Bab 57

Romance Completed 159812

"Hai? Baru setengah hari bateri handphone I mati last week, you dah tanya macam-macam? Habis tu selama ni, kadang-kadang you sampai tiga-empat hari hilang, senyap takde khabar berita I tak ada pulak soal siasat you."

Huzaimi meneliti wajah Lara sewaktu mereka sedang makan tengahari. Dia baru sahaja pulang daripada Jakarta kelmarin. Kata-kata itu membuatkan dia berasa sedikit terkejut kerana Lara yang dia kenal selama ini tidak banyak songeh. 

"You ni nampaknya macam banyak pendam ni, dear."

"Bukan pendam, sayang. Selama ni I banyak sabar dan tolak ansur."

Mata mereka bertembung.

"Selama ni kalau you tak reply mesej I, tak jawab panggilan ataupun tutup telefon berhari-hari, I tak pernah questioned you macam-macam. Sekarang you dah tahu macam mana perasaan tu kan?" 

"Jadi, you nak balas dendamlah ni?" 

"Bukan balas dendam...! Kebetulan bateri handphone I mati hari tu. Tapi yang buat I tak puas hati sekarang, bila you ada di tempat I, you tahu pulak 'mengagau' cari I sampai telefon ibu. Kalau you hilang? I hadap je sorang-sorang, takde sesiapa pun yang boleh I tanya; you dekat mana? Dengan siapa? Buat apa? Ye, I bimbang dan kadang-kadang I ada jugak overthinking macam-macam pasal you. Tapi semuanya I telan bulat-bulat." Suara Lara kedengaran dingin. Bengang sungguh dia apabila Huzaimi memberitahu yang lelaki itu menelefon ibu setelah gagal menghubunginya.

"Hilang apanya? You tahu I busy dengan kerja, kan?" 

"Ye, I tahu. Tapi I tak tahu pulak kenapa 'kerja' you tu berderet-deret sampai tiga empat hari." 

Huzaimi terdiam. 

"Jadi, I harap lepas ni you faham. I tak nak you hilang tiba-tiba tanpa pengetahuan I, boleh? I'm your future wife, right? So can I have the right to know your whereabouts after this? Dan kalau you hilang jugak, boleh tak I nak contact PA you?"

Lara merenung wajah lelaki di hadapannya. Selama ini dia menurut sahaja rentak Huzaimi dan mengangguk akur pada setiap bait kata lelaki itu. Tidak pernah membantah dan sangat sedikit dia menyoal. Sekarang, alang-alang hendak jadi bini biarlah dia ambil tahu segalanya tentang Huzaimi. Sekurang-kurangnya tidaklah dia menyesal di kemudian hari, fikir Lara lagi. 

Huzaimi menyengetkan bibir sambil mengalihkan pandangan.

"Sudahlah, I malaslah nak gaduh-gaduh. You jangan buat semak kepala I boleh tak?"

"Hah, itulah you... Semua benda pasal kita you tak nak semakkan kepala. Tapi bila you hilang, kepala I semak, you tak fikir pulak." Lara pulangkan paku buah keras. 

Huzaimi terdiam sambil mengetap bibir. Dia menghela nafas panjang.

"Sudahlah, jangan tambah beban dekat kepala I, boleh tak? I ada banyak benda lagi nak kena handle."

Wajah Lara mencuka menahan marah. Dia menyedut air fresh orange di hadapannya buat melegakan hati yang sedang panas...

*          *          *          *          *

Bunyi deruan ombak di pantai Burleigh Heads, Gold Coast kedengaran ganas. Cahaya matahari agak terik pada tengahari itu namun pemain-pemain papan luncur di pantai yang indah itu semakin ramai. 

Pakk! Shushh!!

Ashraf terjatuh daripada papan luncur dan segera berenang untuk mendapatkannya kembali.

"Erghh!" Dia mengangkat badannya naik ke atas papan luncur tersebut.

"Cih! Gitu aja udah tumbang!" Jerit Bobby yang berada tidak berapa jauh daripada Ashraf di dalam laut tersebut.

Ashraf menjeling Bobby. Sudahlah hatinya panas semenjak pagi tadi. 

Hari ini merupakan hari yang ketiga dia meluncur bersama Bobby, Steve dan Tyresse. Ashraf berasa sungguh gembira walaupun dia seorang sahaja yang terpaksa pulang awal kerana harus terbang bekerja. Tetapi pagi ini, iaitu hari terakhir dia di pantai Burleigh Heads ini ada sesuatu yang telah mengganggu perasaannya. 

Tubuh Ashraf terendam di dalam air tetapi hatinya marak terbakar. Matanya tajam memandang ke arah persisiran pantai dan nun jauh di sana, terdapat tiga orang gadis yang sedang mendengar taklimat tenaga pengajar papan luncur daripada Sunshine State Surfing School. 

"Uii! Kok muka lo di tekuk gitu." Tegur Bobby. Dia berenang bersama papan luncurnya menghampiri Ashraf. Ombak laut membuatkan papan luncur mereka terumbang-ambing di atas air.

"Aku rimaslah, bro." Sungut Ashraf.

"Rimas sama siapa? Sama cewek itu?"

"Huh! Siapa lagi yang rosakkan mood aku pagi-pagi tadi."

"Ya udah doang, gak usah dipikirin terus. Tenang aja deh, lo kan mau berangkat pulang besok. Kita enjoy aja hari ini."

Ashraf mendengus. Daripada kejauhan, kelihatan Noree dan dua orang rakan serumahnya, Amelia dan Diana bergelak ketawa sambil mendengar penjelasan daripada mat saleh yang merupakan cikgu untuk kelas papan luncur yang baru mereka sertai pagi tadi. 

Ashraf tidak tahu bagaimana gadis itu tahu yang dia berada di Burleigh Heads. Dia hanya memberitahu mamanya yang dia ke Gold Coast sahaja untuk beberapa hari. Tiba-tiba pagi tadi, sewaktu Ashraf naik ke pantai selepas meluncur, Noree sudah ada di hadapan matanya! 

"Mana you tahu I ada dekat sini??" Itu perkara pertama sekali yang Ashraf tanya. 

"Ala, kalau setakat surf spots dekat Gold Coast ni... Saya tahulah mana nak cari awak. Saya dah lama tinggal dekat Australia ni lah." 

Saat mendengar jawapan Noree, Ashraf menyengetkan mulut dan menggeleng.

"Udah deh, Ash! Come on, cheer up bro! Ini hari terakhir lo! Biarin aja mereka! Yuk! Let's join Steve and Ty over there!" Kata-kata Bobby itu mematikan lamunan Ashraf. Bobby terus berlalu meninggalkan Ashraf sendirian terumbang-ambing di atas papan luncurnya. Kedengaran lelaki itu menjerit memanggil nama Steve dan Tyresse yang sedang seronok bermain dalam ombak yang bergulung. 

"Huh! Aku surfing, dia pun sibuk nak belajar surfing!" Rungut Ashraf sendirian. 

Dia terus berenang mengikuti Bobby walaupun perasaannya masih tidak senang. Orang yang diajak tidak mahu pergi, tetapi orang yang dia tidak mahu jumpa pula muncul di depan mata! Ya, sebenarnya Ashraf telah berkali-kali mengajak Lara mengikutnya ke Gold Coast, tetapi gadis itu tidak mahu ikut serta. Entahlah, mungkin kerana risaukan boyfriend CEO-nya itu akan syak wasangka. Ah, bukannya Ashraf tidak tahu yang Lara sengaja mematikan telefon bimbit sewaktu mereka di Colmar Tropicale minggu lalu. Urgh, sakit sungguh hatinya bila memikirkan perkara tersebut! Ashraf mendengus dalam diam... 

'Princess, tengah buat apa? Esok I dah balik SG, lusa dah kerja.' 

Selesai menaip, Ashraf terus menghantar mesej tersebut. Matanya menghala ke arah ombak laut yang masih mengganas. Waktu itu, matahari sudah mula terbenam dan dia duduk di tepi pantai bersama Noree manakala Steve, Bobby dan Tyresse masih lagi di tengah laut. 

"Ash! Hebatlah awak surfing. Saya suka tengok!" Kata-kata Noree itu memecah kesepian mereka. 

"Thanks... Where are your friends?" Ashraf cuba menukar topik. 

"Ada tu, dekat sana." Balas Noree sambil tangannya menunjuk ke satu arah tetapi Ashraf tidak memandang. Dia hanya mengangguk sahaja memerhatikan laut yang sudah bertukar warna senja.

Noree senyum dan melambaikan tangan ke arah kedua-dua rakannya itu. Dia berasa sungguh bangga. Semenjak mereka tiba di Burleigh Heads pagi tadi, Amelia dan Diana tidak putus-putus memuji ketampanan Ashraf dan kehebatan Ashraf bermain papan luncur. Setiap patah kata pujian dan kekaguman mereka terhadap Ashraf membuatkan hati Noree semakin tekad untuk memiliki lelaki itu.

Saat itu juga kedengaran telefon bimbit Ashraf berbunyi menandakan ada SMS yang masuk.

'Takde buat apa. Maybe petang sikit lagi nak keluar dengan Zieta sekejap. Oh, you terus fly sehari lepas balik daripada Gold Coast? Tak penat ke?' - Princess.

'Nope, tak penat. I terus rehat cukup-cukup bila sampai rumah nanti. One more flight before you join me to AMS :) I can't wait.'

Bunyi mesej Ashraf. Dia terus menghantar mesej tersebut lalu meletakkan telefon bimbit itu ke tepi.

"Noree, I nak tanya you something." Ujar Ashraf.

"Tanyalah. Apa dia?" 

Noree mengalihkan pandangannya ke wajah Ashraf. Kelihatan wajah lelaki itu merah dan keperangan akibat terbakar daripada sinaran matahari. Bukan setakat wajah sahaja, tubuh sasa Ashraf yang tidak berbaju itu juga turut keperangan sama, mencairkan seluruh perasaan Noree.

"I percaya Uncle Eid ada bagi tau you yang... I dah tolak awal-awal pasal matchmaking plan kita ni. Kan?" Ashraf memandang ke wajah Noree dan saat itu juga, gadis itu tersenyum. 

"Ye. Memang daddy ada bagi tau, tapi... I rasa you menolak terlalu awal." Kali ini, Noree pula memandang Ashraf. Ah, siapa yang tidak kenal dengan kedegilannya?

"Noree, setahu I, asalnya benda ni rancangan ayah you dan kemudian entah macam mana my mom pulak sskarang ni yang teruja lebih-lebih... Jadi I rasa, kalau ini rancangan emak dan ayah kita, kita tak semestinya kena ikut telunjuk diorang, kan?" 

Noree tertawa kecil dan menggeleng. 

"Lagipun sebenarnya, I dah anggap you macam adik I sendiri... Ye lah, family kitakan dah lama kenal." Ashraf memberikan alasan. Hakikatnya, dia tidak pernah pun menganggap Noree dan kakak-kakaknya seperti adik-beradik malah, Ashraf sendiri tidak pernah bercakap dengan mereka melainkan apabila perlu sahaja. Lantas Ashraf menyambung lagi, "Boleh tak kalau kita sama-sama tolak permintaan my mom-"

"Ash, wait. Let me show you something..." Potong Noree. Lantas gadis itu mengambil telefon bimbitnya dan mula menekan-nekan butang layar pada papan kekunci. Seketika kemudian, dia menunjukkan sesuatu yang tertera di skrin ke Ashraf lalu telefon Nokia 6680 itu bertukar tangan...

Mata Ashraf menangkap gambar seorang budak kecil lelaki yang dia sangkakan si Martin tetapi apabila dia mengamati gambar tersebut, rupa-rupanya gambar itu adalah dirinya sendiri! Wajah Noree segera ditatap. 

"Itu salah satu gambar awak dekat rumah saya... Mommy kata, gambar ni masa birthday party Zareen dan masa ni awak darjah lima. Cuba awak tekan ke kiri lagi..." Ujar Noree sambil jarinya menekan kekunci layar pada telefonnya yang ada di tangan Ashraf dan saat itu juga, tertera satu lagi gambar sewaktu Ashraf berumur belasan tahun. Kelihatan dalam gambar itu dia sedang makan di halaman rumah Noree. 

"Ini pulak gambar awak masa daddy buat barbeque dekat rumah lama... Semua gambar-gambar awak dalam album dekat rumah, memang dah lama saya simpan-"

"Kenapa you simpan gambar I?! Ish, I tak sukalah orang simpan gambar I-"

"Sebab saya sebenarnya dah lama minat dekat awak, Ashraf! Sejak saya darjah empat!"

Ashraf tercengang!

"What...?! Darjah empat?? Macam mana you dah ada perasaan masa darjah empat?! I masa darjah empat tengah fikir pasal Ultraman Taro lawan raksasa Birdon je kot!"

Kata-kata Ashraf itu membuatkan Noree tertawa. "That's you, not me!" 

Ashraf hanya menjeling. "Padam je lah gambar ni-" 

"Hei, no way!" Noree cepat-cepat merampas telefon tersebut daripada tangan Ashraf. 

"Ash, saya nak awak tahu yang saya sebenarnya dah lama simpan perasaan terhadap awak. Enam bulan yang lepas, saya breakup dengan ex-boyfriend saya. Masa tu saya down sangat... Daddy dengan mommy berbulan-bulan ulang-alik ke Melbourne untuk melawat saya. Sampai satu hari, daddy cerita yang dia baru balik daripada flight dengan awak sebelum datang ke Melbourne. Masa tu lah saya confessed pada daddy yang awak ni childhood crush saya." Kata Noree bersama gelak tawanya di hujung ayat. 

"Saya kata pada daddy lagi, walaupun saya pernah couple dengan lelaki lain, tapi saya masih minat pada awak." Noree segera mencapai dan menyentuh tangan Ashraf di sebelahnya. 

"No. Please." Ujar Ashraf sambil menarik tangannya daripada disentuh. 

"Ash...! Come on-lah! We can work on this, right? Aunty Zee pun kata awak tak ada girlfriend, jadi kenapa kita tak boleh cuba?" 

"Noree, dengar! I nak bagi tahu apa yang I sampaikan pada Uncle Eid pasal plan dia untuk satukan kita dan sekarang, I nak you pulak dengar..." 

Noree merenung wajah Ashraf. 

"I tak boleh nak get along dengan you sebagai kekasih, apatah lagi sebagai husband and wife. Kalau you nak tahu kenapa, let's just simply assume that I'm a fussy bastard and trust me, it won't end well..." Saat itu Ashraf lihat Noree menjeling tajam. 

"Dan I dengan ayah you pulak... Rakan sekerja. Hubungan kerja kami setakat ni tersangat bagus. Jadi, I tak nak disebabkan hubungan kita putus di tengah jalan nanti, ayah you marah dan benci pada I. Yelah, you kan puteri intan payung dia. Kalau I sakitkan hati you, mestilah dia mengamuk."

"Hah, kalau macam tu janganlah putus! Kita continue je lah sampai kita kahwin!" 

'Aduh, senangnya cakap!' Hati Ashraf meronta saat mendengar kata-kata Noree itu.

"Kan I dah cakap, I tak boleh nak get along dengan you...?!"

"Tak boleh nak get along sebab you tak nak cuba, kan?! Kita cubalah dulu!" 

"Noree, I tak nak...! Urgh!" Suara Ashraf keras lantas menyambung, "Listen! I'm getting to know someone! Tapi you jangan bagi tahu my mom...! I warn you, Noree! Jangan. Bagi tahu. My mom." Ashraf berkata sambil mengetap gigi pada rangkap ayat terakhir, menahan perasaan yang meluap. Noree dia lihat sedikit terkejut. 

"What?! Siapa perempuan tu?!" Suara gadis itu mula meninggi. 

"None of your business. Just don't tell to my mom." Balas Ashraf dan waktu itu Noree tertawa sinis. 

"Hmmph! Okay... I janji I tak kan bagi tahu pada aunty. Tapi kesian minah tu... Macam kekasih gelap je! Bukan macam I yang dapat priority daripada emak you, kan?"

Kata-kata Noree itu membuatkan telinga Ashraf berdesing tetapi dia malas hendak bertekak. Bagi Ashraf, gadis itu tidak perlu tahu masalah antara dia dan Lara. Tambahan pula, semakin banyak Noree tahu, nanti semakin banyak pula rahsianya bakal terbocor. Dia pun sebenarnya bukanlah percaya sangat pada gadis itu! 

"Well, you can have your say. It's a free country, you can talk however you want." Sindir Ashraf. 

"Yes it's a free country and I can decide whatever I want, right? Saya tak kan mengalah pada perempuan tu. Saya kenal awak lebih lama daripada dia, dan saya rasa awak tak kan bertahan lama dengan dia. Sama macam ssmua ex-girlfriends awak yang lepas."

Ashraf tertawa kecil. Berkeyakinan tinggi sungguh si genit ini, fikir Ashraf.

Namun sikap degil Noree itu tiba-tiba Ashraf rasakan sama seperti dirinya yang tidak mahu mengalah dengan Mr CEO si Lara. Umpama gadis di sebelahnya ini adalah Ashraf Zildan dan dirinya pula Lara Rizman. Dan sekarang dia mengejar dan juga dikejar. Tetapi apa yang penting, Ashraf tahu yang dia tidak akan sekali-kali jatuh ke tangan Noree.

Tritt...!

Kedengaran satu SMS masuk ke dalam telefon bimbit Ashraf. Dia terus membukanya...

'Me either... Can't wait to fly again with my Mr Wing Badge ;)' - Princess

Dalam pada panas hati itu, bibir Ashraf melorekkan senyuman kecil.

To all MWB readers, terima kasih sbb sabar tunggu update MWB :) Alhamdulillah, miss dah sihat. Thanks jgk sbb doakan kesihatan miss yea <3 Lof you! :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience