Mata Lara mengecil apabila cahaya matahari makin menyilau. Sambil dia memandu, fikirannya melayang mengenangkan situasi yang melanda keluarganya ketika ini.
Dhafi sudah dua minggu terputus hubungan dengan mereka, atau lebih tepat lagi dengan ibunya. Waktu mula-mula dia berpindah ke Pulau Pinang, setiap malam Dhafi akan menghantar SMS kepada Zuraidah. Tetapi selepas itu kekerapan tersebut semakin berkurangan dan kini, Dhafi telah menyepikan diri untuk satu tempoh yang paling panjang.
Bukan setakat itu sahaja, nombor telefon bimbit Dhafi juga sudah tidak aktif manakala Rizman dan Kesuma juga tidak menjawab panggilan. Oleh kerana itu, Zuraidah mendesak Lara untuk menemaninya menjejaki Dhafi di Pulau Pinang.
Sepanjang perjalanan, fikiran Lara celaru dan hatinya sungguh berat. Setiap kali permasalahan keluarganya melanda dia berasa seolah-olah depresi. Terasa seperti tidak mahu lagi menatap apa yang ada di muka bumi ini. Dia rasa dia ingin bawa diri ke planet Marikh, sinaran merah di langit malam seperti yang dia lihat bersama Ashraf di Genting Sempah.
Kadang dia terfikir, kenapa dia berada dalam keluarga seperti ini? Kenapa hidupnya begitu sukar? Kenapa ayahnya tidak mahu berdamai dan hidup aman? Tidak penatkah? Tidak cukupkah duka-duka yang lepas? Kenapa memilih untuk bersengketa?
Lara yakin masih ada lagi sisa bahagia sekiranya kedua-dua orang tuanya sepakat untuk berdamai. Tetapi apa yang berlaku sekarang, badai demi badai seperti tidak berkesudahan. Sebelas tahun umur Lara ketika perang dunia ketiga terletus antara ibu dan ayahnya. Kini dia sudah menginjak 23 tahun. Dua belas tahun hidup dalam tekanan perasaan, Lara sudah penat! Dia mengeluh perlahan...
"Bu... Kita dah sampai sekolah Dhafi."
Setelah berjam-jam perjalanan, akhirnya suara lembut Lara kedengaran membangunkan Zuraidah daripada lena. Kelihatan Zuraidah terpisat-pisat menyeka mata dan selepas itu, mereka terus keluar daripada kereta dan berjalan masuk ke bangunan sekolah...
*Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â Â *
Ashraf berjalan keluar daripada pejabat penerbangan selepas habis taklimat rutin. Dia mengheret beg bagasinya yang bakal dimasukkan ke dalam kargo. Tiba-tiba, bayang Kapten Idris muncul di balik tembok dinding.
"Eh, hai uncle!"
"Hei, Ash! Ada flight ke?" Mereka bersalaman.
"Yups, LAX." Jawab Ashraf. LAX adalah kod destinasi untuk Los Angeles International Airport.
"You have a minute?" Soal Ashraf.
"Yes, more than that. I have 20 minutes before briefing." Hati Kapten Idris seakan dapat mengagak sesuatu.
"Thanks. Well, umm... Mama gave me Noree's number last week but... Umm... I just wanna be upfront with you about it."
"Aha..."
"I'm so sorry, I won't take it any further."
Kapten Idris terus tertawa kecil sambil tunduk dan mengangguk. Dia sudah mengagak!
"You don't even want to give it a shot?" Mata Kapten Idris menangkap wajah Ashraf yang mula tersenyum.
"Well... I'm sorry, no... Because if I do, the chances would be 50-50 and I don't want to jeopardize our good working relationship." Kata-kata Ashraf itu menyebabkan dahi Kapten Idris berkerut.
"Maksud you?"
