Malam itu merupakan malam yang kedua Lara, Zieta dan Khyra berada di Pulau Mabul. Setelah sehari suntuk berendam di dalam laut, mereka semua makan malam dengan berselera sekali di restoran resort tersebut. Perut masing-masing kelaparan dan kulit mereka semua sudah terbakar akibat terlalu lama berjemur di dalam air dan di tepi pantai siang tadi.
"Oh my god... Esok kita dah nak balik KL!" Kata Lara. Zieta dan Khyra hanya tersengih lebar. Seharian mereka melakukan aktiviti diving, masa dirasakan berlalu dengan sungguh pantas.
"Itulah... Sebelum sampai sini, aku rasa tiga hari dua malam tu macam cukup masa. Tapi bila dah sampai dan dah buat macam-macam aktiviti, terus rasa macam tak puas pulak! Baru semalam sampai, esok dah nak balik! Sepatutnya kita kena spend at least empat atau lima harilah, kan?" Lara dan Khyra hanya mengangguk apabila mendengar kata-kata Zieta itu. Masing-masing sibuk meratah isi ketam dan udang yang segar dan manis di dalam pinggan mereka.
"Best-kan diving siang tadi! Kalaulah esok kita still ada dekat sini, confirm aku turun diving lagi!" Sambung Zieta.
"Hei, jangan lupa... Kita sekarang ni tengah study week. Balik je dari Mabul ni kita kena terus study–"
"Kay... Janganlah ingatkan lagi pasal exam! 'Potong stim' lah tengah holiday!" Kata-kata Lara itu menyebabkan Zieta dan Khyra tertawa besar. Mereka tahu itu kepantangan Lara setiap kali mereka pergi bercuti sakan. Semua orang tidak dibenarkan menyebut perkataan 'kelas', 'presentation', 'assignment' atau 'exam' di hadapan Lara. 'Potong stim' bak kata Lara tadi.
"Pukul berapa flight kita esok ye?" Khyra mengubah topik. Kelihatan pipi dan hidungnya sudah kemerahan akibat sunburn!
"Dua setengah petang. Malam ni kita semua kena tidur awal, okay. Esok nak check-out awal tau. At least pukul sembilan kita dah kena naik feri ke jeti Semporna. Nanti dari sana nak ke airport makan masa lagi." Lara mengingatkan rakan-rakannya dengan panjang lebar. Dia risau kalau mereka tidur lambat pada malam ini, esok pagi semua orang terlajak tidur akibat kepenatan!
"Maaf, boleh saya tahu yang mana satu Cik Lara?" Seorang pelayan restoran tiba-tiba muncul di meja mereka sambil menatang sebuah dulang. Lara terpinga-pinga apabila terdengar namanya disebut.
"Err... Saya." Jawab Lara pendek manakala kedua-dua rakannya pula sudah mengunjuk jari ke arah Lara. Ketika itu, pelayan tersebut mengambil sesuatu di atas dulang yang ditatangnya.
"Special request for dessert dari Encik Huzaimi untuk Cik Lara dan kawan-kawan." Ujar pelayan itu sambil tersenyum dan meletakkan sebiji pinggan yang berisi pencuci mulut di hadapan Lara. Selepas itu, dua pinggan lagi diletakkan di hadapan Zieta dan Khyra.
"Aww...!!" Ketiga-tiga gadis itu berteriak serentak sambil tertawa riang.
Lara lihat di atas pinggan pencuci mulutnya itu tertera perkataan 'I miss you' yang ditulis dengan menggunakan krim coklat manakala di atas pinggan Zieta dan Khyra pula tertulis perkataan 'Thank you'.
Mereka semua tahu, mesej 'thank you' itu adalah kerana kesudian Zieta dan Khyra menghadiahkan tiket penerbangan buat Lara. Malahan juga, makan malam yang sedang mereka nikmati itu pun Huzaimi yang belanja dari kejauhan!
"Ya Allah... Sweet-nya Huz kau ni, Ra!" Ujar Khyra dan Zieta hampir serentak. "Takdelah...!" Lara tersipu malu lantas menyambung, "Aku rasa PA dia yang tolong arrange-kan semua ni dengan pihak resort. Dia mana ada masa nak buat benda-benda macam ni. Patutlah masa dia hantar aku ke airport hari tu, beriya-iya dia nak tahu nama resort ni. Rupa-rupanya ada secret plan..." Lara tertawa kecil mengenangkan keletah si cinta hati.
Jauh di sudut hatinya, Lara terasa bangga dengan kemurahan hati Huzaimi terhadap rakan-rakannya itu apatah lagi bila Zieta dan Khyra tak henti-henti memuji. Lara mengambil telefon bimbitnya dan menaip sesuatu dalam senyuman yang masih memekar...
'I miss you too, baby... Thanks for the dinner treat and dessert. We're soooo happy! Love you, sayang! :-*'
Jari Lara tekan butang 'Send'.
"Hmm... Sedap...!" Kata Khyra yang sudahpun menyuap mousse coklat dan kek ke dalam mulutnya. Zieta pula cepat-cepat menghabiskan saki-baki ketamnya tadi sebelum beralih ke pencuci mulut tersebut.
"Gentleman betullah Huz ni, Ra... Bukan setakat gentleman, romantik pulak tu! Mesti kau bahagia sangat sepanjang relationship korang, kan Ra?" Ujar Khyra sambil tekun makan. "Yelah, Ra. Aku tak pernah nampak pun kau dengan Huz gaduh-gaduh macam aku dengan Korie!" Serentak itu juga Zieta dan Khyra tertawa manakala Lara pula semakin tersipu-sipu malu!
"Tak lah! Kitorang pun ada masanya 'berangin' jugak... Cuma, aku rasa sebab Huz tu age gap dia jauh sikit dengan aku kot. Jadi, dia matang. Tak adalah bergaduh sakan macam masa aku dengan Reza dulu." Lara berkata sambil menguis-nguis mousse coklat di pinggannya.
"Ala! Kalau dengan si biawak hidup tu sesiapa pun boleh jadi gaduh!" Sekali lagi, mereka semua tertawa serentak. 'Biawak hidup' itu pula kepantangan si Zieta dan Khyra. Lara cukup tahu. Pantang sungguh telinga mereka mendengar nama Reza disebut, pasti dicantas habis!
"Kau happy kan dengan Huz?" Pertanyaan Zieta itu dibalas dengan senyum simpul Lara.
"Memang happy. Tapi... Korang tengoklah Huz tu busy macam mana..."
"Iyelah, itu sebab he owns his own business empire! Memanglah busy, orang business. Ayah aku pun dulu masa business dia baru nak naik kadang-kadang sampai tak balik rumah, tidur dekat office." Celah Khyra pula. Ini dipersetujui oleh Zieta, juga anak kepada businessman.
"Memanglah. Tapi aku kadang-kadang tu teringinlah jugak nak jadi macam couple yang sebaya-sebaya kita ni... Jalan-jalan sana-sini, pergi tengok midnight movie... Dengan si Huz ni asalkan pukul sepuluh malam je dia dah kena masuk tidur sebab dia jenis bangun awal untuk kerja! Pukul empat pagi dah get ready for his day! Gila kerja betul!" Kening dan suara Lara mencerun.
Kadang-kala Lara juga terfikir, mungkin pertembungan gaya hidup itu berlaku disebabkan jarak umurnya dan Huzaimi agak jauh iaitu hampir sepuluh tahun. Bagi Lara, pukul sepuluh malam itu 'malam masih muda'. Manakan tidak, kalau dia dan rakan-rakannya ke kelab malam, pukul sepuluh itu mereka baru hendak keluar daripada pintu pagar UiTM!
"Takpelah, Ra... Janji business dia jalan, poket dia tebal! Jangan macam biawak hidup kau dulu tu!" Kata Zieta pula lantas Khyra menganggukkan kepalanya tanda setuju.
"Tak sangkakan, Ra... Daripada buat practical training je dekat company Huz, terus tersangkut sekali CEO dia dengan kau! Company yang aku buat practical training dulu, boss dia tua! Bosan betul. Lepas tu semua orang ingat aku ni cucu dia!" Khyra merengus. Mereka masing-masing berasa gelihati apabila mengingatkan semula kisah hari pertama Khyra melaporkan diri di syarikat berkenaan. Pekerja-pekerja di situ semua menyangkakan Khyra adalah cucu kepada Dato Sani, pemilik syarikat perkapalan. Ini kerana Dato Sani mempunyai seorang cucu perempuan yang namanya sama dengan Khyra; Khyra Raissa!
Tiba-tiba, Lara terdengar telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada SMS yang masuk. Jari Lara lantas menekan butang 'Read'...
'Akak, alhamdulillah... Siang tadi mahkamah dah keluarkan arahan untuk ayah teruskan tanggungan perbelanjaan akak sebanyak RM400 sebulan sampai akak tamat belajar hingga ke degree. Selain tu, ayah jugak kena sediakan komputer atau laptop untuk akak. Kalau tak, dia kena tambah RM100 lagi untuk perbelanjaan assignment. Kita menang dalam kes ni! Syukur pada Allah... Akak jangan tinggal solat ye.' – Ibu
Wajah Lara serta-merta jadi ceria!
"Korang!"
Lara berteriak dalam senyumannya yang melebar. Kedua-dua rakannya itu terkejut sedikit melihatkan reaksi Lara yang mendadak. Dengan sepantas kilat, Lara terus mengunjukkan telefon bimbitnya ke arah Zieta dan Khyra. Suasana di meja makan mereka sekali lagi menjadi gamat dengan nada ceria selepas kedua-dua gadis itu membaca mesej yang tertera. Kedengaran juga mereka semua mengucapkan syukur berkali-kali kepada Yang Maha Esa...
Sementara itu di salah sebuah hotel di tengah-tengah pekan Tawau...
'Yo brah! Come over to my crib on Tuesday. I'll show you my new GF. Cun giler siot!'
Ashraf tekan butang 'Send' dan beberapa saat kemudian, keluar notifikasi 'Message sent to Danny' di skrin telefon Ashraf. Dia baru sahaja mengemas barang-barangnya pada malam itu. Esok, penerbangannya dari Tawau akan berlepas ke KLIA pada pukul 11.15 pagi. Dan Ashraf harus check-out daripada hotel tersebut di awal pagi.
Ashraf menyandarkan papan luncur kesayangannya itu di dinding. Kemudian, dia letakkan pula beg sandang Quicksilver yang berwarna hitam itu di sisi papan luncur tersebut. Ashraf tersenyum puas.
'At last! Dapat jugak aku benda ni...' Getus hatinya.
Esok, dia akan berangkat pulang ke Singapura bersama 'girlfriend' barunya itu dan jikalau Danny tidak ke studio pada hari Selasa nanti, bolehlah rakannya itu datang ke rumah untuk melihat papan luncur air tersebut. Dan yang sebenarnya juga, Ashraf sudah tidak sabar-sabar lagi untuk berkongsi cerita tentang gadis witch 22B itu!
"Argh...!"
Ashraf menggeliat lantas merebahkan badannya ke atas katil. Dia berasa sungguh selesa. Seharian ke sana-sini untuk berjumpa Ako, Ashraf terasa sungguh letih! Namun, matanya tidak boleh pejam. Dia merenung siling bilik hotelnya itu tanpa kelip. Wajah gadis 22B seperti yang dia lihat di sepanjang penerbangannya semalam bermain-main di fikirannya...
"Kenapa aku jadi gelabah tak tentu arah, huh? Kenapa sampai macam tu sekali??" Bisiknya sendirian. Ashraf juga terfikir, sepanjang dia mengemudi penerbangannya selama ini, pernah juga beberapa kali dia dilanda insiden-insiden yang tidak diingini tetapi dia tidak pernah berasa gentar! Kini, dia gementar hanya kerana seorang gadis?! "Gila!" Getus Ashraf.
Bayangan gadis itu yang sedang tertawa tiba-tiba terimbas pula di mindanya. Hati Ashraf langsung memekar dan kembang kuncup. Terasa kelenjar adrenalnya merembeskan hormon adrenalin, menyebabkan jantungnya tiba-tiba berdebar dan berdegup laju. Ashraf genggam penumbuk... Dia menarik nafas dalam-dalam untuk meredakan debaran di dada. Parah!
Ashraf meraup mukanya...
Dapatkah dia menjejaki gadis itu?
Apa agaknya jawapan daripada krew-krew Vikash mengenai gadis tersebut?
Jika mereka semua tidak kenal dan tidak tahu, sanggupkah Vikash menurut permintaan Ashraf yang seterusnya?
Dapatkah Vikash mencungkil segala data dan informasi gadis itu?
Jika tidak... Adakah dia akan terus terpisah dengan gadis tersebut buat selama-lamanya?
Memikirkan semua persoalan ini, hati Ashraf seolah-olah membeku!
Ashraf mengeluh panjang. Menyesal juga dia tidak menegur gadis witch itu semalam tetapi sememangnya dia tidak berdaya melakukan hal tersebut! Panahan mata si witch itu saja pun boleh menyebabkan dirinya terbeku, bagaimana kalau mulut dan otaknya turut sama terbeku saat dia melontarkan suara? Sudah pasti keadaan akan menjadi sangat canggung dan memalukan! Memikirkan perkara itu, Ashraf tertawa sendirian. Dia tidak dapat membayangkan perasaan malu yang harus dia tanggung seumur hidup jika perkara itu benar-benar terjadi!
"Haih... Memang witch betullah minah ni..." Bisiknya dalam senyuman.
Ashraf sendiri tidak mengerti. Sepanjang dua puluh enam tahun, tiga orang gadis pernah hadir dalam hidupnya tetapi dia tidak pernah berperasaan seperti ini. Kening Ashraf mencerun dan otaknya seolah-olah berfikir sesuatu...
'Is this love?' Bisik hati Ashraf.
'If this is what we called love, how to find out this witch is REALLY the one for me...?' Mata Ashraf mengecil.
Sepanjang tempoh percintaannya setakat ini, yang paling lama bertahan adalah gadis lawyer si kaki complaint. Itupun hanya setakat lima bulan! Tetapi waktu itu, tidak ada pula perasaan pelik-pelik yang datang berbondong-bondong menyerangnya seperti sekarang ini! Adakah ini penangan cinta daripada sang gadis misteri? Adakah ini sosok yang bakal dia tumpahkan segala cinta dan tolenransi? Adakah ini si pelengkap rusuk kiri? Ashraf sendiri tidak pasti!
Dalam kegusaran hati yang melanda, tangan Ashraf mencapai telefon bimbitnya yang terletak di atas meja kecil sebelah katil. Dia menaip sesuatu di ruangan SMS dalam beberapa saat sebelum tiba-tiba terhenti. Air wajahnya seolah-olah sedang memikirkan sesuatu...
'Takkan aku nak tanya direct pulak pasal cintan-cintun ni?' Ashraf mengetap bibir buat seketika dan tidak lama kemudian dia terus menaip...
'Ma, you asleep?' – Ash
Ashraf campak telefon ke tepi. Dia memejam matanya rapat-rapat sambil menunggu balasan. Selang lima minit kemudian, telefon bimbitnya membunyikan notifikasi SMS masuk...
'Not yet. Why son?' – Mama
'I'm gonna ask you a question: How do you decide critical decision in your life?' – Ash
'Oh. I thought that's your thing. Isn't that what you've been doing all this while, Mr Pilot?' – Mama
Ashraf melirikkan matanya ke atas. Lantas, dia menaip lagi...
'Planes have manual I can refer to. Obviously, we don't have one for life.' – Ash
Ashraf dapat membayangkan bagaimana ibunya itu sedang mentertawakan dirinya di rumah sana.
'Haha... Okay, well... Just go by your heart. Trust your instinct, that's the most important.' – Mama
'Heart? But I thought pepatah Melayu kata ikut hati mati. Kan?' – Ash
'YES if you depend solely on it! Use your brain as well, Mr Pilot! And always remember, you'll gain when you give.' – Mama
'Interesting. But I didn't gain anything especially in love. How's that possible? ;P' – Ash
'You didn't gain because you never give! From my observation, you tak pernah betul-betul committed, Ashraf Zildan. What a cold creature! Sad!' – Mama
"Ouch!" Ashraf ketawa terbahak-bahak apabila membaca SMS 'pedas' mamanya itu. Dia menggeleng-gelengkan kepala sambil tersenyum. Jari-jemarinya terus menaip pantas...
'LOL! Ma, this 'cold creature' is your son! How could you! :D' – Ash
'Yes, he is my son! So try to reflect yourself because I wonder where did I go wrong nurturing you...! Be a better man already! You know what, I dah malas nak cakap hal ni dengan you. You dah besar, you fikir sendirilah! I'm calling it a day now, good night!' – Mama
Ashraf ketawa sendirian lagi. Mamanya sendiri pun malas hendak melayannya, inikan pula si gadis witch! Fikir Ashraf. Dia terus meletakkan telefonnya itu di sebelahnya. 'Ah, sudahlah, baik tidur je! Esok nak bangun awal.' Bisik Ashraf dalam hati sambil dia mula mengiringkan badannya lantas memejam mata.
Saat itu, wajah gadis 22B yang tersenyum manis muncul dalam kotak fikiran Ashraf. Hati Ashraf seolah tertanya-tanya...
Di mana agaknya gadis itu berada sekarang...?
Ke pulau mana agaknya mereka semua pergi? Manukan? Mabul??
Ashraf senyum sendirian dengan mata yang terpejam. Dia pasti sudah tentu gadis itu sangat gembira dapat melakukan aktiviti diving buat pertama kali dalam hidupnya! Akhirnya perlahan-lahan, fikiran Ashraf terhadap gadis 22B tersebut hilang bersama lena akibat daripada kepenatan yang teramat sangat...Â
Adakah ini penangan cinta daripada sang gadis misteri? Adakah ini sosok yang bakal dia tumpahkan segala cinta dan tolenransi? Adakah ini si pelengkap rusuk kiri? Ashraf sendiri tidak pasti!
Share this novel