"Cabin crew, please be seated for landing."
Suara yang bergema itu bukan dari Mr Wing Badge pujaan hati Lara. Kali terakhir dia mendengarnya adalah ketika Ashraf menyuruh mereka semua memakai tali pinggang keselamatan kerana cuaca buruk malam tadi. Bolehkah dia mendengar lagi suara garau Ashraf di corong intercom di lain kali? Lara hanya melepaskan satu keluhan yang panjang.
Kelihatan Lara duduk berseorangan di tempat duduknya. Ashraf semenjak tadi sudah pergi, melakukan apa yang perlu dia lakukan untuk pendaratan tengahari itu.
Kepulan-kepulan awan agak tebal. Tingkap pesawat sesekali terpercik air akibat hujan renyai di Changi Airport. Mendung dan renyai... Sama dengan keadaan dalam hati Lara sekarang.
Mata Lara melihat pesawat yang dinaikinya itu semakin lama terbang semakin rendah dan akhirnya mencecah tanah di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Changi.
'Hello, Changi... I'm back.' Ujar Lara dalam hati tetapi sedikitpun dia tidak teruja.
"Lara! I hope I'm gonna catch you next time!" Ujar Fara sambil mendepakan tangannya seolah-olah ingin memeluk Lara. Lara segera menyambutnya. "Yeah...! Insya Allah, we will meet next time!" Kata Lara tetapi dalam hati dia sendiri berasa ragu-ragu sejauh mana kata-kata itu boleh terlaksana. Dalam kepayahan, Lara tersenyum lebar mempamerkan air wajah gembira kepada semua orang.
"Thanks, Captain Luth, Captain Lim. Thanks everyone! Bye!" Ujar Lara kepada juruterbang dan kru-kru kabin penerbangan tersebut.
"Welcome! Bye Lara! Nice meeting you!" Balas mereka semua dan tiba-tiba sahaja, Lara menyapa seseorang,
"Bye Natasha!" Amboi... Dia seorang saja yang buat bodoh! Fikir Lara. Dia senyum lebar.
"Oh, bye Lara! See you next time!" Senyum juga tetapi nampak gaya macam terpaksa.
'Huh! NEVER AGAIN!' Getus Natasha dalam hati.
Akhirnya Lara dan Ashraf berpisah dengan mereka semua di pintu Balai Ketibaan Antarabangsa. Kelihatan lautan manusia sedang menunggu ketibaan ahli keluarga atau kenalan mereka, semuanya memandang Lara dan Ashraf berjalan keluar daripada pintu tersebut. Lara terasa seperti sedang berjalan di atas runway sewaktu membuat pertunjukan modeling-nya. Aduh... Minggu depan ada photoshoot. Welcome back to reality, Lara...' Getus hatinya. Fikirannya sudah mula memikirkan bermacam-macam perkara yang perlu dia lakukan sebaik sahaja tiba di Malaysia nanti!
"Hun, you lapar?" Mata mereka bertembung dan Lara tersenyum.Â
"You still panggil I dengan panggilan tu ke? Bila drama kita nak habis?"
"Hehe! Sampai you sampai ke Malaysia nantilah." Mereka tertawa kecil manakala Lara mengangguk.
Ketika itu, kedua-dua telefon bimbit milik Lara dan Ashraf berbunyi dengan notifikasi SMS yang masuk bertalu-talu. Mereka terus memeriksa telefon sebentar. Lara segera membuka mesej daripada ibunya, Huzaimi, Khyra, Zieta dan juga daripada agensi peragaannya. Dia dan Ashraf masing-masing terleka buat seketika.
Kening Ashraf berkerut. Ada satu SMS daripada nombor yang agak asing kerana ia tidak disimpan dalam senarai kenalannya.
+
'Eh?' Adakah ini... Jari Ashraf menekan butang 'Read'.
'Hi Ash! Nampaknya saya terpaksa text awak dulu because you're rather slow ;)' - +
Wajah Ashraf berubah. 'Noree?!' Kening dan wajahnya berkerut sambil dia berdecip.
"Ash?"
Ashraf tersentak memandang Lara.
"Huh...??" Dia mengangkat kening dan seolah-olah tercengang memandang gadis itu.
"Are you okay? Kenapa ni?" Wajah Lara kehairanan.
"Oh... Yes, yes, I'm okay. Takde apa-apa."
"Are you sure? Muka you lain macam je?"
"Yes, I'm okay baby." Dia terus menyimpan telefonnya. "Jom kita minum-minum dulu sebelum you check-in flight ke KL." Kata Ashraf dan Lara hanya mengangguk.
"You nak minum dekat mana?" Ashraf bertanya.
"Erm... Tak tahu. You bawaklah dekat mana-mananya."
"How about Starbucks? Atau you nak makan heavy?"
"Nope, tak nak heavy. I takde selera."
"Oh, you jetlagged kot. Kadang-kadang cabin pressure pun buat perut you tak selesa."
Lara mencebik. Sebenarnya dia tiada selera makan kerana memikirkan yang dia akan berpisah dengan Ashraf sebentar lagi. Tetapi Lara diamkan saja. Ashraf terus membawa Lara ke kafe Starbucks yang berhampiran dengan Terminal 3 tersebut...
Seperti biasa, keadaan di lapangan terbang itu sesak dengan manusia. Ashraf beratur di kaunter untuk membeli minuman manakala Lara pula duduk di satu ruang di kafe tersebut untuk menjaga tempat.
Sambil menunggu giliran untuk membuat pesanan, Ashraf mengeluarkan telefonnya. Kelihatan jari-jemari Ashraf bergerak laju pada papan kekunci menaip sesuatu.
'Siapa bagi nombor I pada you ni?'
'Sent'.
Wajah Ashraf berkerut ketika dia menyimpan telefon ke dalam poket seluar. Hairan sungguh. Bukankah dia sudah menolak perancangan ini pada Kapten Idris sejak dari awal lagi? Fikirannya menerawang sehinggalah telefonnya berbunyi semula.
'Aunty Zee-lah.' - +
'Mama?!' Getus hati Ashraf. Pfft! Dia mengeluh lantas menaip lagi.
'You should take my silence for answer.' - Ash Zildan
'Well... I'm a girl. Silence means yes.' +
'Huh? But I'm not a girl. Obviously not applicable to that rule of thumb. ' - Ash Zildan
'Awak ni kan... Memang sombong daripada dulu kan? Ash...We can try to work it out what? Childhood friends become lovers, why not?' - +
'Friends?? We barely ever talk to each other Nori.' - Ash Zildan
'It's NOREE la awak.' -Â +
'Aduh. Pening kepala aku.' Ashraf menggaru kepala yang tidak gatal.
Dia mengetap bibir. Nafas dihela panjang. Yang pasti, kali ini dia tidak boleh menggunakan alasan yang dia sudah berpunya. Pasti Noree akan memberitahu mamanya, sedangkan dia dan Lara pula... 'Urgh! Kan bagus kalau CEO tu tak wujud?!' Fikir Ashraf. Dan kalaulah Lara ini 'single', sekarang juga Ashraf bawa gadis itu ke Taman Serene untuk berjumpa dengan ibunya! Dia berdecip.
"Yes sir, may I take your order?" Lamunan Ashraf terhenti apabila pekerja di kaunter Starbucks itu menyapanya lalu Ashraf terus membuat pesanan...
Â
Tangan Ashraf memotong sandwich croissant yang dibeli dan menyuapnya ke mulut Lara.
"I'm gonna miss spoiling you as my girlfriend, sweetheart." Satu senyuman nipis terukir di bibir Ashraf.
Mata Lara tertancap pada wajah Ashraf. Hati terasa sayu dengan kata-kata itu. Lara hanya mengunyah dan mendiamkan diri.
Waktu itu juga, satu SMS masuk ke dalam telefon bimbit Ashraf dan Ashraf terus memeriksanya.
'Ash, you dah sampai? Come over for dinner.' - Mama
Ashraf menyengetkan mulut lantas meletakkan telefon ke tepi dan perbuatannya itu diperhatikan oleh Lara. Hati Lara kuat mengatakan ada sesuatu yang mengganggu Ashraf sejak mereka tiba di Changi Airport ini.
"You makanlah jugak sandwich ni." Ujar Lara, sengaja memancing perhatian Ashraf.
"Tak nak. I nak feed you cukup-cukup sebelum you naik flight. I boleh makan dekat rumah my mom nanti."
"Sayang terus balik ke JB ke lepas ni?" Lara menggunakan kesempatan kali terakhir memanggil Ashraf 'sayang'.
"I think so." Jawab Ashraf. Dia tahu mamanya ada agenda untuk kepulangannya kali ini, maka dia harus ke sana.
"Oh... Okay. Baguslah."
"Kenapa bagus pulak??" Kening Ashraf mencerun dan wajahnya ketat membuatkan Lara terpinga-pinga.
"Erk...? Err... Sebab you boleh makan home cooked meal...?" Ujar Lara tergagap-gagap. Dia berasa hairan dengan reaksi Ashraf yang agak pelik.
"Oh. Okay." Ringkas sahaja balasan Ashraf. Saat ini Lara pasti ada sesuatu yang tidak kena.
"Sayang, you kenapa?"
Ashraf hanya mendiamkan diri.
"You nampak macam bad mood je, sayang?"
Dan kini dia lihat Ashraf mengeluh pula. Lelaki itu segera meletakkan garfu dan pisau ke bawah, lantas meraup muka.
"Hun... Kadang-kadang kalau I jetlagged, I memang ada mood changes sikit or not like myself. Tapi hari ni a bit worse kot sebab I tengah annoyed dengan someone. Sorry kalau tempias dekat you, won't happen again."
"Oh...?" Lara terpempan. Telinganya cepat menangkap ayat 'annoyed dengan someone'. Siapa agaknya?? "Erm... It's okay. Tak ada tempias apa-apa pun cuma I tengok you macam... Yeah, not like yourself."
Kalau ikutkan hati, mahu saja Lara bertanya tentang 'someone' itu tetapi oleh kerana mood Ashraf tidak berapa baik, maka dia diamkan saja.
Selepas beberapa ketika, mereka kembali bersembang dan bergelak ketawa apabila Ashraf mula membuat lawak sambil terus menyuap Lara. Akhirnya chicken slice sandwich itu habis licin di pinggan tersebut.
Selesai sahaja mengalas perut dan minum di Starbucks, mereka bergegas ke lif. Tangan Ashraf menekan butang di dinding dan mereka menunggu di situ. Kedua-duanya akan ke aras perlepasan untuk penerbangan Lara ke Kuala Lumpur pula.
Wajah Lara kian monyok dan dadanya terasa berat sarat dengan emosi.
"Hun? Kenapa muka macam ni?" Ashraf hendak tertawa tetapi dia lihat langsung tidak ada riak tawa pada wajah yang serius itu.
Tiba-tiba pintu lif terbuka dan orang ramai mulai keluar sehinggalah lif itu kosong. Mereka berdua bergegas masuk dan saat itu juga Lara bersuara, "Ash... Boleh tak kalau kita sampai dekat departure hall tu nanti, kita ulang balik ke empat hari yang lepas?"
Ashraf terpempan, tidak tahu apa yang harus dia katakan. Dia ingin mengorakkan senyuman buat Lara tetapi dia lihat Lara sudah menangis teresak-esak!
"Aww, honey... Janganlah nangis..." Ashraf segera memeluk Lara. Tanpa disedari, dia terlupa untuk menekan butang lif dan lif tersebut telahpun bergerak sendiri ke aras yang lain.
"Syhh... I know baby... I pun kalau boleh nak ulang balik dari mula..." Sambil dia memeluk dan memujuk Lara, Ashraf menekan butang nombor dua, tetapi sudah terlambat. Lalu dia membiarkan saja lif itu bergerak dan dia memeluk Lara dengan lebih erat.
"Sayang... Thanks for everything... I... I happy sangat sepanjang kita di LA. I tak pernah rasa happy... Macam ni, sayang... Seumur hidup, I... Tak... Tak pernah rasa... Happy..." Suara Lara tersangkut-sangkut dengan tangisnya yang kian menjadi-jadi. Hati Ashraf semakin pilu.
"Syhh... Baby...! Enough. Syhh... Easy okay... Me too... I pun happy jugak dapat spent time dengan you... But, don't cry like this! Please...? Don't cry-"
Tiba-tiba sahaja lif yang berhenti di aras Basement 2 terbuka. Seorang lelaki berpakaian seragam juruterbang berdiri di pintu tersebut menyebabkan Ashraf terperanjat dan melepaskan Lara!
"Zildan?! What have you done to her?! Why is she crying?!" Mata lelaki itu menjegil dan wajahnya menyinga memandang Ashraf membuatkan Lara terpempan.
"Eh, nothing like that!"
"Erk... So- Sorry capt, it's not his-"
"Uncle." Potong Ashraf sambil memandang Lara lantas menyambung, "This is my dad."
"Oh?!" Wajah Lara terlopong. 'Alamak!' Air liur ditelan.
Dia melihat lelaki itu masuk sambil mengheret beg bagasi dan menekan butang lif. Lantas pintu lif itu tertutup sendiri.
"Err, hi... Hi uncle... Lara." Lara cepat-cepat menyeka air mata dengan lengan jaketnya dan kemudian menghulurkan tangan untuk bersalaman. Dia lihat lelaki yang mempunyai sedikit iras wajah Ashraf itu tersenyum nipis sambil menyambut tangannya. Oh ya, dia pernah lihat wajah ini pada gambar di dinding rumah Ukay Heights dahulu.
"Hi Lara. Captain Zamani. Or better, Uncle Zamani."
Lara turut senyum dan dia lihat lelaki itu memandang ke wajah Ashraf tetapi Ashraf buat bodoh sambil melihat indikasi aras yang bercahaya di atas pintu lif.
"Sorry. I didn't mean to nosey into your business. Just wanna make sure my boy isn't an asshole." Ucap lelaki itu pada Lara. Mendengarkan perkataan yang agak keras itu, Lara rasa nak terkucil! Dia menelan liur sekali lagi. 'Aduh. Garangnya!'
"Err... It's okay. He's... F-fine..." Lara kehilangan kata-kata dan hanya tersenyum kambing memandang Ashraf tetapi dia lihat Ashraf menjeling ayahnya sambil tersenyum sinis! Oh, tidak... Kalaulah dia membuat ekspresi air muka sebegitu kepada ibunya, sudah lama dia kena tampar!
"Where are you flying?" Tanya Ashraf.
"EZE." Kapten Zamani membalas pendek dan Lara lihat Ashraf hanya mengangguk.
"Where you from?"
"LAX."
Kali ini, Kapten Zamani pula mengangguk.
"Where are you going, Lara?" Tanya lelaki yang Lara teka tua sedikit daripada ayahnya. Kali ini nadanya sudah lembut.
"KL, uncle." Entah, dia tidak tahu menggunakan kod-kod tiga huruf tersebut. Dia hanya menjawab KL sahaja. Macam naik bas.
"Oh. SQ flight or MH?"
"MH?"
"Malaysia Airlines." Sampuk Ashraf.Â
"Oh... SQ." Lara tersenyum.
"I see. Have a pleasant trip." Kata Kapten Zamani.
"Thanks."
Dan saat itu juga pintu lift terbuka di aras dua. Ketiga-tiga mereka keluar bersama-sama.
"Bye, uncle. Safe flight."
"You too."
"Bye, pa."
Kapten Zamani tiba-tiba terkaku memandang Ashraf.
"Fix things properly and take care of her."
Ashraf seolah-olah tertawa kecil tetapi tiada apa-apa perasaan ditunjukkan daripada air wajahnya. Jauh di sudut hati Ashraf, dia harus bersedia menghadapi segala pertanyaan daripada ibunya nanti tentang Lara!
"Jom, princess." Ujar Ashraf apabila ayahnya sudah berlalu pergi.
"Oh my God! Itu ayah you?!" Lara tersenyum lebar memandang Ashraf. Dia berasa seakan-akan tidak percaya boleh terserempak dengan Kapten Zamani pada hari ini. Sedikit sebanyak perkara itu telah mengalihkan perhatiannya terhadap kesedihan tadi.
Dia lihat Ashraf tidak berkata apa-apa, hanya tersenyum. Entahlah. Daripada gelagat mereka dua beranak juga, Lara rasa ada sesuatu yang tidak kena. Atau, adakah kerana Ashraf sedang bad mood?
Akhirnya mereka tiba di kaunter Q8, kaunter untuk daftar masuk penerbangan ke Kuala Lumpur. Ashraf menunggu Lara tidak jauh daripada kaunter tersebut. Dia membuka SMS yang menerjah masuk ketika mereka di dalam lif tadi.
'Have Noree texted you?' - Mama
Hati Ashraf membara dan dia rasa rimas! Dia yakin ibunya itu yang sebenarnya beria-ia hendak menggandingkan dia dengan Noree.
Ashraf ketap bibir seolah-olah berfikir sesuatu dan waktu itu juga, dia segera berlari anak ke arah Lara yang sedang mendaftar masuk di kaunter. Ashraf cepat-cepat menahan beg bagasi Lara daripada melalui belt di kaunter tersebut menyebabkan Lara terpinga-pinga memandangnya.
"Hun, jomlah I hantar you balik."
"Ha??" Lara tercengang.
"I hantar you balik KL."
Hati Lara melonjak gembira tetapi... Kenapa? Kenapa tiba-tiba sahaja? Ish, makin pelik ragam si Ashraf hari ini.
"You tak penat ke?" Soal Lara.
"Kalau I penat, kita berhenti dekat RnR boleh?"
"Erm... Boleh. Tapi, tak sayang ke tiket ni? Rugi je-"
"I lagi sayang you. Jom!" Pintas Ashraf lalu menyeret beg bagasi Lara. Lara hendak tertawa tetapi Ashraf dia lihat serius saja maka dia hanya menurut sahaja Ashraf keluar daripada ruang daftar masuk tersebut...
"Fix things properly and take care of her."
Share this novel