"Well, kalau perhubungan Noree dengan I ni macam bawak kapal terbang, I'm sure I would give it a chance because I know it will work. I have manual, instruments and everything I could control and bring it to success. I can assure you that Noree and I will end up together and I'll be the best menantu you ever had. But sadly, that isn't how life works right? I takut kalau kami putus di tengah jalan, nanti ada rasa tak best antara kita. And flying with you after that will be somewhat daunting. I don't want that." Suara Ashraf jelas dan tegas. Dia rasa dia telah memberikan alasan yang paling munasabah dan jalan keluar yang terbaik buat dirinya.
Kapten Idris tersenyum dan mengangguk. Berhadapan dengan anak jantan yang mempunyai pendirian teguh, inilah cabarannya. Lelaki seperti ini tidak suka hidupnya diatur. Dan Ashraf Zildan yang dia kenal memang seperti ini, tegas dan straight to the point. He takes charge 110% of his life!
"I'm so sorry again uncle, but I'm sure I can have the decision in my hands, right?"Â
Kapten Idris tertawa!
"Of course, Ashraf. You're the man. No one takes control of your life and I respect your decision. I anggap sajalah tak ada jodoh..."
Ashraf senyum dan mengangguk.
"Thanks, uncle..."
*Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *Â Â Â Â Â *
Lara memberhentikan kereta Kancil berwarna maroon itu di hadapan sebuah rumah banglo yang sangat besar. Di pintu pagar masuknya siap ada pondok pengawal dan seorang pengawal keselamatan. Lara seolah-olah terpempan...
Sewaktu mereka di sekolah Dhafi sebentar tadi, pejabat sekolah mengatakan yang Dhafi telah pun berpindah sekolah dan mereka tidak dapat menjejaknya kerana Dhafi ditukarkan ke sekolah swasta. Maka pihak sekolah tidak ada rekod untuk itu.
Setelah itu, Lara dan Zuraidah bergegas ke rumah kediaman Rizman yang terletak di Raja Uda tetapi jiran sebelah mengatakan yang mereka telah berpindah. Mujurlah setelah Lara mengatakan yang dia adalah anak Rizman, jiran tersebut terus memberi alamat rumah terbaru ayahnya.
"Ayah kerja apa sekarang, bu? Kaya betul dia sekarang." Wajah Lara terlopong melihat kawasan rumah banglo di hadapannya. Oleh kerana kawasan terlalu besar, hanya bumbung rumah sahaja yang samar-samar kelihatan nun jauh di balik tembok bersama pohon-pohon yang rendang.
"Entah, mana ibu tahu." Balas Zuraidah.Â
Patutlah si Kesuma bukan main menghina rumah kuarters mereka. Rupanya dia tinggal di rumah yang tidak pernah terbayang dek Lara sebelum ini. Rumah di Raja Uda tadi semi D, betapa seronoknya dapat beralih ke rumah kayangan seperti ini, fikir Lara.
Waktu itu, pengawal keselamatan sudah mula terjenguk-jenguk mereka berdua di dalam kereta. Lara segera keluar, dan apabila dia menunjukkan kad pengenalannya yang tertulis nama ayahnya, pengawal itu terus membenarkan mereka masuk. Pintu pagar yang diperbuat daripada kayu jati itu terbuka. Lara segera mengemudi keretanya masuk ke dalam kawasan rumah...
Loceng rumah dibunyikan berkali-kali tetapi tiada siapa yang menjawab. Tiba-tiba, pengawal keselamatan tadi menghampiri Lara dan menyuruh Lara dan Zuraidah segera beredar!
"Kenapa pulak? Saya anak dia! Saya nak jumpa adik saya!" Ujar Lara. Saat ini Zuraidah mula keluar daripada kereta dan menghampiri mereka berdua.
"Itu saya tak taw, cik. Saya cuma terima arahan saja. Jadi saya harap cik boleh segera beredar sekarang." Kata lelaki separuh abad itu dalam loghat utara.
"Encik, saya ni mak kepada budak lelaki yang tinggal di sini. Saya harap encik faham yang saya nak berjumpa dengan anak saya saja, orang lain dalam rumah ni saya tak kisah-"
"Puan, saya bekerja mengikut arahan ja puan-"
"Arahan daripada siapa?! Ha?! Arahan daripada ayah saya?? Ke perempuan jahanam tu??"
"Sesiapa sajalah cik, yang tinggal dekat rumah ni. Cik tolong beredar, cik. Saya tak nak guna kekerasan, nanti lain cerita."
Amarah Lara meletus apabila dia mendengar ugutan tersebut.
"Kekerasan apa?! Saya nak jumpa adik saya je! Ini mak dia!"
"Saya cuma jalankan arahan saja cik!"
"Ye, arahan daripada perempuan sial dekat dalam ni kan?! HEI, PEREMPUAN SIAL!! KELUAR KAU SEKARANG!"
Lara naik hantu. Dia menendang gril besi yang menutupi pintu gelangsar kaca dan waktu itu juga Zuraidah dan pengawal keselamatan itu cepat-cepat menarik Lara.
"Lepaskanlah! Lepaskan!!"
"Akak! Janganlah macam ni, akak!" Kata Zuraidah dalam tangisnya.
"Hoi, perempuan sial!! Keluarlah!! Kau suruh guard kau gunakan kekerasan ye?!! Dasar menumpang tak sedar diri!! Kau jangan ingat kau boleh sorok Dhafi daripada kami!!"
Tiba-tiba, langsir di pintu gelangsar itu diselak daripada dalam. Bayang Kesuma terpacul dan dia merenggangkan sedikit pintu gelangsar tersebut.
"Apa datang rumah orang buat kecoh-kecoh ni?! Tak malu ke?! Takde adab!"
"Hei, ini rumah ayah akulah!! Kau jangan ingat besar sangat diri kau tu! Kau tu menumpang harta dia je!! Dasar perampas!!"
"Siapa perampas?!! Aku bercinta dulu dengan duda, bukan dengan laki orang!!"
"Kau tahu masa tu ayah aku nak rujuk dengan mak aku, kan?!! Kau yang rampas kebahagiaan kitorang! Kau buat fitnah dekat mak aku macam-macam sampai ayah aku jadi benci!! Sebab itu aku benci kau, perempuan sial! Aku tak kisah kalau ayah aku kahwin dengan orang lain tapi aku tak suka dia kahwin dengan perempuan jahat macam kau! Aku doakan satu hari nanti ayah aku belasah kau macam mak aku kena dulu!!" "
"Akak! Sudahlah! Ini rumah diorang, kak! Jom kita balik!!"Â
Waktu itu juga, pengawal keselamatan tadi menyuakan telefon bimbitnya ke Lara.
"Cik, cik! Nah! Ini tuan nak bercakap dengan cik...!" Tegasnya.
Lara merentap telefon tersebut dan sebaik saja dia menyebut 'ayah', kedengaran suara Rizman membentak keras.
"Keluar daripada situ, Lara! Jangan sampai ayah sue you, melarat hidup you nanti! I dah pernah heret you ke mahkamah sebelum ni, jangan ingat I won't dare to do it for the second time! You're not welcome to my house! GET OUT OR I'LL CALL THE POLICE!"
Lara telan liur. Dia pejam mata rapat-rapat sambil air matanya mengalir deras.
"Mana Dhafi...??" Bibir Lara terketar-ketar menahan sebak dan amarah yang menggila. "Kenapa ayah sorokkan Dhafi daripada ibu?! Kenapa ayah sorokkan Dhafi daripada kami...?!" Lara terus menangis.
"Keluar daripada kawasan rumah tu dulu baru boleh cakap tentang Dhafi! Kalau you buat kecoh-kecoh lagi, ayah buat report polis dan ayah saman!"Â
"Kenapa ayah buat macam ni?! Apa masalah ayah dengan kami?!"
Pertanyaan itu tergantung kerana talian telah diputuskan. Hati Lara makin geram! Lantas dia memulangkan telefon pengawal keselamatan di hadapannya.
"Dah lah, akak... Takpe, jom kita pergi... Takpe, biarkan diorang..." Zuraidah turut sama menangis.
Lara perlahan-lahan berjalan masuk ke dalam kereta. Dia lihat ibunya berkata sesuatu kepada pengawal keselamatan tersebut. Cara percakapannya agak tegang. Lara hanya tersandar di tempat duduk dengan air mata yang masih mengalir. Terasa dunia ini seolah-olah menelannya hidup-hidup.
Tiba-tiba kedengaran bunyi telefon bimbit berbunyi. Nama Huzaimi muncul di skrin.
"Sayang!" Ujar Lara dalam tangisan.
"Eh?? You menangis ke ni?"
"Ye..."
"Laa, kenapa??"
"I kena halau daripada rumah ayah...!"
"Halau?? Halau macam mana? Kenapa dia halau pulak?"
Lara menceritakan secara ringkas apa yang berlaku tetapi Huzaimi hanya terdiam.
"Eh... I tak fahamlah dengan you all ni."
Kini, kata-kata Huzaimi pula masuk tepat menusuk ke hati tetapi Lara tidak menyalahkan Huzaimi kerana dia sendiri pun tidak faham dengan keluarga sendiri!
"Takpelah, you settle dulu hal you, malam karang you cerita pada I, ye? I call ni sebenarnya ada hal nak cakap sekejap sebelum masuk meeting. Tapi takpelah, malam nanti I call balik okay? Dah, jangan nangis-nangis... I know you're a strong girl, okay dear..."
"Okay, sayang..."
"Take care, I love you."
Lantas talian segera dimatikan. Saat itu juga, Zuraidah masuk ke tempat duduk pemandu dan menghidupkan enjin kereta.
"Takpelah, kak... Jomlah kita balik. Sampai bila diorang nak pisahkan mak dengan anak... Takpelah. Nanti ibu cuba usahakan macam mana nak jejak Dhafi."
Lara kesat air mata. Dia termenung dan perasaannya berkecamuk memikirkan kata-kata ayahnya sebentar tadi.
"Jangan sampai ayah sue you, melarat hidup you nanti! I dah pernah heret you ke mahkamah sebelum ni, jangan ingat I won't dare to do it for the second time! Get out or I'll call the police!"
Lara pejam mata.
'Ya Allah... Dialah ayah yang sepatutnya menjadi tempat aku tumpang berlindung... Tapi kenapa sampai jadi macam ni, ya Allah... Tolonglah kasihankan aku, ya Allah...' Titisan jernih itu terus mengalir deras.
Kereta Kancil itu terus meluru keluar meninggalkan perkarangan rumah banglo yang gah itu...
"Bu... Kenapa ibu dengan ayah berkahwin dulu?"
Pertanyaan Lara itu memecah kesunyian mereka di sepanjang perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.
"Cinta." Jawab Zuraidah pendek.
Kening Lara berkerut memandang ibunya.
"Kalau atas dasar cinta, kenapa jadi macam ni? Sorry to say, tapi pada akak, ibu dengan ayah ni nampak macam kahwin paksa."
Zuraidah hanya tersenyum pahit. Segala kenangan lalu mula terimbas di fikiran.
"Entahlah, ibu pun tak sangka boleh jadi macam ni... Tapi betullah kata orang, restu mak ayah tu penting dan perkahwinan kami ni dari awal lagi memang tak direstui. Sebab itulah jadi macam ni."
Hati Lara terusik. Dia teringatkan Huzaimi dan dia tahu ibunya merestui perhubungan mereka.
"Tapi mungkin silap ibu jugak. Ibu dah nampak semua kekurangan ayah waktu kami bercinta dulu... Tapi ibu abaikan. Ibu ingatkan satu hari nanti dia akan berubah. Tapi tengoklah, apa jadi sekarang..."
Hati Lara bagaikan dijerut. Kali ini dia teringatkan Ashraf pula! Dilema yang sama dia hadapi tentang Ashraf Zildan. Lara telan liur.
"Sampai sekarang tak habis-habis lagi dengan perangai baran dia tu... Dia pernah tampar ibu dua minggu selepas kami bertunang dulu... Itu pun ibu biarkan. Memang silap ibu dari awal lagi."
"Itu ibu kata cinta??" Lara sengaja menduga.
"Mana ada manusia yang perfect, akak... Jadi, ibu bagi kepercayaan ibu pada ayah untuk dia berubah. Lagipun, memanglah ayah tu baran, tapi ibu tahu dia cintakan ibu. Betul-betul cinta."
"Macam mana ibu tahu betul-betul cinta? Apa yang membuatkan ibu rasa itu adalah cinta?" Potong Lara. Wajah ibunya yang sedang memandu ditatap dan kelihatan wanita itu tersenyum.
"Sebab atas dasar cinta, ayah sendiri yang rela dermakan hati dia buat ibu... Ibu dulukan ada sirosis. Waktu tu kami belum bertunang pun. So, cintalah tu. Cinta mati sampai sanggup bergadai nyawa."
Mata Lara membulat. Dia tahu ibunya pernah menghidap penyakit sirosis biliari primer yang disebabkan oleh tiroiditis. Tetapi Lara tidak pernah tahu pun tentang pemindahan hati tersebut!
Lama Lara memandang ibunya. Kini dia berasa kagum pula dengan keutuhan cinta ayah terhadap ibu dahulu. Sudahlah ditentang oleh keluarga ayah. Ya, Lara tahu nenek tidak sukakan ibunya kerana wanita Pakistan itu mahukan menantu yang 'lawa' seperti dirinya. Yang ada ciri-ciri kulit putih dan hidung mancung walaupun neneknya sendiri berkahwin dengan jejaka Melayu jati. Zuraidah yang berkulit sawo matang sering dikata 'si hitam legam'.
Begitu juga dengan Lara. Dia telah puas mendapat layanan 'kelas kedua' semasa kecil dahulu setiap kali pulang beraya di kampung ayah. Tetapi kecantikan semulajadi neneknya yang bermata hijau dan berambut perang auburn itu memang diakui. Dalam ramai-ramai cucu, Laralah yang mewarisi kejelitaan paras rupa neneknya tetapi hanya kerana dia berkulit sawo matang seperti ibu, nenek sering membandingkan dia dengan cucu-cucu lain yang putih melepak!
"Akak..."
Lamunan Lara terhenti dan dia segera menoleh ke wajah ibunya.
"Ibu memang selalu doakan supaya keluarga Huzaimi dapat terima akak... Tapi kalau jadi yang sebaliknya, ibu harap akak tahu apa yang terbaik. Restu keluarga especially restu seorang ibu sangat penting..."
Lara tunduk kepala.
"Bagi ibu, ibu dah restui korang berdua. Jagalah Huzaimi tu baik-baik. Ibu tengok orangnya bagus, ada budi bahasa, ada agama. Insya Allah, hidup akak tak kan jadi macam ibu... Akak ambiklah pengajaran apa yang berlaku dalam keluarga kita. Jangan ulangi kesilapan ibu..." Air mata Zuraidah jatuh.
Lara terkedu! Hati terasa seperti terbelah dua. Sebelahnya gembira untuk Huzaimi tetapi sebelah lagi sedih mengenangkan Ashraf.
Mengingatkan Ashraf, Lara terus menarik keluar telefon bimbitnya daripada beg tangan. Ada satu SMS dan Lara menekan butang 'Read'...
'I nak pushback. You dah sampai Penang? Dah dapat jumpa adik you? Take care okay, we'll talk soon.' - Ashraf SIA
Hati Lara sedih. Sangat sedih mengenangkan lelaki ini...
Begitu laa serba sedikit sejarah dan latar belakang konflik family Lara :) Semoga terhibur!
Share this novel