Ashraf memberhentikan kereta di bahu jalan berhadapan dengan kedai mamak Pelita KLCC. Dia menyandarkan kepala di headrest kereta lantas menjeling jam yang tertera di dashboard.
03:15AM
Mata dipejam.
“You okay?” Tanya Lara lembut.
“Princess, I feel a bit tipsy. Boleh tak kalau I nak rest sekejap?”
“Boleh. Tapi you okay tak?”
“Okay, cuma pening sikit. I tak berani nak drive jauh ke Shah Alam… Boleh sebenarnya, tapi I tak nak ambik risiko bawak anak dara orang. Takut accident karang, naya je.” Jawab Ashraf dengan mata yang tertutup. Lara tahan ketawa.
“Kenapa you tiba-tiba je ni? Masa menari tadi okay je?”
“Sebelum kita keluar dari Zouk tadi… Air yang last kawan-kawan you bagi suruh I habiskan tadi tu long island rupanya. I pun tak check, main bedal je.”
“Oh…” Getus Lara. Patutlah Lara terperasan yang Ashraf mendesah sebaik sahaja dia menelan air tersebut. Lara ingatkan sebab apa, rupanya long island. Lara tahu, long island iced tea itu adalah campuran segala macam alkohol yang kuat seperti vodka, rum, berbagai jenis gin dan entah apa lagi yang Lara sendiri tidak tahu. Oleh kerana itulah minuman tersebut sangat-sangat memabukkan!
Lara mengherotkan mulutnya. ‘Itulah sebabnya tak payah minum benda-benda yang mabuk ni!’ Kalau turutkan hati, mahu saja dia membebel pada Ashraf. Tetapi dia hanya mampu menjeling sahaja lelaki di sebelahnya itu.
“Takpelah, you rest-lah dulu.”
“Okay, I rest kejap ye.” Kata Ashraf lantas menekan satu butang di dashboard kereta dan serta-merta, roof top kereta yang berbentuk segi empat tepat itu terbuka sendiri.
“Jangan bukak tingkap, bahaya. I bukak roof top ni untuk angin masuk okay. Kalau you mengantuk, you baringkan seat ni, I nak tidur sekejap. Depan ni kedai mamak, so I think we’re safe.” Kata Ashraf sambil merebahkan tempat duduknya.
Sekali lagi Lara tahan ketawa. Dia tidak pasti sama ada ‘safe’ yang Ashraf maksudkan itu selamat dari perompak atau daripada pencegah maksiat! Mungkin kedua-duanya sekali.
Lara lihat sekejapan sahaja lelaki itu sudah tertidur. Matanya terpejam rapat tetapi kening lebatnya itu masih berkerut. Mungkin akibat daripada rasa pening yang masih dialaminya. Lara menarik nafas panjang. Tinggallah dia keseorangan di sebelah Ashraf yang telahpun lena…
Dua puluh minit telah berlalu dan Ashraf pun sudah berdengkur kecil. Mata Lara masih belum rasa mengantuk tetapi dek kerana bosan, Lara rasa biarlah dia baring sahaja, mungkin nanti akan ikut terlena sama. Lara cuba meraba-raba butang di bawah seat kereta untuk melaraskan tempat duduknya. Terkial-kial dia mencari sehinggalah jarinya merasakan satu punat dan apabila ditekan, perlahan-lahan seat itu rebah dengan sendiri.
"Pergh, canggih." Ujarnya tersengih.
Lara baring di sebelah Ashraf. Mereka cuma dipisahkan oleh compartment box yang panjang meleret sehingga ke belakang kereta. Ini bermakna, kereta tersebut hanya boleh memuatkan dua orang penumpang sahaja di tempat duduk belakang. Entahlah, Lara tidak faham. Mahal-mahal beli kereta tapi boleh bawa dua orang penumpang sahaja di belakang. Penyakit orang ada duit!
Sedang Lara berbaring, matanya terpandang kerdipan bintang yang berselerakan di kaki langit melalui roof top yang terbuka. Dia tersenyum lebar.
“Wow! Bintang…!” Kata Lara teruja seorang diri. Memang semenjak kecil lagi dia sangat suka melihat bintang. Lara menoleh ke wajah Ashraf yang sedang tidur dengan nyenyaknya.
