Lara menyempurnakan sapuan mekap yang terakhir pada malam Sabtu itu. Kemudian, dia menyemburkan pula makeup setting spray ke wajah supaya warna-warna yang terconteng itu dapat dikekalkan sepanjang malam. Bagus juga ketiadaan Kak Nor. Senang untuk dia berdandan sesuka hati.
Tiba-tiba, telefon bimbit Lara berbunyi.Â
"Hello Ash..."
"Princess, I'm already here." Kedengaran suara besar Ashraf di corong telefon.
"Okay, I turun sekarang... Give me five minutes."
"Alright."
Lantas, talian diputuskan.
Ashraf meletakkan telefon bimbitnya di dalam compartment di sebelah kiri. Dia menantikan kedatangan Lara sambil mendengar lagu di radio.
Tidak lama kemudian, bayang Lara muncul dalam suluhan cahaya lampu keretanya. Kelihatan gadis itu memakai jaket kulit berwarna hitam dan ber-skirt panjang dan sendat, juga berwarna hitam. Â
"Hi Ash!" Ujar Lara sambil membuka pintu kereta.
"Hey... Come on in!"Â Nada Ashraf girang. Lara melabuhkan punggungnya lantas menutup pintu kereta. Setelah itu, mata mereka berdua bertembung. Di bibir masing-masing terpahat senyuman lebar seolah-olah gembira dapat dipertemukan sekali lagi.Â
"How are you today?" Tanya Ashraf sambil mengundurkan kereta. Lalu, dia menekan pedal minyak dan beredar dari kawasan kolej tersebut.
"I'm good..."
"You look good tonight." Puji Ashraf sambil memandang wajah Lara sekilas lalu.Â
"Oh, thanks." Lara tersenyum lebar.
Setibanya di pondok pengawal UiTM, Ashraf memberhentikan kereta ke tepi. Wajah Lara yang kehairanan berkerut memandang Ashraf.Â
"I nak ambik IC kejap. Kena tinggalkan masa register masuk tadi." Kata lelaki itu sambil menarik brek tangan.
"Oh..." Desis Lara. Dia tahu, memang kadang-kala pengawasan di pintu masuk utama itu diperketatkan terutama pada malam minggu. Tetapi selama Huzaimi keluar masuk di sini, belum pernah lagi lelaki itu mendaftar masuk. Lara sendiri tidak tahu mengapa, tetapi mungkin kerana kereta Mercedes-nya yang nampak seperti kereta VIP itu membuatkan Huzaimi sering lepas checkpoint di situ.Â
Sekejapan kemudian, Ashraf masuk kembali ke dalam kereta sambil dia menyelitkan dompet ke dalam poket belakang seluar jeans-nya.Â
"You IC Singapore kan?" Tanya Lara spontan. Dengan tak semena-mena Ashraf ketawa.Â
"Princess, I IC Malaysialah!"Â
Kali ini Lara pula ketawa. "Really?? I thought you're Singaporean!"Â Â
"No way! You selalu kaitkan I dengan Singapore, kan? Mentang-mentanglah ex you tu Singaporean!" Ashraf tertawa lagi. Kedengaran enjin kereta mengaum apabila dihidupkan.
"Hey, there's nothing about my ex okay... You tu tinggal dekat Singapore, kerja pun dengan Singapore Airlines! Of course-lah I ingatkan you orang Singapore." Lara menjeling Ashraf yang sedang tersengih di sebelahnya.Â
"Hehe! Okay-lah, sorry... My mom, sister dengan abang, orang Singapore. Ayah I orang Malaysia. I dengan adik I orang Johor, IC kosong satu. The number one nation!" Suara Ashraf kedengaran bangga membuatkan gelak ketawa mereka berderai.Â
"Eii, menyampahnya dengar!" Kata Lara dalam tawanya. Ashraf gelak terbahak-bahak sambil bawa kereta.
"Habis tu I yang IC empat belas ni, nation yang last sekali ke?" Sekali lagi Lara menjeling Ashraf.
"Joking-lah, princess..." Jawab Ashraf dalam senyuman dan nada yang lembut.Â
Sebaik sahaja mereka melepasi pintu gerbang UiTM, Lara memandang ke wajah Ashraf. Ada sesuatu yang perlu dia lakukan, sama seperti kebiasaan dia ke kelab malam bersama Zieta dan Khyra dahulu.
"Ash, could you excuse me for a moment?"Â
"Uhuh...?" Kening Ashraf berkerut memandang Lara sepintas lalu. Waktu itu, Ashraf lihat Lara menanggalkan kasut stiletto-nya dan meletakkan ia ke tepi.
"Oh... Bukaklah kasut kalau you nak bukak." Kata Ashraf lagi. Dia kembali menumpukan perhatian pada pemanduannya. Tetapi selepas itu...
Zippp!
Ashraf terdengar bunyi zip dibuka. Melalui ekor matanya, dia dapat melihat bayang Lara menanggalkan skirt labuh itu daripada tubuh. Mata Ashraf terbeliak dan dia memaksa pandangannya untuk terus dihalakan ke jalanraya. Hatinya berdebar.Â
"Whow, whow... Lara...? Wha.. What are you doing...?" Tanya Ashraf tergagap-gagap. Gadis di sebelahnya itu hanya diam tidak menjawab sepatah.
Dengan perasaan yang penuh hairan, Ashraf cuba menjeling sedikit. Kelihatan sepasang betis yang panjang dan tirus terserlah dalam samar-samar lampu jalan di luar apabila skirt itu terpisah dari tubuh Lara. Ashraf cepat-cepat melarikan pandangan dan jantungnya kini berdegup kuat umpama tong-tong drum yang biasa dia palu! Ashraf mengatur nafas sambil menelan liur. Adakah gadis ini sedang...
Zippp!!
Tidak sempat hatinya menyudahkan kata, kedengaran sekali lagi bunyi zip direntap. Kali ini, jaket hitam yang menyelubungi tubuh Lara pula sudah terbuka. Dalam lingkungan tempat duduk kereta yang terhad itu, kelihatan Lara perlahan-lahan cuba melepaskan jaket itu daripada tubuhnya. Ashraf yang semakin penasaran itu cuba memberanikan diri menghalakan pandangannya ke tubuh Lara dan ketika itulah dia terperasan sepasang dress pendek berwarna hitam setakat peha terlekat di badan gadis itu.Â
'Oh...!' Desis hati Ashraf. Kini barulah dia mengerti apa yang berlaku. Dia sangkakan tadi Lara... Ish! Ashraf tidak mahu memikirkan tentang itu lagi! Degupan jantungnya kini beransur reda.Â
"Ooo... Luar pakai lain, dalam pakai lain ek. Sneaky!" Ujarnya.
"Hehe!" Itu saja balasan Lara sambil dia sibuk melipat pakaian yang ditanggalnya tadi. "Mana boleh pakai seksi-seksi dalam kawasan universiti!" Balasan Lara itu membuatkan Ashraf tertawa.
"Eii, naughty!" Ejek Ashraf.
"Yeah... So what...? I graduated with 'selempang pink' last year. At end of the day, that's all matters." Lara selamba menjawab sambil membetulkan rambut. Â
"Hah?? Selempang pink?? Apa tu?" Satu kerutan terukir di dahi Ashraf bersama senyuman yang lebar.Â
"Oh... Haha! 'Selempang pink' tu untuk student yang dapat Anugerah Naib Canselor. Student yang tiap-tiap semester dapat Anugerah Dekan. Dan Anugerah Dekan ni pulak I tak sure dia ikut course atau universiti, but for my faculty it's 3.75 GPA and above. Mine is always 3.9 something."
'Perghh... Beauty with brain!' Hati Ashraf cair bercampur kagum. Dia terasa dirinya pada malam itu bagaikan sebatang lilin dan Lara pula umpama api yang mencairkan batang hatinya. Ashraf tersenyum sambil menggeleng perlahan...
Suasana di dalam kelab malam Zouk ketika mereka tiba sudah bingit. Lara menarik tangan Ashraf berjalan ke satu sudut, tempat yang biasa Korie tempah setiap kali mereka ke Zouk. Dari jauh, bayang Zieta berkepit dengan Korie sudah kelihatan. Di sekeliling Zieta terdapat beberapa orang lagi rakan yang sering berparti bersama mereka.Â
Hati Ashraf mula culas. Inilah bahagian yang paling dia tidak suka, iaitu bersemuka dengan orang-orang yang tak dikenali dan terpaksa menghadap mereka semua untuk dua atau tiga jam lagi. Dia bukannya suka bersosial seperti Lara!
"Hai...!!"
Ashraf lihat seorang perempuan datang menerkam Lara lalu kedua-duanya berpelukan sambil ketawa riang.
'Zieta.' Ujar Ashraf dalam hati dan sekejapan kemudian, lengannya ditarik Lara.
"This is Ashraf!" Kata Lara dalam suasana yang hingar-bingar itu. Ashraf hanya mengukirkan senyuman.
"Hi Ashraf! I'm Zieta!"
"Hi!" Ashraf menyambut huluran tangan Zieta.
Selepas itu, Ashraf diperkenalkan pula kepada Korie dan rakan-rakan yang lain. Korie nampak teruja bersalaman dengan Ashraf kerana mengetahui yang Ashraf adalah juruterbang SIA. Kata Zieta, Korie adalah aircraft enthusiast! Zieta membiarkan sahaja kedua-dua lelaki itu bersembang dan kemudian bergegas menarik tangan Lara pergi ke tempat yang agak jauh daripada tempat duduk mereka.Â
"Woi Ra...!" Lara terpinga-pinga memandang Zieta.
"Muka mamat tu kau kata unik?! Itu handsome 'giler' lah bodoh!" Kata-kata Zieta membuatkan mereka ketawa terbahak-bahak. Dalam keadaan muzik yang hingar-bingar itu, tiada siapapun yang peduli atau mendengar kalau mereka mengilai sekalipun.Â
"Aku tak tahulah Zie... Itu first impression aku dekat dia!" Kata Lara masih lagi dalam tawanya.
"Amboi, amboi kau...! Patutlah hari tu kau kata kau teruja semacam! Jantan handsome macam tu memanglah teruja, kan?! Gatal!" Sekali lagi mereka ketawa berdekah. Sememangnya keterujaan Lara itu bukanlah semata-mata kerana paras rupa Ashraf. Malahan, hati Lara memang sudah terpaut sebelum dia dan lelaki itu bersua lagi.
"Eh, Zie... Kau kata hari tu Korie nak tolong find out kalau-kalau Ash tu playboy?? Dia nak find out macam mana??" Kening Lara berkerut.
"Itu kau jangan bimbang... Pandailah si Korie nak 'cungkil' daripada Ashraf tu... Esok aku tanya update daripada Korie, lepas tu nanti aku bagi report dekat kau, okay?!"Â
"Amboi, siap ada update dengan report lagi..." Kata-kata Lara itu disambut dengan gelak tawa mereka sekali lagi.
Sekembali sahaja Lara dan Zieta ke tempat duduk mereka, Lara lihat Korie sedang asyik bercerita sesuatu kepada Ashraf. Lara duduk di sebelah Ashraf lalu lelaki itu segera menoleh ke arahnya sambil menghulurkan sebiji gelas yang berisi minuman.Â
"Princess, you want drinks?"Â Â
"Siapa punya ni?"Â
"Mine." Jawab Ashraf ringkas. Lalu, dia menumpukan semula perhatiannya kepada Korie.Â
Gelas bertukar tangan dan apabila minuman tersebut mencecah di permukaan bibir Lara, hidung Lara segera menangkap satu bau yang asing!
"Eh, air apa ni??" Lara tidak jadi minum. Keningnya berkerut memandang Ashraf.Â
"Coke dengan 'JD'. Diorang tuang tadi." Jawab Ashraf selamba.
"What......?" Lara terus terpempan dengan hati yang kecewa. Muzik bagaikan tenggelam saat menyedari hakikat yang satu itu.Â
"Oh, you 'minum' eh...?"Â Matanya memandang tepat ke wajah Ashraf.
"Err... Yye.. Yeah. Kenapa??" Ashraf mula kehairanan.Â
"Hmmph! Sorry, I tak 'minum'..." Jawab Lara sambil memulangkan gelas itu ke Ashraf.
"Hah...?? You tak 'minum'?? You tak minum JD ke atau you tak minum alkohol??" Pertanyaan Ashraf itu membuatkan Lara tertawa sinis.
"I tak minum alkohol." Jawabnya lantas Lara bangun menuju ke bar untuk memesan minuman buat dirinya sendiri.Â
'Tak minum alkohol??!' Getus hati Ashraf. Jawapan Lara itu bagaikan tusukan busur panah sang 'cupid' yang tepat mengenai hati Ashraf. Keningnya berkerut, tidak percaya dengan apa yang dia dengar tetapi bibirnya tersenyum girang!
"Kalau boleh, you carilah perempuan yang poise, down-to-earth, graceful, beauty with brain macam tu..."Â
"Mama kan tak nak menantu perempuan mama yang 'minum', kan ma?"
"Kalau boleh, memanglah tak nak... I takut nanti you dapat perempuan yang 'coping drinker', payah pulak."
Perbualan dia dan mamanya satu ketika dahulu terngiang-ngiang di telinga. Hati Ashraf melonjak riang. Kini jiwa dan raganya sepakat mengatakan inilah dia, gadis si pelengkap rusuk kiri...
Lara duduk sendirian di bar dan memesan segelas Coke. Dia menutup matanya rapat-rapat dalam kebingitan muzik sambil otaknya ligat memproses sesuatu.
Coke dan 'JD'. Lara tahu. Minuman itu bukannya asing buat mereka yang ke kelab malam. Malah, Lara rasa mungkin hampir 90% daripada 'club-goers' akan memesan Coke dan Jack Daniel's sebagai 'regular drinks' mereka. Â
Kening Lara berkerut mengenangkan si Ashraf. Dia betul-betul tidak menyangka yang lelaki itu sebenarnya 'peminum'. Lara tidak suka...! Dan itu adalah kepantangannya!
'Yeah, right! Kalau dia dah bela anjing, apa yang kau nak terkejut sangat kalau dia minum arak?? Bukan ke alcohol consumption tu lebih normal daripada orang Melayu bela anjing?!' Lara berbisik sendiri. Tangannya mengacau-ngacau air Coke dengan batang straw berwarna hitam. Â
"Hahh...!" Lara melepaskan satu keluhan yang panjang. Ternyata sekali lagi sudah terbukti bahawa Huzaimi adalah pilihan yang lebih baik, fikir Lara. Jika diletakkan kedua-dua lelaki ini dalam carta, kedudukan Huzaimi saat ini mencanak-canak naik meninggalkan Ashraf jauh di bawah.Â
Entahlah, bab alkohol ini sesuatu yang sangat individualistik dan pendirian Lara dalam hal ini, dia tidak akan bertoleransi. Kerana itulah walaupun dia sudah bertahun-tahun ke kelab malam, Lara tidak pernah menyentuh alkohol. Dia tahu dia banyak dosa dan selalu hanyut dalam kealpaan. Tetapi... Jika arak ini merupakan salah satu dosa yang mampu dia elak, dia akan terus mengelak. Dan sudah tentu Lara tidak mahu 'end up' dengan seseorang yang 'peminum' pula.
'Ah, kenapa pulak aku nak peningkan kepala pasal hal ni? Bukan ke sejak balik daripada Taiping hari tu aku memang dah decide untuk bersama Huz...??' Getus hati Lara. Kini, dia tekadkan hati untuk tidak memikirkan apa-apa tentang Ashraf lagi. Full stop!
Lara segera bangun dengan gelas Coke di tangan menuju ke tempat rakan-rakannya berkumpul. Dia juga hendak menari sepuas hati untuk melupakan segala benda yang bersarang di fikirannya pada ketika ini...
'Don't cha wish your girlfriend was hot like me?
Don't cha wish your girlfriend was freak like me?
Don't cha...?
Don't cha...?'
Kedengaran lagu Pussycat Dolls itu dimainkan dalam kelab tersebut. Ashraf hanya memerhatikan Lara menari daripada jauh. Ternyata gadis itu sungguh pandai menari! Lara diapit oleh Zieta dan beberapa lagi rakan perempuan yang lain tetapi mata Ashraf hanya tertumpu pada lenggok badan Lara seorang.
Sedang Ashraf leka memerhatikan Lara, tiba-tiba sahaja Lara memandang ke arahnya. Lantas kedua-duanya tersenyum dan saat itu juga Lara mengenyitkan mata pada Ashraf sambil menggigit bibirnya yang mungil. Ashraf terus tertawa. Hatinya mencair melihat keletah nakal gadis itu...
Jam sudah menunjukkan pukul dua setengah pagi. Lara dan Ashraf duduk berdua di bar manakala Zieta, Korie dan rakan-rakan yang lain masih lagi berada di tempat duduk sofa mereka tadi. Lutut Lara diapit dengan kedua-dua lutut Ashraf. Mereka kelihatan rancak bersembang dari telinga ke telinga dek kerana muzik yang kuat. Â
"Hey korang...! Are you having fun...?!" Kelihatan Zieta menerpa ke arah mereka berdua dengan matanya yang merah dan separuh terbuka. Mabuk...!
"Yeah, we're good." Balas Ashraf tersenyum nipis.
"Kau okay tak ni?" Tanya Lara pula. Â
"Eh...! Aku okay, babe...!" Zieta menunjukkan isyarat ibu jarinya pada Lara. Â
"Jomlah lepak sama-sama dekat sana...!"
"Takpe babe. Bagi aku sembang dengan Ash dulu dekat sini... Nanti kitorang join korang, okay?"Â Kata Lara. Dia kurang pasti sama ada Zieta hanya setakat mabuk atau gadis itu ada ambil 'bijik'.Â
"Okay, okay... Cool! Eh, bagi aku rokok sebatang, Ra!"
Lantas, Lara membuka tas tangannya dan mengeluarkan sebatang rokok untuk Zieta. Wajah Ashraf berubah seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dia lihat!
Sebaik sahaja Zieta beredar, Lara mengambil sebatang lagi rokok, lalu diletakkan di bibir. Tangannya mengunjukkan kotak rokok itu ke arah Ashraf, tetapi Ashraf hanya senyum sambil menggelengkan kepala.Â
"I tak smoke."
"Really?!" Lara membulatkan matanya memandang Ashraf.Â
"I'm... Social smoker. But very seldom. And I don't feel like smoking tonight." Jawab Ashraf lagi bersama senyumannya.
"Oh...! Okay." Lara mengangkat bahu. Dia menghidupkan lighter sambil mencucuh rokok yang terkepit kemas di bibirnya yang mungil. 'Arak minum, rokok tak hisap pulak. Such a... Hmm!' Bisik Lara sendirian. Dia ingin mengutuk si Ashraf dalam hati, tetapi tiada ayat yang keluar. Â
Lara menghembuskan asap rokok membelakangi Ashraf dan apabila dia memandang ke depan semula, mata Ashraf begitu asyik merenung wajahnya. Lara hanya tersenyum kecil.
"I tak tahu pulak you merokok."
"Oh, yeah..." Desis Lara lantas menyambung, "Tapi malam ni you dah tahulah, kan?" Jawab Lara sambil menghembus lagi asap rokok. Ashraf tertawa kecil.
"Erm... Actually... I tak berapa suka sangat kalau perempuan merokok." Ashraf berkata dalam senyumannya.Â
"Oh...!" Lara tersenyum sinis lantas sengaja dia hembuskan sedikit asap rokok ke muka Ashraf menyebabkan lelaki itu tersentak dan ketawa. Walaupun tindakan Lara itu nampak biadab, tetapi dalam pada masa yang sama Ashraf rasa ia sangat nakal dan menggoda! Ashraf tidak tahu mengapa keletah Lara malam ini sering menggoncang imannya yang senipis kulit bawang.
"Kalau you tak suka perempuan smoker, I pulak tak suka lelaki drinker." Ujar Lara sambil mengangkat sebelah keningnya.
"Aha...?" Kening Ashraf terangkat.
"Aha..." Balas Lara sambil menganggukkan kepala.Â
Ashraf tersenyum dan menundukkan kepala. Patutlah dia lihat wajah Lara semacam sahaja ketika dia memberi gadis itu air Coke bercampur JD tadi.
"Kita tak dance sama-sama pun malam ni kan?" Lara mengubah topik.
"Yups... I leka tengok you menari je tadi. Kalau you nak dance sekarang, jomlah." Kata Ashraf. Waktu itu, DJ sudah mula memainkan lagu-lagu romantik R&B lantaran kelab itu akan ditutup tepat pada pukul tiga pagi. Kurang dua puluh minit daripada sekarang.
"Kejap, bagi I habiskan rokok I dulu." Mendengarkan kata-kata Lara itu, Ashraf mengherotkan mulutnya dan tarik muka bosan. Dia hanya memerhatikan Lara menghisap batang rokok yang semakin memendek.Â
Tiba-tiba, kedengaran DJ memasang lagu kegemaran Lara. Lara memandang Ashraf dengan wajah yang teruja dan mulut yang dingangakan seolah-olah terperanjat.
"My favourite song!" Getus Lara lalu membuatkan Ashraf tertawa.
Dengan senyuman yang manis, Ashraf menghulurkan tangan kepada Lara sebagai isyarat ingin membawa gadis itu ke dance floor. Lara cepat-cepat menonyoh puntung rokok yang belum sempat dia habiskan ke dalam tempat abu rokok. Tangan kasar Ashraf disambut lantas mereka berdua meluru ke dance floor.
'Baby, if you give it to me, I'll give it to you,Â
I know what you want, you know I got it
Baby, if you give it to me, I'll give it to you,
As long as you want....'
Lara mula menggerakkan badannya perlahan-lahan mengikut irama lagu 'I Know What You Want' itu dan Ashraf pula mengikut rentak tarian Lara. Saat itu, kedengaran Zieta, Korie dan rakan-rakan yang lain bersorak lantas membuatkan Lara dan Ashraf tertawa.
Lara dan Ashraf menari berenggangan tetapi berpegangan tangan. Sekali-sekala, mata Lara bertembung dengan pandangan mata Ashraf yang merenungnya dalam senyuman.Â
Sedang mereka asyik menari, Ashraf perlahan-lahan menarik Lara rapat ke dada. Darah Lara berderau dan dia serta-merta teringatkan Huzaimi. 'Oh, shit...' Tubuh Lara terkaku dan tariannya terhenti. Terasa seperti hendak melepaskan diri daripada Ashraf tetapi otak Lara membeku, tidak mampu bertindak.Â
Tiba-tiba, Lara terasa pula tapak tangan Ashraf mengerlus lembut di belakang badannya. "Syhh..." Bisik Ashraf seolah-olah ingin menenangkan Lara dek kerana tariannya yang kaku.
Dalam debaran, Lara perlahan-lahan mendakap tubuh sasa Ashraf. Bau wangian Azzaro Chrome yang bercampur dengan keringat lelaki itu menusuk hidung, membuatkan perasaannya semakin bergelora. Lantas, tubuh Lara kembali bergerak mengikut irama lagu.
"Yes you know I'll die for you, and you know I'll ride with you... I will always try with you and give you my love and cry with you..." Terdengar Ashraf menyanyi kecil sambil membisikkan lirik lagu tersebut.
Hati Lara cair! Lantas tubuh Ashraf dipeluk seerat-eratnya dengan mata yang terpejam. Perasaannya hanyut bersama Ashraf...
"Ash..."
"Hmm...?" Bibir Ashraf melekap di sebelah telinga Lara dan begitu juga sebaliknya.
Lara telan liur. Lidahnya beku tidak mampu meneruskan kata-kata. Lantas dia hanya tertawa kecil dengan wajah yang kemerahan tanpa diketahui Ashraf.
"Yes, princess...?" Suara Ashraf lembut, berbaur romantik.
Lara senyum tersipu-sipu malu sehinggakan pipinya terasa kebas!
"Hei...?" Nada suara Ashraf seperti sedang tersenyum.
"Nothing, Zildan..." Ujar Lara lalu merebahkan kepalanya di bahu Ashraf.
Ashraf tertawa kecil. Dia suka dengan cara Lara memanggilnya 'Zildan'. Mereka sekali lagi mempereratkan pelukan dan terus menari sehingga lagu tamat...
Agak-agaknya, apalah yg Lara nak ucapkan masa dia dlm pelukan Ashraf tu kan.. ;)
Share this novel