Bab 82

Romance Completed 159812

Lara duduk sendirian di beranda bilik hotel di Avani Sepang Goldcoast Resort pada tengahari itu. Pihak pengurusan Petronas telah membenarkan Lara untuk cuti berehat selama seminggu atas kejadian hitam yang menimpanya beberapa hari lalu. Manakala Fahd pula diberikan cuti sakit selama dua hari akibat pergelutannya bersama penjahat terbabit. Lara tahu, ini semua adalah permainan perempuan gila itu dan dia juga tahu yang dia harus bertindak untuk menghentikan semua kegilaan ini. 

Pemandangan laut yang membiru bersama deru ombak dan kicauan burung sungguh menenangkan tetapi fikiran Lara tidak setenang itu. Hatinya resah memikirkan sesuatu yang perlu dia lakukan atau yang paling tepat, sesuatu yang TERPAKSA dia lakukan. Dia sudah penat berada dalam situasi ini dan kini, dia ingin menghentikan kesemuanya... 

Daripada dalam, kedengaran suara ibu dan Najmi ketawa sambil menonton filem komedi di kaca televisyen. Kadang-kala pekikan tawa mereka menggeletek hati Lara menyebabkan dia ikut tertawa sekali.

Lara tarik nafas... Ini kali kedua dia berada di resort ini. Kali pertama dahulu, dia bersama Zieta. Oh, sebaik sahaja teringatkan Zieta, Lara teringat temujanjinya bersama sahabatnya itu pada malam ini. Ada sesuatu yang sangat penting Lara hendak beritahu kepada Zieta. Manakala tengahari ini pula-

Ting tong!

Kedengaran loceng bilik berbunyi.

Zuraidah bangun dan terus membuka pintu.

"Assalamualaikum, aunty."

Mata Zuraidah menangkap wajah pemuda yang sedang tersenyum lantas menjawab salam.

"Saya Fahd, kawan Lara. Lara ada? Boleh tak saya nak bawa dia lunch dekat restoran Sepoi-Sepoi dalam resort ni? Memang kami dah janji nak lunch sama-sama hari ni."

"Oh... Ini Fahd yea?! Boleh, boleh... Jemputlah masuk dulu." Jawab Zuraidah dengan senyuman yang lebar. Daun pintu juga dibuka lebar sama seperti senyumannya.

"Akak! Fahd datang nak lunch dengan akak!" Panggil Zuraidah. 

Fahd menanggalkan kasut lalu melangkah masuk ke dalam Family Villa tersebut...

* * * * *

Keadaan Hard Rock Cafe Singapura di Pulau Sentosa itu kedengaran sungguh bingit dengan suara sorakan dan tepukan daripada penonton apabila Necromancers naik ke pentas. Pertandingan 'Battle of The Bands' (BOTB) pada hari itu semakin sengit. Mana tidaknya, pemenang-pemenangnya nanti akan terpilih untuk ke Global Battle of The Bands yang bakal diadakan di Hard Rock Cafe London!

Danny dan Haris bertepuk tangan tanda sokongan buat Ashraf dan rakan-rakan.

"Whoo!! Ash!!" Jerit Noree dengan penuh semangat. Haris dan Danny pandang memandang sesama sendiri sambil tersenyum. Masing-masing tahu kisah antara gadis itu dan si Ashraf.

"Noree! Kalau you panggil dia 'Ash', orang tak kenal! Stage name dia 'Zildan'!" Ujar Haris kepada Noree. Suara ditinggikan dek kerana suasana yang hingar-bingar.

"Ah! Hello?! I bukannya peminat dia macam perempuan-perempuan lain, okay! I am your future sister in law and I call him 'Ash'!" Noree buat muka. Dia seakan bangga saat menuturkan ayat tersebut.

Haris dan Danny hanya tertawa. Masing-masing menyangkakan gadis itu tidak tahu tentang Lara. Namun dalam hati, Haris berasa gusar. Ashraf tidak tahu tentang kedatangan Noree pada hari ini dan pasti abangnya bad mood nanti. Tetapi apa boleh buat, tak kan lah Haris hendak menghalau Noree pula! Kening Haris berkerut dan dia berkali-kali mengeluh dalam hati.

Sorakan mula terhenti apabila lampu dimalapkan dan waktu itu juga, Necromancers mula memainkan nada muzik yang harmoni. Mereka membawakan lagu yang bertajuk 'No Leaf Clover' daripada kumpulan metal terkemuka 'Metallica' sebagai pertaruhan nasib mereka dalam pertandingan itu.

Saat muzik bingit masuk bersama pukulan drum si Ashraf, penonton-penonton mula bersorak dan bertepuk tangan. Noree terasa meremang apabila melihatkan persembahan bertenaga daripada Necromancers apatah lagi melihat aksi Ashraf bermain drum di belakang sana.

"Drummer! Drummer!" Kedengaran sekumpulan 'minah metal' bersorak.

"Weh, drummer dude tu cute seh!" Ujar seorang gadis pula kepada rakannya yang berdiri di sebelah Noree. 

'Hmmph!' Noree yang mendengar tersenyum sinis sambil dia memandang Haris dan Danny. Hati terasa bangga apabila melihat ramai gadis memuja Ashraf tetapi hakikatnya, lelaki itu bakal miliknya! Ah, sebentar lagi Noree hendak tunjukkan siapa dia yang sebenar kepada peminat-peminat Ashraf! 

* * * * *

Restoran Sepoi-Sepoi 
Avani Sepang Goldcoast Resort

"Fahd... I berterima kasih sangat pada you. You dah buat macam-macam untuk I... Sudahlah you yang selamatkan I daripada perogol hari tu, lepas tu sekarang... You hadiahkan I dengan my family penginapan dekat sini pulak... Besar dan selesa sangat 'Family Villa' tu, mesti mahalkan? Haih, I tak tahu macam mana nak balas budi you, Fahd. You're my hero..."

Hati Lara umpama terkoyak saat menuturkan ayat tersebut. Dia berkata dengan separuh hati, seolah-olah terpaksa. Jauh dalam hati, Ashraflah satu-satunya hero dalam hidupnya namun Lara tetap terhutang budi kepada Fahd kerana telah menyelamatkannya. Wajah Fahd Lara lihat sungguh gembira. 

"Ala, jangan risaulah you. Takde apa pun... Memang I nak you rehat baik-baik, lupakan kejadian trauma tu. I tengok mak dan adik you tadi pun nampak happy je dekat sini." 

Lara tertawa kecil. Ya, ibu dan Najmi memang sungguh gembira namun pada hari kejadian yang malang itu, ibunya tak henti-henti menangis hingga keesokan hari. Mungkin ibunya pun sedang cuba melupakan peristiwa tersebut sama seperti dirinya. 

"I takut, Fahd... You ingat tak lelaki jaket hitam yang 'usha' I dekat food court dulu? Sebenarnya sejak daripada hari tu, I selalu rasa tak sedap hati... Sekarang ni I makin takut, Fahd!" Lara menangis untuk memancing simpati. 

Fahd dengan segera menenangkan Lara namun, perkataan 'lelaki jaket hitam' itu seolah-olah memancing ingatannya semula. Ya, betul... Waktu Lara memberitahu tentang lelaki jaket hitam itu, dia memang tidak percaya sama sekali. Dia sangka Lara hanya 'overthinking' sahaja atau mungkin Lara tersilap pandang. Dan waktu itu juga, Sharina belum muncul lagi bersama tawaran duit RM300K itu. Jadi... Adakah lelaki jaket hitam itu ada kena-mengena dengan Sharina? Fahd tertanya-tanya. 

"Lara, dengar sini... You tak perlu takut apa-apa sebab you ada I, okay?"

Mata mereka bertembung. 

Dalam hati Lara, dia tertanya-tanya sama ada umpannya sudah mengena atau tidak terhadap lelaki ini dan dalam pada masa yang sama, Fahd juga sedang menunggu Lara untuk masuk ke dalam umpannya! Tidak terfikir pun antara mereka yang masing-masing mempunyai 'mata kail' tersendiri. 

Pada saat ini, Fahd teringat semula ayat Sharina pada malam kejadian tempoh hari sebaik sahaja dia tiba di rumah. 

"Kan saya dah pesan awal-awal suruh awak siap sedia lepas waktu kerja hari tu? Ala, tak kan lah orang tu nak rogol Lara betul-betul... Kalau betul dia nak merogol, dia tak rogol dalam tempat parking-lah! Dekat sebelah kereta awak pulak tu! Baik dia cekup dan bawak pergi tempat lain! Kita saja je nak gertak si Lara tu! Dan dalam pada masa yang sama nak bagi awak jadi hero of the day. Sekarang ni saya gerenti Lara dah sukakan awak, Encik Syed... Makin senanglah awak nak tambat hati dia." 

Kata-kata itu masih terngiang di telinga Fahd tetapi idea Sharina itu masih dia rasakan gila!

"Apa maksud you yang... I ada you?" Pertanyaan Lara itu mematikan lamunan Fahd. 

Lantas Fahd senyum dan mengambil tangan Lara. Tangan yang mulus itu digenggam dengan erat dan wajah Lara ditatap lembut. 

"Kalau you sudi, I harap you bagi peluang untuk I jaga you, Lara..." 

Ayat Fahd itu umpama ombak yang menghempas pantai namun Lara cuba melorekkan senyuman. Hatinya berbelah bahagi antara rasa lega, sedih, kesal dan takut namun Lara fikir inilah sahaja cara yang akan membuat Huzaimi berhenti daripada mengejarnya...

* * * * *

Keadaan di Hard Rock Cafe Singapura terus bingit. Persembahan Necromancers telah tamat dan kini digantikan dengan persembahan sebuah band lain yang turut berentap dalam pertandingan Battle of The Bands tersebut. 

"Ash!" 

Sebaik sahaja Ashraf tiba ditempat penonton daripada backstage, kedengaran Noree memanggil kuat namanya dan terus meluru serta memeluk erat pinggangnya! Ashraf terkaku sementara rakan-rakan Necromancers yang lain semuanya tersenyum dan bersorak. Kelihatan gadis-gadis lain di sekeliling mereka juga memerhatikan keintiman Noree di samping Ashraf. Noree rasa bagaikan dipuncak dunia apabila pandangan mata-mata berbaur cemburu terarah padanya!

"Eh, bro! Dah jumpa dah awek lu?!" Soal Ejam. Dia menyangkakan gadis genit itu adalah Lara! 

"Fulamak! Jejak kasih dah berjaya! Cayalah, bro!" Sampuk Eddie pula!

"Hi you! You Lara, ek?! Fuh, nasib baik Ash sempat jumpa you! Dia memang daripada hari tu lagi cakap nak you datang tengok dia perform hari ni!" 

Saat ini wajah Noreen mula berubah dan mencuka. LARA?!!

"Haa... Betul tu! Hai Lara! Saya Ejam! Ini Eddie, Ini Jijoy...!" Ejam menghulurkan tangan dan serentak itu juga, kesemua ahli Necromancers itu terpandangkan Danny yang melambai tangan dan menggeleng kepala sambil membuat isyarat 'potong leher'. Haris di sebelah pula sudah menggaru kepala. Alamak! Salah orang ke?! Mereka semua telan liur! 

"Eh, lepaslah. Let go of me." Ashraf berkata dengan baik sambil merungkaikan tangan Noree daripada pinggangnya. 

"Bro Zildan!! Nak tangkap gambar satu, please! Lepas tu nak ambik dengan semua members Necromancers pulak!" Tiba-tiba muncul seorang gadis bersama rakannya memegang kamera. Kedua-duanya kelihatan sungguh teruja. 

Ashraf sedikit terpempan. Aduh, ini yang dia tak suka ni! Ambil gambar! Tapi apa boleh buat, peminatkan? Terus saja Ashraf teringat gelagat Lara yang mengacu kamera berkali-kali memotretkan dirinya sewaktu di Amsterdam. Dan Ashraf juga ingat betapa Lara hairan dengan gelagatnya yang tidak suka bergambar!  

Sebaik sahaja selesai bergambar dengan dua orang gadis sebentar tadi, datang pula segerombolan peminat yang lain juga minta untuk mengambil gambar! 

'Adui...!' Rungut Ashraf dalam hati. Silau matanya dek kerana cahaya flash kamera dan kesemua gambarnya itu Ashraf senyum dengan senyuman yang kekok sekali! 

* * * * * 

Di bawah cahaya bulan pada malam itu, tangisan Lara kedengaran teresak-esak. Dia dan Zieta duduk di tepi pantai selepas makan malam bersama-sama. Kelihatan beberapa buah keluarga dan pasangan kekasih juga turut mengambil angin di pantai tersebut. 

"Syhh..." 

Zieta cuba menenangkan sambil menggosok-gosok belakang badan Lara. 

"Habis tu kalau kau sendiri rasa sedih dengan tindakan kau ni, kau sanggup ke nak teruskan, Ra?" 

Lara tidak menjawab malah terus menangis. Zieta makin rasa serba salah.

"Aduh... Sebenarnya... Aku pun rasa celaru, Ra. Aku pulak yang rasa tak tentu arah." Wajah Zieta berkerut. Betul, perasaan Zieta juga turut celaru dan bimbang dengan keputusan yang diambil oleh Lara. Lara telah bersetuju untuk melangsungkan pertunangannya dengan Fahd!  

"Ra, jawablah... Kau sanggup ke nak teruskan rancangan ni? Habis tu Ash macam mana?" 

Tangisan Lara makin kuat menyebabkan Zieta terus memeluk rakannya itu dan menangis bersama-sama... 

Beberapa ketika kemudian, perasaan Lara mula tenang sedikit namun sekali-sekala terbit esak yang masih bersisa. Mata Lara sudah merah dan bengkak, malah mata Zieta juga turut merah! 

"Zie... Kau kata... Kejadian malam tu angkara Huzaimi, kan?" 

Zieta mengangguk. 

Ah, bagi Lara angkara Huzaimi atau bininya sama saja! 

"Yeah. Aku rasa Huzaimi sakit hati bila kau bagi tahu dia yang kau dah ada Fahd... So petang tu, dia hantar someone untuk rogol kau." 

Kali ini Lara pula mengangguk. "Sebab tu aku setuju dengan lamaran Fahd. Aku nak Huzaimi tahu yang aku dah ada seseorang yang 'jaga' aku sekarang... So, dia jangan main-main atau suka-suka nak aniaya aku." Ujarnya. 

Namun, niat sebenar Lara adalah supaya Huzaimi menghentikan niat untuk memperisterikan Lara dan pulang semula ke pangkuan bininya yang gila itu. Lagipun, bukankah perempuan itu sendiri yang berkata sekiranya dia dapat diri Huzaimi yang 'dulu', dia akan berhenti membuat Lara sengsara. Maka Lara rasa, inilah jalan yang terbaik untuk keluar daripada permasalahan ini.

"So maknanya Ash-" 

"Aku takkan lepaskan Ash, Zie...!" 

Zieta terpempan dan mata mereka bertembung seketika. 

"Aku takkan sekali-kali lepaskan Ash... Sebab tu aku mintak tempoh bertunang dua tahun daripada Fahd. Aku akan cari Ash sepanjang dua tahun ni... Kalau jumpa, aku akan mintak untuk putus tunang." 

Mata Zieta bulat memandang wajah Lara manakala Lara pula mengangguk, mengiyakan kata-katanya. 

"Ya Allah, Ra...!" Zieta sekali lagi memeluk Lara dan mereka berdua menangis teresak-esak. "Aku kesian tengok kau, Ra... Aku tahu bukan senang kau nak buat keputusan ni... Tapi aku sendiri pun tak tahu macam mana nak tolong kau... I'm so sorry!" 

Tangisan makin sayup dan mereka mengeratkan pelukan. 

"Takpe Zie, aku tahu kau selalu tolong aku... Betul kata kau, bukan senang aku nak buat keputusan ni... Aku cintakan Ashraf sepenuh hati aku! Dan aku sayangkan dia lebih daripada aku sayangkan diri aku sendiri, Zie... I feel so bad to Ashraf that I had to do this and to Fahd either, sebab... Aku tak cintakan Fahd! Malah sekarang ni aku mempergunakan dia pulak... I know this is not the right thing to do but I have no choice..." Kata-kata Lara terhenti sebentar akibat esakan yang mengasak dada. 

"Zie... Kadangkala dalam hidup ni... Ada masa-masanya yang kita terpaksa buat keputusan atas desakan hidup dan keadaan sekeliling kita sendiri... Memang tak senang, tapi aku rasa inilah yang terbaik buat masa ni..." 

Zieta mengangguk sambil mengesat air mata. "Aku faham, Ra... Aku takkan judge kau walaupun aku rasa ada jalan alternatif lain. Aku yakin, kau lebih tahu apa yang terbaik untuk diri kau sekarang." Zieta memegang lembut bahu Lara. 

"Thanks, Zie..." Suara Lara kedengaran sungguh lemah. Dia berasa amat letih menanggung bebanan ini.

"Habis tu kalau kau dah jumpa Ashraf nanti, macam mana kau nak mintak putus tunang? Mesti susah, Ra. Mesti kecoh waktu tu nanti dan kau pulak mesti teruk dipersalahkan." 

Lara tertawa sinis mendengarkan kata-kata Zieta. "Susah? Aku dah lalui macam-macam benda, Zie. Hidup aku sekarang pun bukannya senang, macam-macam perkara dah jadi... Takde apa pun yang susah untuk Ashraf. Yang susahnya, kalau dia takde dalam hidup aku..." 

Mereka memandang sesama sendiri. Kelihatan Zieta mengangguk dan mengiyakan. "Dua tahun, Ra." Ujar Zieta.

"Yup. Dua tahun untuk aku cari Ashraf... Sempatkan?" Lara senyum tawar.

"Sempat! Tapi aku harap seawal mungkin! Aku doakan kau jumpa Ashraf sebelum kau bertunang!" 

Lara ketap bibir. "Hopefully. Thanks, Zie!" 

Kedua-dua sahabat itu saling menggenggam tangan penuh pengharapan di bawah cahaya bulan dan bintang yang bersinar...

Sedikit renungan: Kadangkala kita terhimpit dengan situasi. Kadangkala bukan kita pinta jadi begitu atau begini. Kadangkala, kita tidak punya byk pilihan :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience