori Uncle Eid

'Busy.' - Ash Zildan

'Busy dengan pompuan gedik tu ke?' - Nori Uncle Eid

'Macam mana you tau dia gedik? Heh.' - Ash Zildan

Balasan Ashraf itu buat perasaan Noree menggelegak. Jadi betullah perempuan tu gedik?! Fikirnya. Dalam kepala terbayang wajah Ashraf yang tersengih bila terbacakan perkataan 'heh' dalam ayat SMS itu. Noree tahu cara Ashraf menyengih, dia sudah biasa melihatnya berbelas tahun.

'So awak sukalah perempuan gedik?? Mana ada lelaki yang suka perempuan gedik.' - Nori Uncle Eid

'Gedik, suka. Tergedik-gedik, tak suka.' - Ash Zildan

Ashraf tertawa tatkala menaip SMS. Sebenarnya dia memerli Noree. 

'Hei Ash, awak ingat sikit ye! Rahsia awak dalam tangan saya. Jangan sampai saya kantoikan awak pada Aunty Zee!' - Nori Uncle Eid

'Whoa. So you mengugutlah ni?' - Ash Zildan

'Not ugut, I'm just reminding you. We must have a fair play, between me and her. And you should give me a chance either.' - Nori Uncle Eid

Ashraf menyengetkan bibir. Kesian pula dia membacanya. Ayat 'give me a chance' itu mengingatkan kepada dirinya sendiri waktu dia sedang berhempas pulas memenangi hati Lara dulu.

'Fair play? This is not a game Nori.' - Ash Zildan

'Noree la!' - Nori Uncle Eid

'Whatever.' Bisik hati Ashraf.

Pandangan dialihkan ke arah kolam renang di hadapannya di kondominium Aquarius by the Park, tempat kediamannya dan Azril. Fikiran menerawang jauh mengingatkan Lara. Kata Lara sewaktu mereka di Amsterdam, bukan mudah untuknya memutuskan hubungan dengan si Mr CEO.

Habis tu, bila? Bila agaknya gadis itu akan putus dengan lelaki itu? Ashraf sudah tidak sabar untuk membawa Lara menemui mamanya dan sekaligus menghentikan rancangan untuk menjodohkan dia dan Noree.

'You nak tak kalau I kenalkan you dengan kawan I? Ada dua orang, handsome, gaya, mutu, keunggulan.' - Ash Zildan

'Awak ingat saya ni bola ke boleh main pass-pass?' - Nori Uncle Eid

'Ooo, okay. Kalau macam tu dengan Azril you nak tak? Korang pernah main hide and seek masa kecik-kecik dulu kan?' - Ash Zildan

'ASHRAF ZILDAN!!' - Nori Uncle Eid

Ashraf tertawa kecil apabila membaca namanya dieja dalam huruf besar. Rasa-rasanya Noree macam marah.

Telefon bimbit itu diletakkan di celah lipatan tuala lantas dia terus terjun ke dalam kolam renang di kondominium serba mewah itu... 

*          *          *          *          *

Keadaan di Melting Pot Cafe, Hotel Concorde Shah Alam pada tengahari itu sungguh tenang. Huzaimi dan Lara duduk di satu sudut, menikmati makan tengahari bersama. Bagi Huzaimi, ia sama saja makan tengahari seperti kebiasaan tetapi bagi Lara, hari ini kata putus akan diberi.

"I perhatikan sejak you jadi model sepenuh masa ni, you langsung dah tak pedulikan I..." 

Huzaimi bersuara sebaik sahaja pencuci mulut dihidangkan kepada mereka. Lara yang baru sahaja menyuap krim karamel ke mulut rasa seperti hendak tercekik. Tetapi bagus juga kerana sejak daripada tadi kepalanya ligat memikirkan bagaimanakah caranya untuk dia membuka perbualan dari hati ke hati ini. Kini akhirnya Huzaimi sendiri yang mulakan dahulu.

"Erm... You mean?" Lara memandang ke wajah Huzaimi. Hatinya tiba-tiba terasa hiba. Rasa kasihan datang membuak-buak dan jauh di sudut hati, Lara berdoa agar diberikan kekuatan untuk meluahkan segala yang terpendam.

"Ye lah, sebelum ni... Kalau you pergi mana-mana sekalipun, you mesti akan SMS I. Say hi ke, good morning ke, wish me goodnight ke. Bagi tahu you dah sampai, bagi tahu you buat apa... Tapi sekarang ni, kalau you pergi mana-mana I tengok you senyap je."

Diam.

Lara telan liur. Kelihatan Huzaimi merenungnya seolah-olah menunggu kata balas daripada Lara. Lara mengeluh kecil.

"You tahu tak...? Itulah yang you buat pada I selama ni." Kata Lara. Dia dan Huzaimi berpandangan sesama sendiri. Tiada sebarang riak pun yang terpamer di wajah lelaki itu. "Selama ni kalau I tak hantar SMS pada you, satu harilah I tak dengar apa-apa daripada you. Jadi sekarang you dah tahukan macam mana-"

"Jadi you nak 'ajar' I lah?" Potong Huzaimi dengan nada yang tegang. Lara terpaku sebentar melihatkan reaksi lelaki itu. 

"Tak. I bukan nak ajar you-"

"Habis tu??" Potong Huzaimi.

Lalu Lara tertawa sinis. "Entahlah sayang..." Satu keluhan dilepaskan.

"Apa yang entah?"

Mata mereka sekali lagi bertembung. Lara telan liur, mencari kekuatan dalam diri untuk melontarkan kata-kata.

"I rasa... I nak putus." Lara rasa seolah-olah batu berat yang menghimpit dadanya sebentar tadi telah jatuh ke bumi.

Kali ini Huzaimi pula yang terpaku. Camca kecil di tangan diletak ke atas meja.

"Putus? Putus apa yang you cakap ni?"

Dua pasang mata bertembung, membaca emosi sesama mereka. Lara perhatikan waktu itu barulah Huzaimi nampak kaget sedikit.

"Putuslah. Antara kita... I dah tak nak terikat lagi dengan perhubungan ni." 

"Kenapa?!" 

Lara terdiam. Tidak mungkin sama sekali dia memberitahu tentang Ashraf. Dia tidak mahu Ashraf dipersalahkan dalam hal ini.

"I nak bebas... Ye, betul kata you. Memang I berubah sejak I jadi full-time model. I rasa seronok photoshoot ke merata-rata sampai ke Phillipines. Lepas tu bila dapat duit, boleh travel ke sana-sini... I suka hidup bebas macam ni. Jadi, I nak bebas."

"Bebas apa yang you maksudkan ni?"

"Bebaslah...! I tak perlu fikirkan tentang orang lain, tak perlu report ke mana I nak pergi, tak perlu fikir komitment I dengan you, tak payah nak jaga hati you. Lagipun, dalam pada masa yang sama you pun dah takkan menyakitkan hati I lagi kalau you hilang berhari-hari."

"You jangan jadi bodohlah!" Kata-kata Huzaimi menyebabkan Lara terpempan seketika. 

"I tak bodoh! I tahu apa yang I nak-"

"Apa yang you nak ni semuanya bersifat sementara je! Sekejap je seronok tu Lara! Lepas tu nanti you mesti nak ada famili sendiri! Nak ada suami, ada anak!"

'Aduh.' Lara terdiam, tidak tahu apa yang harus dia jawab. 

"Dengar sini. You tak boleh putus dengan I. No. Tak boleh!" Nada Huzaimi kedengaran tegas.

"Huh? Kenapa?!"

"Sebab kita dah janji yang kita nak kahwin, kan?"

"Yes, but that was last time-"

"Sejak bila tiba-tiba semua benda jadi 'last time' ni?!"

"Sejak I buat full-time model lah-"

"Dengar sini, Lara! You kena ingat, siapa diri you!" Bentak Huzaimi. Dia tidak sengaja tertinggikan sedikit suaranya.

Telinga Lara berdesing. "Apa maksud you, siapa diri I??"

"Hidup you susah, Lara! You anak sulung dalam keluarga, famili you berpecah-belah! Mak you pulak bukan orang senang! Ayah you buang you macam kain buruk! You patut bela nasib diri you sendiri! Dan I boleh bagi masa hadapan yang cerah, gilang-gemilang untuk you-" 

"Oh, so you fikir I tak boleh survive dekat dunia luar sana?? I dah jejak dunia luar sekarang ni, Huzaimi! I'm working and earning my own sweat money-" 

"You are so naive! I tak cakap you tak boleh survive! You yang tak nampak from a bigger picture! Kalau you nak harapkan setakat degree you tu je, you jadilah macam orang biasa! Kerja daripada bawah macam nak mati, earn like thousand or two, lepas tu hujung bulan ikat perut!" Ujar Huzaimi dengan nada yang sinis. 

"I dah lalui semua tu, Lara... Dan sekarang I boleh bagi you platform. I nak jadikan you sebagai isteri I dan I boleh bagi you ambik alih one of my company for a start! You boleh terus lompat naik ke atas, Lara! You nak tolak tuah?! Emak you, adik-beradik you pun boleh menumpang kesenangan you nanti! You tahu tak berapa ramai orang dekat luar sana yang nak berada di tempat you ni, Lara?!" 

Lara kehilangan kata-kata. 

"You cantik, you pandai dan bijak, dan kalau you kahwin dengan I, you terus ada masa depan! You can have a quick access to business and corporate world! You fikir tu baik-baik!" 

"So perkahwinan kita nanti atas dasar apa, Huzaimi?! Pangkat? Title? Harta?!" 

"Itu benda sampingan! Tapi yang pasti I cintakan you, dan you pun cintakan I! Kita kahwin atas dasar cinta! It just that you gain more than just marriage by getting all these perks from me, Lara!" 

Kalau turutkan hati, mahu saja Lara mengakui yang cintanya telah dirampas oleh Ashraf. Tetapi Lara tidak mahu kewujudan Ashraf dihidu oleh Huzaimi. 

"Huzaimi... Forget about all these perks, I don't want! Just let me be free."

"No! No, listen! I tak akan putus dengan you! I rasa you tergesa-gesa-"

"I tak tergesa-gesa! I dah fikir habis-habis!"

"No, listen here! Kita tak habis sampai sini! I need to go now, ada mesyuarat penting dengan district office! I can't skip this meeting! You balik, rehat elok-elok, tenang-tenangkan diri. I know you must be jetlagged, baru seminggu balik daripada Europe. Rest dulu and clear up your mind. Then we'll talk again okay?" Huzaimi berkata sambil mengeluarkan telefon bimbitnya. 

"Hello, Che Mat. Tunggu dekat lobi sekarang. Kami dah habis makan." Ujar Huzaimi tergesa-gesa. Lara menjeling tajam. 

"Hah, tengoklah! You asyik busy memanjang dua puluh empat jam. Sampai I dah nak mintak putus pun you takde masa untuk I...!"

"Come on-lah Lara. Fikirlah rasional sikit. Kita boleh bincang benda ni bila-bila masa kan? Tapi I nak dapatkan meeting dengan DO ni sebulan I kena tunggu. Projek dah nak jalan, mana boleh I cancel meeting ni. Sejak bila you tak boleh nak faham ni?"

"Ye...! Inilah sebabnya! Selama ni I je yang kena faham you! I je kena ikut cara you, tapi you tak pernah nak consider pasal diri I, kan?!" Saat itu Lara lihat Huzaimi membuat isyarat 'bil' kepada salah seorang pelayan restoran tersebut. Hatinya semakin panas...

Tidak sampai sepuluh minit menunggu di lobi hotel, Pak Samad terlihat bayang Lara dan Huzaimi berjalan menuju ke arah kereta dengan keadaan tergesa-gesa.

BAP!

BAP!

Setelah kedua-dua pintu ditutup, perlahan-lahan dia meninggalkan perkarangan hotel tersebut. 

"Dear... Janganlah macam ni. Fikir dulu betul-betul, jangan terburu-buru. Nanti kita jumpa lagi, kita discuss elok-elok, okay?"

Pak Samad terdengar suara Huzaimi di tempat duduk belakang.

Diam.

"My love..."

Diam.

Mata Pak Samad melirik ke cermin pandang belakang, mengintai wajah Lara sepintas lalu. Kelihatan wajah gadis itu mencuka dan matanya merah seperti menangis.

"I tak terburu-burulah...!"

"Tapi I nampak you macam terburu-buru."

"No...!"

Keadaan terdiam semula.

Telinga Pak Samad mendengar bagaikan antena. Hatinya terdetik. 'Apa yang terjadi?' Dia jadi semakin penasaran.

Adakah mereka bergaduh ketika makan tengahari tadi? Jika ya, sebab apa? Adakah ia kena-mengena dengan pengintipannya seminggu kebelakangan ini?

Bagaimana pula dengan si Khairul ni? Adakah dia telah menjalankan rancangan mereka berdua? Segala persoalan ini berlegar di minda lelaki tua itu.

Jarak Hotel Concorde Shah Alam ke rumah sewa Lara tidak jauh. Kurang sepuluh minit tibalah mereka di Sri Mahligai Condominium.

"Thanks, Pak Samad." Suara Lara kedengaran dingin sebaik sahaja kereta Mercedes-Benz itu berhenti. Serentak Pak Samad membalas, kedengaran suara Huzaimi juga berkata sesuatu seolah-olah sedang memujuk Lara sebelum gadis itu berlalu pergi. Sementara mereka sedang bercakap-cakap, Pak Samad menaip SMS.

'Rul. Kamu dah buat ke rancangan kita tu? Jadi ke?'

Jarinya menekan butang 'Hantar'...

Sebaik sahaja Lara membuka pintu rumah, kelihatan bayang Zieta sedang melepak di hadapan televisyen. Tak ada kelas kot hari ni, hati Lara berbisik sambil dia menutup kembali daun pintu yang berwarna putih.

"Eh, Ra? Are you okay?" Zieta terpinga-pinga. Lara hanya menggeleng sambil menghempaskan badannya ke sofa.

"Kenapa kau ni? Kau gaduh dengan Ashraf ke?"

"Tak. Huzaimi." Jawab Lara pendek. Tangannya memegang dahi, mata dipejam. Zieta segera duduk berdekatan dengannya. Kelihatan wajah rakannya itu sugul macam awan kelabu yang berarak mendung.

"Hmm... Takpelah kalau gaduh dengan Huzaimi. Nanti senang sikit kau nak minta putus dengan dia." Sengih.

"Masalahnya dia tak nak putuslah, Zie... Aku baru jer confessed dengan dia tadi. Dia tak nak. Dia kata aku buat keputusan terburu-buru." Suara Lara merengek sambil mengomel panjang. Fikirannya terbantut. Lain yang disangka, lain pula yang jadi. Rasa kasihan pada Huzaimi waktu awal pertemuan makan tengahari tadi terus hilang berganti buntu.

"Alamak."

Itu sahaja yang Zieta boleh kata. Dia pun ikut buntu sama! Dah orang tak nak putus, habis tu macam mana? Hmm... Zieta ketap bibir.

"Maknanya... Korang masih couple-lah ye?"

"Tak tau! Tadi Huz... Urgh! Kau tahulah dia tu macam mana. Tak sempat nak bincang habis tadi, dia ada meeting."

"What?! Haha! Sempat lagi nak kejar meeting?"

"Mestilah. Aku cakap benda ni last minute, meeting dia tu dah sebulan diorang plan." Lara duduk bersandar. Dia mencapai kotak rokok lalu menyalakan sebatang.

"Kalau kau nak cepat putus... Kau cakap je lah kau memang dah ada affair dengan Ash. Nanti dia mesti bengang, marah dan putus dengan kau."

"Eh, jangan! Aku tak nak babitkan Ash dalam hal ni. Kalau ibu tahu Ash yang penyebabnya, mesti dia lagi tak suka Ash. Dia tahu Ashraf, aku pernah cerita pada dia dulu."

"Fuh. Cinta luarbiasa ni. Kau siap protect Ash sekarang ye." Zieta ketawa menyebabkan Lara juga ikut ketawa sama!

"Zie! Janganlah gelakkan aku!"

"Penangan dua kali 'cemolot' dengan Ash!"

"Hahahaha!" Suara gelak tawa mereka memenuhi di ruang tamu tersebut.

"Aku hairan macam mana korang boleh 'tahan' lagi. Kalau aku tu honeymoon sakan dah!"

Biasalah, mulut Zieta!

Lara ketawa lagi terbahak-bahak dengan wajah yang merah menyala.

"Kan aku cakap dengan kau, Ash tu 'nerd' lah... Dia tak faham signal aku!"

"Ye lah, dia tu memanglah bendul bab yang tu, tapi kalau aku jadi kau, aku dah terkam dah! Tak paham-paham sangat-"

"Janganlah, Zie! Aku dah tak berani dah nak follow dia lepas ni. Tak bolehlah, aku dapat rasakan nanti jadi makin melarat. Tak boleh, tak boleh!"

"Kalau dia ajak jugak? Kau nak tolak ke?" Zieta tersengih lebar bercampur senyuman nakal.

Diam. Lara senyum tersipu-sipu.

"Tak nak!"

"Eleh! Aku tak percayalah dengan kau ni!" Jari Zieta ditunjal ke pipi Lara.

"Betullah!"

"Kalau dia ajak kau ke Switzerland? Kau tak nak ke? Kau kan nak sangat pergi sana. Your dream destination, kan?"

"Mana ada flight dia pergi sana!"

"Tak kan lah takde. Cuba kau tanya dia sekarang!"

Kedua-dua rakan baik itu tertawa sambil Lara mengeluarkan telefon bimbit daripada beg tangan dan menaip SMS kepada Ashraf.

"Kau nak bet berapa dengan aku ni?" Tanya Zieta sementara Lara sibuk menaip. Sengih.

Setelah menghantar SMS tersebut, Lara mengerlingkan mata ke atas seolah-olah berfikir sesuatu.

"Hmm... Ha! Kalau kau menang, aku belanja kau McFlurry Special Request by Ashraf Zildan. Tapi kalau aku menang, kau yang kena belanja aku aiskrim tu!" Mata dikenyit.

"Hah?? McFlurry Special Request? Apa tu?? Tak pernah dengar pun?! Kenapa ada nama mamat tu pulak??"

Lara ketawa, seronok bukan main. Hilang segala kekusutannya sebentar tadi.

"Ash yang punya idea aiskrim tu! Kita tunggulah jawapan daripada dia. Lepas tu, malam ni salah sorang daripada kita kena belanja ye! Kau rasalah nanti aiskrim McFlurry Special Request tu, sedap!"

"Okay...! Right on!" Serentak balasan Zieta itu, telefon bimbit Lara berbunyi. Lara cepat-cepat membuka SMS yang masuk dengan Zieta yang sibuk terjenguk-jenguk.

'Pergi. Flight to Zurich.' - My MWB

"Haaa!!" Teriakan daripada Zieta dan tawa mereka meletus serentak.

"Oh... Selama ni dia cakap dia pergi Zurich tu rupanya dia pergi Switzerland! Oh gosh!" Ujar Lara dalam tawanya yang mengekek.

"Eh, Ra! Sibuk sangat nak pergi Switzerland! Baru aku teringat. Tadi Ikin ex-classmate kita dulu SMS aku. Dia kata dia dengan Ustad nak buat mini gathering untuk budak-budak OM114. Ustad ada blast email untuk discuss venue. Kau rasa nak buat dekat mana eh?"

"Oh, ye ke?! Hmm... Aku tak kisah dekat mana-mana. Tapi bila mini gath tu?"

"Tak tahu lagi, tu Ikin suruh kita reply email Ustad tu untuk confirm-kan date dengan venue."

"Oh, okay." Balas Lara. Wajah lelaki 'class rep' yang mereka panggil Ustad itu terbayang di mata.

"Kau nak pergi tak?" Tanya Lara. Wajah Zieta dipandang.

"Pergilah. Hopefully Khyra dapat join jugaklah! Tak best-lah kalau geng kita tak cukup."

Lara mengangguk tanda setuju. Agak-agak, Khyra dapat buat flight swap lagi tak untuk dia menyertai mini gathering ini? Lara berfikir sendirian...

'Gedik, suka. Tergedik-gedik, tak suka.' - Ash Zildan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience