SEPETANG di Biltmore Hotel, Los Angeles, tempat penginapan kru-kru Singapore Airlines...
Alunan irama piano yang dimainkan secara langsung di dalam sebuah restoran kedengaran sungguh indah dan mendamaikan. Suasana di Rendezvous Court Cafe dalam hotel mewah tersebut terasa sangat tenang. Rata-rata, para tetamu di situ sedang menikmati minum petang dalam suasana yang elegan. Reka bentuk dalaman yang bertemakan seni bina Moorish Revival itu kelihatan sangat mewah dengan lukisan-lukisan fresko yang tertera di siling dan di dinding marmar bersama tiang-tiang roman yang berukir indah. Lampu-lampu candelier Itali juga menghiasi segenap ruang di siling memberikan efek mood romantis barat. Pendek kata, reka bentuk dalaman hotel itu umpama seni bina istana Eropah abad ke-19 yang mampu membuatkan pengunjung merasai seolah-olah berada di dalam istana pada zaman tersebut.
"A cold Golden Road 329 Lager for you, sir."
"Yes, thank you."
Ashraf membiarkan sahaja pelayan restoran itu meletakkan gelas yang berisi air bir di atas meja.Â
"Do you care for a local newspaper, sir?" Tanya pelayan itu dalam tutur bahasa yang sopan sekali sambil mengunjukkan senaskah suratkhabar kepada Ashraf.
"Oh, sure. Thanks."
"You're welcome, sir."
Selepas suratkhabar 'Los Angeles Times' itu bertukar tangan, pelayan lelaki tadi terus berlalu pergi.
Ashraf meletakkan suratkhabar itu di hadapannya. Kemudian, dia menyambung makan bersendirian di sudut yang agak terpencil itu. Sebaik sahaja dia terbangun daripada tidur selepas dua puluh satu jam penerbangannya semalam, perut Ashraf rancak berkeroncong minta diisi. Lantas, dia terus sahaja mandi dan turun ke restoran tersebut untuk menikmati bufet minum petang secara percuma buat kru-kru Singapore Airlines. Itulah salah satu kelebihan bagi mereka yang bekerja sebagai kru penerbangan.
Tangan Ashraf memotong salmon bagel yang kedua di dalam pinggannya. Bagel yang pertama telah habis dia makan. Lapar sungguh rasanya setelah terjaga daripada tidur yang panjang. Sambil mengunyah, Ashraf menatap telefon bimbit. Terdapat beberapa SMS yang tertera belum dibaca, tetapi jari Ashraf membuka SMS daripada Lara terlebih dahulu...
'Hai Ash... Sorry, lambat balas SMS you. Baru habis study since petang tadi. Oh, you masuk kerja petang ye? Okay, you take care too!' - Beautiful specimen
Ya, dia menyimpan nama Lara di dalam telefon bimbitnya sebagai 'Beautiful specimen'. Ashraf rasa, gadis itu telah membuat dia jadi lebih jiwang daripada Danny sekarang!
Kelihatan waktu yang tertera semasa SMS itu dihantar ialah pukul sepuluh malam waktu Malaysia. Ketika Ashraf sedang terbang tinggi di awan semalam!
Bibirnya mula menguntumkan senyum. Kalau turutkan hati, ingin saja dia membalas mesej tersebut tetapi Ashraf risau kalau-kalau balasan SMS-nya nanti akan membuatkan Lara dikenakan caj sebanyak RM0.50 untuk penerimaan SMS antarabangsa kerana itulah yang bekas teman wanitanya, Irene selalu bebelkan dahulu. Ashraf tidak pasti sama ada rangkaian TimeCel yang digunakan Lara itu juga akan mengenakan caj yang sama oleh itu, dia tidak mahu ambil risiko. Â
Ashraf menghabiskan saki-baki salmon bagel-nya sebelum beralih ke Royal Biltmore Cranberry Scone yang diambilnya tadi. Tangannya membuka pembalut Devonshire Cream yang sangat dia gemari lantas melepakan krim tersebut di atas skon.Â
Ketika menggigit skon yang enak itu, kening Ashraf berkerut. Dia dapati saiz skon itu semakin lama semakin kecil jika dibandingkan dengan setahun yang lalu. Kini, hanya dengan dua kali gigitan sahaja skon tersebut telah habis dimakan Ashraf. Menyesal pula dia tidak mengambil lebih tadi. Skon kranberi bersama krim Devonshire itu memang merupakan makanan yang akan dia cari setiap kali menginap di Biltmore Hotel tersebut. Â
Mata Ashraf masih lagi membelek telefon sambil sebelah tangannya mencapai gelas yang berisi air bir tadi lalu disuakan ke mulutnya...
Slurp...Â
Ashraf mengulum sebentar air itu untuk menikmatinya beberapa saat. Selepas itu, kelihatan buah halkum di batang lehernya yang jinjang menelan air terlarang itu masuk ke dalam tubuh...Â
Ashraf terasa puas. Bir keluaran Amerika Syarikat itu memang tidak ada dijual di Singapura apatah lagi di Malaysia. Jadi, itu juga adalah salah satu kesempatan yang selalu Ashraf gunakan setiap kali penerbangannya ke negara barat tersebut. Sedangkan, Ashraf sendiri sebenarnya tidak berapa menggemari bir berbanding wain dan whiski.
Ashraf membuka satu lagi SMS di telefon bimbit seraya membacanya...Â
'Dik, you're in L.A right? Please buy me a Diane Von Furstenberg wrap top. At The Grove store, sana tengah sale. I want Sophia Knit Wrap Top in green USD299, just forwarded their e-newsletter to your email a moment ago - have a look at it. Jangan salah beli. I'll pay you later.' - Sofie
Kelihatan waktu yang tertera juga sekitar waktu SMS Lara tadi. Mulut Ashraf mengherot. Jarinya mula menaip sesuatu dengan pantas...
'Diane what...??! Why don't you buy it from Europe stores? Lagi murah kot coz European brand. Papa in Brussels now fyi.'
Mesej dihantar.
"Huh." Keluhnya sendirian. Kalau turutkan hati, dia memang malas hendak merayau apatah lagi untuk keluar ber-shopping! Barang perempuan pula tu! Beberapa minit kemudian, satu SMS masuk ke dalam telefon bimbitnya.
'Nope! Sounds like European but it's actually US. Oh, btw mama kirim scarf... She said thanks!' - Sofie
'Mama?! Aduh...' Keluh Ashraf dalam hati.
Kalau ma'am besar itu sudah mengirim, mahu tak mahu Ashraf kena pergi juga! Bukan kerana takut dimarahi, tetapi Ashraf selalu tidak sampai hati untuk menghampakan setiap permintaan ibunya... Walau bagaimana susah sekalipun, Ashraf tidak pernah menolak kehendak ibunya selama ini.
Ashraf mengerling ke arah jam tangannya. Dia hairan, bagaimana pula mamanya itu tiba-tiba boleh berkomunikasi dengan pantas sekali dengan Sofie??Â
Kelihatan jam Tag Heuer itu menunjukkan pukul 8.00 pagi waktu Malaysia dan Singapura. Mungkin mereka berdua sedang sarapan pagi bersama-sama, fikir Ashraf.Â
'Ah, esok jelah. Hari ni penatlah!' Bisik hatinya sambil menyimpan telefon tersebut ke dalam poket. Ashraf terus menggapai suratkhabar 'Los Angeles Times' di hadapannya...Â
"Hai, Ash!"
Kedengaran satu suara perempuan yang ceria menegur Ashraf menyebabkan Ashraf serta-merta tarik muka. 'Urgh! No!' Ashraf mengeluh kuat dalam hati. Rasa rimas mula meresapi dirinya.
"Hai. Natasha Ahmad." Balas Ashraf dengan nada yang serius tanpa memandang. Dia cepat-cepat menyelak suratkhabar di tangan.
"Ala, you ni Ash! Tak sudah-sudah panggil I dengan nama penuh!" Gadis itu menjeling bersama senyuman yang manja.
"Well, please do the same as well. Or at least, called me Ashraf."
Gadis bernama Natasha itu hanya tertawa kecil. Dia terasa kata-kata lelaki di hadapannya itu agak berbaur sinikal tetapi Natasha sengaja buat-buat tak faham.
"Do you mind if–"
"Oh yes, I do." Potong Ashraf. Natasha yang ingin menarik kerusi di hadapan Ashraf segera membeku.Â
Mereka saling berpandangan buat seketika. Dalam pada Natasha mengagumi raut wajah yang tampan itu, air mukanya mengeruh.
"Sorry?" Dahi gadis itu berkerut seolah-olah tidak mengerti.
"Well, if you're going to occupy that seat in front of me, actually yes – I do mind. I'm quite busy now and thank you for your understanding." Ashraf berkata dengan selamba lantas menatap kembali suratkhabar di tangannya.
Telinga Natasha terasa dihiris dan hatinya mula berbahang panas.
"But I don't see you're doing anything!"
"Huh?" Mata Ashraf mengecil dan keningnya mencerun. "Oh, you tak nampak I tengah membaca?" Sambung Ashraf dengan nada yang lembut tetapi tajam dengan sindiran.
"You ni teruk betullah, Ashraf!"
"Teruk? Then how about you? You can't even accommodate to my simple request." Nada suara Ashraf tenang dan bersahaja. Dia lihat wajah Natasha semakin mencuka.
Ashraf sebenarnya sudah rimas dengan sikap gadis itu yang semakin berlebih-lebihan. Itulah sesuatu yang tidak berapa berkenan di mata Ashraf. Kemesraan yang ditunjukkan oleh pramugari itu sewaktu mereka mula-mula bekerja dalam satu kumpulan, rupa-rupanya bukanlah sekadar niat teman biasa. Dan kini, setiap kali Ashraf lihat nama 'Natasha Ahmad' muncul dalam jadual penerbangannya, mood-nya akan sedikit terganggu dan jika nama itu tiada dalam kumpulannya, dia akan berasa sangat lega!
"Why can't you treat me better?"
Suara Natasha kedengaran serius membuatkan Ashraf tertawa kecil.
"I've been treating my colleagues good and I don't see why I need to treat you better. I treat everyone equally."Â Ashraf selamba menjawab.
"But I've been trying to be nice to you!"
"Yes. But I don't need extra treatment from you, sorry."
Tidak mahu perbualan itu semakin berlanjutan, Ashraf terus bangun dan meletakkan suratkhabar di atas meja. "Please excuse me." Kata Ashraf sambil berlalu. Dia ingin pulang ke biliknya saja walaupun air birnya tadi masih belum luak.
Natasha memandang Ashraf dengan hujung matanya bersama raut wajah yang kelat. Rasa amarah dalam hatinya membara-bara. Dia akui, juruterbang yang seorang ini memang liat untuk ditundukkan.
"Tasha... Tasha..."Â
Entah bagaimana, sebaik sahaja Ashraf beredar sebentar tadi datang pula tiga orang rakan sekerja Natasha dengan senyuman mengejek. Mereka semua seolah-olah mentertawakan Natasha yang terlalu obses dengan si Ashraf Zildan. Natasha tarik muka masam dan menjeling tajam.Â
"Sudah-sudahlah tu, Tasha... Kau 'ayat' jelah orang lain. Dah berbulan-bulan kau 'pancing' si poyo tu. Dia memang tak layan sesiapa... Kau move on ajelah!" Serentak itu, ketiga-tiga gadis pramugari itu tertawa sesama sendiri. Natasha merengus kuat sambil melabuhkan punggungnya di kerusi. Mukanya ketat.Â
"Kadang-kadang aku terfikir, dia tu gay ke huh?" Seorang gadis berambut perang meletakkan pinggannya yang berisi makanan ke atas meja lalu duduk menyertai Natasha. Ini diikuti dengan dua gadis yang lain. Mereka semua duduk menghadap Natasha sambil mula makan bersama. Â
"Kau 'tackle' abang dia ajelah!" Sampuk gadis yang berlesung pipit di pipi. Di sarung telefon bimbitnya, tertera nama 'Debbie' bersama hiasan manik-manik yang comel. Â
"Kalau abang dia pun kau tak dapat, kau mengorat pulak ayah dia!" Kata gadis yang ketiga pula. Serentak itu, mereka semua tergelak besar kecuali Natasha!
"Korang perli aku, ye?" Muka Natasha bengang. Dia sekali lagi menjeling tajam.Â
"Bukan perli. Nasihat aje." Kata Debbie sambil mengunyah. Â
Natasha tersenyum sinis sambil menarik gelas yang ditinggalkan Ashraf. Jari telunjuknya dimain-mainkan pada permukaan gelas yang basah akibat pemeluwapan suhu sejuk air tersebut. Â
"Selagi tak ada confirmation yang mengatakan si Ashraf tu gay..." Kata-kata Natasha terhenti di situ. Jari telunjuknya masih menari-nari pada permukaan gelas. Dalam fikirannya, dia sedang membayangkan seolah-olah jarinya itu ditarikan pada dada bidang Ashraf.
"Selagi itulah, aku takkan mengalah." Sambung Natasha. Lantas dia mengambil gelas tersebut dan menghirup air bir itu betul-betul pada bekas bibir Ashraf tadi. Perasaan tekad di hatinya tumbuh menjalar semakin utuh...Â
Ya, dia menyimpan nama Lara di dalam telefon bimbitnya sebagai 'Beautiful specimen'. Ashraf rasa, gadis itu telah membuat dia jadi lebih jiwang daripada Danny sekarang!
Share this novel