Bab 101

Romance Completed 159812

'Hi aunty. I nak lawat Lara dekat hospital hari ni. Do you need anything? Ada apa-apa nak pesan?'

'Message sent'.

* * * * *

Ting!

Pintu lif terbuka dan mata Ashraf terus menangkap perkatan Wad 7A.

Saat dia melangkah keluar daripada lif tersebut, bau ubat semakin kuat menyucuk hidung. Di tangannya terdapat teddy bear, sekeping sampul surat berserta sebakul buah-buahan.

Dia terus berjalan menyusuri lorong di wad perempuan dengan lirikan-lirikan mata jururawat dan doktor. Ah, dia sudah biasa dengan keadaan itu.

Saat Ashraf tersembul di pintu wad yang menempatkan lapan orang pesakit wanita, tujuh orang daripada mereka serta ahli keluarga mereka memandang Ashraf. Pesakit yang seorang lagi sedang tidur... Iaitu Lara.

Gadis itu berseorangan sahaja lantaran ibunya masih lagi dalam waktu bekerja, di sekolah. Ashraf menghampiri Lara dengan senyuman nipis di bibir.

Bakul buah-buahan dan teddy bear diletakkan di meja sebelah katil. Wajah polos Lara yang sedang nyenyak tidur ditenung dengan penuh kasih-sayang.

"Princess, I'm here." Bisiknya.

Mata Lara tetap tertutup rapat. Ashraf mengusap lembut rambut Lara dan setelah itu duduk di kerusi sebelah sambil menggenggam tangan dan jemari halus. 

Kejadian semalam terimbas kembali di fikiran. Terbayang wajah pucat Lara yang terbaring kaku ketika Ashraf melakukan CPR. Segalanya umpama mimpi ngeri, tak sanggup untuk dia ingati lagi. Lalu tangan Lara dicium dan wajah polos itu ditenung.

"Princess, I kena balik JB." Bisik Ashraf.

"Kalau ikutkan hati, I nak tinggal beberapa hari lagi dekat sini dengan you tapi I ada hal penting nak jumpa Ejam." Kata-katanya terhenti di situ. Macamlah Lara dengar.

'Bro... Kau mesti tak percaya apa yang aku jumpa.' - Ejam Necromancers

Teringat kata-kata Ejam dalam SMS sebentar tadi yang membuatkan Ashraf tidak sabar-sabar untuk tiba di Johor Bahru. Nafas panjang dihela lalu Ashraf merebahkan kepalanya di atas katil, di sisi Lara. Tangan Lara dipeluk seolah-olah memeluk tubuh Lara. 

Dia termenung. 

Butiran yang dia baca mengenai kes saman mahkamah yang dikemukakan oleh ayah Lara tiba-tiba muncul di fikiran. Terdapat perenggan yang menerangkan bagaimana pergelutan antara Lara dan Dhafi berlaku dengan kedudukan Lara yang dihimpit dan dicekik di atas tanah. Pilunya hati Ashraf bila membayangkan bagaimana gadis manja ini melalui pengalaman segetir itu. Ashraf hampir tidak percaya yang Lara melalui itu semua.

"You kuat dan cekal sangat, princess. You lagi kuat daripada I..." Bisiknya sambil mengerlus tangan Lara. 

Lalu Ashraf memejam mata. Biarlah dia berehat sebentar bersama Lara sebelum memulakan perjalanan. Fikirannya masih lagi sesak menghadam semua situasi dan krisis yang melanda hidup Lara. Betapa kuatnya bahu perempuan yang menggalas, fikir Ashraf dalam pejaman mata dan akhirnya dia pun terlena.

Dua puluh minit kemudian Ashraf terjaga. Leher terasa sakit akibat tidur membongkok. Terpisat-pisat dia melihat jam tangan. Oh, dia harus gerak sekarang!

Sampul surat yang dibawa tadi Ashraf sandarkan pada teddy bear berwarna merah jambu, warna kegemaran Lara.

"Princess, I've got to go. You rehatlah, I tahu you penat... Settle je hal di JB, I datang sini balik jumpa you, okay." Dia mengusap tangan dan mencium kepala Lara dan selepas itu dengan hati yang berat, Ashraf melangkah keluar daripada Wad 7A tersebut...

* * * * *

Zuraidah membuka SMS yang masuk ke dalam telefon bimbitnya. 

'Aunty, I'm going back to JB now but will be back here anytime soon. Lara's good, she's sleeping. Sorry couldn't get a chance to meet you. But maybe we'll meet again on Thursday.' - Ashraf

Zuraidah ketap bibir. Wajah kacak dan sosok tubuh yang tinggi lampai itu segera terbayang.

Pertama kali melihat Ashraf di Jabatan Kecemasan Hospital Klang, dia agak terkejut. Ternyata nama 'Ashraf' yang dia dengar selama ini bukan seperti pemuda Melayu biasa orangnya. Wajah seperti peranakan, entah orang apalah agaknya ibubapa si Ashraf itu, fikir Zuraidah. Dia yakin Lara dan pemuda itu berkenalan melalui kerja-kerja modeling mereka dan mengenangkan perkara itu, perasaan Zuraidah bercampur-baur. 

Bukan apa, memang tidak dinafikan anak muda itu berbudi bahasa tetapi... Entahlah. Cara pembawakan diri Ashraf ini berbeza sekali dengan anak-anak muda lain. Melihatkan pada gaya si Ashraf bukanlah seperti lelaki Melayu tipikal malah kalau menghantar SMS pun tidak pernah memberi salam. Cakap pun asyiklah berbahasa Inggeris! Dia kurang selesa.

Moden! Oh ya, moden! Begitulah tanggapan Zuraidah terhadap gaya dan personaliti Ashraf tetapi daripada cara Ashraf mengambil berat terhadap anak gadisnya, Zuraidah tahu pemuda ini benar-benar menyintai Lara. Manakan tidak, hingga wad kelas ketiga Lara pun dia hendak 'upgrade' ke kelas pertama namun pihak hospital memberitahu buat masa ini, wad itu sahaja yang mempunyai kekosongan. 

Tak mengapalah, jauh di sudut hati kecil Zuraidah, dia yakin pemuda ini jauh lebih baik daripada si Syed Al-Fahd. Mengingatkan nama itu, hatinya terus menggelegak panas! 

"Hai, Kak Zu. Termenung panjang nampak." 

Tegur Niza, pembantu pejabat di sekolah menengah itu. Sebungkus kuih karipap diletakkan di atas meja Zuraidah, seperti yang dia pesan waktu gadis itu ke kantin sebentar tadi...

* * * * *

Jam hampir menunjukkan pukul lima petang apabila Ashraf tiba di rumah Ejam di Skudai.

"Bro... Aku tak sabar nak tunjuk pada kau apa yang aku jumpa." Ujar Ejam sebaik sahaja Ashraf masuk ke biliknya. Lalu jari-jemari Ejam dengan pantas sekali menaip kod-kod yang tidak difahami Ashraf pada papan kekunci komputer.

"Kau jumpa apa?" Tanya Ashraf.

"Macam-macam."

Mata Ashraf segera tertancap pada wajah rakannya yang kelihatan sungguh khusyuk menggodam masuk ke dalam sistem rangkaian telefon Celcom, iaitu rangkaian nombor telefon Syed Al-Fahd. Ya, kesemua ahli Necromancers tahu tentang skil menggodam Ejam. Kerjayanya sebagai 'Information Security Analyst' di salah sebuah syarikat IT terkemuka di Singapura membuatkan Ejam fasih dengan selok-belok menggodam termasuklah menggodam sebarang pengkalan data. Dalam diam, Ejam adalah seorang 'hacker' yang bukan calang-calang hebatnya.

Ejam menaip nombor telefon Syed Al-Fahd yang diberikan oleh Ashraf dan selepas menekan butang 'Enter' pada papan kekunci komputer, keluarlah semua paparan senarai SMS yang dihantar dan diterima oleh lelaki itu!

"Nah." Kata Ejam. "Ini senarai SMS yang pernah mamat ni hantar dan terima dalam tempoh tujuh tahun."

"Tujuh tahun?!" Ashraf terkejut. 

"Yups, tujuh tahun, rule of thumb. Semua data dan informasi yang disimpan dalam offline storage or database biasanya diorang akan archive for seven years." 

"I see." Ujar Ashraf sambil matanya memandang ke skrin komputer. 

