Keadaan di Wad 7A terang-benderang.
Waktu sudah menginjak tengahari dan suasana di situ sudah mulai sibuk tatkala waktu melawat dibuka. Katil-katil yang pada sebelah paginya berpenghuni sepi mula dikerumuni oleh para pelawat sama ada ahli keluarga ataupun rakan-rakan.Â
Lara duduk menyandar di katil, termenung panjang. Makanan yang terhidang di hadapannya masih belum terusik. Dia teringat situasi pagi tadi sebelum ibunya pergi bekerja.
"Akak... Tidur betul-betul... Nanti sakit pinggang."
Suara lembut itu membangunkan Lara dari lena. Lara tidur merengkot dengan posisi badan yang senget di katil sambil memeluk 'Pinkyrara'. Teddy bear pemberian Ashraf. Sedikit pun Zuraidah tidak menyangka bahawa Lara tidur begitu kerana hampir saja melakukan cubaan bunuh diri sekali lagi malam tadi! Pada tanggapan wanita itu, emosi Lara sudah stabil.
"Akak rehat je, jangan banyak fikir okay? Ibu nak pergi kerja dah ni. Tengahari nanti Ashraf kata dia nak datang lawat akak." Kedengaran ibunya membisikkan kata-kata itu sambil mengerlus rambut Lara. Lara yang agak mamai pada ketika itu tersentak apabila nama Ashraf disebut.
'Ashraf? Ibu dah kenal Ash?' Hatinya terdetik dalam pada dia separuh sedar pagi tadi.
Kini Lara terfikir pula, bagaimana agaknya penerimaan ibu terhadap Ashraf? Apa agaknya yang berlaku sepanjang dia tidak sedarkan diri? Bagaimana Ashraf dan ibu berjumpa? Semua persoalan itu bermain di fikiran dan membuatkan Lara penasaran.
"Princess..."
Lara cepat-cepat memandang ke arah suara garau tersebut.
Sosok tubuh tinggi lampai itu tercegat di hujung katil dan waktu itu juga wajah Lara mencebik lalu mendepangkan tangan minta dipeluk.
Ashraf terus mendapatkan Lara dan mereka berpelukan erat. Suara esak tangis Lara mula kedengaran mendayu-dayu tanpa mempedulikan orang di sekeliling mereka. Â
"Ash... Uhuhuu..."
"Yes, baby...? It's okay, baby... It's okay... Syhh..." Sambil memujuk, Ashraf mengerlus rambut Lara dan tanpa disedari airmata Ashraf juga turut bergenang! Selepas mengetahui segala penderitaan Lara, hati jadi bertambah pilu mengenangkan onak dan ranjau perjalanan hidup gadis itu.
"Ash... I tak tahu nak buat macam mana lagi..." Suara Lara bergetar tangis sambil dia menghamburkan segala kebuntuannya.
"Syhh... No, it's okay... You tak payah buat apa-apa... I ada, okay...? Biar I handle semua."
"Tapi you tak faham, you tak tahu... Uuhuuhuu..."
"I faham, I tahu-"
"No! You tak faham!" Lara melepaskan diri daripada pelukan Ashraf dan menekup muka. Pada tanggapannya pasti Ashraf tidak tahu tentang kejadian hitam yang menimpa dirinya. Manakan tidak, dia memang tidak bercerita kepada sesiapa pun termasuklah Zieta!
"Okay okay, I tak faham... Tapi you boleh explain bagi I faham, kan?"
Wajah Lara ditenung. Ashraf cuba memancing agar Lara membuka cerita tetapi gadis itu hanya menggeleng kepala sambil tersedu sedan. Ternyata dia belum bersedia untuk meluahkan segalanya kepada Ashraf.
"Okay, kalau tak mahu takpe... Come, give me a hug... Come on..."
Perlahan-lahan Lara kembali merebahkan wajahnya di bahu tegap itu lalu Ashraf memeluknya dengan penuh kasih sayang.
Kedua-duanya terdiam seketika. Ashraf membiarkan saja Lara menangis sepuas hati hingga tangisnya reda sendiri.
"Syhh... Don't worry, okay. I ada..."
Kata pujukan itu bagai satu kebimbangan yang teramat dalam buat Lara. Bagaimana kalau Ashraf tahu yang dia sudah dinodai? Adakah pemuda ini akan masih setia di sisi? Dia takut kehilangan Ashraf!
Lama Lara menangis, menghamburkan segala kebimbangannya melalui titisan airmata. Kebimbangan yang tidak terungkap.
"Lara... I nak you tahu satu benda..." Ucap Ashraf apabila Lara semakin tenang.
Lara tidak menyahut tetapi mula memasang telinga. Saat Ashraf tidak lagi memanggilnya dengan nama princess, baby, sweetheart dan sebagainya, bicara lelaki itu kedengaran sungguh serius.
"I takut kehilangan you, Lara." Sambung Ashraf.
Lara jadi cuak. Dia juga takut kehilangan Ashraf jika Ashraf tidak dapat menerima dirinya lagi. Tetapi dia juga masih takut untuk berterus-terang.
"Waktu you terbaring dekat atas lantai hari tu, degup jantung you dah tak ada... I takut. I tak sanggup kalau you tinggalkan I dengan cara macam tu..."Â
Lara mengeratkan pelukan. Titis airmatanya semakin membasahi bahu tegap Ashraf.
"I'm sorry, Ash... I'm sorry..." Ujarnya pilu.
"No, you don't have to say sorry... You've been such a strong girl for a long time, princess..." Ashraf mengerlus belakang badan Lara.
"Cuma I mintak satu perkara... Jangan buat lagi perkara ni. I tak bolehlah kalau you tak ada."
Lara mendiamkan diri. Teringat niatnya untuk melakukan cubaan bunuh diri malam tadi. Kalaulah Ash tahu...
"Princess, I tahu hidup ni tak mudah. Tapi I akan cuba mudahkan untuk you, okay?"Â
Tiba-tiba sahaja beban perasaan yang ditanggung Lara selama ini seolah-olah diangkat pergi! Terasa seperti satu kelegaan bahawa dia tidak akan berseorangan lagi dalam mengharungi hidup ini.
Airmata terharu jatuh bersama sisa sedu-sedan lantas pinggang Ashraf dipeluk semakin erat.
Lara rasa inilah lelaki yang tercipta buatnya...
* * * * *
"Mimi...!"Â
Rizman tersembul di pintu kaca pejabat sambil dia menatap wajah setiausahanya.
"Yes, boss?"Â
"Tengahari ni I ada lunch dengan siapa?" Keningnya berkerut.Â
"Oh... Yang itu... Encik Ashraf. Dia called kelmarin mintak lunch slot dengan you."Â
"And he's from...?"Â
Wajah Mimi serta-merta jadi terpinga-pinga!
"Err..." Desisnya lalu menyambung, "Dia kata family matter, so I ingatkan bos kenal dia."Â
Kali ini kening Rizman semakin berkerut.Â
Family? Ashraf? Siapa?Â
"Hmm, takpelah. Kalau macam tu pukul 11.45 pagi nanti I gerak daripada sini. You jangan block apa-apa dalam kalendar I, please."Â
"Okay, boss."Â
Sunway Carnival Mall
Kenny Rogers Roasters
"Hi uncle."Â
Ashraf berdiri sebaik sahaja melihat ayah Lara tiba di meja. Dia menghulurkan salam lalu disambut Rizman.Â
Saat ini barulah Rizman cam akan muka pemuda ini. Dia teringat kepada pertemuan mereka sewaktu di kenduri kahwin Raja Norman Shah di hotel Ritz Carlton satu ketika dahulu.Â
"Sorry, I tak tahu sangat area sini. I tak tahu dekat mana ada tempat yang lebih privacy untuk kita berbincang. I hope here's okay for you."Â
Rizman hanya mengangguk sambil duduk di kerusi.Â
"Uncle ada terima apa-apa berita pasal Lara?"Â
Wajah Rizman mula berkerut. "Tak." Jawabnya pendek.Â
"Oh, okay. I ingatkan aunty Zu ada beritahu."Â
"Takde. Kenapa?" Dalam fikiran Rizman saat ini dia terfikir, mungkin Lara hilang atau melarikan diri. Ini kerana gadis itu tidak hadir sewaktu perbicaraan di mahkamah beberapa hari yang lalu.Â
"Actually uncle... Lara dekat hospital sekarang. She attempted suicide few days ago."Â
Mata mereka bertatapan tetapi Ashraf lihat Rizman tidak terkejut.Â
"So?"Â
Pertanyaan yang serba ringkas itu membuatkan telinga Ashraf berdesing apatah lagi bila melihatkan sedikit pun riak kesal tidak terlihat di wajah lelaki ini!
"Yeah... So!" Ujar Ashraf lalu menghulurkan sebuah fail kepada Rizman. Lalu dia menyambung kata, "I datang ni mewakili Lara... Ini draft saman terhadap uncle, semua dah complete cuma Lara belum sign. Kitorang nak sue uncle for parental negligence, which came under the Child Act 2001. Akta baru-"
"Apa kena mengena I dengan parental negligence?" Potong Rizman.
"Sebab uncle telah menyebabkan depresi dan tekanan perasaan kepada Lara semenjak uncle kemukakan saman ke atas dia. Lagipun dari segi undang-undang, Lara tu masih di bawah tanggungjawab uncle-"
"Tak." Potong Rizman sekali lagi. "She's over 21 years old already. She's on her own."Â
Ashraf senyum. "Oh, ye ke? Tapi kalau refer kepada kes tuntutan nafkah Lara terhadap uncle, dekat appendix belakang ni..." Ashraf mula menyelak kertas-kertas di dalam fail tersebut. "Ha, yang ini... Mahkamah dah keluarkan arahan supaya Lara diletakkan di bawah tanggungjawab uncle sehingga dia tamat belajar. Maknanya she's still under your responsibility. Under your watch."Â
Pandangan mata mereka sekali lagi bertembung.Â
"Dia ada satu lagi semester sebelum graduate. Dia masih di bawah tanggungan uncle, termasuklah kebajikan dia yang di dalam fail saman ni merujuk kepada 'kemaslahatan mental dan emosi' atau mental and emotional wellbeing."Â
Air wajah Rizman dingin memandang wajah Ashraf.Â
"Sehari sebelum dia buat suicide attempt, kitorang terjumpa SMS daripada lawyer dia pasal dia tak datang court hearing. Dia tengah tertekan sangat masa tu tapi malangnya takde siapa pun tahu. Alih-alih... She attempted suicide."
Rizman masih diam membisu manakala Ashraf pula hanya tersenyum memandangnya.
"Uncle... You belum tentu menang dalam saman you ke atas Lara." Sambung Ashraf lagi. "Tapi kalau kitorang proceed dengan saman yang ini... Sekali dengan bukti yang mengatakan Lara tu masih di bawah tanggungjawab you, dah terang-terang you bersalah."Â
Saat ini hati Rizman terbakar namun dia cuba untuk bertenang.
"I datang ni bukan untuk bermusuh dengan you, uncle. Sebab tu I bawak draft saman sahaja. Kitorang tak nak saman you sebenarnya. You guys are families! Apa guna saman menyaman ni?!" Desis Ashraf dengan nada yang agak tinggi. Perasaan amarahnya disembunyikan di sebalik getar suara yang tegas.Â
"Sebab tu I nak maklumkan pada uncle dulu sebelum kitorang proceed dengan saman ni. Supaya you boleh fikir masak-masak. Permintaan kami senang je... Uncle gugurkan saman uncle ke atas Lara atau kitorang countersue uncle."
Ashraf cuba membaca riak wajah lelaki akhir 40-an ini. Walaupun tampak tenang tetapi Ashraf pasti perasaan Rizman sedang berkocak.Â
"If convicted, you can be fined up to RM20,000 or jailed for up to 10 years, or both. Sepuluh tahun jail. You nak?" Tawa Ashraf kedengaran sinis.Â
"Okay, I tak boleh lama. I ada hal lain. I bagi sampai esok. Please let me know. This is my number." Ashraf menulis nombor telefon bimbitnya di atas sehelai tisu di atas meja lalu ditolak ke arah Rizman.Â
"Uncle, dalam keluarga kami pun ada sorang je anak perempuan. My eldest sister. Tapi my dad layan dia macam puteri raja. Manja! Sikit pun orang tak boleh cuit dia. Tapi kenapa uncle sanggup buat Lara macam ni? You macam kena brainwashed. I tak fikir seorang ayah tak sayangkan anak perempuan tunggal dia."Â
"You tak payah libatkan sesiapa dalam hal antara I dengan Lara!" Ujar Rizman.Â
"Habis tu, kenapa uncle tak sayangkan Lara? Diakan anak uncle jugak?" Ashraf tenung wajah Rizman dalam-dalam.
"Uncle, listen. Darah uncle ada mengalir dalam tubuh Lara. Kalau uncle singkirkan dia dalam hidup uncle, samalah macam uncle singkirkan sebahagian daripada diri uncle. Dan kalau dia mati tempoh hari, uncle akan tanam sebahagian daripada diri uncle jugak. Uncle yang torture dia! Uncle boleh lagi tidur malam?!"Â
Kata-kata keras itu bagai terhambur di muka Rizman!Â
* * * * *
Pada keesokan hari, angin bertiup sungguh kencang di Pelabuhan Kerteh. Di kawasan tempat letak kereta terbuka, kedengaran derap kaki dan bunyi but Syed Al-Fahd berjalan menuju ke arah keretanya.Â
Tiba-tiba sahaja dia terasa bahunya dipegang daripada belakang dan saat dia menoleh...
Dush!!
Satu tumbukan mengenai mukanya dan kemudian,
Bap!
Fahd sudah jatuh terlentang di atas tanah!
"Hoi!!" Jeritnya dengan wajah yang berkerut menahan sakit. "Kau ni gila ke apa?! Siapa kau?!!"
Ashraf tersenyum senget dan segera mendapatkan Fahd.
Kolar baju Fahd digenggam lalu dia menghayunkan penumbuk sekali lagi. Walaupun Fahd dapat menahan mukanya dengan tangan, tetapi hentakan tumbukan Ashraf masih menyakitkan. Dia kembali jatuh ke tanah.
"Hoi! Orang gila! Kau ni siapa hah?!" Tanya Fahd sambil dia terkocoh-kocoh bangun daripada tanah. Dia tidak mahu Ashraf menerkamnya untuk kali kedua. Namun Ashraf terus mara dan menumbuk ke muka Fahd untuk sekali lagi.
"Hap!" Fahd menepis tumbukan yang datang daripada tangan kanan Ashraf namun sepantas kilat, siku kiri Ashraf pula menghentak dagu Fahd sehingga dia terdongak dan terperosok jatuh ke belakang!
"Apa kau dah buat pada dia hah?!" Tanya Ashraf sambil dia mara ke arah Fahd.
Fahd tidak sempat hendak menjawab lantaran serangan Ashraf yang datang bertalu-talu. Dia segera menyerang balas Ashraf dan entah bagaimana tumbukan Fahd mengenai pipi kiri Ashraf.
"Itu yang kau nak kan?!" Jerkah Fahd.
"Tak. Aku nak kau mampus!" Ashraf segera menyerang Fahd dan mereka berbalas tumbukan sambil masing-masing mempertahankan diri.
Ah, Ashraf langsung tidak gentar setakat bertumbuk dengan lelaki seperti Syed Al-Fahd. Tyresse yang tinggi dan gagah pun dia pernah 'terlangkupkan' dahulu!
"Apa kau dah buat pada dia hah?!" Tanya Ashraf sekali lagi dan saat tangannya menepis balasan tumbukan daripada Fahd,
Dush!!
Satu tumbukan Ashraf tepat mengenai batang hidung lelaki itu menyebabkan Fahd terhoyong-hayang menahan sakit!
Ashraf berhenti sebentar daripada menyerang dan mengamati gelagat Syed Al-Fahd.
"Hmmph! Aku dah tahu, aku dah tahu..." Kata Fahd dalam kerutan wajahnya. "Kau belasah aku ni sebab Lara, kan? Betul?" Fahd tersenyum sinis dan mengelap titisan darah yang keluar daripada hidung.
"Kau datang ni sebab nak rampas tunang aku?! Hah?! Haha!"
"Tak. Aku datang bukan sebab nak rampas dia. Aku datang ni sebab aku nak belasah kau, atas apa yang kau dah buat pada dia! Bangsat!"
Lantas Ashraf menerpa ke arah Fahd dan mereka mula bergumpal.
"Aku tak perlu bertumbuk untuk rampas dia daripada kau! Tapi aku nak ajar kau! Sebab kau menyiksa hidup dia!" Jerkah Ashraf dalam pergelutan itu.
Sekejapan Ashraf berada di atas dan sekejapan pula dia berada di bawah. Mereka tumbuk menumbuk dan kadangkala bercekik sesama sendiri.
"Seriously you're man with brain! But without mind! Pathetic!" Ujar Ashraf lalu memberikan satu tumbukan padu ke pipi Fahd!
"Kau...! Kau panggil dia apa?!"
Dush!
"Hah?! Jalang?!"
Dush!
"Pukimak?!"
Dush!
"Kau ni memang bangsat!!"
Dush!
"Kau spike air minuman dia kan?!! Kau ingat aku tak tahu?!! Kau buat apa dengan dia?!! Hah?! Kau rogol dia?!! Kau buat apa?!! Cakaplah, bangsat! Cakap!!"
Dush! Dush! Dush!
Syed Al-Fahd seakan sudah terkulai apabila ditumbuk berkali-kali!
Ashraf kemudian bangun sambil menarik kolar baju Fahd dan memaksa untuk berdiri tetapi selepas itu,
DUSH!
Darah berhamburan di udara. Sebatang gigi melayang dan jatuh ke tanah!
Buk!
Tubuh Fahd jatuh tersembam tidak bermaya.
"Kau bangun sekarang, sial!!" Jerit Ashraf sambil mengelap lelehan darah di hidungnya.
"Aku tak puas hati lagi..." Ashraf berkata sambil memandang sekeliling. Terasa dirinya seakan dirasuk dengan kemarahan yang amat dahsyat.
Tiba-tiba matanya terpandang sebatang besi yang terdampar di celah pagar dawai hanya beberapa langkah daripada situ. Ashraf segera mengutipnya.
"Kau memang mati hari ni..."
Ashraf menerpa ke arah Syed Al-Fahd sambil menggenggam besi tersebut dan mengangkat ia tinggi ke udara...
"Princess, I tahu hidup ni tak mudah. Tapi I akan cuba mudahkan untuk you, okay?"Â SALAM NUZUL QURAN BUAT SEMUA! :)
Share this novel
tq update sabar Ash.....