“Ash…” Bisik Lara. Tetapi lelaki itu langsung tidak terkesan dengan panggilannya.
“Ash… Bintang, Ash…!” Lara sengaja mengacau Ashraf. Tiba-tiba lelaki itu terus mengiringkan badannya membelakangkan Lara.
Lara tersengih sambil menggigit lidah. Ashraf dia lihat makin selesa tidur dalam posisi begitu.
“Amboi... Sedapnya tidur!” Lara menjeling Ashraf.
“Aku jugak yang terkebil-kebil lagi sorang-sorang.” Omel Lara perlahan. Matanya masih lagi menyorot ke kaki langit.
'Hmm... Sampai bila mamat ni nak tidur ni??' Pertanyaannya itu hanya tergantung sepi.
Akhirnya Lara memutuskan untuk ikut tidur sama. Dia juga mengiringkan badan membelakangi Ashraf. ‘Hmm… Jangan bangun esok matahari dah naik atas kepala sudahlah…’ Hati Lara berbisik dalam pejaman matanya. Tidak lama kemudian, dia terlelap sendiri…
Lara tersentak. Cuaca dingin pagi terasa mencengkam hingga ke tulang. Perlahan-lahan, matanya dibuka. Kelihatan langit masih lagi gelap.
‘Pukul berapa sekarang ni?’ Bisiknya. Tangannya meraba-raba mencari telefon bimbit di dalam tas tangan yang dipeluk kemas.
4:26AM
‘Urgh… Patutlah sejuk!’
Lara terus bangun sambil menekup muka. Terasa lebihan mekap yang masih tersisa di wajah menyebabkan dia berasa rimas dan sungguh tidak selesa. Lara memeriksa si Ashraf. Jelas sekali lelaki itu masih lagi enak tidur!
Mata Lara memandang pula ke arah kedai mamak yang lebih kurang tiga puluh meter di hadapannya. Terdapat beberapa kumpulan lelaki dan perempuan masih lagi melepak, makan dan minum di situ. Dari pemakaian mereka, Lara yakin mereka juga semuanya baru pulang dari kelab malam.
“Ash…” Bisiknya perlahan.
Senyap.
“Ash…” Lara menggoncang perlahan bahu lelaki itu menyebabkan dia terbangun.
“Ouch...!” Ashraf memegang dahi yang berkerut.
“You pening lagi?”
“Hmm…?”
“You okay tak?”
“Hmm…” Itu sahaja respon si Ashraf. Lantas dia membetulkan posisi badannya dan selepas itu, kembali menyambung tidur! Lara mencebikkan bibir.
“Ash… I sejuk…” Rengek Lara perlahan tetapi dia yakin Ashraf tidak mendengarnya.
Senyap.
Apabila melihatkan tiada sebarang respon, Lara kembali berbaring merengkotkan diri. Dia cuba memejamkan mata, manalah tahu boleh terlena akibat kepenatan.
“Princess… Boleh tak you tidur dekat rumah adik I sementara nak tunggu I okay? Esok I hantar you balik Shah Alam.” Kedengaran suara mamai si Ashraf daripada belakang. Lara bingkas bangun dan duduk mengadap Ashraf.
“Tidur dekat rumah adik you??”
“A’ah.” Ashraf membuka sedikit matanya memandang Lara.
“Erm… Adik you tak kisah ke?” Ashraf terdiam sebentar.
“Kejap I call dia.” Lalu Ashraf mengeluarkan telefon dan terus mendail nombor Haris.
Dari tempat duduk Lara, dia dapat mendengar deringan beberapa kali sebelum akhirnya satu suara lelaki menjawab panggilan Ashraf.
“Hello Yis… Kau boleh tolong aku tak?...... Sebenarnya aku dekat KL ni…… Eh taklah, apa pulak accident...... Macam ni, aku ingat, aku nak tumpangkan kawan aku dekat rumah kita sekejap, sampai esok pagi…… Tak, aku sepatutnya kena hantar dia balik Shah Alam, tapi tak sengaja termabuk pulak…!” Ada tawa kecil di hujung ayat Ashraf.
‘Amboi… Selambanya bagi tau dekat adik dia yang dia mabuk! Kalau adik aku bagi tau macam tu, aku halau dari rumah terus…!’ Getus hati Lara sambil memandang Ashraf. Serentak itu, Lara lihat Ashraf tertawa kecil sambil mendengar sesuatu yang dikatakan oleh adiknya.
“Bukan akulah, tolol. Diorang suruh aku habiskan air tadi, aku tak sangka pulak long island… Kalau aku sorang, aku boleh drive ni. Tapi kalau nak bawak anak orang… Takut jadi apa-apa nanti susah bro. Shah Alam dah lah jauh.”
“Perempuan.” Kata Ashraf pendek seraya tersenyum lebar.
“Iye… Diamlah bodoh…” Getus Ashraf lagi. Lara hanya memandang wajah Ashraf yang sedang bercakap sambil matanya terpejam.
“Okay, okay… Aku nak kau tolong ambik dia je sebenarnya ni. Lepas tu aku follow kereta kau dari belakang. Aku kalau masuk longkang sorang-sorang, aku tak kisah…” Lara segera memukul lengan Ashraf. ‘Celupar betul mulut!’ Desis hati Lara. Dia lihat Ashraf membuka sebelah mata dan tersenyum memandangnya.
“Okay… Dekat je. Aku park kereta dekat depan Pelita KLCC ni. Kau datang sini. Aku tunggu, okay…? Chow!”
Talian diputuskan.
“Dalam lima belas minit, adik I sampai ye.” Kata Ashraf sambil memandang Lara. Lara hanya mengangguk. Dia tahu, dari Ukay Heights ke tempat mereka ini memang tidak jauh kerana kampung Lara juga berdekatan dengan Ukay Heights.
“Baringlah dulu.” Ujar Ashraf.
Lara akur dan dia lihat Ashraf sudah memejamkan matanya semula. Suasana kembali menjadi sepi.
Mata Lara tidak boleh pejam. Hampir satu jam dia terlena tadi, kini dia terasa segar-bugar. Lara melayan perasaan sendiri sambil mengira-ngira bintang di kaki langit.
“Ash…”
“Hmm…?”
“Cuba you tengok bintang tu. Cantik!”
Serta-merta Ashraf tertawa. Dia membuka sebelah matanya walaupun berat.
“Kenapa ketawa? Tengoklah! Cantiklah!” Ujar Lara dalam senyumannya. Ashraf terus memandang ke wajah Lara.
“Princess, you know what?”
“What…?” Lara segera menangkap pandangan mata Ashraf yang redup seolah-olah ada sesuatu yang indah bakal diungkapkan buatnya.
“Bintang yang I tengok dalam kokpit masa I fly lagi cantik.”
DANG!
“You ni kan…! Kejam tau! I tahulah you pilot!” Teriak Lara. Dia memukul-mukul bahu Ashraf manakala Ashraf pula sudah ketawa besar.
“Aduh, aduh…! Kepala I sakit bila ketawa!”
“Padan muka! Riak!” Dalam raut wajah yang bengang, Lara ikut tertawa.
Mendengarkan kata-kata si Lara itu, tawa Ashraf makin galak. Kepalanya sakit tapi dia tidak tahan geli hati dengan keletah comel si Lara. Dia lihat Lara sudahpun berbaring membelakangkan dirinya.
“Princess, dengar ni…” Kata Ashraf sambil mencuit bahu Lara.
“Tak nak!”
Ashraf ketawa semula.
“Dengarlah, I nak cerita pasal bintang ni…” Mendengarkan perkataan ‘bintang’ itu, Lara menoleh memandang Ashraf.
“You’re gonna love this, trust me.” Ujar Ashraf lagi. Lalu Lara perlahan-lahan merapatkan dirinya pada compartment kereta bersebelahan Ashraf.
“Kejap. Let me spot them first…” Ashraf berkata sambil tangannya ditunjuk ke langit dan digerak-gerakkan seperti sedang membuat pengiraan.
“Haa… That’s the Big Dipper…”
“Haa…?” Kening Lara berkerut sambil memandang Ashraf.
“You suka bintangkan? So, kenalah kenal bintang.” Ashraf membalas pandangan mata Lara dengan senyuman.
“Mana…?” Kening Lara makin berkerut.
“There… Can you see the three dots?”
“Yang itu…??” Lara ikut tunjuk sama.
“Aha, yes… Bintang yang tiga dot ni.”
“Aha…”
“I tak ingat nama bintang-bintang ni. Alkaid… Mizar… Apa lagi eh? Urgh, tak ingat!”
“Wah, diorang ada nama?!” Lara kedengaran teruja.
“Of course, they have. One, two, three… We called that the handle of the ladle. And then, bahagian atas badan dia, yang empat dot bentuk empat segi tu. Quite distorted a bit, you see… One, two, three, four… That rectangle shape until the three dots; that’s the Big Dipper. Kalau lukis atas kertas, bentuk dia macam senduk.” Terang Ashraf dengan panjang lebar.
“Wah…!” Suara Lara semakin teruja. Wajahnya terpegun sambil tersenyum memandang Ashraf menyebabkan Ashraf ketawa.
Lalu Ashraf menyambung lagi, “Dia ni ada adik dia, Little Dipper. Tapi I tak dapat locate… Most probably because we’re in the city; light pollution. Kalau dekat tempat yang gelap macam dalam hutan nampak la kot. Atau… Dekat langit pun nampak, macam dalam kokpit…” Ujar Ashraf tersengih. Lara mencubit lengan Ashraf menyebabkan Ashraf mengaduh kuat dan mereka ketawa bersama.
“You! Best-nya you boleh tengok bintang macam tu!”
“Yeah, best. Zaman dahulu navigators gunakan bintang-bintang ni untuk petunjuk arah as both of them; Big and Little Dipper are always pointing to the North. Sort of-lah sebab ada satu lagi bintang nama ‘North Star’ or ‘Polaris’ dekat dengan Little Dipper… Ah, itu another story, panjang cerita.” Kata Ashraf dalam tawanya.
“Whoa… Hebatnya!” Suara Lara kedengaran kagum.
“Ha, baru tau pasal bintang?”
“Yeah, I baru tau! Selama ni I tengok bintang bodoh-bodoh je!” Mendengarkan kata-kata gadis itu, Ashraf sambung gelak.
“Yang bintang warna merah tu pulak nama apa?” Tanya Lara sambil menunjuk ke satu arah yang lain.
“Yang tu? Yang tu planet, bukan bintang… That’s Mars.”
“Mars?! Whoaa… Mana you tau…?!” Soal Lara lagi. Suaranya kedengaran makin teruja.
“Hmm, I pilot, I tahulah. Karang kalau I cakap I tengok dari dalam kokpit, you bengang lagi.” Serentak itu, gelak tawa mereka berderai.
Tok tok tok…!!
Kedengaran tingkap kereta sebelah Ashraf diketuk kuat.
“Pencegah maksiat!” Terdengar satu suara dari luar. Darah Lara tersirap menyebabkan dia bingkas bangun. Ashraf dia lihat bangun perlahan-lahan sambil membuka tingkap kereta.
“Kau ingat kelakar ke?” Soal Ashraf kepada seorang lelaki yang berdiri di luar kereta. Kedengaran lelaki itu ketawa terbahak-bahak.
“You terkejut ke?” Ashraf menoleh ke Lara sambil tersenyum.
“Hehe. Sikitlah…”
“Takdelah. Adik I tu, Haris… Jom, you naik kereta dia, I ikut dari belakang.”
Lara akur tetapi dia merungut dalam hati. Kalau boleh, dia mahu melihat bintang lagi bersama Ashraf!
“Ash, I seganlah dengan adik you.”
“Segan…?! Aww… Apa yang nak disegannya? Takde apalah.” Ashraf tersenyum. Matanya melihat Lara mengenakan kancing pada stiletto di kaki.
“Dia segan dengan kau.” Kata Ashraf sambil kepalanya didongak memandang Haris. Lara terdengar suara Haris ketawa dan berkata sesuatu. Perlahan-lahan, Lara membuka pintu dan keluar dari perut kereta.
“Hai Haris.” Tegur Lara dalam senyumannya. Dia melihat seraut wajah yang ada sedikit persamaan dengan raut wajah si Ashraf.
“Hai!” Haris senyum sambil mengangguk sedikit. “Err… Siapa nama…?” Tanya Haris ketika Lara sedang berjalan mendekatinya.
“Lara. My name is Lara.”
“Oh… Lara…” Haris tertawa kecil seraya memandang Ashraf.
“Lara rupanya…!” Ulang Haris lagi. Dia memukul lengan Ashraf yang terkeluar dari tingkap kereta manakala Ashraf hanya tersengih lebar.
“Dah! Aku ikut belakang kau, okay.” Ashraf segera menghidupkan enjin kereta.
“You okay ke nak drive ni?” Tanya Lara sebelum dia berpisah dengan Ashraf.
“Okay je –”
“You tak payah risau. Dia memang dah biasa masuk longkang… Jom.” Jawab Haris selamba sambil berlalu ke keretanya.
Kata-kata Haris itu membuatkan Lara tertawa. Dia pasti Haris hanya bergurau dan mengejek Ashraf. Lantas, Lara melambaikan tangannya ke Ashraf dan kemudian membuntuti Haris ke kereta Proton Perdana V6 tersebut.
Perlahan-lahan, mereka semua meninggalkan kawasan tersebut. Lara berasa sedikit gugup dan kekok apabila berduaan dengan Haris.
“Erm… Sorry ye Haris, menyusahkan you.”
“Eh, taklah… Don’t worry.”
“Yelah, sepatutnya I balik ke Shah Alam… Tapi Ashraf pening pulak…”
“A’ah, tulah abang cakap tadi. Tapi takpe… Okay-lah tu dia bawak you balik ke rumah daripada dia bawak you ke hotel.” Kata Haris dalam nada tawanya. Lara hanya tersenyum tawar.
“You tengah tidur ke tadi? Kesian you.”
“No-lah. I tengah buat tahajud.”
“Wah, serious…?!” Lara segera memandang Haris dengan wajah yang kagum.
“Eh, tak! I gurau je! Hehe!” Serentak itu, mereka ketawa bersama.
“Korang ni adik-beradik sama je bergurau tapi muka serius, kan…??” Lara senyum sambil menarik muka.
“Eh, tak sama… Ashraf tak tau tahajud-tahajud ni. Dia kena belajar solat ‘tobat’ dulu, then baru tahajud.” Kutuk si Haris. Serentak itu juga, mereka ketawa lagi. Lara hanya menggeleng. Tak habis-habis si Haris ini mengutuk abangnya itu, fikir Lara…
Pintu pagar automatik terbuka luas, lantas kedua-dua kereta itu masuk perlahan-lahan ke halaman rumah. Lara memerhatikan keadaan di sekeliling rumah banglo dua tingkat tersebut. Tidak banyak yang kelihatan dalam suasana yang kelam begitu, tetapi rekabentuknya dilihat sangat klasik.
Saat Ashraf keluar daripada perut kereta, dia lihat Lara menghampirinya manakala Haris pula sedang membuka pintu rumah.
“Ash…”
Ashraf senyum memandang Lara.
“You tau tak tahajud tu apa?”
Mendengarkan soalan itu, kening Ashraf berkerut. Dia berasa amat pelik dengan soalan Lara.
“Tahajud? Erm… Macam pernah dengar. Kenapa??” Tanya Ashraf kembali tetapi soalannya itu dibalas dengan jegilan mata si Lara.
“Ish! You ni betullah!” Bisik Lara sambil tangannya memukul lengan Ashraf. Lantas, gadis itu terus berlalu meninggalkan Ashraf yang terpinga-pinga sendirian.
‘Eh? Marah pulak. Salah aku ke??’ Tanya Ashraf dalam hati. Dia tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal...
“Nah… Ni bilik you.”
Ashraf membuka lampu bilik tetamu yang terletak di antara ruang tamu dan ruang makan. Lara melangkah masuk manakala Ashraf hanya berdiri di muka pintu. Bilik yang sederhana besar itu dilengkapi dengan bilik mandi sendiri, sungguh selesa.
“Bang… Nah, towel, t-shirt dengan tracksuit yang kau mintak.” Haris tiba-tiba muncul dari belakang Ashraf. Dia menghulurkan ketiga-tiga helaian itu kepada Ashraf dan terus meninggalkan mereka berdua.
“Night, Lara!” Kedengaran suara Haris semakin menjauh.
“Night! Thanks Haris!” Balas Lara meninggikan suaranya. Ashraf hanya tersenyum melihat santunan Lara.
“Nah, for you. Tukarlah baju tu. Tapi ini t-shirt dengan tracksuit I tau… Sorry kalau saiz dia besar. Rasanya baju kakak I tak ada dekat rumah ni.” Ashraf garu kepala.
“Yeah, it's okay. This is good enough for me.” Persalinan tersebut bertukar tangan. Mata mereka bertembung dengan senyuman di bibir masing-masing.
“Did you have fun tonight?” Tanya Ashraf.
“Yups!” Lara senyum sementelah fikirannya teringatkan momen indah ketika mereka berdakapan erat di Zouk tadi.
“Good. Now you rehat elok-elok okay. Sorry I made you slept in the car just now. Kesian you sejuk.” Kata-kata Ashraf itu membuatkan Lara sedikit terkejut.
“You dengar masa I cakap sejuk tadi?” Tanya Lara.
“I heard everything even when you were talking alone. I tak larat nak bukak mata je.” Serentak itu mereka berdua tertawa.
“Kalau you nak air ke, apa ke, ambik je dalam fridge dekat dapur. You tau nak pergi dapurkan? Tak payah buat house tour kan?” Kata-kata Ashraf itu menggelikan hati Lara.
“Tak payahlah! You pergi tidur sekarang!” Jawab Lara dalam sisa tawanya.
“Okay… Erm, you tak takut tidur sorang-sorang, kan?” Ashraf tersengih nakal.
“Ashraf!” Lara segera menjegilkan matanya menyebabkan Ashraf ketawa.
“Janganlah marah, I gurau je… Sleep tight, princess.”
“Yeah, you too. Thanks.” Balas Lara. Dia memberikan satu senyuman yang paling manis buat Ashraf dan kemudian Ashraf segera berlalu.
“Eh, Ash…”
Langkah Ashraf terhenti. Dia menoleh memandang Lara.
“Princess?”
“Erm… Next time you cerita pasal bintang lagi boleh? Please...?” Pertanyaan Lara itu disambut dengan senyuman yang meleret.
“Of course. You nak I bawakkan you tengok bintang pun boleh. Tengoklah macam mana. Nanti kita plan ye.” Ashraf menjawab sambil mengenyitkan mata. Lantas, dia terus berlalu.
Lara senyum meleret. Dia menutup pintu bilik dengan cermat dan hatinya berbunga-bunga. Ke mana agaknya Ashraf hendak membawanya melihat bintang?? Fikir Lara. Saat ini dia rasa seperti ingin melompat!
Tiba-tiba, kedengaran telefonnya berbunyi menandakan ada SMS masuk. Lara hairan. Siapa pula yang menghantar mesej kepadanya di tengah-tengah pagi buta begini? Adakah Zieta? Takkanlah cepat sangat gadis itu dapatkan update daripada Korie?? Tangan Lara segera mencapai telefon bimbitnya lantas menekan butang ‘Read’.
‘ :-* ’ – Ashraf SIA.
Lara terus tertawa apabila terlihat simbol ciuman yang dihantar Ashraf. Comel! Jarinya pantas menari-nari di papan kekunci bersama senyuman yang tidak lekang dari bibir…
‘Bwerk! :-P’
'Message sent'.
Lara masih tersenyum mengenangkan keletah nakal si Ashraf. Dia menyimpan kembali telefon bimbitnya dan kemudian terus bergegas ke bilik mandi…
Miss rasa macam nak buat bab Combo + 1 hari ni :) Nak habiskan cerita weekend si Ash & Lara. Miss tak janji, tapi miss cuba utk siapkan & publish Bab 32 malam nie yea? Insya Allah...
Share this novel