Bab 106

Romance Completed 159812

"Cabin crew, please be seated for landing."

Suara Ashraf bergema di seluruh ceruk pesawat.

Najmi segera memandang Lara dengan senyum lebar dan selepas itu memandang Zuraidah pula. Kelihatan ibunya juga tersenyum.

Sewaktu pesawat gergasi itu hendak berlepas di landasan Changi Airport tujuh jam yang lalu, mereka sungguh teruja. Malah, tatkala tayar pesawat terpisah dengan bumi, Najmi dan Zuraidah rasa bangga kerana Ashraf yang menerbangkan mereka semua pada hari itu.

Kata Lara sebentar tadi, Ashraf mempunyai 'landing skill' yang hebat dan lancar, Najmi dan Zuraidah rasa penasaran. Dengan pengumuman yang dibuat oleh Ashraf sebentar tadi, mereka tahu bahawa mereka akan mendarat pada bila-bila masa sahaja sekarang.

Najmi melontarkan pandangan ke luar tingkap. Kelihatan keadaan muka bumi di luar sana kering kontang, hanya terlihat padang pasir.

Semakin lama pesawat terbang semakin rendah memasuki kawasan lapangan terbang. Saat ini barulah bayang pokok dan padang rumput kelihatan di bawah sana. Mata Najmi terus memerhatikan pemandangan di luar sementelah suasana di dalam kabin menjadi sunyi sepi.

ZUUSSSSS........!!

Bunyi pesawat meredah angin diikuti dengan bunyi tayar bergeser di jalan tar namun tiada sebarang hentakan berlaku dan tidak terasa pun peralihan pergerakan pesawat daripada ruang udara ke tanah yang legap.

Najmi segera memandang ke arah kakak dan ibunya dalam senyuman lebar dan tiba-tiba sahaja, kedengaran tepukan daripada para penumpang sambil kebanyakan mereka bercakap dalam bahasa Arab.

Kedua-dua beranak itu terpinga-pinga menjenguk kepala, memandang kumpulan pak Arab tersebut.

"Kenapa tu??" Najmi dan Zuraidah tercengang tetapi Lara hanya tertawa.

"Ashraf kata sesetengah penumpang memang seronok kalau pilot buat smooth landing. Kadang-kadang tu macam ni lah, teruja sampai diorang tepuk tangan..." Lara rasa hatinya kembang semangkuk!

"Oh..." Zuraidah dan Najmi berkata serentak, mengangguk kepala.

Saat ini juga kedengaran suara kru kabin sedang membuat pengumuman ketibaan pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sharjah...

Cuaca diluar sungguh cerah ketika Zuraidah, Najmi, Lara dan Ashraf menjejakkan kaki ke dalam lapangan terbang tersebut.

Sambil berjalan, Najmi bercerita dengan penuh semangat dan rasa kagum terhadap skil pendaratan Ashraf. Dia juga bercerita tentang reaksi orang-orang Arab di dalam kabin tadi. Ashraf yang mendengar hanya tersenyum bangga.

"Alah, kalau flight abang, orang tepuk tangan tu memang dah biasa dah..." Ashraf sengaja buat ayat 'poyo' tetapi perkara itu memang tidak dapat disangkal lagi.

"Ha, tengok Mi. Sebab tu lah kru-kru semua panggil abang Ash ni 'FO Poyo'. Memang poyo pun kan?" Ujar Lara lalu disambut dengan tawa mereka semua.

Mereka terus berjalan menuju ke tempat tuntutan bagasi...

Sudah hampir sepuluh minit mereka semua tercegat di 'conveyor belt' tersebut. Ashraf, Lara dan Najmi sudah menerima beg bagasi masing-masing tetapi bagasi Zuraidah masih tidak kelihatan.

"Eh... Kenapa beg aunty takde, Ash? Hilang ke?" Wajahnya mula cuak. Dia lihat Ashraf ketap bibir.

"Erm... Takpe aunty, jom kita check dekat unclaimed baggage area dulu. Manalah tahu kot-kot ground staff salah letak conveyor belt." Ujar Ashraf.

Lalu ketiga-tiga beranak itu membuntuti Ashraf. Dalam keresahan, terselit sedikit perasaan lega di hati masing-masing kerana Ashraf sebagai pekerja Singapore Airlines pasti dapat berbuat sesuatu.

Sebaik sahaja tiba di ruang 'Unclaimed Bagage', bagasi milik Zuraidah yang berwarna merah hati masih tidak kelihatan.

Ashraf dengar wanita itu berdecip.

'Aduh... Waktu-waktu macam ni lah pulak bebudak ground handler ni carik pasal! Buat hal betullah!' Bisik Ashraf dalam hati.

"Memang takdelah, Ash." Ujar Zuraidah dengan nada yang agak sedih. Mata masih lagi terjenguk-jenguk ke lambakan beg bagasi yang hampir memenuhi ruangan tersebut.

"Okay, aunty jangan risau. Sekarang, jom kita pergi buat report dulu dekat kaunter hujung sana. Nanti diorang akan track beg aunty. Selalunya memang boleh dapat balik, cuma lambat sikit. Mungkin makan masa dalam satu atau dua hari. Tapi takpe, nanti I hambat budak-budak ground suruh cari cepat sikit." Ashraf seakan memberi jaminan dan memujuk.

Kesemua mata memandang wajah redup Zuraidah.

"Sementara nak tunggu beg aunty sampai, kita pergi shopping pakaian baru dulu. Aunty suka shopping tak?" Ashraf tersenyum lebar. Orang perempuan kalau dengar perkataan 'shopping' biasanya akan senyum sampai ke telinga.

"Ibu janganlah bimbang pasal duit belanja sebab akak memang dah allocate duit shopping kita bertiga dekat sini."

"Okay, macam ni." Celah Ashraf lalu menyambung, "Disebabkan SQ yang buat hal, biar Ash belanja aunty. Kejap lagi kita beli semua jubah yang cantik-cantik untuk aunty, okay?"

Zuraidah tersenyum. Walaupun mood-nya sedikit terkesan dengan insiden yang kurang bernasib baik ini, namun kata-kata itu sedikit-sebanyak memujuk hati...

"Wah!"

Sedang mereka semua berjalan menuju ke kaunter limosin, Najmi tiba-tiba sahaja berteriak.

Tidak jauh di hadapan sana, kelihatan seorang lelaki Arab sedang berjalan bersama seekor burung helang yang bertenggek di bahu. Di tangan lelaki itu pula terdapat sebuah kotak yang menyerupai sebatang dahan dengan rumput tiruan. Najmi, Lara dan Zuraidah terus melopong!

"Ha... Benda ni memang biasa dekat mana-mana airport UAE. Itu helang jenis falcon, lambang status seseorang dekat negara Arab ni. Semakin kaya orang tu, semakin mahallah falcon dia. Ada yang harganya sampai berpuluh ribu untuk seekor falcon."

"Wah, macam tu ke?! Wow..." Ketiga-tiga beranak itu mengangguk perlahan sambil mata tidak lepas memerhatikan burung tersebut.

"Diorang travel dengan burung tu sekali ke?" Tanya Zuraidah.

"A'ah, dan burung tu tak dimasukkan ke dalam kargo tau, aunty. Dia memang duduk sekali dalam kapal dengan tuan dia."

"Hah? Betul ke?!" Sekali lagi ketiga-tiga beranak itu terlopong menyebabkan Ashraf tertawa.

"Betul, I tak bergurau! Haih, inilah jadinya bila dah terlampau kaya, perangai diorang pun jadi pelik-pelik." Sambung Ashraf dan waktu itu mereka sudah pun sampai di kaunter limosin.

Ashraf terus membuat tempahan dan bayaran untuk pergi ke hotel penginapan mereka...

