Bab 108

Romance Completed 159812

Tap!

Ashraf menutup pintu bilik mandi yang berkuap wangi.

Badan terasa letih setelah seharian berada di Kem Sonara bersama Lara. Ashraf berbaring di atas katil sambil memejam mata.

Dahinya berkerut.

Fikirannya mula berfikir mengenai kejadian di padang pasir tadi bersama Lara...

Selepas makan malam tamat, mereka sepatutnya dihantar pulang dengan menggunakan kenderaan yang sama seperti mereka datang ke kem tersebut.

Namun malam ini entah bagaimana terdapat sedikit masalah kekurangan kenderaan dilaporkan oleh pihak kem, maka kesemua pengunjung di situ bersetuju untuk menunggu giliran masing-masing dihantar pulang.

Sewaktu menunggu, Ashraf bersembang dengan seorang pekerja di situ yang sedang memeriksa kenderaan pacuan empat roda Land Rover Defender yang digunakan untuk aktiviti dune bashing siang tadi. Model kereta yang sama pernah digunakan oleh Kapten Zamani dahulu.

Ashraf bercerita bagaimana ayahnya sangat meminati jenama Land Rover. Malah dari dulu hingga sekarang, kesemua kereta ayahnya adalah daripada Land Rover dan model Range Rover.

Entah bagaimana, pemuda Arab itu tiba-tiba sahaja menghulurkan kunci kereta kepada Ashraf dan memberi peluang untuk Ashraf memandu sendiri di kawasan padang pasir tersebut!

"Go try, brother! Bring your habibti in the desert! The queue is still long! Go enjoy your time while waiting!" Ujar pemuda Arab itu sambil menyuakan kunci kereta kepada Ashraf.

Walaupun teragak-agak, Ashraf ambil juga kunci kereta tersebut lalu membawa Lara makan angin di padang pasir yang luas...

Suasana malam hanya dilimpahi dengan cahaya bulan. Semakin jauh mereka pergi, pemandangan padang pasir itu semakin cantik. Khemah-khemah di Kem Sonara pun sudah sayup mata memandang.

Ashraf mematikan enjin kereta berdekatan dengan beberapa batang pohon kurma. Dia dan Lara keluar daripada kenderaan tersebut lalu duduk melunjur kaki di atas bonet hadapan untuk menikmati suasana malam yang sungguh luar biasa.

"Cantiknya scenery malam ni..." Ujar Lara. Tidak pernah menyangka yang dia berpeluang duduk di tengah-tengah padang pasir bermandikan cahaya bulan.

"Yeah... What a breathtaking experience." Balas Ashraf di sebelah Lara.

"Baiknya mamat Arab tu bagi you bawak kereta ni!"

Ashraf tertawa mendengarnya. "Mana taknya. Esok kita nak datang lagi, bawak family pulak tu. Sukalah diorang, mana ada orang datang berkali-kali macam kita. Lagipun... Dia nak bagi chance kita dating kot."

Lara tersenyum lalu memeluk pinggang Ashraf. "Sayang, I rindu nak peluk you..." Bisiknya. Sejak di Changi Airport lagi dia hanya melihat Ashraf tanpa menyentuh dan bermanja dengan lelaki ini, perasaan jadi rindu.

Ashraf membalas pelukan hangat Lara dan keadaan menjadi sepi seketika.

Mereka menikmati pemandangan padang pasir yang terbentang luas. Terlihat juga corak alunan pasir terbentuk akibat tiupan angin. Kerdipan bintang-bintang yang penuh di kaki langit menghiasi kanvas malam. Sungguh indah panorama itu...

"Sayang, I tak sangka kita dapat berdua dekat padang pasir macam ni."

Mereka berdua berpandangan sesama sendiri. Ashraf membelai pipi Lara dan kemudian perlahan-lahan mencium bibir mungil gadis itu...

Suasana yang pada mulanya sepi kini diselangi dengan desah nafas mereka.

Lara bersandar pada cermin hadapan kereta tatkala Ashraf menciumnya tanpa henti. Daripada bibir, Ashraf beralih ke pipi dan akhirnya turun ke leher jinjang Lara, seolah-olah lupa dunia!

Saat itu, terdengar Lara memanggil namanya beberapa kali dan Ashraf hanya menjawab sepatah. Sangkaannya Lara sekadar memanggil namun tidak lama selepas itu, kedengaran suara Lara seperti menangis!

Ashraf yang sedang hanyut dalam keasyikkan terus tersentak, bagaikan terjaga daripada mimpi. Dia segera berhenti dan memandang Lara.

"Princess...? What's wrong?" Ashraf mula kaget apabila melihat Lara menangis.

"Ash...! I... I..." Ucap Lara tersedu-sedan.

"Why, baby? Are you hurt? Badan you sakit? Tell me..." Ashraf segera memeriksa cermin hadapan kereta iaitu tempat Lara bersandar kalau-kalau ada sesuatu yang membuatkan gadis itu berasa sakit.

"No, bukan sakit..."

"Then, why are you crying? I kasar ke?"

Lara menangis lagi dan geleng kepala.

"Okay, okay... I'm sorry, baby! Let's stop now..." Pujuk Ashraf lantas memeluk dan mengerlus belakang badan Lara.

"Syhh... We stop now, okay... Syhh..."

Walaupun masih terkejut tetapi pada waktu itu Ashraf seperti dapat menangkap sesuatu di fikirannya...

"Hhah..." Ashraf menghembus nafas panjang. Bayangan mereka di padang pasir terus lenyap daripada kotak ingatan.

Ashraf rasa... Lara mengalami trauma semenjak diperkosa oleh Syed Al-Fahd. Jika tidak, tak kan lah sampai Lara menangis? Ashraf ketap bibir. Alangkah bagus kalau dia hentak saja batang besi di tangannya dulu ke kepala Syed Al-Fahd! Perasan Ashraf tiba-tiba saja rasa meluap.

Titt tittt!

Lamunan Ashraf terhenti apabila bunyi SMS menerjah masuk ke telefon bimbitnya.

'Sayang I dah tidur?' - Princess

'Belum, baru lepas mandi. How's my princess?' - Sayang MWB

'I'm okay, sayang... I'm so sorry pasal tadi... Sebenarnya, waktu tu tiba-tiba je I rasa macam tak sedap hati sangat... Sorry again, sayang :( ' - Princess

'No, it's okay baby! Nothing to be sorry about, it's not even your fault. Kalau you tak selesa, takpe. Simple as that. Okay? :)' - Sayang MWB

'Okay ;(' - Princess

'Aww, what's with that frowning thing? Are we good?' - Sayang MWB

'Hmm... I rindukan you sebenarnya.' - Princess

Ashraf tersenyum nipis membacanya.

Dia tahu Lara mahukan sentuhannya. Manakan tidak, bukankah Lara juga yang tergedik-gedik menggodanya satu ketika dahulu? Kini Ashraf semakin yakin bahawa kejadian di padang pasir tadi adalah kerana perasaan trauma Lara.

Dan kini Ashraf terfikir pula, jika Lara boleh berterus-terang mengenai kisah hitam itu kepadanya, adakah perasaan trauma itu akan hilang atau reda?

Bibir diketap sambil jarinya laju menaip.

'Baby, me too. I selalu rindukan you. And I really love you, Lara. Trust me :)' - Sayang MWB

Ya, sebenarnya inilah sebab mengapa dia sering mengucapkan kata cinta berulang kali buat Lara. Dalam diam dia ingin memberitahu kepada Lara supaya jangan bimbang. Di sebalik aib itu, Ashraf ingin meyakinkan Lara bahawa dia akan tetap mencintai setulus hati dan dia juga tidak akan meninggalkan Lara hanya kerana peristiwa yang menjadi tinta hitam dalam hidup Lara.

Tetapi Ashraf faham, manalah gadis itu dapat menangkap mesej-mesejnya yang tersirat di sebalik kata cinta.

Ashraf tarik nafas dalam-dalam sambil memejam mata...

* * * * *

Pada tengahari esoknya, ketika Ashraf, Lara, Zuraidah dan Najmi tiba di Kem Sonara, keadaan sedikit sesak berbanding semalam.

"Ibu rehat-rehatlah dulu dekat lounge ni sementara kitorang pergi adventure. Dekat sini ibu boleh buat inai atau buat refleksologi kaki... Kalau nak air atau makan buah-buahan, ada dekat sana..." Ujar Lara.

Namun Zuraidah seperti tarik muka.

Lara terasa bahunya dicuit. Dia segera memandang Ashraf yang sudah menariknya ke satu sudut.

"Muka your mom macam masam je."

Lantas Lara memandang ibunya daripada jauh. Ada benarnya kata Ashraf.

"Hmm... Entahlah." Jawab Lara ringkas.

"Cubalah tanya dia kenapa."

Dahi Lara berkerut.

"Ala, biarlah dia. Lebih baik jangan kacau... Adalah tu dia bad mood pasal SMS ayah ke, atau perempuan gila tu ke." Ujar Lara sambil terus berlalu mendapatkan Zuraidah kembali.

'Eh eh... Pandai-pandai je dia buat andaian.' Ashraf berbisik dalam hati.

"Aunty macam monyok je. Kenapa?" Tanpa menghiraukan nasihat Lara sebentar tadi, Ashraf terus bertanya.

Zuraidah jeling sambil mengherotkan mulut.

"Aunty boring ye duduk sini? Aunty nak I carikan aktiviti untuk aunty tak?"

"Tak payahlah. Buat apa nak buat aktiviti sorang-sorang." Suara wanita itu bagaikan merajuk.

Lara dan Ashraf berpandangan manakala Najmi pula hanya mematungkan diri.

"Err... Bukan kitorang tak nak bawak aunty untuk dune bashing ni, tapi aktiviti ni ganas sikit, tak sesuai untuk orang tua. Macam naik roller coaster bak kata Lara."

"Ye, bu... Kitorang takut ibu pening atau muntah je nanti. Semalam akak pun-"

"Kalau macam naik roller coaster best-lah!" Potong Zuraidah.

"Eh? Bukan ke ibu takut ke naik roller coaster?" Najmi menyampuk lantas Lara segera mengangguk.

"Itu sebab roller coaster tu tinggi tergantung! Memanglah sakit jantung dibuatnya! Kalau atas pasir, nak takut apa?"

Mereka semua tercengang.

"Aunty biar betul nak ikut kitorang?"

"Hei, Ashraf! You ingat I ni tua sangat ke? I baru empat puluh lima tahun tau, I kahwin muda masa dapat si Lara ni dulu!"

Ashraf tersengih manakala Lara dan Najmi ketawa melihat ibu mereka meleteri Ashraf. Kalau dah kena marah tu, maknanya dah bonding-lah tu!

"You lah ni... Memandai je cakap ibu bad mood pasal itulah, pasal inilah!" Ashraf yang menyengih tiba-tiba menyinggung lengan Lara.

"Eh, I pun kena jugak?"

"Yelah, nasib baik I tanya ibu!" Getus Ashraf lantas mereka semua tertawa.

Saat itu, peserta-peserta untuk aktiviti dune bashing sudah dipanggil oleh pemandu kenderaan masing-masing.

"Aunty serius ke nak ikut ni? I risaulah, takut aunty menyesal."

"Hish, jangan risau sangatlah!" Potong Zuraidah sambil berlalu menuju ke kenderaan pacuan empat roda yang sudah sedia menunggu mereka. Dia pula yang nampak paling bersemangat sekali.

Empat puluh lima minit kemudian...

Plak!

Pintu kenderaan gagah itu terbuka dengan kasar dan tergesa-gesa.

"Uwerkk!!"

Mata-mata di dalam kereta hanya memandang.

"Uwerkk! Huphh... Uwerk!!"

Namun tiada apa yang keluar.

"Eii, macam orang tualah!" Jerit Zuraidah kepada Najmi yang sudah tertunduk-tunduk di luar sana.

Saat itu Ashraf segera keluar daripada kereta dengan membawa sebotol air mineral lalu disuakan ke Najmi. Zuraidah yang melihat situasi itu terus menyinggung lengannya pada Lara.

"Hei akak... Adik kau tengah sakit pening dekat luar tu, orang lain pulak yang pergi jenguk!"

Terus Lara terpempan memandang ibunya.

'Eh... Mengata kita pulak. Habis tu, dia yang emak pun tengok je anak dia dekat luar...' Bisik Lara dalam hati tetapi sebenarnya dia gembira dengan tingkah Ashraf melayan Najmi.

"You okay?" Tanya Ashraf kepada Najmi yang baru lepas meneguk air. Najmi hanya mengangguk.

"Hei, adik!" Kedengaran suara Zuraidah memanggil. Najmi dan Ashraf yang sedang berjalan masuk ke dalam kenderaan, terkenyit-kenyit mata memandang Zuraidah sambil menahan cahaya silau matahari.

"Siapa yang tua ni, dik?! Ibu ke kau?! Hahahaha!"

Ashraf pada mulanya hanya tersenyum mendengar tetapi apabila wanita itu ketawa mengekek, dia juga turut ketawa. Malah, pemandu Arab yang tidak tahu apa-apa itu juga ikut sama ketawa...

"Yang ini ibu tak payah mainlah! Bahaya! Karang kalau jatuh tertumus karang, tak pasal-pasal je nanti!"

Kedengaran Lara berleter di puncak bukit yang berpasir. Di tangan mereka semua terdapat papan luncur untuk aktiviti sand boarding pada petang itu.

"Tak jatuhlah!" Suara Zuraidah tegas membantah.

"Mana ibu tau? Ibu boleh ke nak balance-kan badan? Semalam akak main pun akak terjatuh!"

"Ah, kita buat dia! Bukannya dia buat kita! Tak kan jatuh punyalah!"

Saat ini Lara, Ashraf dan Najmi sudah pandang memandang sesama sendiri. Masing-masing berasa risau.

Zuraidah meletakkan papan luncur itu di atas pasir. Tanpa membuang masa, dia segera duduk menegak lutut di atas papan tersebut dan ia bergerak laju menuruni bukit pasir yang tidak terlalu tinggi.

"Aaaaaah!! Hahahahah!"

Mendengarkan saja jeritan itu, tawa ketiga-tiga anak muda itu terus meletus ke udara. Lara dan Najmi gelak sambil geleng kepala manakala Ashraf pula hingga merah mukanya di tengah cahaya matahari. Cara Zuraidah duduk meluncur pun sudah kelakar, apatah lagi bila mendengarkan suara wanita itu ketawa!

Kini Najmi pula teruja untuk mencuba aktiviti itu lalu dia terus mencampak papan luncur ke pasir.

Dengan girangnya dia meluncur laju sebelum jatuh tertumus. Kelihatan Zuraidah berkata sesuatu yang menyebabkan Najmi ketawa.

Lara dan Ashraf hanya memerhatikan saja gelagat kedua-dua beranak itu.

"Sayang."

Ashraf yang baru saja meletakkan papan luncur memandang ke wajah Lara.

"I tak pernah tengok ibu seronok macam ni. Thanks, sayang." Senyum.

"Eh, bukan I lah. Inikan idea you, nak bawak ibu dan Najmi jalan-jalan..." Kata Ashraf sebelum dia meluncur laju menuruni cerun pasir.

"Huiyo!! Bergayanya abang Ash!! 'Terror' lah abang!"

Suara Najmi bergema di udara.

"Macam mana abang boleh buat macam tu?! Mi pun nak luncur macam tu!"

"Hehe! Abang surfer. Memang dah biasa meluncur tapi luncur atas airlah. Lagi thrill!"

"Wah, surfer ke?! Cool-lah! Mi pun nak surf jugaklah macam ni!"

Lara hanya tersenyum lebar daripada puncak bukit pasir itu. Benar kata Ashraf, memang percutian ini adalah idea Lara sendiri tetapi Lara rasa Ashraflah penyeri dalam keluarga kecil mereka.

Mata Lara memerhatikan ketiga-tiga orang yang dia sayangi mendaki semula ke puncak itu lagi...

Pada malam itu, berbeza dengan makan malam 'fine dining' Ashraf dan Lara semalam, mereka berempat menikmati BBQ dinner yang lebih meriah bersama dengan pengunjung lain.

Setiap keluarga mempunyai meja dan kelompok sendiri dan mereka semua mengelilingi sebuah kawasan berkarpet yang agak luas untuk persembahan malam itu.

Najmi makan dengan penuh selera. Hidangan buffet yang tersedia sungguh mewah daripada entrée hingga ke pencuci mulut.

Mereka menikmati makan malam itu sambil bersembang mengenai malam terakhir Ashraf di Sharjah.

"Ala, abang Ash balik esok ke?!" Najmi mencebik manakala Ashraf mengiyakan. Pasti percutian itu akan jadi hambar dan bosan bila ketiadaan Ashraf, fikir Najmi. Maklumlah, tinggal dia seorang saja yang lelaki di situ!

"Abang Ash... Apa kelayakan untuk jadi pilot ye? Best-lah Mi tengok kerja abang Ash."

Ashraf tersenyum lebar. "Mi nak jadi pilot ke?"

Najmi tersenyum dan mengangguk.

"Okay. Kalau kelayakan... Yang pertama sekali; tall, dark, handsome."

Serentak itu juga tawa mereka semua berderai!

"Poyolah, sayang!" Teriak Lara dalam tawanya. Basah matanya dek kerana ketawa. Zuraidah turut ketawa tetapi mencebikkan bibir. Dalam diam dia akui bakal menantunya ini memang handsome.

"Takdelah, abang gurau je... Najmi belum PMR kan? Ha, nanti aim kelas sains bila masuk tingkatan empat. Kena terror add maths dengan fizik. Takde dua benda ni, tak boleh masuk flying school." Terang Ashraf panjang lebar.

"Alamak, add maths dengan fizik?! Susahnya!"

"Eh, mestilah! Ingat senang ke nak jadi pilot?" Sambut Ashraf sambil tertawa.

"Itulah sebabnya kena rajin belajar!" Zuraidah mencelah dengan air wajah yang mencuka. "Ini tidak! Kalau ibu tak berleter, tak nak belajar. Asyik main basikal tak habis-habis! Bila keluar result periksa, apa yang kau dapat? Semuanya B, C, B, C! Apa B C tu?! Basikal Cabuk kau tu lah!"

"Pkhhttt..." Lara dan Ashraf cuba menahan tawa tetapi tidak berdaya.

"Hahaha!" Lara ketawa sekuat hati manakala Ashraf pula tunduk menekup muka dengan telapak tangan. Dia tidak mahu gelakkan remaja lelaki itu tetapi dalam pada masa yang sama tidak dapat menahan rasa gelihati dengan leteran Zuraidah. Ashraf ketawa dalam diam namun bahunya bergoncang.

Najmi tarik muka memandang Lara yang sedang beriya ketawa mengejeknya...

Malam sudah semakin larut. Mereka semua sedang menghabiskan pencuci mulut masing-masing sebelum acara makan malam itu berakhir.

"Erm, aunty..."

Suara Ashraf tiba-tiba kedengaran dan Lara lihat Ashraf memandangnya sekilas lalu.

"I nak mintak izin aunty untuk bawak Lara jumpa mama dekat JB."

Berderau darah Lara mendengarnya.

"Tapi I takde specific date lagi, cuma nak bagi tahu aunty je dulu." Sambung Ashraf.

"Oh." Perasaan Zuraidah tersentak sedikit. "Agak-agak bila?"

"Erm... Tak dapat nak agak lagi sebab I pun kena bagi tahu mama dulu sebelum bawak Lara."

Zuraidah mengangguk. Saat ini Lara rasa gemuruh tapi dalam pada masa yang sama juga dia sungguh gembira!

"Lepas Lara dengan mama dah kenal-kenal nanti barulah 'berbisik' kot." Ujar Ashraf.

"Berbisik??" Berkerut dahi Zuraidah dan Lara memandang Ashraf.

"Oh... Merisik kot?" Sampuk Najmi dan saat itu juga tawa mereka pecah kedengaran. Ashraf tersipu-sipu menggaru kepala yang tidak gatal.

"Takpe, bang! I've got you covered! Berbisik, merisik!" Ujar Najmi lantas membuat Ashraf ketawa besar dan mereka melagakan penumbuk.

"You ni Ashraf, nasib baiklah muka you ada macam mat saleh. Kalau tidak, I reject you! Nak cakap merisik dalam BM pun failed!"

Sekali lagi tawa riang mereka kedengaran di udara...

"Wal fadang fasirul, tak adudil pokok kaiwey, panas tarikuk!" - Sudin, Pendekar Bujang Lapok :)))

Share this novel

Nur Azlina
2022-06-02 00:38:02 

aduhai..... bahagianya dlm part ni sakit perut gelaknya Zuraidah ni.


NovelPlus Premium

The best ads free experience