"Ish, tak naklah ibu pergi ke kenduri anak Aunty Diba tu. Aunty Diba kau tu memanglah baik, sejak dulu lagi dia sorang je yang tak pernah hina anak-anak ibu. Dengan ibu pun dia layan baik. Tapi dekat kenduri tu nanti ada wan dengan atuk, ada aunty-aunty kau yang lain, ibu tak naklah jumpa diorang!" Muka Zuraidah berkerut memandang Lara di hadapannya. Kelihatan anaknya itu mengeluh kecil. Lara memberitahu bahawa dia terjumpa dengan Faradiba, adik kepada bekas suaminya Rizman, sewaktu pertunjukan fesyen kelmarin.
Faradiba atau yang digelar Aunty Diba itu datang menemui Lara di belakang tabir selepas tamat pertunjukan.
"You know how I could recognize you even after all these years? Because of your striking resemblance to wan's (nenek) face when she's younger!" Ujar Faradiba yang merupakan tetamu VIP di pertunjukan fesyen itu.
Lara kelihatan kekok sedikit dengan kehadiran wanita jelita itu di belakang tabir. Gayanya tampak sederhana tetapi segala yang tersarung di tubuh wanita itu tampak mahal dan mewah. Maklumlah, makciknya itu berkahwin dengan kerabat diraja. Kesemua makciknya berkahwin dengan orang kaya dan ternama; berbekalkan wajah yang cantik. Lara masih ingat wajah mereka semua walaupun kali terakhir bersua adalah ketika Lara berada di sekolah rendah.
Waktu itu juga, Faradiba membuka beg tangan Hermes berwarna biru lalu mengeluarkan sekeping kad jemputan kahwin Raja Norman Shah, abang sepupu Lara.
"Aunty bagi kad kosong je ye, takde pen pulak nak tulis. Tapi you tak payah RSVP, itu untuk orang luar je. Datanglah dengan mommy nanti."
Lara ketika itu hanya tersenyum dan mengangguk tetapi kini ibunya pula yang tak mahu pergi!
"Akak serba salahlah kalau kita tak pergi, ibu... Aunty Diba dah jemput kita elok-elok. Ibu jugak kata, dia tu baik."
"Memanglah. Kalau dia jemput datang bertandang ke rumah dia, memang ibu pergi. Tapi ini... Nanti kena menghadap ayah kau dengan perempuan queen control tu lagi. Tak naklah!"
Lara berdecip. Mengenangkan perkara itu, dia pun jadi malas hendak pergi!
"Habis tu kalau ibu tak pergi, akak nak pergi dengan siapa? Sudahlah dekat Ritz Carlton. Tak kan akak nak pergi sorang-sorang?"
"Pergilah dengan Huzaimi...!"
Mata Lara dan mata Zuraidah bertembung.
"Oh." Getus Lara namun dalam kepalanya sedang ligat memikirkan sesuatu...
*Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *
Keadaan di kolam renang SIA Training Centre itu kedengaran sedikit riuh selepas semua kru terjun ke dalam air. Mereka segera berenang ke arah bot kembung untuk latihan keselamatan 'Ditching and Water Survival' pada hari itu.
Ashraf memanjat naik ke dalam bot dengan keadaan yang lencun. Apabila dia berdiri, air kolam berjejehan jatuh daripada t-shirt dan seluar yang dipakainya. Kesemua mata di situ memandangnya tetapi dia hanya buat bodoh. Mata-mata nakal melirik ke arah bahu, lengan dan betis Ashraf yang berotot. Beberapa orang pramugari pandang-memandang dan tersenyum sesama sendiri seolah-olah bertelepati...
Selepas menyalin baju, Ashraf memasukkan plastik yang mengandungi pakaian basah tadi ke dalam beg sandang Quicksilver yang telah digunakan bertahun-tahun. Telefon bimbit dikeluarkan daripada poket beg tersebut dan kelihatan tertera satu notifikasi SMS.Â
'Temankan I pergi kenduri kahwin hari Ahad minggu depan?' - Princess
Bibir Ashraf senyum melebar. Sudah berapa hari Lara berkelakuan dingin terhadapnya sejak kes tersalah hantar SMS! Namun, mereka masih berbalas mesej setiap hari cuma gaya bahasa Lara tidak manja dan tidak ceria seperti selalu.Â
'Marah, tapi still nak ajak orang pergi kenduri.' Bisik hati Ashraf. 'Sebab sayangkan? Ke sebab rindu kalau tak bercakap sehari?' Sambungnya dan senyuman makin lebar. Jarinya menaip laju.
