"Saya tak boleh prescribe ubat penenang untuk you, Lara. You muda lagi, I tak nak you bergantung pada ubat tu."
Lara sedikit kecewa.
"Tapi doktor, saya tak boleh tidur dan saya selalu rasa takut...! Saya bukan main-main, saya memang perlukan ubat penenang tu-"
"You kena pandai uruskan stres, Lara."
Mata mereka bertembung.
Lara telan liur tatkala dadanya ketat, penuh dengan amarah.
'Ada orang ugut nak bunuh saya dan keluarga saya! Hantar pisaulah, ikut saya ke sana-sinilah! Cuba ajar macam mana nak uruskan stres tu?!!'
Namun jeritan itu hanyalah dalam kotak fikirannya sahaja. Air mata Lara bergenang tetapi ditahannya seboleh mungkin.
"Macam ni... Mulakan dengan riadah. You kata you buat internship dekat Petronas sini, kan? So lepas habis kerja you boleh cuba jogging dekat KLCC Park... Trust me, it helps with your brain function."
Jogging dekat KLCC Park?! Huh, nak turun makan di food court pun dia takut sekarang ni, fikir Lara. Ada seseorang yang mengekorinya semalam ketika Lara sedang beli makanan dan lelaki itu memandangnya sama seperti pandangan lelaki jaket hitam dulu. Dan waktu itu juga Lara diserang panic attack sekali lagi!
"Saya penat, doktor... Saya tak main-main! Saya penat!" Lara terus menangis teresak-esak.
Doktor lelaki itu mencapai kotak tisu lalu disuakan ke Lara.
"So many things happen right now, you tak faham..." Lara menarik keluar dua helai tisu lalu ditekupkan ke mata.
"Ye, mungkin I tak faham situasi you tapi I boleh bagi you advice, macam mana nak handle emosi especially bila you diserang panic attack, okay?"
Sekali lagi Lara kecewa. Pasti doktor itu fikir yang Lara sedang serabut dengan masalah cinta atau famili. Atau masalah-masalah hidup yang lain kecuali pertaruhan antara hidup dan mati. Sudah tentu! Tiada siapa yang menyangka, bukan? Fikirnya.
Lantas doktor itu mengambil sehelai kertas dan menulis langkah-langkah yang perlu Lara buat sekiranya terjadi panic attack untuk sekian kali. Dia juga menerangkan beberapa kaedah pernafasan yang boleh membantu Lara dalam menghadapi situasi tersebut.
"Selain daripada tu, watch your diet and take care of your gut. Jangan makan makanan yang pedas, berkafein, dan... Kalau you ambil alkohol, hentikannya sekarang. Eat balanced diet."
Lara mendengarnya dengan acuh tak acuh sahaja...
"Doktor cakap apa?"
Fahd mendapatkan Lara sebaik sahaja Lara keluar daripada bilik doktor.
"Erm... Dia cuma ajarkan macam mana cara untuk deal dengan panic attack." Kertas di tangan ditunjukkan kepada Fahd.
"Itu je?"
Lara angguk.
"Ubat tu tak dapat?"
"Tak... Doktor kata I muda lagi, dia tak nak kasi."
Mereka terdiam seketika dan Fahd hanya mengangguk.
Lantas Lara meluru ke kaunter bayaran untuk membayar sesi konsultasi tersebut.
"Takpe." Fahd menolak tangan Lara apabila Lara mengeluarkan dompet daripada beg tangannya. "Biar I bayar." Sambung Fahd lagi.
Mereka bantah-membantah seketika sehinggalah Fahd merampas dompet Lara dan meletakkan duit not seratus miliknya di atas kaunter.
"Fahd, give my purse back!" Lara senyum kelat sambil cuba mendapatkan kembali dompetnya.
"Sabar. Lepas I dapat balance duit ni, I pulangkan balik pada you."
Lalu mereka hanya tersenyum sesama sendiri dan Lara pula sudah tidak kuasa untuk membantah...
"You kena balik awal ke?" Tanya Fahd sebaik sahaja mereka melangkah keluar daripada klinik di menara berkembar itu. Kelihatan jam di tangan menunjukkan pukul 6.40 petang.
"Tak... Tapi I rasa macam nak balik ke rumah my mom hari ni sebab esok weekend."
Fahd tersengih memandang Lara.
"Kenapa?" Tanya Lara.
"Jom kita enjoy sikit malam ni."
"Enjoy? Nak buat apa?"
"Jom pergi Aquaria dekat bawah ni. Dah setahun lebih dia bukak, tapi I tak pernah pergi lagi. Jomlah, you. I pernah baca ada study kata, tengok ikan dalam akuarium ada therapy effect tau. So apa kata I bawak you pergi tengok akuarium, besar punya! Okay?"
Lara tertawa!
Fahd meneliti wajah Lara. Memang dia sendiri pun perasan bahawa Lara kelihatan murung sejak kebelakangan ini dan apabila gadis ini ketawa, bayangan Lara yang ceria seperti pertama kali dia melihatnya muncul semula.
"Erm... Bolehlah."
Jawapan Lara itu menggembirakan Fahd.
"Okay. Tapi I belum solat Asar lagi. Kita naik office sekejap, you tunggu I solat ye?"
Wajah Lara tiba-tiba berubah sedikit.
"Err... You solat dekat public surau bawah ni boleh tak?" Lara memandang tepat ke dalam anak mata Fahd.
"Hah? Kenapa? I ingatkan kalau surau office, tak ramai orang. So cepat sikit."
Lara ketap bibir. Bukan dia tidak mahu naik ke pejabat tetapi keadaan selepas waktu bekerja pada hari Jumaat sangat sunyi di situ. Lagipun dia sudah solat awal-awal lagi bersama kak Mas sebelum turun ke klinik. Sejak kejadian pisau enam inci beberapa minggu lalu, Lara takut untuk duduk sendirian walaupun di dalam pejabat. Dia terasa seolah-olah diekori dan diperhatikan jika duduk seorang diri di tempat sunyi.
"Err... Okay, kalau macam tu I tunggu you dekat Dome-lah. Eh, tak nak Dome! Err, I tunggu you dekat... Starbucks, tingkat tiga! Okay?"
Fahd senyum lalu mengangguk...
* * * * *
"Abang!"
Kedengaran suara Sharina yang ceria saat Huzaimi melangkah ke ruang tamu rumah ibu dan ayahnya di Damansara Heights. Kata Sharina, malam minggu ini dia hendak makan-makan bersama keluarga Huzaimi, satu perkara yang tidak pernah terjadi selama ini.
"Hai, yang!" Tegur Huzaimi sambil dia menangkap Dahnia yang meluru laju ke arahnya.
"Wah... Masak apa ni? Daripada sini dah boleh bau ni?" Huzaimi mengelek anaknya lantas kedua-dua suami isteri itu jalan beriringan ke ruang makan.
"Ni hah... Si Rin sibuk nak balajaq resepi kari ayam mak..." Sambut Hajah Sufiah, ibu Huzaimi. Dia menyenduk nasi buat suaminya, Haji Ariffin.
"Wah... Betul ke ni, ayang?!" Pandangan Huzaimi seakan kurang percaya. Sharina masak?!
"Mestilah! Kenapa abang tak percaya? Abang jugak selalu cakap, kari mak sedap... I belajarlah dari mak!" Sharina menjeling manja suaminya. Namun dalam hati dia menyumpah seranah kerana tapak tangannya yang lembut dan sentiasa wangi itu sekarang sudah berubah warna jadi kekuningan akibat terkena serbuk kunyit dan serbuk kari!
"Bibik, tolong ambik Nia daripada tuan, kami nak makan." Sambung Sharina lagi. Nada suaranya tegas seperti selalu.
Mereka terus menikmati makan malam dengan lauk yang serba sederhana tetapi dalam keadaan yang penuh ceria terutama sekali si Huzaimi. Maklumlah, sejak si Sharina berubah laku, Huzaimi macam dapat bini baru!
"Abang dah jumpa ke budak perempuan tu?"
Sedang mereka sedap makan, Sharina tiba-tiba sahaja bertanya. Huzaimi pada mulanya seperti hendak tercekik, tetapi apabila dia pandang wajah isterinya, air wajah Sharina kelihatan sungguh tenang dan selamba sekali. Hajah Sufiah dan Haji Ariffin pula ternganga mendengarkan soalan tersebut.
"Erm... Ada. Ada jumpa... Last week."
Hati Sharina bagaikan meledak tetapi segala amarahnya ditelan bersama nasi dan kuah kari yang sedang dia makan. Hajah Sufiah dan suami mula pandang memandang.
"Ha, macam mana? Dia setuju ke nak kahwin dengan abang? Kalau dia setuju, ayang dengan mak boleh pergi pinangkan dia untuk abang... Betul tak mak?"
Semua orang tersentak. Masing-masing tidak percaya dengan apa yang mereka dengar daripada mulut Sharina sendiri!
"Entah... Mak ikut ja..." Balas wanita tua itu.
Lalu keadaan jadi sepi seketika di ruang makan tersebut.
Hati Huzaimi berasa lapang dengan reaksi Sharina, tetapi dia berasa gundah pula dengan hal si Lara...
"Stop doing this, Huzaimi!" Jeritan Lara di dalam kereta minggu lalu masih segar di telinganya.
"I hate you! I tak nak tengok muka you lagi! I benci you!" Dan selepas itu Lara meraung. Hairan sungguh Huzaimi dengan kelakuan Lara kali ini, belum pernah dia lihat Lara seperti itu. Namun apabila ditanya, Lara tidak menjawab tetapi Huzaimi dapat mengagak, pasti keluarga Lara sedang mengalami masalah. Kerana itu selalunya yang terjadi dan dia tahu mood Lara pun selama ini selalu merudum disebabkan perkara tersebut.
"Erm... Macam susah je." Balas Huzaimi selepas agak lama mendiamkan diri.
"Susah? Apa yang susah?" Kelihatan wajah Sharina berkerut sambil dia mencedok kuah kari di dalam mangkuk.
Huzaimi yang daripada tadi meneliti mood Sharina pada mulanya rasa teragak-agak untuk berkongsi cerita namun Sharina tampak sangat mengambil berat. Dia berasa lapang sedikit dengan penerimaan isterinya dan dalam diam, dia rasa sangat bersyukur kerana Sharina betul-betul sudah berubah!
"Erm... Buat masa ni, dia tak setuju nak kahwin dengan abang."
"Hah?" Wajah Sharina terperanjat lalu dia berhenti menyuap. Namun dalam hati dia ketawa berdekah-dekah. "Kenapa dia tak nak kahwin dengan abang?"
Huzaimi hanya mengangkat bahu sebagai balasan kepada persoalan itu. Kedengaran Sharina mengeluh.
"Hmm... Inilah dia... Kita ni dah buka hati kita luas-luas untuk terima dia... Tapi orang pulak yang tak sudi. Takpelah, mungkin ini ujian buat orang yang ikhlas macam I..." Suara Sharina mula mencerun.
Hajah Sufiah dan Tuan Haji Ariffin memandang sesama sendiri dari hujung mata.Â
"Takpelah, bagilah dia masa. Rasanya dia ada masalah tu. Abang tengok dia lain macam je... Tak macam selalu. Biarlah dulu-"
"Atau dia sebenarnya tak nak bermadu?" Potong Sharina. "Kalau dia nak abang ceraikan ayang, ayang pasrah je bang... Ayang tahu kalau kita nak buat baik, bukan senang. Mesti ada je dugaannya..." Suara Sharina retak dengan tangisannya.
"Awat hang ni drama queen sangat? Budak pompuan tu tak kata pun dia suruh Jemi ceraikan hang! Mungkin dia memang tak nak kahwin dengan laki oghang, itu ja!" Selamba saja Hajah Sufiah mencelah. Dia dan Sharina memang sering bertelagah tetapi hari ini dia rasa sungguh hairan dengan perubahan mendadak menantunya itu. Pada awalnya Hajah Sufiah berasa lega dan gembira tetapi sekarang rasa rimas pula sampai berdrama air mata!
"Dah lah tu, mak... Esok-esoklah kita ceghita lagi." Kata Huzaimi.
Sharina menjeling mentuanya. Nasib baiklah emak si Huzaimi, kalau tidak orang tua ini pun terima nasib yang sama seperti perempuan jalang itu! Hati Sharina belum habis tersentap.
"Takpe, bang. I ni perempuan, I tahulah macam mana nak ambik hati perempuan. Nanti-nantilah kita cerita. Nak cerita sekarang takut mak marah pulak." Suara Sharina seakan merajuk. Dia seboleh-boleh hendak mengelak daripada bergaduh mulut dengan mentuanya itu tetapi hati sudah geram!
"Hmmph!" Hajah Sufiah mencebik.
'Hei, orang tua ni! Ada yang rentung kena bakar dalam oven besar dekat dapur belakang ni karang!!' Sharina bertempik dalam hati...
* * * * *
Lara dan Fahd keluar daripada Aquaria KLCC itu sambil tertawa mesra. Wajah Lara yang sugul sejak kebelakangan ini tampak berseri sedikit.
"Nasib baik you buat praktikal dekat KLCC ni kan?" Fahd memandang Lara yang masih tersenyum.
"Kenapa?" Kening Lara berkerut.
"Sebab you dah ada kawan baik dekat dalam ni. Kalau rindu dekat kawan baik, senanglah nak jumpa."
Lantas Lara ketawa. Tak habis-habis Fahd mengejeknya tentang 'kawan baiknya' iaitu seekor ikan yang berwajah kemek dengan rupa yang agak aneh.
"Itu kawan baik you, bukan I! Bila you panggil I suruh tengok dia, dia terus larikan?!" Sanggah Lara. Mereka tertawa lagi.
Dengan tawa yang masih tersisa, Fahd melirik ke jam tangannya. Waktu sudah menunjukkan pukul lapan malam.
"You, I nak Maghrib kejap. Lepas Maghrib kita pergi dinner sebelum I hantar you pulang nak?"
Lara tersenyum dan mengangguk.
"You nak solat dekat mana?" Tanya Lara.
"Erm... Masjid KLCC."
"Ala, kita pergi surau dekat bawah ni boleh? I pun nak solat tapi I takde tudung nak masuk masjid."
"Haa... Itulah pasal, lain kali pakai je lah tudung. Apa yang susah sangat nak pakai tudung tu...?"
Aduh. Kata-kata Fahd itu terasa tajamnya tetapi Lara tidak mahu ambil hati.
"Okay... Tapi kita kena tengok situasi sekarang; I takde tudung. So, kita pergi surau bawah ni ye?" Lara senyum, buat muka comel.
"You ni suka sangat surau dekat bawah ni... Jomlah!" Fahd tertawa gelihati melihat keletah Lara lantas mereka berdua terus berlalu...
Selepas solat Maghrib, Fahd memberitahu Lara yang dia ingin membawa Lara makan di hotel Mandarin Oriental bersebelahan dengan bangunan KLCC. Lara sedikit terperanjat. Sangkaannya mereka akan makan di mana-mana restoran yang terdapat dalam menara berkembar ini, tapi ternyata Fahd beria-ia hendak membawanya ke restoran mewah.
Lara sebenarnya hendak makan 'Zinger Burger' sahaja atau jika Fahd hendak ke tempat yang mahal sedikit, Lara cadangkan mereka ke Chilli's. Tetapi Fahd tetap berkeras mahu ke Mandarin Oriental, lebih privasi katanya. Lara akhirnya mengalah.
Mereka merentasi kedua-dua bangunan itu dan suasana sesak di KLCC tadi terus sahaja bertukar tenang dan nyaman tatkala mereka melangkah masuk ke lobi hotel lima bintang itu.
Fahd memilih untuk makan di restoran Itali, Mandarin Grill. Oleh kerana Lara hendak makan burger pada awalnya, dia fikir mungkin dia boleh mengambil pizza tetapi pizza tidak ada dalam menu tersebut. Malah menu itu penuh dengan nama-nama yang pelik, Lara sendiri tidak tahu bagaimana hendak menyebutnya. Akhirnya dia memilih Duck Carbonara sahaja, satu-satunya hidangan pasta yang tersenarai di situ!
Haih.
Dia mula rindu pada Ashraf. Kalau dengan Ashraf, apa sahaja yang dia teringin hendak makan, Ashraf akan bawa. Hati terasa sendu...
Mereka menikmati makan malam sambil bersembang mesra. Walaupun Fahd ada bertanyakan hal-hal keluarga Lara, namun Lara tidak menceritakan kesemuanya. Lara fikir tidak perlulah dia canangkan masalah keluarganya kepada orang luar jika tiada keperluan. Maka Lara hanya memberitahu perkara yang asas sahaja.
Ketika mereka keluar daripada Mandarin Oriental, waktu sudah menunjukkan pukul sepuluh malam. Mereka kembali ke bangunan KLCC untuk ke tempat letak kereta Fahd.
Pintu kereta Mitsubishi Evo itu dibuka lalu Lara masuk ke dalam.
"Thanks for the dinner, Fahd... Sedap jugak spageti itik tadi." Ujar Lara dan mereka tertawa kecil.
"Benda mahal memanglah semuanya sedap."
Lara seakan tertawa mendengar balasan Fahd. Lantaklah, bukan dia yang nak makan di tempat mahal, fikir Lara.
Sebaik sahaja kereta Evo itu keluar daripada tempat parkir bawah tanah KLCC, Fahd menghidupkan radio. Kedengaran dia sedang rancak bercerita tentang tempat kerjanya di Paka dan Kerteh kepada Lara. Namun, tumpuan Lara beralih kepada lagu di radio...
'Hidupku tanpa cintamu,
Bagai malam tanpa bintang...
Cintaku tanpa sambutmu,
Bagai panas tanpa hujan...'
'Ashraf!' Desis Lara!
Walaupun lagu itu adalah lagu 'Risalah Hati' nyanyian Dewa 19, tetapi saat Lara terdengarkannya, nama Ashraf terus menerjah dalam diri. Perasaan rindu bagaikan menghempas dada. Fahd di sebelah sudah tidak dia pedulikan lagi.
'Aku bisa membuatmu jatuh cinta kepadaku,
Meski kau tak cinta kepadaku...'
Tiba di bait korus itu, telinga Lara sudah tidak lagi mendengar suara nyanyian Dewa 19. Hanya suara Ashraf sahaja yang kedengaran dengan bunyi petikan gitarnya.
Inilah lagu pertama yang Ashraf nyanyikan buat Lara. Lara masih ingat dan sentiasa ingat! Dalam kesamaran malam, air mata tumpah dan sungguh deras mengalir ke pipi.
'Sudikah dirimu untuk... Kenali aku dulu...
Sebelum kau ludahi aku...
Sebelum kau robek hatiku...'
Lara seolah-olah masuk ke dalam corong masa dan kembali semula ke malam yang Ashraf nyanyikan lagu itu buatnya...
Ramai yang bertanyakan pada miss bila Ash & Lara akan jumpa. Memang lama diorang terpisah kali ni tp setiap bab akan menunjukkan betapa kuatnya cinta mereka :) Apa yg miss boleh kata, diorang akan berjumpa bila tepat pada masanya ;) Sedikit renungan: Jangan berhenti menunggu, jangan berhenti berharap :)
Share this novel
kesian lara..