Memang inilah yang Ashraf minta daripada Ejam semalam, iaitu rantaian SMS antara Fahd dan Lara yang sudah tidak tersenarai daripada inbox telefon Lara. Ini kerana ada antara mesej-mesej Fahd itu yang menimbulkan tanda tanya kepada Ashraf tetapi tak sangka pula dia boleh lihat senarai SMS sehingga tujuh tahun kebelakang. Ashraf tekad akan korek hingga ke lubang cacing tentang lelaki yang bernama Fahd ini!

"Kau tengok nombor-nombor ni..." Jari Ejam menunjuk ke satu mesej lalu menyambung, "Ini nombor awek kau... Ini pun sama... Ini, aku rasa nombor adik mamat ni sebab bila aku buat background check dalam sistem Maxis, nama ayah diorang sama."

"Oh..." Ashraf mengangguk.

"Kalau tanda MSG-IN: macam ni, maknanya SMS daripada luar masuk ke nombor mamat ni. Kalau tanda MSG-OUT: ni, dia yang hantar SMS kepada orang. Yang ini, tarikh dan masa SMS dihantar atau diterima, ikut turutan yang paling baru sampai yang paling lama... Maknanya kalau kau baca senarai SMS ni, semakin ke bawah maknanya SMS tu semakin outdated. Dan yang hujung ni pulak, nombor sender."

Lagi sekali Ashraf mengangguk dan Ejam terus menyambung, "Cuba kau tengok SMS dia daripada tarikh ni..." Ejam menggerakkan kursor lalu skrin paparan tersebut mengunjur ke bawah dan membawa mereka ke senarai SMS Fahd minggu lepas.

MSG-OUT: 'Kau yang paksa aku jadi setan!'

MSG-IN: 'I benci you-lah!! Manusia tapi perangai setan!!!' - 019 2468 7191.

Ya, itu nombor telefon bimbit Lara. Mata Ashraf terus membaca.

MSG OUT: 'Kalau orang tanya tu jawablah. Bila orang nak ambik berat pasal kau, kau jual mahal.'

MSG OUT: 'Hoi, orang tanya. Bas dah gerak ke?'

MSG OUT: 'Hai sayang. Bas dah gerak ke?'

Ashraf yakin waktu inilah yang Zieta katakan bahawa Lara ke Terengganu mencari lelaki tak guna itu.

"Kau tengok mesej mamat ni daripada sini... Sampai sini... Lain macam, kan?" Ujar Ejam.

Lalu Ashraf membacanya...

MSG OUT: 'Lara, I dah nak sampai resort. Keluar ke lobi sekarang.'

Tetapi di bawah SMS ini ada pertukaran SMS Fahd dengan satu pihak yang lain. 

MSG OUT: 'Okay boss, roger n out.'

MSG IN: 'Settle.' - 013 4567 7654

MSG OUT: 'Hantar sebelum pukul empat petang. Mitsubishi Evo hitam, plate number BF* 644*, parking Port Kerteh.'

MSG IN: 'Mau bila? Bagi tahu masa, model/warna kereta, plate number dan lokasi. Payment offline, macam biasa.' - 013 4567 7654

MSG OUT: 'Hello boss. Okay, jadi.'

MSG OUT: 'Okay, I will roger later.'

MSG IN: 'Lu ingat kitorang cuma ada dekat KL je ke? Haha.' - 013 4567 7654

MSG OUT: 'Tapi I dekat Kerteh Terengganu boss...'

MSG IN: 'Ace8 dah cukup. Soluble dalam air. Victim will completely knock out.' - 013 4567 7654

MSG OUT: 'Erm... I nak buat sorang amoi ni pengsan. I cuma nak dia pengsan je. Jangan salah bagi benda lain sampai 'kiok' pulak boss!'

MSG IN: 'Barang apa lu mau?' - 013 4567 7654

MSG OUT: 'Hello boss... I nak tanya sikit, tapi kali ni bukan pasal duit ma'am besar... You ada connection dengan mana-mana orang yang boleh supply 'barang' tak?' 

"Fuck!" Desis Ashraf sambil meraup wajah. Darahnya berderau membaca ayat tersebut. 'Barang' apa? 'Completely knock out' atau pengsan?! Adakah lelaki jahanam ini telah memengsankan Lara? Untuk apa?! Apa yang dia hendak lakukan ke atas Lara?! Oh, tidak! Wajah Ashraf bertukar cuak.

"Siapa nombor 013 ni, Jam?" Perasaan Ashraf sudah tidak keruan.

"Tak dapat trace sebab nombor ni prepaid. Pengguna prepaid kan tak berdaftar, jadi kita tak dapat trace nombor ni milik siapa."

Hati Ashraf terus hampa mendengarkan jawapan tersebut. 

"Nombor Lara tu prepaid. Maknanya... Kalau aku tak bagi tahu kau yang itu nombor Lara, kau tak boleh detect-lah?" Tanya Ashraf lagi. 

"Yups. Tak boleh."

Aduh! Ashraf menjerit dalam hati. Kini dia berasa sungguh gelisah. 

"Fuck it! Aku rasa mamat ni dah buat benda khianat pada Laralah, bro! Aku tak sedap hati!"

Ejam mengangguk perlahan. 

Ashraf berdecip. Matanya membaca lagi perkataan-perkataan kecil di muka skrin komputer. 

MSG OUT: 'Hei pukimak! Aku tahulah nak jumpa kau petang nanti! Tak payah cakap banyak kali, aku bukan bodoh macam kau!'

MSG IN: 'Ingat Fahd! I tunggu you petang ni! I nak petang ni kita settle-kan semua! I dah fedup dengan semua ni!' - 019 2468 7191

Amarah Ashraf membuak-buak membaca SMS tersebut. Ini bermakna mereka berdua berpisah sebentar sebelum berjumpa semula pada sebelah petangnya dan lelaki jahanam ini terus menghubungi tokan dadah! 

Untuk apa?! Ashraf tidak sanggup membayangkan kemungkinan tersebut.

Sial! Lelaki ini memang menempah nasib sial sendiri! Wajah Ashraf merah padam menahan marah.

"Jam... Aku... URGH!!!"

Kata-kata Ashraf terhenti di situ dan dia memejam mata sekuat hati. Kelihatan kelopak matanya mula berair dan wajahnya merah. Penumbuk digenggam kuat-kuat hingga menggeletar tangannya. 

Saat ini walaupun tanpa kata, dalam fikiran Ashraf dan Ejam masing-masing memikirkan sesuatu yang dahsyat mungkin telah menimpa Lara!

Kerana itulah Lara mengambil keputusan untuk mengakhiri hidupnya, bukan?

"Bro, I'm so sorry to learn about this bro. Kalau aku jadi kau pun aku marah, bro..." Bahu Ashraf ditepuk seolah-olah hendak menenangkan Ashraf.

Tiba-tiba kedengaran telefon Ashraf berbunyi menandakan SMS masuk. 

'Assalamualaikum, Ashraf. Aunty cuma nak bagi tahu... Lara dah sedar tadi tapi dia mengamuk dan meraung macam tak ingat dunia. Dia kata dia dah tak nak hidup... Aunty sedih. Aunty tak tahu nak buat macam mana lagi... Tu doktor dah inject dia dengan ubat penenang tadi... Sekarang dia dah tidur balik...' - Aunty Zuraidah Lara.

Ashraf tarik nafas panjang lalu menekan butang 'Reply'. 

'Waalaikum salam aunty. Oh, dia macam tu pulak ke... Takpe, jangan sedih. I'll try to comeback latest by tomorrow morning. Don't worry, Lara ada dengan doktor. Apa-apa hal diorang akan pantau. Esok waktu melawat tengahari I akan lawat dia.'

'Message sent.'

Kalau turutkan hati, Ashraf hendak terbang terus ke sana.

* * * * *

Gelap. 

Awan yang kelihatan seperti kapas-kapas putih mengelilingi Lara tadi sudah hilang. Kini segalanya hitam dan gelap. 

Lara rasa dirinya terawang-awang. Pening. Lalu perlahan-lahan dia membuka mata. 

Keadaan sekeliling sungguh malap dan dia ternampak satu beg yang berisi cecair jernih tergantung bersama tiup plastik panjang yang bersambung di tangannya. Bau ubat kini semakin kuat mencucuh hidung. 

Lara menoleh. Kelihatan sosok tubuh ibunya yang sedang tidur lena di atas kerusi malas tidak jauh daripada katilnya dan apabila dia menoleh sekeliling, dia lihat pesakit-pesakit lain juga sedang nyenyak tidur. Entah pukul berapa agaknya sekarang. Pasti sudah lewat malam.

Lara pejam mata.