'Oh, interesting. A big YES, baby. Tapi kena tunggu my flight roster keluar lusa. Hopefully I takde flight, tapi kalau ada pun I sanggup buat flight swap untuk princess I. Rindu.' - My MWB
'Tak payah nak mengayatlah.' - Princess
Ashraf ketawa! Dia seakan-akan dengar dan nampak reaksi Lara depan mata. Hati jadi semakin rindu.
'Habis tu kalau tak buat ayat, macam mana I nak tulis SMS ni?' - My MWB
'ASHRAF!' - Princess
Ashraf ketawa sendirian. Butang balas mesej ditekan.
'I'll try my best to swap flights. Princess sayang I tak?' - My MWB
Diam. Ashraf rasa Lara malas hendak melayannya.
'Okay, takpe. Nanti kita jumpa I pujuk you, okay?' - My MWB
Diam.Â
'Muah!' - My MWB
Diam lagi.Â
'Princess.' - My MWB
Tiada apa-apa balasan.Â
'I.' - My MWB
'Miss.' - My MWB
'You.' - My MWB
'So.' - My MWB
'Much!' - My MWB
Ketika menekan butang 'Send' untuk SMS yang terakhir, Ashraf tertawa sendirian. Pasti bertalu-talu bunyi notifikasi di telefon Lara. Sengaja dia mengusik dan mengacau Lara sebegitu dan gerak hati merasakan bahawa gadis itu juga turut tertawa sekarang...Â
*Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *
Ting!
Pintu lift Sri Mahligai Condominium terkuak pada tengahari Ahad. Sebaik sahaja melangkah keluar, Lara terlihat Ashraf sudah tersandar pada pintu keretanya dalam busana baju Melayu Johor berwarna hijau lembut lengkap bersama sampin.Â
Mata bertembung dan Lara tersenyum nipis, cuba menyembunyikan perasaan rindu dan gembira di sebalik raut rajuknya. Namun hatinya cair melihatkan Ashraf segak berbaju Melayu.
"Cantiknya you." Ujar Ashraf apabila melihat Lara berkebaya moden, juga berwarna hijau seperti yang mereka rancang.Â
"Mana songkok you?" Lara berjalan mendekati Ashraf.Â
"Princess, you marah I lagi ke?" Kedua-dua tangan Lara dicapai lantas dicium. Wangi, bau losen.Â
"I tanya mana songkok you? Jangan cakap tertinggal eh."Â
"No baby, answer me. You masih marah ke? Sudah-sudahlah tu, I miss you..." Ashraf menarik Lara ke dalam pelukannya tetapi Lara segera menolak.
"Ashraf, you ni...! Lipstik I kena baju you-lah!"Â
"Oops..." Ashraf segera melepaskan Lara dan memandang ke arah bahu kanannya. Ada sedikit calitan terpalit di situ.
"Oh, jadi betullah rupanya dalam drama zaman kita kecik-kecik dulu... Asalkan suami curang je mesti ada kesan lipstik dekat baju." Ashraf tersengih macam kerang busuk manakala Lara pula tahan ketawa. Ke situ pula perginya! Fikir Lara. Dia lihat sedikit pun Ashraf tidak kisah dengan tanda kotoran yang jelas menunjukkan kesan lipstik. Aduh...! Kalau orang di kenduri nanti terlihat kesan itu bagaimana? Air wajah Lara sedikit resah.Â
Selepas membuka pintu buat Lara, Ashraf bergegas masuk ke dalam kereta dan mula bergerak meninggalkan perkarangan lobi.Â
"Ash... Macam mana dengan lipstick stain tu?" Lara merengek tarik muka tetapi dia lihat Ashraf hanya tersengih.
"Nak buat macam mana? Biarlah."Â
"Nanti orang nampaklah!"Â
"Ala, sikit je. Lagipun bukannya stain dekat mulut I."
Lara terus tertawa gelihati dengan jawapan selamba Ashraf. "Masalahnya kalau dekat mulut you, boleh hilang!"
"Oh, so maknanya kena stain dekat mulutlah sekarang ni?" Sengih lagi.
"Ashraf!" Lara memukul bahu Ashraf dan ketika itu, barulah dia teringat sesuatu yang dia tidak beritahu Ashraf dari awal.
"You tahu tak kenduri ni kenduri kahwin siapa?"Â
"Siapa? Zieta ke?"Â
"Hish, bukanlah!"Â
"Habis tu?" Wajah Lara dipandang seimbas lalu penuh dengan rasa rindu dan kasih yang terpendam.
"My cousin."Â
"Hah?!" Sekali lagi Ashraf memandang ke wajah Lara tetapi kali ini pandangannya kaget. Gulp!
"Sebab tu lah I risau pasal lipstik stain tu!"
"La... Ini famili you punya function ke?" Ashraf seakan tidak percaya yang gadis itu membawanya berjumpa dengan keluarga besar Lara!
"Erm... Actually... Famili sebelah ayah."
"Oh." Balas Ashraf. Dia tahu Lara sudah lama tidak berjumpa dengan ahli keluarga sebelah sana.Â
"I tak rapat dengan diorang sebenarnya tapi... Aunty Diba tu baik. Ibu cakap dia tak macam aunties yang lain... So, kalau tak pergi jemputan dia ni, rasa serba salah pulak."Â
"Yeah, you should... Even if those aunties yang tak baik tu jemput pun, you should go." Ujar Ashraf tetapi kedengaran Lara tertawa sinis.
"Hmmph! Kalau aunty yang lain, I tak fikir diorang nak cari dan jumpa I dekat backstage hari tu."
Kata-kata Lara itu membuatkan Ashraf tersenyum. Bermacam-macam persoalan sebenarnya yang sedang bermain di fikirannya pada ketika ini tetapi dia malas hendak bertanya. Just wait and see, fikir Ashraf...
"Hi aunty."
"Lara!" Faradiba memegang bahu Lara dengan wajah yang ceria di dalam dewan The Banquet Hall, Ritz Carlton itu. Di sebelahnya terdapat sepasang suami isteri yang rambut mereka sudah beruban penuh, sedang bersembang dengan tetamu yang hadir. Lara kenal mereka berdua.
"Ibu kirim salam. Dia minta maaf sebab tak dapat datang, ada hal. So I come with my friend instead."
"Waalaikum salam... It's okay, I'm happy you're here! Hi...!" Balas Faradiba sambil menegur Ashraf dan waktu itu juga, dia mencuit bahu pasangan suami isteri di sebelahnya.
"Mak... Bapak... Ingat tak siapa ni?"
Kedua-duanya mengalihkan pandangan ke arah Lara. Lara hanya memberikan sebuah senyuman dan waktu itu mereka suami isteri tercengang.Â
"Eh... Ini... Anak Rizman, kan?" Ujar si isteri. Anak mata berwarna hijau jed itu meneliti wajah Lara.
"Ye, wan." Lara menghulurkan tangan untuk bersalaman namun wanita itu terus memeluk tubuh Lara dan menangis!
Ashraf yang menyaksikan drama airmata itu hanya tersenyum nipis. Selepas itu dia bersalaman dengan datuk Lara yang kelihatan segak berbaju Melayu dan tampak masih tegap. Melihatkan gaya mereka semua di majlis tersebut, Ashraf dapat menangkap bahawa ayah Lara berasal daripada keluarga yang berada. Tetapi kehidupan Lara sendiri jika bukan kerana pekerjaan sambilan sebagai model, sungguh sederhana. Ternyata gadis itu benar-benar 'dibuang' oleh ayahnya. Kini Ashraf teringin pula untuk melihat si Encik Rizman, yang dia kira bakal bapa mentuanya!
"Princess, you rasa atuk punya eye sight still tajam tak?"
"Huh? He's wearing a glasses. Why?" Wajah Lara berkerut ketika mereka berdua berjalan seiringan ke meja VIP.
"Heh. Dia pandang lipstick stain ni tadi." Sengih.
"What...??" Mata Lara bulat! "I dah cakap tadi, kan...?!" Lara mengeraskan suaranya dalam bisikan dan saat ini dia rasa macam hendak pengsan!
Lara dan Ashraf baru sahaja duduk di meja VIP nombor tiga, iaitu antara meja yang dikhaskan untuk ahli keluarga dan saat itu juga, Lara terdengar satu suara menyapanya.
"Hey. I know you."
Mata Lara menangkap seraut wajah anggun dengan gaya yang segak selang dua tempat duduk daripadanya. Aunty Suzie, bisiknya dalam hati.
"Hi, aunty. Yeah, Lara."Â
Puan Sri Suzila hanya tersenyum nipis. Ketika Lara menghulurkan tangan untuk bersalaman, wanita itu hanya menyambut di hujung jari. "It's been a while." Katanya.
"Yeah. A long while." Lara buat-buat senyum.
"Your husband?" Jari telunjuk diarahkan ke Ashraf.
"Oh, no. My... Friend."
Wanita itu memandang Ashraf dengan senyuman nipis tanda menyapa dan selepas itu, dia bersembang semula dengan wanita di sebelahnya.
Walaupun Lara tahu meja tersebut dikhaskan untuk ahli keluarga, tetapi dia sendiri tidak mengenali semua yang ada di meja tersebut kecuali Aunty Suzienya. Terasa sungguh asing.
"Sayang, cantikkan ukiran ais tu." Lara mengalihkan topik selepas perbualan yang agak janggal dengan makciknya. Mata mereka melihat ukiran ais yang sangat besar dan gah terletak di satu sudut.Â
Ritz Carlton
Kuala Lumpur
RNS & SH
Terdapat logo Ritz Carlton di atas tulisan tersebut dan papan tanda ais itu diapit dengan ukiran pasu dan tiang roman sederhana tinggi juga diperbuat daripada ais!
"Hmm, yeah, cantik." Balas Ashraf dan selepas itu dia menyambung, "Itu aunty you jugak ke?" Wajah Lara ditenung. Bukan apa dia bertanya, lagak wanita itu sungguh sombong!
"A'ah. Dia kahwin dengan Tan Sri. Dia ex-stewardess MAS. My mom cakap, dulu ramai pilot 'kejar' dia. Sampai dia berhenti kerja sebab tu." Bisik Lara, tersengih memandang Ashraf.
"Nasib baik I kejar you, you tak lari."
Lara tutup mulut dan tertawa kecil manakala Ashraf hanya tersenyum. "You yang lari daripada I...! Dua bulan!"
"Itu bukan lari. Itu bawak diri sekejap."
"Eleh...!" Lara mencebik dan menjeling. Waktu ini dia rasa rajuknya pun sudah hilang entah ke mana. Dia dan Ashraf bertukar senyuman.
Tidak lama kemudian, upacara resepsi bermula. Sudah berbelas tahun tidak menatap wajah abang sepupunya, Lara hampir tidak mengenali Raja Norman Shah di atas pelamin. Rasanya kalau mereka tersinggung bahu di luar, masing-masing tidak tahu yang mereka sebenarnya bersaudara!
"Lara..."
Kedengaran satu suara menyapa ketika mereka hampir memulakan course yang pertama. Lara memandang ke arah suara tersebut.
Mata bertentang mata. Lara rasa wajah itu seakan biasa dia lihat satu ketika dulu.
"Raja Fareena, adik pengantin."
"Oh, hai! Sorry, I ingat-ingat lupa!" Lara segera menyambut dan mereka berdua berbalas senyuman.
"Takpe, no worries... Erm... Sebenarnya... I nak mintak you tukar tempat duduk boleh tak? I am so sorry!"
Waktu itu, Ashraf yang memandang Lara melihat wajah si cinta hatinya sedikit tergamam.
"Oh!" Getus Lara.
"I am so sorry! Aunty Kesuma wife Uncle Riz tu cakap, dia nak duduk dekat table ni... Sebab table five tu jauh sangat katanya. She wants to mingle around with the people here."
Mendengarkan tutur kata Raja Fareena yang sopan itu sedikit sebanyak melembutkan hati Lara tetapi apabila dia terdengar nama perempuan itu disebut, telinga Lara berdesing!Â
"Sorry ye, if you don't mind-"
"It's okay, no worries. I can move." Potong Lara.
"Thanks Lara. Okay, I bagi tahu dia." Raja Fareena terus berlalu pergi.
"You tengoklah bini ayah I punya perangai. Dekat kenduri kahwin macam ni pun masih nak cari gaduh dengan I...!" Lara berbisik kepada Ashraf tetapi kelihatan lelaki itu hanya tersenyum.
"So, itu ayah you?" Mata Ashraf menyorot ke arah satu-satunya sosok lelaki di meja nombor lima.
"Hmm, yeah. Itulah dia. I ingat nak say hi kejap lagi. Dah bini dia cari pasal macam ni, malaslah I nak tegur!" Lara mencebik.
Ashraf segera bangun untuk berpindah ke meja lima yang sedikit terpencil tetapi Lara sengaja buat terkial-kial melambatkan keadaan. Di tengah-tengah ruang antara meja itu, mata Ashraf dan mata Rizman bertembung.
"Hi, uncle." Ashraf menghulurkan tangan. Dia pasti Rizman nampak dia datang dan duduk bersama Lara.
"Hi!"
Ashraf terasa tangan lelaki itu menggenggam tangannya dengan erat.
"I'm Ashraf." Sambung Ashraf lagi.
"Hi Ashraf, please help yourself." Senyum.
"Thanks. Nice to meet you."
"Likewise."
Lantas mereka berdua terus berlalu. Dalam hati Ashraf, dia berasa agak lega. Ayah Lara tidaklah menunjukkan tanda-tanda yang kurang senang. 'Hmm, not bad.' Bisik hatinya.
Apabila Kesuma tiba di meja nombor tiga, wajahnya masam tetapi dibalas dengan senyuman sinis oleh Lara.
"Duduklah. Jakon ye bila masuk hotel mahal macam ni? Macam rusa masuk kampung." Kata Lara dengan nada yang perlahan sambil berlalu pergi. Wajah dan pandangan Kesuma mengekori setiap langkah Lara umpama gunung berapi yang hampir meletus!
Ketika Lara melabuhkan punggungnya di sebelah Ashraf, hidangan pembuka atau 'starter' baru sahaja dihidang. Lara senyum kepada mata-mata yang memandangnya, kelihatan mereka semua lebih kurang sebaya dengannya.
"Hi." Ujar Lara dengan senyuman yang sedikit kekok. Inilah kenduri yang paling pelik dia rasakan. Ke mana saja dia pergi, orang memandangnya seolah-olah dia seorang gatecrasher!
Lara buat bodoh dan mula menyuap hidangan di hadapannya.
"Who are you?" Tanya seorang gadis di sebelah Lara. Mungkin sebaya dengannya atau muda sedikit tetapi apa yang menarik perhatian Lara adalah beg tangan kecil jenama Chanel yang berharga belasan ribu ringgit terletak di atas meja. Jika dilihat pada paras rupa, Lara rasa ini anak si Puan Sri tadi.
"I'm Lara. Erm... If you know, Uncle Rizman? Yeah, I'm his daughter."
"Oh! Uncle Riz yang duduk sini tadi?"
"Yes!"
"Oh, now I remember! Hei, Delilah! This is her!" Kata gadis itu kepada seorang gadis yang berambut maggi berwarna perang. Ashraf di sebelah Lara hanya mendiamkan diri menikmati hidangan tetapi dia sebenarnya memasang telinga.
"Huh? Her? What do you mean 'her'?" Tanya si rambut maggi.
Waktu itu, Lara juga turut terpinga-pinga. Apa yang gadis Chanel ini tahu tentangnya?
"Yeah, I think we know you, Lara! You're the one; Lara sepuluh budak hitam, kan?!"
Kata-kata itu bagaikan menusuk. Wajah Lara berubah tetapi dia cuba untuk senyum. Nasib baiklah sepupu. Kalau ibu tirinya, memang secukup rasa dia pulangkan paku buah keras!
"Oh!" Si rambut maggi kelihatan girang. "So this is Lara sepuluh budak hitam?! You know, my mom and her mom used to tell us 'that story' and we think that was kinda funny when they sang that song to you! And yeah, they're right! You're so dark like atuk! Ergh-"
"The face like wan's though." Celah si Chanel pula.
"Exactly! So how come you're not fair like many of us?! It's so unfair, right?! Unfair because 'un-fair'!" Lantas kesemua yang ada di meja itu ketawa dengan 'jenaka' yang dibuat oleh si rambut maggi kecuali Raja Fareena.
Lara paksa senyum. Saat itu dia mengumpulkan seluruh kekuatannya untuk bersabar walaupun hati terasa sungguh sakit! Tiba-tiba, Lara terasa tangan Ashraf memegang lembut pehanya di bawah meja seolah-olah cuba untuk menenangkannya. Lara perlahan-lahan mencapai tangan kasar itu lalu digenggam sekuat-kuat hati.
"What is so unfair about being UN-fair?" Tanya Ashraf kepada Lara tetapi suara garaunya ditinggikan supaya semua orang di meja itu dengar. Lara buat-buat tertawa sambil mencebik bibir dan mengangkat bahu namun hatinya berdebar apabila Ashraf mula bersuara! Kelihatan semua yang ada di situ memandang Ashraf.
"It's okay, hun. Let natural selection run its course. Thousands of USD for a piece of your modeling campaign quite do the justice. Hmm?" Ashraf tersenyum manis sambil mencubit lembut pipi Lara.
Mata-mata yang memandang tadi semuanya terdiam dan ada juga yang mencebik lebih-lebih lagi si rambut maggi dan si gadis Chanel. Model rupanya! Bisik hati masing-masing.
Kini Ashraf semakin mengerti mengapa Lara lebih suka menyisihkan diri daripada keluarga bapanya. Ashraf memandang ke arah Rizman. Jauh di sudut hati, dia berasa sungguh kesal terhadap lelaki itu atas segala perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan terhadap Lara.
Sekali lagi, Ashraf menggapai tangan Lara di bawah meja dan mengusap lembut...
Terima kasih sbb sudi tunggu update MWB sementara miss pergi cuti <3 Dan thanks juga atas support korang, miss appreciate sgt2! :)
Share this novel