Sebaik sahaja mereka tiba di Sheraton Sharjah Beach Resort, Zuraidah, Lara dan Najmi terpegun melihat keindahan senibina yang gah serta persekitaran hotel yang berdekatan dengan pantai. 

Betapa cantiknya setiap ceruk hotel lima bintang itu, terasa bagai mimpi.

Mereka semua mengikut langkah kaki Ashraf menuju ke kaunter daftar masuk lalu Ashraf dan Lara membuat pendaftaran untuk dua buah bilik.

"Aunty penat tak? Okay ke nak keluar shopping? Tapi kalau tak pergi shopping takde baju pulak nanti." Ujar Ashraf sambil dia memasukkan slip daftar masuk dan kad akses ke dalam beg kerjanya. 

"Okay, tak penat sangat."

"You sure? Dekat Malaysia dah nak malam dah ni. Sepatutnya masa untuk aunty berehat." 

"Ah, takde apa pun. Aunty selalunya lepas isyak baru nak start baking. Kadang-kadang orang order keklah, biskutlah... Sampai ke tengah malam menyiapkan tempahan. Tapi kalau orang order roti jala kari ayam ke, mee atau bihun goreng ke, ha, yang itu aunty bangun awal-awal pagi."

"Wah, rajinnya aunty!" Ashraf seakan terpempan. Kini mereka semua berjalan menuju ke lobi lif.

"Hai, rajin? Terpaksa Ash, sebab nak cari duit belanja lebih untuk adik... Ayah diorang ni faham-faham je lah macam mana. Kalau tak, tak kan lah dia sanggup heret Lara ni ke mahkamah pasal kes nafkah dulu. Padahal itu memang tanggungjawab dia sampai anak dia ni habis belajar." 

Wajah Ashraf berubah redup mendengarnya.

Kini barulah dia nampak akan pergelutan hidup Zuraidah, wanita yang bakal menjadi ibu mentuanya. Jika selama ini mamanya sering bercerita tentang kepayahan mengurus rumahtangga sendirian tatkala papanya terbang bekerja, tetapi wanita di hadapannya ini memang menguruskan segalanya seorang diri ditambah pula dengan masalah kesempitan wang. Hati Ashraf tersentuh. 

Serta-merta perbualan Ashraf bersama kaptennya di dalam kokpit sewaktu penerbangan mereka tadi terngiang semula di fikiran. 

"Capt, nervous-lah. Macam mana nak ambil hati bakal mak mentua ek?" Ashraf bertanya selepas pesawat mereka merentasi garis sempadan udara India.

"Hmm... Senang je. Layanlah dia elok-elok." 

"Err, please define 'layan dia elok-elok'. Elok-elok macam mana? Kena selalu bagi hadiah ke? Kena selalu puji ke?"

"Ish, tak payah! Kau layan je dia macam kau layan mak kau sendiri. Sukalah dia nanti."

"Aduh, kekoklah capt. Kalau mak kita, lahir-lahir je kita dah nampak dia. Ini mak mentua... Kalau tak nampak anak dia dulu, kita pun tak kenal dia, capt. Macam mana nak layan macam mak sendiri?"

Tawa mereka berderai di dalam kokpit. 

"Macam ni lah... Kau tutup mata, bayangkan macam mana mak mentua kau tu besarkan girlfriend kau, perempuan yang kau sayang sangat tu... Macam mana susah payah dia nak sekolahkan anak gadis dia, didik anak gadis dia... Pendek kata, apa yang kau suka pada anak dia tu, semuanya berkat usaha mak mentua kau. Ha, mesti kau appreciate dia macam kau appreciate mak kau sendiri." 

Ting!

Bunyi lif yang baru sahaja tiba di Ground Floor itu mematikan lamunan Ashraf.

'Appreciate dia macam kau appreciate mak kau sendiri'.

Kata-kata itu terngiang. Setelah Ashraf mendengar cerita Zuraidah sebentar tadi, ditambah pula dengan tips yang diberikan oleh kaptennya, kini dia terasa semakin dekat dengan ibu dan adik Lara.

Mereka semua masuk ke dalam lif dan Ashraf menekan butang enam dan sebelas. Aras enam adalah aras bilik Lara manakala aras sebelas pula adalah aras bilik kru-kru Singapore Airlines... 

Megamall Sharjah

"Eh, kenapa logo Starbucks dia takde kepala orang eh?" Soal Najmi ketika mereka semua sedang berjalan-jalan di pasaraya itu.

Lara mengangguk tanda setuju dengan pertanyaan Najmi. Dia juga turut penasaran terhadap logo Starbucks yang hanya memaparkan gambar mahkota, tanpa imej wanita si ikan duyung seperti kebiasaan. 

"Oh, sebab the real logo is mermaid. Mermaid kan berimej seksi, so dekat sini kena banned."

"Oh I see... Menarik." Mereka semua mengangguk dengan jawapan si Ashraf. Hah, inilah yang dikatakan 'jauh perjalanan, luas pemandangan'!

Tidak jauh daripada situ, kelihatan sebuah kedai bernama 'Senso' yang menjual jubah wanita...

"Wah... Jubah ni cantik bu!" 

"Ha? Bling-bling sangatlah. Macam nak pergi ke gala dinner je."

Lara buat muka dengan kata-kata Ashraf.

"Mi setuju dengan abang Ash."

"Ah, kau tu sikit-sikit semuanya abang Ash!" Lara menjeling dan Ashraf tertawa melihat keletah dua beradik itu.

"Tapi takpelah, kalau ibu nak, ambik je lah." Kata Ashraf lagi. Dia menarik keluar sehelai jubah yang lain.

"Ha, ni aunty! Yang ni pun cantik. Corak dia penuh. Cuba aunty tengok corak benang-benang dia ni. Very detailed. Nampak elegan." Lagak Ashraf kalah jurujual di situ!

"Yelah, cantik..." Zuraidah meneliti jubah yang dipegang Ashraf. Corak benang-benang yang dikatakan Ashraf itu sebenarnya adalah corak sulaman. "Tapi mahal ni." Sambung Zuraidah.

"Ala takpe, bukannya selalu dapat peluang nak beli jubah dekat sini. Lagipun Ash nak belanja aunty takde limit tau. Apa yang aunty nak, aunty ambik je." Ashraf sengih tetapi saat itu juga telefon bimbitnya berbunyi. Dia segera mengeluarkan telefon itu daripada poket seluar.

'Calling... Mama'

"Eh? Mama call?" Ashraf dan Lara berpandangan.

Ketika Ashraf tekan butang 'Answer', Lara menumpukan perhatiannya semula kepada jubah-jubah yang sudah tersusun, sedia untuk dipilih. 

"Akak, Ashraf pilih semua yang mahal-mahallah. Ibu tak biasa pakai baju sampai beratus-ratus. Lepas tu nak beli sampai dua tiga pasang pulak tu." Zuraidah berbisik. 

"Ala, takpelah bu. Dia yang pilih, bukan kita yang mintak mahal-mahal." Ujar Lara pula.

"Hah? Mama kena ragut?!"

Kata-kata Ashraf itu membuatkan Lara, Zuraidah dan Najmi menoleh. Ragut?!

"Mama okay tak? Mama dekat mana ni?" 

Wajah mereka semua berubah. Lara segera datang menghampiri Ashraf. Waktu itu dia boleh mendengar suara cemas mama Ashraf walaupun bait katanya kurang jelas.

"Syhh... Dah, dah... Jangan nangis. Mama dalam kereta, kan? Dah kunci kereta?... Okay, good. Don't worry, Ash ada dengan mama sekarang. Mama selamat okay, don't be scared. I'm here talking with you... You gonna be fine. Syhh, easy okay..." 

Diam.

Kelihatan Ashraf mendengar butir kata daripada mamanya.

Saat ini hati Zuraidah sungguh tersentuh mendengar kata pujukan Ashraf kepada ibunya. Betapa lembutnya tutur kata seorang anak yang jauh beribu batu untuk menenangkan ibu yang sedang dalam ketakutan. Zuraidah buat-buat memilih jubah namun terus memasang telinga.

"Mama boleh drive? Papa dengan Azril fly kan? Mama nak Ash telefon Sofie? Well, I can call Sofie using my friend's phone so that we don't have to hang up..."

Saat ini Zuraidah dapat mendengar sayup-sayup suara bakal besannya. Kedengaran seperti sedang menangis.

"Oh, okay... So aunty tu boleh temankan mama sampai Sofie datang?... I see... Rumah dia dekat mana?"

Ashraf terdiam lagi sambil mendengar.

"Oh... Okay, ma. Takpe, jangan risau. Beg tangan mama tu nanti kita beli yang baru, okay? Orang ada flight Paris bulan ni. Nanti orang cari semula beg tangan mama tu."

Kedengaran suara wanita itu semakin meninggi, membuatkan Ashraf sengih dan gigit lidah. Zuraidah memandang Ashraf sepintas lalu.

"Ye ma... Tahu, ma... Takpe, kalau yang itu limited edition, nanti kita beli yang special edition pulak ye? Ash cari special punya untuk mama!" Pujuk Ashraf.

'Amboi... Bukan main... Handbag beli di Paris, limited edition...' Getus Zuraidah. Kini sedikit sebanyak dia dapat bayangkan bagaimana gaya bakal besannya itu! Dapatkah wanita itu menerima anak gadisnya yang dibesarkan dalam serba-serbi sederhana??

"Okay ma, take care. Mama nanti sampai rumah aunty tu minum air tau... Mama terkejut tu... Mama relax je okay, bawak sembang-sembang dengan kawan mama tu. Say thank you to the aunty. Okay ma... Take care, I love you. Bye..."

Lalu Ashraf memutuskan talian.

"Ha, kenapa dengan mama, Ash? Dia kena ragut?" Tanya Zuraidah. Saat itu Lara dan Najmi datang menghampiri dan memasang telinga.

"A'ah aunty. Dia balik daripada rumah kawan dia dekat Yishun, Singapura. Masa sampai JB, hari dah nak maghrib. Jadi dia singgahlah surau yang selalu dia pergi, dekat dengan kawasan rumah. Selalunya dia pergi surau bawak beg telekung je. Tapi sebab hari ni dia bawak handbag, habis solat maghrib tadi nak masuk ke dalam kereta, ada budak naik motor ragut handbag dia." Cerita Ashraf dengan panjang lebar.

Zuraidah dan Lara menyatakan rasa belas dan kesal mereka terhadap kejadian yang menimpa mama Ashraf.

"Sekejap, aunty. Nak call kakak kejap. Mama dah call dia, suruh dia datang dan temankan mama malam ni tapi I nak cakap dengan kakak jugak."

Zuraidah cepat mengiyakan. Hatinya sungguh tersentuh melihat cara Ashraf mengambil berat terhadap mamanya.

Beginikah tingkah-laku seorang lelaki yang panas baran? Sudah tentu tidak!

Jika dulu Zuraidah dapat melihat cara layanan Ashraf terhadap Lara, hari ini dia bukan saja dapat melihat cara Ashraf menyantuni dirinya sebagai ibu Lara malah dapat juga melihat bagaimana pemuda ini menjaga dan menyayangi ibunya sendiri.

Jauh di sudut hati Zuraidah, dia mengimpikan agar anak-anak lelakinya juga dapat bersikap seperti Ashraf.

Dia rasa tidak salahlah pilihan Lara kali ini...

Maaf, Bab 106 ni miss publish semula disebabkan sedikit isu teknikal. Bab 107 akan update malam nie yea ;) TQQ!

Share this novel

Nur Azlina
2022-05-26 10:53:17 

yess.....ash dah dpt tempat dihati bakal mak mertua.


NovelPlus Premium

The best ads free experience