Dia sedar yang dia masih di 'sini'. Di titik kerdil kehidupan ini. Perlahan-lahan, airmatanya mengalir... 

Dia tidak dapat mengingati semua yang berlaku buat masa ini tetapi apa yang dia tahu, dia sudah tidak mahu lagi berada dalam kehidupan ini! 

Hati Lara tiba-tiba menggelegak panas. Dia sudah tidak mahu hidup tetapi kenapa mereka tidak faham?!

Mereka tidak tahukah apa yang dia lalui selama ini?! 

Mereka tidak tahukah betapa peritnya semua dugaan yang dia terima?! 

Ya, semestinya mereka semua tidak tahu... Yang dia telah dirogol dan diperas ugut oleh tunangnya sendiri...

Mati.

Lara hanya ingin mati supaya semua rasa 'sakit' ini hilang dan pergi! Dia hanya ingin tutup mata dan merasa sepi. Kerana sepi itu tenang. Dan tenang itu bermaksud dia tidak perlu berhadapan dengan apa-apa lagi! 

'Terjun bangunan'. Kata-kata itu seolah-olah terlintas di fikiran Lara. 

Ya, betul. Waktu ini semua orang sedang tidur. Kalau dia keluar daripada wad ini dan pergi ke mana-mana tempat yang boleh dia terjun, pasti orang tidak tahu, fikir Lara. 

Maka, dia tekad. 

Perlahan-lahan Lara bangun daripada pembaringannya. Badan terasa sungguh lemah, dia duduk sebentar di birai katil untuk mengumpul tenaga. 

'Tekad... Aku memang tekad...' Bisik hatinya. 

Waktu itu, entah bagaimana pandangan matanya menangkap teddy bear comel berwarna merah jambu di atas meja kecil. Hati seakan terusik. 

Lama Lara merenung teddy bear itu sebelum dia mencapainya. Terdapat sekeping sampul surat yang bertulis tangan, 'Princess'. Hati Lara tersentuh! 

'Princess...' Nama panggilan itu seolah-olah membelai perasaan. Lara telan liur dalam-dalam. Waktu ini barulah dia teringatkan Ashraf! Mr Wing Badge, pujaan hati... 

Lara meletakkan teddy bear di atas ribanya lalu membuka sampul surat tersebut. Sekeping kad dikeluarkan dan perkataan yang tertera pada kad itu dibaca... 

'How Much You Mean To Me...'

'The entire universe!' Tulis kad itu di bahagian dalamnya pula. 

Lara membaca tulisan tangan Ashraf.

Princess, 

I love you.

Ini perkara pertama yang you perlu tahu. I kena tinggalkan you sekejap, ada a few things I kena uruskan di JB. How I wish I could stay by your side until you're awake, but I really can't. 

So, here's your new friend, Pinkyrara ;P Dia akan temankan you sampai I balik semula ke sini, okay? I pergi kejap je! You kena peluk dia selalu sebab Pinkyrara suka kena peluk. Kalau you rindukan I pun you kena peluk dia, okay? ;) 

Take care, baby. I know you're tired. Please rest well. 

Miss you.

- Ash 

Lantas Lara terus memeluk teddy bear tersebut dan menangis teresak-esak!

Dia tidak tahu bagaimana dia harus katakan kepada Ashraf bahawa... Harga dirinya sebagai seorang perempuan telah tiada buat Ashraf! Hati Lara sungguh pilu. Terasa masih hendak menamatkan riwayat hidup ini tetapi setelah membaca lembaran itu, Lara sungguh merindukan Ashraf. Dia hendak berjumpa dan memeluk Ashraf seerat-eratnya pada saat ini.

Lara menangis hingga badannya lemah. Kaki yang terkulai diangkat naik ke atas, tidak jadi meneruskan niatnya sebentar tadi. 

Ashraf Zildan... Itulah nama yang paling indah dalam hiruk-pikuk kehidupan ini.

Lara merekotkan tubuh di atas katil sambil menangis sehingga dia terlena dalam sedu-sedan... 

Hi semua, miss nak bgtau yg miss dah mula kerja mcm biasa. Jadi update MWB kdg2 maybe ada lambat sikit.. Sorry kalau miss dah tak dpt update 2 kali seminggu yea.. Tp I'll try my best utk update secepat mungkin :) Terima kasih atas support semua! <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience