Bab 14

Romance Completed 159812

"Simpan mawar yang kuberi,

Mungkin wanginya mengilhami...

Sudikah dirimu untuk kenali aku dulu,

Sebelum kau ludahi aku,

Sebelum kau robek hatiku...

Hmmm hmmm hmm hmmm hmm..."

Lara menyanyi-nyanyi kecil lagu Risalah Hati oleh Dewa 19 sambil mengeringkan rambutnya dengan tuala. Sejak Ashraf menyanyikan lagu itu buatnya malam tadi, lagu tersebut seolah-olah melekat di fikirannya dan suara Ashraf terngiang-ngiang di telinganya.

"Hah Ra, apa Ashraf cakap pasal orang yang pass nombor telefon kau dekat dia? Siapa yang bagi??" Tanya Khyra yang sedang mengacau air Milo panas di dalam mugnya. Aroma nasi lemak panas yang dibeli Zieta sebentar tadi mencucuk-cucuk hidung.

Mendengarkan pertanyaan Khyra itu, Lara terhenti menyanyi. Dia mencebikkan bibirnya.

"Dia kata dia memang tak kenal Reza. Tapi kalau aku nak tahu siapa yang pass nombor aku pada dia, dia ajak aku jumpa."

"Hah? Jumpa??" Khyra dan Zieta berkata serentak. Lara tarik muka 'seposen' sambil mengangguk perlahan.

"So, bila korang nak jumpa?" Tanya Zieta pula tetapi pertanyaannya itu disambut dengan tawa Lara. "Aku tak tahu aku nak jumpa dia ke tak!" Jawab Lara sambil menjungkitkan bahu. Dia mencapai sikat lalu menyisir rambutnya yang basah berkilat. Khyra dan Zieta pandang-memandang sesama sendiri.

"Oh korang, baru aku teringat! Rupa-rupanya, si Ashraf tu pilot! Sebab tu dia hilang seminggu tu hari. Dia fly katanya." Ujar Lara.

"What?! Pilot?!" Teriak Zieta.

"A'ah-"

"Eww!" Kelihatan muka Zieta seolah-olah jijik.

"Hah? Kenapa eww pulak??"

"Playboy!" Getus Zieta. Lara dan Khyra kelihatan terpempan dan kemudian berpandangan sesama sendiri. Khyra jungkit bahu!

"Kenapa kau kata playboy?" Tanya Lara lagi.

"Kawan-kawan Korie ada yang kerja pilot. Kalau pergi party, perempuan keliling pinggang!" Jawapan Zieta itu umpama satu renjatan elektrik yang menyedarkan hati dan minda Lara daripada khayalannya tentang lelaki bernama Ashraf itu. "Yelah kan, duit banyak, muda, manis mulut pulak tu..." Sambung Zieta lagi.

"Oh..." Wajah Lara terpinga.

"Cuba kau tengok si Ashraf mengayat kau? Meleleh-leleh tak ayat dia?" Pertanyaan Zieta itu terus membuatkan ketiga-tiga mereka ketawa!

"Apa soalan yang kau bagi aku ni?? Meleleh macam mana?!" Teriak Lara dalam tawanya. Keadaan di dalam bilik itu terus gamat.

"Taklah, maksud aku... Cara dia mengayat kau tu beriya-iya tak? Lidah tak bertulang punya lelaki, macam tu ke style si Ashraf tu??" Waktu itu mereka semua sudah duduk menghadap nasi lemak masing-masing untuk sarapan bersama.

"Takde pun!" Kening Lara tajam mencerun. Dia menggaul-gaulkan sambal bersama nasi yang masih lagi panas. "Tapi..." Kata-kata Lara terhenti di situ.

"Tapi apa?"

Lara serta-merta teringatkan nyanyian Ashraf malam tadi dan dia terus senyum tersipu-sipu sendirian!

"Hah? Kenapa??!" Jerit Khyra dan Zieta serentak.

"Hehehe... Takde apalah!" Wajah Lara sudah merah menyala!

"Hei, aku dengan budak ni... Aku cucuk mata bulat kau tu dengan garpu ni karang!" Ujar Zieta lantas membuatkan mereka semua tertawa.

"Ra, kau ingat sikit kau tu ada Huzaimi ye!" Khyra mengunjukkan batang garpu di tangan ke arah Lara.

"Eh, itu aku tahulah!"

"Aku pro Huzaimi tau! Kau jangan nak menggatal dengan lelaki lain ye! Kesian Huz tau!" Sambung Khyra lagi dan mereka semua tertawa dengan perkataan 'pro Huzaimi' tersebut.

"Wei, aku berkawan je dengan Ashraf tu. Bukannya nak menduakan Huz!" Mulut Lara sudah penuh dengan makanan.

"Ala... Boleh je... Kau buatlah Ashraf tu 'sparepart' kau." Zieta berkata selamba.

"Ha?! Sampai hati kau, Zie!" Khyra memandang Zieta dengan wajah yang terlopong.

"Eh, betullah... At least, kalau apa-apa jadi antara Lara dengan Huzaimi nanti, takdelah minah ni frust menonggeng macam dia dengan si biawak hidup tu dulu."

Kata-kata Zieta itu membuatkan Lara terpempan seketika. Jika difikirkan, ada juga kebenarannya. Tetapi...

"Ish, taklah! Aku nak berkawan je dengan si Ashraf tu... Takkan lah aku nak buat 'taik' dekat Huz! Aku sayang gila-gila dekat dia tau!" Kata Lara.

Saat dia menuturkan ayat itu, barulah Lara tersedar yang ruang fikirannya telah dicerobohi Ashraf sepanjang malam tadi sehinggalah ke pagi ini. Namun, Lara sedar yang lelaki itu hanya berada di tempatnya sebagai 'kawan' dan sedikit pun tidak menggoyahkan cinta Lara terhadap Huzaimi. Cuma, mungkin dendangan nyanyian si Ashraf itu agak membuai perasaan sehingga membuatkan Lara larut sebentar dalam khayalan sepanjang malam...!

Atau... Adakah itu menandakan yang hatinya sedang ditakluki oleh seorang playboy??

Kening Lara mencerun sambil dia memikirkan perkara itu sendirian...

* * * * *

"Ini... Siapa punya hal ni...?!"

Sehelai tisu serviette berlogo Singapore Airlines dicampak perlahan oleh Kapten Zamani ke atas meja makan lalu terdampar di hadapan Ashraf dan Azril.

"Hmpkhh!" Kedua-dua beradik yang sedang makan itu bagaikan mahu tercekik apabila terpandang bekas lipstik berwarna merah menyala yang tertancap pada serviette tersebut!

Lalu kedua-duanya memandang ke arah ayah mereka yang sedang berdiri di samping beg bagasi besar berwarna hitam. Kapten Zamani baru sahaja tiba di rumah daripada penerbangannya pada pagi itu. Kelihatan Zelda yang sedang makan di sebelah Azril buat bodoh, tidak ambil peduli langsung dan meneruskan sahaja suapannya. Tetapi airmukanya ketat.

"Mana papa dapat ni??" Tanya Azril dengan wajah yang terpinga-pinga.

"Terselit dekat wiper kereta pagi ni." Suara dan wajah Kapten Zamani serius.

"Bukan orang... Dia ni lah!" Kata Ashraf sambil mengunjuk ke arah Azril.

"Eh? Apa pulak aku??"

"Habis tu, takkan aku? Kalau bukan aku, kaulah!"

"Hei, antara kau dengan aku, aku lagi kerap bawak kereta pergi kerja. Aku selalu park kereta dekat tempat aku. Kau tu selalu pakai kereta papa! Mesti perempuan ni fikir tu kereta kau dan tempat parking tu tempat parking kau!"

"Aku pakai kereta papa sebab aku selalu balik sini-"

"Tak kisahlah! Pokoknya sekarang, benda ni kaulah punya! Bukan aku." Potong Azril.

Ashraf telan liur. Logik juga telahan abangnya itu. Dalam kepala Ashraf, dia segera terfikirkan si Natasha Ahmad.

"Tapi kau still ada jugak pakai kereta papa, bukan aku sorang. So it can't be hundred percent on me!" Getus Ashraf lantas menyuap nasi lemak ke mulutnya.

Keadaan terdiam sebentar.

"Tapi pa, mana papa tahu serviette ni untuk kitorang? Entah-entah 'minah' ni memang nak mengorat papa ke?" Kata-kata Azril itu membuatkan Ashraf hampir-hampir tersembur nasi lemak daripada mulutnya! Dia cepat-cepat menutup mulutnya dengan tisu.

Tawa Ashraf hendak meletus tetapi apabila dia mengerling ke arah ibunya, kelihatan wajah wanita itu masam mencuka. Lantas, Ashraf terus menarik muka serius sambil menahan senyum.

Mata Azril dan papanya bertembung tetapi tiada sebarang reaksi yang tertancap pada wajah lelaki yang berusia lima puluhan itu. Hati Azril terus kecut!

"Papa nak bagi warning pada kamu berdua ye. Jangan nak hanky-panky waktu bekerja! Tiga puluh tahun I kerja dengan SIA, daripada orang airport sampailah orang airlines, semuanya kenal papa and they know both of you are my sons! So jangan bagi malu pada I especially because now I'm the Chief Flight Operation! I sit together with the management team!"

Azril dan Ashraf terdiam. Masing-masing mengangguk kepala tanda faham.

"Kalau luar waktu kerja, luar company, itu you all punya pasal. But when it comes to work, please be ethical and don't ruin your reputation because your reputation is mine as well! Always remember that...!" Tambah Kapten Zamani lagi.

"Bukan setakat waktu kerja je. Kalau luar waktu kerja pun jangan nak buat benda tak tentu hala. Mama tak ajar anak-anak lelaki mama jadi yang bukan-bukan." Zelda menyampuk dengan nada suara yang dingin.

Ashraf dan Azril pandang-memandang sesama sendiri.

"Pa, no worries-lah. This is not about us being hanky-panky. This is just some secret admirers dropping by to say hello je..." Celah Ashraf.

"No Ashraf, that lipstick stain means flirting. It's not about saying hello at all... Don't be so naive!" Kata Zelda.

"Okay-lah, then it's like dropping by to say I'm-thinking-of-you-throughout-the-flight- so-can-we-go-for-a-"

"Enough!" Potong Kapten Zamani dengan nada yang tinggi lantas membuatkan Ashraf terkaku.

"Papa cuma nak kamu berdua ingat, kerja tu biar elok-elok! Jangan buat hal yang bukan-bukan!" Lelaki dalam pakaian seragam itu terus berlalu pergi membawa beg bagasinya ke tempat mesin basuh di halaman belakang rumah. Ashraf dan Azril sekali lagi mengangguk kepala tanda akur.

'Huh. Tak pasal-pasal je kena lecture hari ni!' Getus hati Ashraf sambil sambung makan...

"No Ashraf, that lipstick stain means flirting. It's not about saying hello at all... Don't be so naive!" Kata Zelda.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience