Bab 95

Romance Completed 159812

"Ash, can you help me please?" Tanya Zelda sebaik sahaja menghidupkan enjin kereta di tempat letak kereta kondominium Aquarius by the Park. Dia hendak menghantar Ashraf ke Changi Airport untuk penerbangan Ashraf ke Copenhagen pada tengahari itu.

"Mama tertinggal apa dekat atas, ma?"

Pertanyaan Ashraf itu membuatkan Zelda ketawa geli hati. Nampak sangat yang Ashraf sudah faham benar dengan karenahnya. 

"Purse mama! Tertinggal dekat atas kabinet dapur." Jawab Zelda dalam tawa yang masih tersisa manakala Ashraf pula hanya tersengih.

Tanpa banyak soal, Ashraf tergesa-gesa keluar daripada kereta Range Rover itu untuk naik ke rumah. Telefon bimbitnya dia letakkan pada tempat duduk kereta, tidak dibawa bersama. 

Bap!

Pintu kereta ditutup dan saat itu juga mata Zelda terpandangkan skrin telefon yang masih lagi terang benderang. Kelihatan gambar seorang gadis yang menjadi 'wallpaper' skrin tertera dengan jelas sekali. Zelda mengambil telefon Ashraf lalu mengamati gambar tersebut. Kelihatan dahi dan matanya berkerut...

"Siapa pulak ni?" Dia bertanya sendirian.  

Kelihatan gambar seorang gadis sedang tertawa riang menampakkan barisan gigi yang putih dan teratur. 

Bibir dicebik. 

Oleh kerana gambar itu tampak seperti ada nilai komersial dan diambil oleh jurugambar profesional, Zelda tidak mengesyaki apa-apa. Fikirnya mungkin gambar artis kegemaran Ashraf tetapi ciri-ciri gadis idaman anaknya langsung tiada persamaan dengan si Noree!

Noree putih melepak tetapi artis ini berkulit sawo matang.

Mata Noree kecil macam mata gadis Korea atau Jepun tetapi mata sang gadis ini bulat seperti anak patung!

Noree berambut lurus, nipis dan pendek tetapi gadis ini rambutnya panjang dan lebat beralun.

Zelda mengetap bibir seolah berfikir, adakah itu salah satu sebab mengapa Ashraf menolak untuk dijodohkan dengan gadis itu...?

Ah, bekas teman wanita Ashraf sebelum ini pun bukannya macam model, fikir Zelda lagi. Malah dia rasa Noree lebih cantik daripada si Irene dan yang seorang lagi. 

Lantas telefon itu diletakkan kembali ke tempat asal. 

Gambar 'comp card' peragaan Lara yang Ashraf ambil daripada laman sesawang Friendster Lara dahulu akhirnya lenyap apabila lampu skrin telefon terpadam beberapa minit selepas itu...

* * * * *

Pencuci mulut di dalam piring Lara hanya dicuit suku. Bukan kerana dia sudah kenyang, malah pasta yang dia pesan tadi pun tidak habis dimakan. Hatinya gedebak gedebuk, berdebar dan rasa seperti tidak di tempatnya. Lara memandang Fahd yang sedang menghabiskan suapan terakhir pencuci mulut itu. 

"Ha, apa dia yang you kata nak bincang minggu lepas?"  Tanya Fahd secara tiba-tiba. 

Darah Lara berderau tetapi segala rasa gugup disembunyikan di sebalik senyuman nipis. 

"Erm..." Bibir diketap dan dia terdiam sebentar. Bak kata pepatah Inggeris 'the calm before the storm'. Dia tahu ribut taufan akan melanda sebentar lagi kerana sudah masak dengan kepala angin si encik tunang. Oh, encik tunang yang bakal menjadi encik bekas tunang!

"Sebenarnya Fahd... Sejak kebelakangan ni, I selalu fikir pasal kita. Yelah, kita ni sekejap gaduh, sekejap elok. Kadang-kadang kita tak bercakap berhari-hari... Jadi, I dah fikir masak-masak... I rasa... Daripada kita terus macam ni, lagi elok kalau kita berpisah." Lara menuturkan kata dengan tenang dan saat ini wajah Fahd dilihat seakan menyinga. 

"Apa you kata...?" Mata Fahd mengecil dan renungannya tajam menikam.

"Okay, listen to me, Fahd. Cuba you fikir baik-baik... Cuba you tengok macam mana keadaan kita. I rasa lebih baik kita putuskan aje pertunangan kita." 

"Kenapa?!" Suara Fahd meninggi sedikit. 

