Ding ding ding...
"A very good evening ladies and gentlemen, may I have your attention please. This is pre-boarding announcement for all passengers for flight SQ..."
Pengumuman penerbangan itu terus bergema di Changi Airport. Lara yang sedang duduk seorang diri di aras perlepasan itu membelek jam di tangan. Sudah hampir satu jam dia tiba di Changi daripada KLIA.
3.15PM
Ah, masih awal lagi sebelum mendaftar masuk. Tambahan pula, dia sedang menunggu-
"Princess."
Lara menoleh girang ke arah suara itu dan saat matanya tertancap pada sosok tubuh Ashraf, dunia sekeliling seakan terhenti dan hanya lelaki itu sahaja yang sedang bergerak menghampirinya...
Ashraf dia lihat sungguh segak berpakaian seragam bersama 'peak hat' di kepala. Selama ini, dia tidak pernah membayangkan Ashraf dalam pakaian seragamnya dan hari ini, hati Lara cair melonglai.
"Hei...!" Lara menghulurkan kedua-dua tangannya lalu disambut oleh Ashraf. Wajah mereka berseri-seri, gembira dapat bertemu di bumi Singapura dan sebentar lagi mereka berdua akan terbang ke Los Angeles!
"How was your flight from KL?"
Mata bertentang mata. Terasa tangan kasar Ashraf menggenggam sambil ibu jari mengusap lembut di belakang tapak tangan Lara.
"Okay... Biasa je." Lara senyum tersipu-sipu sambil meneliti tubuh Ashraf dari kepala hingga ke hujung kaki. "Smart-nya you." Dia menjengket sebelah keningnya manakala Ashraf pula terus tertawa!
"Smart kan boyfriend you?" Senyum.
Lara turut tersenyum dan menjeling manja.
"You jangan malu nak sweet-sweet dengan I tau. Depan semua kru nanti lagilah kena sweet tau!" Ashraf lihat Lara terus mengerlingkan mata ke atas sambil menjelir lidah dan serentak itu juga mereka tertawa.
"Tutup mata."
"Hah? You nak buat apa??" Lara kedengaran kaget.
"Jangan risaulah, I tak kan buat yang bukan-bukan. I dalam uniform ni, mati I kalau buat benda tak senonoh."
Lara tersenyum dan terus menurut sementelah tangannya masih digenggam Ashraf.
Ashraf menatap wajah itu dengan penuh rasa kasih. Wajah yang akan dia tatap setiap hari untuk beberapa hari yang akan datang.
"Erm... Lara Rizman, tolong bagi tahu, siapa boyfriend you hari ni?"
Lara tersenyum. "Ashraf Zildan." Jawabnya dengan mata yang terpejam.
"Ashraf Zildan bin apa?"
"Alamak..." Ashraf lihat muka Lara berkerut. "I tak tahu!" Lara gigit lidah dan tertawa.
"Nasib baik I tanya. Kalau tak nanti bila orang hotel address me as 'Mr Zamani' you tak kenal siapa..."
"Ooo..." Panjang muncung bibir Lara. "Ashraf Zildan Zamani...?"
"Yes." Ashraf tersenyum. "You nak panggil boyfriend you ni apa?" Sambungnya lagi.
Kali ini kedua-dua mereka tertawa. Lara menelengkan sedikit kepalanya seolah-olah sedang berfikir. Mata masih terpejam.
"Ermm... I nak panggil 'sayang' lah." Jawabnya.
"'Sayang' je?? Takde yang lagi special?"
"Ish, 'sayang' tu special-lah. And it feels more natural for me. Nanti takdelah I rasa kekok."
Ashraf tertawa kecil dan genggamannya makin erat. "Okay... As you wish, baby."
"You panggil I 'baby' ke?" Mata masih terpejam.
"Hmm... I nak panggil you dengan semua nama panggilan yang sweet... I takde banyak masa, cuma ada beberapa hari je untuk jadi boyfriend you. Jadi I nak gunakan peluang ni semaksima boleh."
Hati Lara terobek. Sedih pula dia mendengarnya. "Hmm... Okay..."
"Thanks. You may open your eyes now."
Saat Lara membuka mata, pandangan mata mereka bertembung.
"I love you, sweetheart." Ucap Ashraf dengan senyuman yang manis.
Tanpa mereka sedari, kru-kru Singapore Airlines yang berada di sekitar tingkat perlepasan itu memandang mereka dari kejauhan...
Kabin kelas ekonomi itu sudah semakin ramai penumpang. Masing-masing sibuk mencari nombor tempat duduk dan ada juga yang sedang memasukkan beg ke dalam tempat penyimpanan beg di atas.
11A.
Lara tiba di tempat duduknya. Ketika dia ingin melabuhkan punggung, terasa bahu disentuh lembut.
"Honey, don't sit here. Follow me."
Entah bila masa si Ashraf Zildan tiba di sebelahnya. Ashraf berjalan melepasi Lara di lorong kabin tersebut dan Lara terus mengekorinya daripada belakang.
"You duduk sini. Ini tempat you." Kata Ashraf apabila tiba di tempat duduk yang mempunyai ruang yang besar sedikit.
"Hah?" Lara tercengang memandang Ashraf. "Tapi tiket I tulis 11A."
"Takpe, duduk je sini, takde orang. Seat ni premium economy. Legroom lagi luas, you boleh unjur kaki. 16 jam flight nanti lenguh tau." Jawab Ashraf.
"Stewardess tak marah ke tukar tempat?"
Ashraf tertawa!
"Siapa yang berani marah? Kalau ada sesiapa marah, you bagi tahu I...! I 'denied' dia." Gurau Ashraf. 'Denied' membawa maksud arahan juruterbang untuk melarang seseorang daripada menyertai penerbangan. Lara hanya tersenyum.
"Sini, ikut I... I bawak you 'tour' sikit..." Kata Ashraf lagi. Lantas Lara meletakkan beg sandangnya di tempat duduk dan mengikut Ashraf ke satu ruang kosong yang sedikit luas.
"Kalau dah lenguh sangat sebab terlalu lama duduk, you boleh berdiri dan jalan-jalan dekat sini..."
"Oh... Okay." Lara mengangguk.
"Meh, sini."
Lara terus menurut. Ashraf berjalan menuju ke ruang belakang di hujung pesawat pula.
"I nak kenalkan you dengan Chief Stewardess dalam flight ni." Kata Ashraf sebaik sahaja mereka menghampiri galley.
"Fara." Panggil Ashraf.
Apabila Lara melangkah masuk ke ruang tersebut, dia melihat seorang pramugari memakai baju kebaya merah sedang membelakangkan mereka. Gadis itu menoleh ke arah Ashraf dan kemudian memandang Lara.
"Oh?! Hello!" Senyuman Fara tampak ramah sekali.
"Hai!" Kata Lara sambil menghulur tangan. Mereka berdua bersalaman.
"Lara."
"Hai, Lara! I'm Fara! Welcome onboard! Enjoy your flight with us, ya..." Ujar Fara lagi lantas memandang Ashraf, "Ada orang bawak 'special guest' rupanya..."
Ashraf tersengih!
"Erm... Honey, this is Fara. Dia 'otai' di kalangan cabin crew ni, sebab tu baju dia color merah." Ujar Ashraf sambil bergurau.
"Cewah, honey! Sejak bila kau ada girlfriend ni??"
Ashraf tertawa kecil dan Fara terus menyambung, "Eh, habis tu 'gay partner' kau macam mana? Putus dah?"
"Kau ni lahanatlah, Fara...! Kaki fitnah betul!" Potong Ashraf dan serentak itu mereka semua ketawa.
"Haha! Sorry, sorry! I buat lawak je! Risau pulak you nanti!" Kata Fara sambil memegang bahu Lara. Lara ketawa beriya apatah lagi bila melihat reaksi wajah Ashraf yang bengang.
Mereka bersembang sebentar mengenai tempat-tempat menarik di Los Angeles yang boleh Ashraf bawa Lara apabila mereka tiba di sana nanti dan selepas itu, Ashraf dan Lara meninggalkan Fara untuk meneruskan tugasannya di galley tersebut...
Semenjak taklimat penerbangan tadi, hati Natasha tidak keruan. Semua kru sedang hangat bercerita tentang Ashraf membawa teman wanitanya untuk penerbangan hari ini! Natasha rasa meluap-luap hendak melihatnya.
Kata mereka lagi tadi, teman wanita Ashraf itu duduk di tempat bernombor 11A tetapi apabila Natasha lalu di situ, tempat duduk itu kosong. Ke mana pula perginya?
Cantikkah perempuan itu?
Layakkah dia digandingkan dengan Ashraf?
Bagaimana agaknya 'taste' FO Poyo yang perasan bagus ini?
Natasha tertanya-tanya sendirian. Sambil membuat rondaan dan persediaan sebelum berlepas, matanya melilau memerhatikan seorang demi seorang penumpang-penumpang perempuan yang duduk sendirian di dalam kabin yang luas itu...
"Cabin crew, prepare doors for departure and cross check."
Lara tersentak! 'Suara Ashraf!' Dia tersenyum dan hatinya berbunga-bunga mendengar suara garau Ashraf di corong intercom...
"Taxi checklist." Ujar Kapten Luth kepada Ashraf di dalam kokpit. Waktu itu pesawat mereka sudah bergerak meninggalkan parkir. Ini adalah penerbangan pertama mereka berdua selepas insiden enjin terbakar bulan lepas.
"Taxi checklist... Flaps?" Balas Ashraf.
"Twenty."
"Cabin report?"
"Received."
"Checklist completed."
"Departure route remain as discussed, as well as details for aborting the take off."
"Aye aye, capt." Balas Ashraf.
Sedang pesawat mereka menuju ke tempat perlepasan, tiba-tiba suara ATC masuk ke dalam kokpit memberi amaran tentang kerja-kerja pembersihan yang sedang berlaku di tepi landasan. Ini kerana dikhuatiri objek-objek seperti batu atau kaca terpelanting masuk ke dalam landasan.
"SQ6, check for labourers cutting the grass at link Bravo." Kata ATC.
Mata Ashraf mengecil sambil memerhatikan pekerja-pekerja yang dimaksudkan oleh ATC tersebut. Entah bagaimana dia tersenyum nakal lantas menyahut, "Control tower, SQ6... Labourers checked, appear to be hardworking, still cutting the grass."
Ashraf dan Kapten Luth pandang-memandang dan serentak itu juga, "HAHAHAHA!"
Gamat sebentar kokpit itu dengan tawa mereka berdua. Amaran daripada ATC tadi hanyalah sebagai peringatan untuk juruterbang tetapi sengaja dibalas dengan satira oleh si Ashraf!
"Great observation by the way." Kedengaran ATC juga membalas dalam tawanya.
"Hai? Happy semacam nampak?" Tegur Kapten Luth tetapi dia tahu mengapa Ashraf sungguh ceria pada hari ini. Kesemua krunya sudah kecoh mengenai girlfriend si Ashraf. Dia lihat Ashraf tidak menjawab tetapi hanya tersenyum lebar...
"Cabin crew, be seated for takeoff."
Sekali lagi Lara tersenyum apabila mendengarkan suara Ashraf. Rupa-rupanya beginilah keadaan dan tugas Ashraf selepas 'pushback'. Lara tersenyum lagi.
Pesawat gergasi itu berhenti apabila tiba di pangkal landasan. Lara yang duduk di tepi tingkap melontarkan pandangannya jauh ke arah bangunan yang dia tinggalkan sebentar tadi. Masih terbayang lagi kesibukan di dalam bangunan terminal tersebut. Kini, bila-bila masa sahaja Ashraf akan membawanya terbang ke awan biru!
Tiba-tiba, ngauman enjin pesawat memuncak dan perlahan-lahan, ia bergerak semakin laju. Lara tersenyum. Terbayang Ashraf di dalam kokpit yang sedang mengemudi pesawat ketika ini dan tiba-tiba saja Lara rasa meremang dek perasaan kagumnya terhadap lelaki tersebut! Pesawat gagah itu terus naik ke udara meninggalkan segala isi bumi di bawah sana.
'Bye Singapore!!' Jerit Lara dalam hati. Bibirnya tersenyum girang. Dia lihat bangunan terminal tadi sudah menjadi blok-blok kotak yang mengecil, begitu juga dengan benda-benda lain. Kereta-kereta bergerak umpama semut kecil. Terasa kesibukan hidup di bawah sana telah dia tinggalkan pada saat ini...
"Hi miss, are you... Ms Lara Rizman?"
Lara segera memandang ke arah suara tersebut. Kelihatan seorang pramugari sedang menghulur sedulang kecil makanan yang sudah Ashraf pra-tempah buat Lara.
"Oh, yes. Thanks!" Makanan itu bertukar tangan.
"Would you like something to drink? We have soda, coffee and tea as well as alcoholic beverages."
"Umm... Do you have Coke Light? Or Pepsi Light, I don't know, anything 'light'." Lara berkata sambil tertawa diikuti dengan pramugari tersebut.
"Yes, Pepsi Light, here you go."
Minuman itu pula bertukar tangan.
"I thought you were supposed to seat at 11A?" Senyum.
'Alamak!' Getus hati Lara. Matanya dan mata pramugari itu bertembung. Lara berasa serba-salah tetapi kata Ashraf tadi, siapa yang berani marah dengan arahannya itu?
"Oh, yeah.. Sorry, but the pilot-"
"It's okay, don't worry. Enjoy your meal." Saat itu juga Lara lihat pramugari yang memakai tanda nama 'Natasha' itu tersenyum dan terus berlalu pergi.
Sebaik sahaja melepasi Lara, mata Natasha menjeling. 'Hmmph! Lara Rizman...' Katanya sambil mendengus dalam hati.
Ding... Dong...
Lara sedang asyik menikmati makanan apabila dia terdengar isyarat pengumuman daripada corong intercom.
"Good evening ladies and gentlemen. Once again, welcome onboard Singapore Airlines flight SQ6 from Singapore to Los Angeles. My name is Ashraf Zildan, your co-pilot..." Tiba-tiba suara Ashraf terhenti. Suara yang pada awalnya serius semakin lama kedengaran seperti sedang tersenyum dan hampir tertawa! Lara segera tekup mulut dan senyap-senyap ikut tertawa. Dia dapat membayangkan Ashraf juga sedang ketawa di dalam kokpit ketika ini.
Di bahagian galley pula, Natasha yang mendengarnya memuncungkan bibir. Dia berasa meluat! Menyampah melihat perangai dan gelagat FO Poyo yang sungguh lain daripada kebiasaan pada penerbangan hari ini! Gedik!
"With me on the flight deck is Captain Luth. I trusted you're comfortable." Sambung Ashraf. "For your information and quick flight update, we're currently cruising at 40,000 feet above sea level, at approximately 950 kilometres per hour. The weather on route is estimated to be generally fine through most of the way. This flight will take approximately 15 hours and 40 minutes. The weather in Los Angeles is expected to be sunny skies and average ground surface temperature of 18 degrees Celsius. We are expected to touchdown in Los Angeles Airport at 15 minutes past six later this evening. In the meantime, sit back, relax and enjoy the flight. Thank you."
Lara tersenyum menguis-nguis makanannya dengan garfu. Rasa bangga pula bila mengenangkan si Ashraf Zildan nun di dalam kokpit di hadapan sana...
* * * * *
"Yang..."
"Hmm?"
"You tahu tak...? Si Ashraf tak nak berkawan dengan si Noree." Kata Zelda sambil menuang teh panas ke dalam cawan suaminya.
"Tau." Jawab Kapten Zamani selamba sambil membaca suratkhabar di tangan.
"You dah tahu?? Kenapa you tak bagi tahu I??"
Kapten Zamani tersenyum memandang isterinya. "I ingatkan you dah tahu dulu daripada I. Kan biasanya apa-apa tentang Ashraf mesti you yang dapat tahu dulu?"
Zelda menjeling.
"Sebenarnya, sejak Eid datang hari tu, I dah setuju sangatlah dengan niat dia tu. Bila I dapat tahu si Ashraf tolak mentah-mentah gitu, I rasa kecewa pulak." Kata-kata Zelda itu membuatkan Kapten Zamani tertawa.
"Habis tu nak buat macam mana? Hidup dia, biarlah dia tentukan sendiri. Kalau you suka sangat nak berbesan dengan keluarga si Eid, cubalah you matchmake kan pula dengan si Azril." Kata Kapten Zamani tetapi Zelda hanya mencebikkan bibir...
* * * * *
Suasana langit malam di luar tingkap pesawat sangat gelap. Ditambah pula dengan keadaan kabin yang malap. Selesai makan malam sebentar tadi, lampu kabin telah dipadamkan dan rata-rata penumpang lain sudah tidur. Lara duduk tersandar seorang diri sambil fikirannya melayang. Cahaya bulan tadi entah menghilang ke mana, kini yang tinggal hanyalah kapas-kapas hitam dalam kesamaran.
'Dear skies, if only you could hear me... Please let Ashraf Zildan knows that... I love him.' Bisik Lara dalam hati. 'Please skies, please. Every time he's up here, flying... Please remind him that I will always love him...'
Lara telan liur dan menyambung, 'Even when I'm no longer with him...'
Lara tersenyum tawar. Bayang Ashraf seperti yang dia lihat di airport tadi terimbas semula.
Sejak ibunya menzahirkan restu buat Huzaimi, Lara rasa harapannya untuk bersama Ashraf semakin tipis. Dan kerana itulah juga, Lara mengambil keputusan untuk ikut menyertai Ashraf dalam penerbangan ini. Ya, demi cintanya kepada Ashraf, Lara mengambil risiko untuk 'lari' dan pergi jauh bersama lelaki itu. Dan seandainya mereka terpisah buat selamanya nanti, biarlah kenangan di Los Angeles ini menjadi memori terindah dalam hidup mereka. Oh, sakitnya. Tak sanggup Lara membayangkan saat perpisahan itu nanti...
Mata Lara merembeskan air jernih. Hati terasa pedih dengan dilema yang melanda selain daripada konflik keluarganya.
Tiba-tiba dalam keadaan kabin yang malap dan sepi itu, sosok tubuh Ashraf dilihat muncul daripada jauh. Air wajah Lara berseri-seri melihat kedatangan Ashraf dan dia cepat-cepat menyeka air mata.
"Hey, baby... Tak tidur lagi?" Bisik Ashraf sambil melabuhkan punggung di seat kosong sebelah Lara. Dia tidak mahu berehat di 'pilot bunk'. Dia ingin berehat bersama Lara di sini walaupun tidak seselesa di bunk-nya.
"Belum lagi, sayang..." Lara tersenyum dan mata mereka bertaut.
Hati Ashraf terus longlai mendengarkan balasan tersebut! Seluruh penatnya seolah-olah hilang dalam sekelip mata! Ashraf senyum sampai ke telinga.
Lara memerhatikan kemeja kerja Ashraf yang kini tampak lebih santai. Tidak ada 'papan tiga calit' di bahu dan di dada kirinya juga sudah tidak ada lencana sayap besi. Semua sudah ditanggalkan. Lara tahu Ashraf sudah tamat waktu bekerjanya.
"How's your flight so far?" Ashraf bertanya sambil mencondongkan sedikit tempat duduk separas dengan tempat duduk Lara.
"Great... Sebab you yang bawak." Mereka berdua bertukar senyuman.
"Penat?" Tanya Lara dan Ashraf hanya mengangguk.
"Penat tapi happy sangat sebab ada you. I tak penah pergi kerja rasa happy macam ni..."
Lara senyum tersipu-sipu lantas dia memeluk lengan yang tegap itu dan menyandarkan kepalanya di bahu Ashraf.
Tingkah laku Lara yang agak manja itu membuatkan perasaan Ashraf bergelora! Kalau turutkan hati mahu saja dia memeluk tubuh Lara.
"Tidur, okay? Sleep tight, baby." Kata Ashraf sambil mengelus lembut tangan Lara yang melingkari lengannya.
"You too, sayang..." Lara mempereratkan pelukan. Lantas mereka berdua memejam mata dalam degupan jantung masing-masing yang deras.
"Baby..." Bisik Ashraf dengan mata terpejam.
"Hmm...?" Lara buka mata dan memandang wajah Ashraf.
"Kali ni takde compartment kereta dekat tengah-tengah, kan?"
Mereka berdua terus menahan tawa daripada meletus! Lara memukul lengan Ashraf dan terus memejam matanya semula dalam sisa-sisa tawa. Ada-ada saja keletah lelaki ini! Fikir Lara.
Dan tidak lama selepas itu mereka berdua akhirnya terlena...
'Dear skies, if only you could hear me... Please let Ashraf Zildan knows that... I love him.' Bisik Lara dalam hati. 'Please skies, please. Every time he's up here, flying... Please remind him that I will always love him...' Lara telan liur dan menyambung, 'Even when I'm no longer with him...'
Share this novel
tk ad yg mustahil ddunia nie apapn itu jk Allah berkehendak,,,