"You sendiri tahu macam mana hubungan kita kebelakangan ni kan?" 

"Hubungan apa?!" Meja ditepuk kuat menyebabkan bahu Lara terangkat dek kerana terkejut. 

"Fahd? Perangai you ni kan!" Kali ini wajah Lara pula menyinga. Nasib baiklah meja mereka di kawasan 'open-air' dan agak jauh dengan meja pelanggan lain. 

"Apa pulak perangai I?! Perangai you tu! Jawab soalan I, kenapa you nak putus?" Kedengaran suara Fahd begitu keras. 

Air wajah Lara bagaikan beku, tiada perasaan. Kali ini dia tidak akan berlembut.  Dia sudah rimas dengan sikap panas baran Fahd. Semua benda hendak melenting! Inilah perkara yang Lara betul-betul nampak perbezaannya antara Fahd dan Ashraf.

"I nak putus sebab I tak nak teruskanlah." Ujar Lara acuh tak acuh dengan nada dingin. Ah, mustahil Fahd tidak tahu kenapa dia minta putus!

"Memanglah, aku tahu kau dah tak nak teruskan. Tapi sebab apa? Sebab kau ada jantan lain?"

"Jantan lain you cakap? You sendiri tak dapat agak ke sebab apa? You tak nampak?" 

"Manalah aku tahu! Kau ingat aku ni boleh baca perasaan orang? Boleh baca fikiran kau yang gila tu? Kalau aku boleh baca, takdelah aku kena tipu dengan kau!"

"Ha, sebab inilah! Inilah salah satu puncanya! You tengok cara you tu macam mana-"

"Cara apa?!" 

"Cara diri you tu! Bila marah je, you macam orang tak sedarkan diri! Cakap 'aku-kau' dengan I. I tak sukalah macam tu sebab bagi I benda tu kasar! Kalau I, bahasa diri 'aku-kau' tu I gunakan dengan kawan-kawan je, dengan tunang tak."

"Ah, suka hati akulah-"

"Ha, sebab itulah I nak putus! Sebab you memang suka buat semua benda sesuka hati you!" Getus Lara dengan perasaan yang berapi-api dan selepas itu dia menyambung, "Lagi satu yang I tak tahan dengan you ni, baran you tu...! Baran tu satu hal, lepas tu bila you marah je, tak kisahlah dalam phone ke, dalam SMS ke, macam-macam you maki I!"

Mata mereka berdua tajam merenung satu sama lain seperti mata helang.

"Apa yang you tak cacikan I? Anak haramlah, cilakalah, babi, pukimak, you name it! Macam-macam! I ni siapa, Fahd?! Kawan you ke tunang you?!" Tengking Lara dalam tangis yang mula mereneh tetapi ditahannya tangisan itu sekuat hati. 

"I jadi baran sebab you!" Fahd berkata dalam nada yang sungguh sinis. 

"Oh? Sebab I? Okay, fine. Tapi pemilihan perkataan semasa you marah tu, it depends on you. You boleh fikir sendiri sama ada nak maki I dengan carutan atau marah macam biasa. I ni tunang you, you tak boleh ke layan I dengan elok sikit?!" 

"Sebab you tu yang selalu menaikkan darah I...!" 

Lara terdiam. Biasalah, Syed Al-fahd... Suka menyalahkan orang! 

"Fahd, you tahu tak yang you sebenarnya cepat panas hati?" 

Kelihatan Fahd tertawa sinis. "Perangai perempuan macam you ni lelaki mana tak panas hati." 

Telinga Lara berdesing tetapi dia hanya membekukan diri. Perangai yang macam mana? Selama dia bersama Ashraf, belum pernah lagi dia buat Ashraf naik angin. Kalau ikutkan hati, mahu saja dia ajar Fahd bagaimana untuk menjadi seorang gentleman seperti Ashraf. 

"Okay, fine... Perangai perempuan macam I... Okay! Which another thing yang I tak suka dengan sikap you... You ni suka menyalahkan orang-" 

"Dah I memang tak salah-" 

"Of course you tak kan mengaku salah sendiri sebab tu you suka menyalahkan orang!" Lara tertawa sinis. 

"You tu suka victimize orang! You salahkan I sebab I panas baran, tapi you yang buat I marah-"

"Tak! I tak buat you marah, Fahd! Sebab tu I cakap awal-awal tadi, you ni cepat panas hati! You tu yang cepat melenting walaupun perkara tu perkara kecik je-" 

"Kalau tunang kau sendiri menipu kau, tipu kau pasal jantan lain, tipu lagi pasal dia menjual maruah, kau tak marah?" 

"You tak habis-habis lagi pasal tu kan?! Kalau you tak boleh let go perkara tu, kita putus! Senang! I pun dah tak tahanlah asyik dipersalahkan je macam ni! Dan satu lagi perkara, Syed Al-Fahd! I tak jual maruah! I ulang lagi sekali, I tak jual maruah!"

Fahd terdiam mendengar nada suara Lara yang keras tetapi wajahnya masih kelihatan seperti singa lapar.

"Kalau I nak jual maruah... I tak pandang lelaki macam you! You ada apa?! I tahu you engineer, kerja bagus tapi engineer boleh bagi 'segedebuk' duit untuk I bayar lawyer? Tak kan? Kalau I nak jual maruah, I tak pandang lelaki yang bawak kereta Mitsubishi Evo macam you! I boleh cari orang yang drive Ferrari! I model, Fahd... Kalau I buat catwalk dekat fashion show, berlambak-lambak tokey besar datang nak approach I. Anak tokey yang handsome-handsome pun ada! Dan I sebenarnya, tak perlu jual maruah pun untuk dapatkan duit... Sebab ex-boyfriend I sebelum you, CEO. I boleh tidur atas duit KALAU I nak!" 

Telinga Fahd berdesing! Dia rasa sungguh tercabar tetapi mengingatkan semula kata-kata Lara tentang sikapnya yang suka mencaci-maki sebentar tadi, dia cuba bersabar dan menahan amarahnya yang sudah sampai di puncak. 

"Hmmph! Dah tu kenapa kau tak kahwin je dengan dia...?" Wajah dan nada suara Fahd sungguh sinis. 

"Sebab dia laki orang. I boleh petik jari untuk dapatkan lelaki yang kaya-raya tapi I bukan perampas. Dan I bukan peruntuh rumahtangga orang."

Tatkala mata mereka bertembung, Fahd berasa yakin sekali bahawa CEO yang Lara maksudkan itu adalah lelaki yang nama dan gambarnya terpampang di dalam buku nota Lara seperti yang dia lihat dahulu... 

* * * * *

"Ma." 

Panggil Ashraf kepada mamanya yang sedang memandu. Zelda menarik brek tangan ketika lampu trafik bertukar warna merah lalu memandang Ashraf di sebelah. 

Ashraf tersengih.

"What...?" Zelda tertawa.

"Boleh orang tanya satu soalan tak?" 

Kening Zelda mencerun bersama senyumannya. "Tanyalah. Soalan apa?" 

"Orang nak mengungkap kenangan silam ni." Kata Ashraf seakan berseloroh lantas kedua-dua beranak itu tertawa. 

"Ha? Kenangan silam apa?" Sekali lagi Zelda mencerunkan kening. Dia lihat Ashraf senyum sambil kepalanya tertunduk seolah-olah memikirkan sesuatu. 

"Masa kecik-kecik dulu... Orang masih ingat mama pernah... Tak sihat..." Ashraf menoleh ke arah wajah mamanya yang tiba-tiba sahaja terlihat seakan redup. 

"Mmhmm... Kenapa?" 

Kini fikiran Ashraf berputar laju memikirkan soalan yang hendak diaju. Takut pula kalau tersalah tanya akan melukakan kembali parut di hati wanita itu. Bibir diketap. 

"Erm... What was wrong actually at that time?" 

Wajah wanita itu diperhatikan. 

"Apa maksud you? You tahukan apa yang jadi?" 

"Oh, sorry. Maksud Ash bukan apa yang terjadi pada waktu tu... Tapi, apa yang jadi pada diri you." 

Diam. 

"Err, maksud orang... Apa yang mama rasa masa mama kena penyakit tu? Apa effect penyakit tu pada diri mama? " 

"Kenapa you tiba-tiba tanya soalan ni?" Zelda memandang Ashraf sepintas lalu. Hairan sungguh dia rasa dengan pertanyaan itu. 

"Oh... Erm... Well... It happened to one of my close friend recently..." 

"Oh. Kesiannya budak tu..." 

"Yeah..." 

Keadaan terdiam semula. Ashraf memandang wajah Zelda seolah-olah menuntut jawapan tetapi Zelda pula seakan larut dalam lamunannya. Dia terus mengemudi kereta sebaik sahaja lampu isyarat bertukar warna. 

"What was that ma?" Tanya Ashraf lagi setelah beberapa ketika mamanya mendiamkan diri. Terdengar satu keluhan kecil daripada Zelda. 

"Hmm... Waktu papa buat hal dulu... Mama terlampau stres sampai kena anxiety dan panic attack. Something that I couldn't control it." 

Ashraf meneliti wajah mamanya dan kata-kata itu dia dengari dengan penuh teliti. "Couldn't control? Wasn't that something physical?" 

Zelda menggelengkan kepala. 

"Dulu mama kata, ubat yang mama makan tu untuk sesak nafas. So... It's nothing about problems with your respiratory system or whatsoever?" Soalan itu membuatkan Zelda tertawa kecil. 

"No, bukan... Bukan sebab masalah pada badan. Tekanan perasaan yang membuatkan mama jadi macam tu. Bukan sakit yang you boleh nampak secara fizikal. Nama pun tekanan perasaan, jadi perasaan tu yang sakit. Badan ni cuma bereaksi kepada tekanan tu aje." 

Penerangan itu seolah-olah membuka mata dan fikiran Ashraf. "I see..." Katanya lalu menyambung, "So... Erm... Waktu tu you jadi menggeletar?"

"Aha."

"Berpeluh."

"Aha." 

"Sesak nafas."

"Yups!" 

Diam. Ashraf seakan terkedu. Memang kesemua tanda-tanda itu dialami oleh Lara. 

"Apa lagi yang you ingat?" Tanya Zelda sambil tersenyum. Dia akui bahawa anaknya itu membesar sewaktu dia sedang bergelut dengan masalah dan penyakit tersebut. Keadaan itu berlarutan sehinggalah Ashraf masuk ke sekolah menengah, iaitu sebelum dia pulih. 

"Loss of balance." Ujar Ashraf dan waktu itu juga Zelda mengangguk laju. 

"Nafas jadi pendek, rasa macam tak cukup oksigen, macam nak mati. Lepas tu badan rasa seram sejuk, kadang-kadang rasa nak muntah atau sakit dada... Dan macam-macam lagilah. Tapi setiap episod tu ada gejala yang berlainan. Bukan semuanya sama setiap kali penyakit tu datang."

"Oh..." Ashraf terkedu. Begitu rupanya yang dialami oleh Lara. Hati terasa sedih mengenangkan tuan puterinya. "So, benda tu terjadi sebab tekanan perasaan? Tekanan perasaan macam mana?" 

"Erm... Tekanan perasaan yang melampau. Bergantunglah pada keadaan hidup seseorang... Apa yang terjadi dalam hidup dia sampai dia dapat tekanan perasaan tu... Contohnya kalau dia ada kejadian trauma macam accident ke... Perubahan besar dalam hidup dia macam kematian ke, penceraian ke... Atau ada juga sesetengah orang yang dapat penyakit tu disebabkan genetik. Faktor keturunan." 

Ashraf mengangguk perlahan. Dalam kepala dia berfikir, antara punca yang disenaraikan oleh mama itu, yang mana satu menjadi punca buat Lara? 

Tekanan perasaan melampau... Ya. Ashraf tahu akan semua hal yang terjadi dalam hidup Lara. Memang situasi itu sungguh berat untuk Lara pikul. Tetapi situasi mana yang sangat memberatkan gadis itu?

Adakah kerana penceraian? Penceraian ibubapa Lara... Boleh jadi, tetapi bukankah perkara itu sudah lama? Tak kan lah baru sekarang jadi punca penyakit itu timbul? Hmm... tidak. Mungkin tidak. 

Kejadian trauma? Apa dia? Setahu Ashraf tidak ada.

Genetik? Rasanya bukan, kerana kalau disebabkan genetik sudah tentu Ashraf dapat melihat gejala penyakit itu sejak dari awal perkenalan lagi. 

Jadi sebenarnya apa?

"So, sekarang mama dah okay kan? Maknanya penyakit tu boleh dirawatkan?" Ashraf lihat satu senyuman lebar terbit di wajah Zelda. 

"Hmm... Sembilan puluh sembilan peratus mama boleh cakap mama dah okay." 

Kening Ashraf segera mencerun. "Sembilan puluh sembilan peratus? What happen to the one percent? Kenapa tak hundred percent?" 

"I do get it sometimes." 

"What?!" 

"Tapi tak teruk macam dulu. I improved a lot you know... Kan mama dah lama berhenti ambil ubat." 

Ashraf tarik nafas panjang. Dia pula yang risau mendengar mamanya masih mengalami gejala tersebut. Ingatkan sudah sembuh sepenuhnya. "Mama buat macam mana sampai tak perlukan ubat?" 

Zelda tersenyum. Kotak ingatannya seolah-olah terulang kembali ke suatu masa di mana Kapten Zamani telah mengambil langkah yang tepat buat dirinya dan keluarga mereka. 

"Orang yang sakit macam mama ni perlukan sokongan moral daripada orang sekeliling. Apatah lagi daripada orang yang jadi punca kepada penyakit tu sendiri." 

"Papa?" Ashraf tersengih memandang Zelda. 

"Hmmph, ye lah." Mereka berdua tertawa kecil. 

Ashraf tahu perangai kasanova papanya sewaktu muda dahulu dan kini perangai itu seolah-olah berjangkit pula pada si Azril. Tetapi papanya lebih teruk lagi. 

"Satu hari, mama kena panic attack tu waktu papa ada dan entah kenapa gejala tu tak berhenti sampai berjam-jam. Selalunya tak lama macam tu. Jadi papa bawak mama ke hospital dan akhirnya doktor sendiri yang explained keadaan mama. Lepas tu, papa tersedar sendirilah kot." 

"Maknanya selepas tu mama terus baik?" 

"Bukanlah terus baik... Gradually. Tapi, memang susah nak fight dengan penyakit tu. Semangat kena kuat, mental kena selalu lawan. Tak mudah... Ada masa kita rasa kita dah menang dalam battle tu tapi entah macam mana di kemudian hari, dia datang balik dan serang kita sampai kita rasa kita dah kalah. Ups and downs with the right mindset along the way... Lama." 

Ashraf telan liur membayangkan situasi yang mungkin akan dihadapi oleh Lara. "How do you get a right mindset then?" 

"Kawan papa... Dia doktor psikologi dan dia cadangkan mama untuk berjumpa pakar psikiatri. Tapi waktu tu mama tak nak. Mama rasa macam orang gila pulak kalau pergi ke psikiatri, jadi dia suggest-kan buku-buku self-help yang betul-betul bagus untuk mama baca sendiri." 

"Oh?" Ashraf segera memandang Zelda. Kelihatan mamanya mengangguk. 

"Masa tu lah mama rasa mama kena lawan penyakit ni. Mama tak sangka mama boleh terjerumus ke dalam masalah kesihatan mental, so masa tu mama rasa macam mama dah separuh gila. Mama tak nak jadi macam tu, jadi mama kena lawan." 

"Mama masih ada buku tu?" 

"Ada... Ada tiga buah. Tajuk dia 'Peace from Nervous Suffering', 'Hope and Help for Your Nerves' dengan 'Self Help for Your Nerves', by Dr Claire Weekes. Yang dua terawal tu best seller books dan dah terbukti dapat membantu ramai orang yang menghidap masalah berkaitan dengan kesihatan mental ni daripada seluruh dunia."

"Oh, wow!" Desis Ashraf. "Misal kata kalau Ash nak bagi kawan Ash pinjam buku tu, boleh?"

"Boleh. Bagilah. I would be happy to lend the books. I pernah berada dalam situasi tu, jadi kalau I dapat tolong orang yang mengalami situasi penyakit yang sama... I rasa seronok kalau dia dapat pulih." 

Hati Ashraf berasa girang dengan kata-kata mamanya itu. Mereka saling bertukar senyuman...

* * * * *

"Fahd, come on!" Ujar Lara mempercepatkan langkah. Dia cuba menuruti jejak langkah Fahd.

"No, Lara. I tak nak putus! Kita boleh cuba untuk improve!" Fahd berjalan laju untuk keluar daripada restoran mewah itu. 

"Fahd...!" Dan saat itu juga bahu Lara tersinggung kuat dengan bahu seseorang. "Ops, sorry!" Ucapnya seraya memandang ke wajah orang itu...

Huzaimi!

Rasa dunia seolah-olah terhenti seketika. Lara terkedu tetapi apabila melihat sosok wanita di sebelah Huzaimi, darahnya berderau!

Kelihatan Fahd dan Sharina berpandangan seketika tetapi kedua-duanya berpura-pura tidak mengenali antara satu sama lain. 

Lara segera memautkan tangan pada lengan Fahd bagi menunjukkan keintiman mereka.

Namun, tingkah laku itu membuatkan Fahd penasaran walaupun dia sebenarnya gembira apabila Lara mempamerkan kemesraan di hadapan Sharina.

"It's okay... I'm good." Ucap Huzaimi dalam senyum yang dibuat-buat.

Mereka semua bertukar senyuman sebelum mara dengan haluan masing-masing...

Ha, panjang umur abam Huz kan! Baru diseru nama terus muncul! Mungkin ada cinta lagi kot dalam hati abam ;) Ahaks!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience